Wednesday, December 26, 2012

Lawak Of The Year 2012

Sepanjang-panjang aku hidup, dalam tahun 2012 ada satu perkara yang aku rase paling tahap super cipan kentut lawak dia...hehehe...
Bila ingat balik or nak cerita kat orang pun aku rasa aku akan bantai gelak sakan dulu.
Memang aku gelarkannye lawak of the year 2012.

Perkara ni terjadi kat kawan aku. Kawan aku tu aku selalu muatkan artikel FB dia dalam blog aku.
Nak jadi cerita, suatu pagi tu kawan aku ni diarahkan untuk menghadiri mesyuarat di FRIM, Kepong Selangor. Sepatutnya kalo isu FRIM aku yang pegi, aku tak ingat plak apesal kawan aku tu yang kena pegi FRIM. Mungkin bukan pasal isu FRIM kot, mungkin pasal isu Landskap JKPTG Kelantan yang pihak FRIM jadik konsultannye. Tak kisahlah ape-ape pun.

Ok, so pagi-pagi ni kawan aku bertolak la dari Putrajaya ke Kepong melalui MEX Highway. Dia naik kete satria merah abang dia. Dia pegi sendiri manakala immediate boss aku pun ade pegi jugak, tapi lewat sikit pasal nak settle keje kat opis dulu.

Tiba-tiba salah satu daripada immediate boss yang stay kat opis ni dapat sms dari kawan aku tu..

"Boss, saya lambat sampai FRIM ni. Saya kat MEX, stereng keta tercabut!"

Hah! Kahkahkahkah! Kitorang bantai gelak kaw-kaw punya sambil cuba membayangkan dalam kepala otak macamana stereng kete boleh tercabut time tengah bawak kete.. Tak ke macam Mr. Bean lagaknye. Memang la ade rase simpati, tapi geli hati tu melebihi segala-galanya.

Immediate boss aku tu pun terus la bertolak untuk ke FRIM disamping niatnya nak pegi pick up kawan aku yang tercabut stereng tu kat tepi jalan. Kitorang yang di opis ni dah membayangkan kawan kitorang mesti dok tersadai tengah jalan.

Tengahari tu, bila kawan aku ni balik masing-masing serbu dia nak tau story sebenaq.. Sambil pada tu masih lagi gelak kaw-kaw kat kawan aku ni.
 Sebetulnya, ikut cerita kawan aku kejadian stereng tercabut ni berlaku semasa kawan aku ni nak bayar tol kat MEX highway tu. Tengah-tengah beratur nak bayar tol, tetiba stereng dia longgar and terus tercabut. Panik kawan aku ni..terus dia nyalakan lampu hazard. So kereta kat belakang dia tu potong la dia. Bila lalu je tepi semua terkejut bila tengok kawan aku tu dengan sterengnya yang tercabut... Hehehe..Time ni kitorang bantai gelak dah.
Pastu bila panik punya pasal, kawan aku terus pusing tombol stereng kete dia. Perghhh..dengan kekuatan tulang lengan kawan aku yang keding cam cicak kobeng tu akhirnya kereta tersebut berjaya dibawak ke tepi highway..
Mujur stering kete tu boleh dipasang balik dan kawan aku ni pun teruskanlah perjalanannya ke FRIM dengan memandu secara berhemah dan kelajuan 120km sejam agaknya. Lepas meeting abis, En. Zamshari seorang akauntan di FRIM bergred JUSA C yang baik hati tolong la kawan aku ni ketatkan skru stereng kete kawan aku ni sambil membebel sikit laksana bapa kepada anak kepada kawan aku tu...
"Macam-macam la kau ni, Ab.."

Update: pembetulan lokasi setelah kawan aku message aku ..
Sebetulnya kejadian tu berlaku di highway ketika dah nak sampai area Kepong. Bukan dekat MEX highway dan bukan time nak bayar tol....stereng tercabut time tengah drive...horror....kihkihkih....

Ahahaha..macam ni la agaknye kawan aku tu ek..

Terel betul kau pakcik...selambe je bawak bus tak pakai stereng...
   


Layan video stereng tercabut dulu...

Monday, December 24, 2012

Owh My Inggelish!

I have a new target in my work life. I would like to join my friend in Bahagian Dasar or Bahagian Antarabangsa which require me to well verse in English language (writing or speaking). So, i would like to improve my English Language writing skill by writing blog in English.

Please do me a favor. Don't laugh to me if my written did have grammar mistakes here and there.

Saya budak baru belajar..opps...

I looked silly when i sepik inggelish...slip my tongue...

Restoran Tapak Sulaiman a.k.a Restoran Bunian a.k.a Restoran Dalam Semak

Aku baru balik lunch.
Makan dekat kat dalam semak. Hahaha.. Korang mesti heran kenapa aku makan dalam semak.
Actually nama kedai tu Tapak Sulaiman. Kedudukannya memang tersorok (tu pasal orang panggil restoran bunian kot) dan tak ada papan tanda langsung. Kalo tak pernah datang memang takkan jumpe restoran ini aku rase melainkan korang ni ade sepupu sepapat ngan bunian.. Hehehe...
Aku makan ngan ofismate aku namanya Dzul. Si Dzul ni banyak kali pesan kat aku yang restoran ni bukan macam restoran yang selesa, warung je. Tapi jangan under estimate.

Kitorang sampai je, full house ok! Semua meja dah marked for reservation. Mujur time tu kitorang sampai awal dalam 12.30 tengahari (korang jangan tanye sebab ape aku kuar awal..kan aku dah terangkan dalam entry sebelum ni...hehehe).. So tokey kedai benarkan kitorang duduk di salah satu meja yang telah direserve tu. Mujur...

Memula order air. Pastu air sampai. Pastu sambal belacan n timun sampai. Tunggu lame sikit, nasik panas plak sampai..berasap tu...lepas tu korang tengok je la sendiri gamba kat bawah ni...

Apa?? Biasa je?? Tunggu jap eh....

Tadaaaa....hah korang nampak ketam masak lemak tu...memang heaven!

Beginilah hasilnya....arkhh....


Meh aku terangkan sikit pasal Restoran Tapak Sulaiman ni:

Konsep: 
Konsep kedai masakan makanan Melayu. Keselesaan kedai takat-takat 2 bintang tu boleh la..tapi makanannya memang 5 star okeh!
Restoran ni memang full house selalu. Kalo nak datang korang kena buat reservation dulu.


Menu: 
Makanan pagi aku tak pasti. Aku rasa macam biasa ada roti canai dan nasik lemak.
Makanan tengahari adalah makanan Melayu yang disediakan secara hidangan. Semua customer makan menu yang sama. Takde maknanye diorang nak layan ko punyer order selain daripada menu yang diorang hidang. Menu berubah setiap hari. Aku tak pasti dia ada menu apa lagi sebab baru fes time pegi kan. Ikut kata Dzul, ada ikan patin tempoyak, ada udang masak lemak dan pelbagai lagi.
Malam aku tak pasti kedai ni bukak ke tak.


Lokasi: 
Bagi mereka yang duduk di Putrajaya kalo nak senang lalu ikut exit Putrajaya - Kajang lalu Jalan Sungai Merab. Lepas sikit Coffee Village, perhatikan di sebelah kiri anda ada court futsal, ambil simpang/lorong kiri sebelah gelanggang futsal tu. Kalo anda tak jumpa-jumpa jugak itu maknanya bukan rezeki anda nak makan di situ.. Hehehehe...
Ni aku amek gambar gelanggang futsal time nak balik. Kalo dari Coffee Village Putrajaya, gelanggang ni belah kiri.

Harga: 
Harga pakej ikut menu la. Menu yang aku makan tadi berharga RM26 untuk 2 orang makan. Air minuman termasuk dalam pakej ni. So, either korang order limau air or milo ais, harga pakej masih kekal maintain. Kalo korang ada add on air baru kire harga lain. So, tadi harga sorang makan adalah sekitar RM13 git. Hehehe...

Tempahan:
Elok la korang tempah dulu sebelum datang. Takut nanti sia-sia je datang tak dapat nak makan.
017-2747751/017-2747761
0173812246 (thank you pada pengomen yang beri maklumat)

Lapang...

Korang tau tak harini memang lapang.
Apa yang lapang?
Jalan aku nak gi keje lapang..
Parking lapang...
Ofis lapang...
Roomate aku pun cuti so bilik opis ni jadi bilik aku sorang...suka hatilah aku nak kentut blog bila-bila masa pun...hehe..
Dan harini pun masa aku banyak lapang sebab kerja aku settle hari Jumaat minggu lepas...

So, ape aku aku nak buat?

Hehehe...aku banyak benda berfaedah boleh aku buat seperti:

Home Deco

  Dengan roomsketcher, aku boleh berangan mendekokan rumah aku dalam skala sebenar...heheh.


Selain itu, korang juga boleh guna aplikasi online Homestyler dan Sweethome 3D. Korang Google aje la, mesti jumpa punya.


Baca Blog

Baca je blog dalam blog list korang. Aku paling suka baca blog-blog politik sebab banyak mencarut mengarut dari fakta. Bukan fakta lebih best dari fakta, hehehe..betul tak?


Calling-calling

Call mak aku la...mak aku suka sembang, kadang-kadang boleh lajak sampai dua jam on the phone. Jangan dengan pakwe makwe je korang bleh call sampai 2-3 jam..ngan mak korang 20 saat je..tak baik tau...

Tu je la...
Dah la, aku baru teringat aku tak abis lagi buat Manual Prosedur Kerja (MPK)...heheh...
Dah la, nak sambung keje..padayapa!

Friday, December 21, 2012

Anger Management

Kalo aku marah aku tulis blog.
Seriously tengah marah sangat dengan sistem SPP II..cam demm tahap super dewa...
Pernah korang rasa nak hentak pc sampai lingkup tak?
Macam tu laku sekarang ni..
Demm punya sistem yang menyusahkan hidup aku...
CISSSSSSSSDEL betul!

Ehsan gamba pakcik gugel.

Thursday, December 20, 2012

Bukti Jiwa Muda



19 dan 20 Disember 2012 ada mini Book fair di Lobby KPT.
Sempatla aku grab beberapa buah koleksi yang sejak dulu menjadi idaman aku.
Hanya hari ini baru berjaya merealisasikannya.
Kata orang komik ni untuk orang muda..aku walopon dah tua masih berjiwa muda...hehehe...

Mat Despatch (Lengkuas) - Lambok - Abe (Aie)

Agak kecewa juga koleksi Bersama Selamanya dan Blues Untuk aku tidak dijual lagi...
Huhuhu...
Bersama-selamanya (Gayour) - gamba dicilok dari page ni.

Blues Untuk Aku  (Aie) -gamba dicilok dari page ni.

Budak-budak sekarang

Setakat ni aku memang tak de masalah dengan mereka yang lahir pada 90s. 
Adik-adikku sendiri ade 2 orang yang lahir tahun 90an.
Pada aku generasi Y ni super creative and berani.
Orang zaman dulu pun creative dan berani, tapi hanya sampai zaman itu sahajalah dan zaman itu sudah pun berlalu.


Bubble Tea Mix yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Komuniti Selayang.

Adapt dengan gaya hidup masa kini.

Penghasilan yang boleh dibanggakan..

Penghasilan jem daripada buah kedondong dan halia.

Produk yang dibawakan oleh Kolej Komuniti Sabak Bernam.

   
Perisanya setaraf dengan yang berada di pasar raya terkemuka.

Hampeh dan hampeh

Untuk kesekian kalinya memang hampeh lagi pagi ni.
Modul Notice of Change (NOC) SPP II tidak boleh dibuka dan sentiasa ralat.
A report was logged 2 days ago.
I hope SPP II Team can solve the problem as fast as possible...
Dah nak hujung tahun dah ni. Stressed ma kalo tak sempat buat NOC!

Aku tak le rasa sampai gini ok!

Tuesday, December 18, 2012

Rekaan Perabot Untuk Small Space Yang Ohsem

Rekaannya memang ohsem untuk rumah sempit macam kebanyakan orang Malaysia mampu miliki...



Setelah aku search menggunakan khidmat pakcik Google, aku telah temui satu website yang ohsem jugak...MOCOF. Syarikat ini mempunyai pejabat dan show room di Jalan Sentul, KL.

Jom tengok gambar..







Bleh tengok banyak lagi design yang ohsem di www.mocof.com.my


Friday, December 14, 2012

End But Yet Not

Walopon tak minat menonton perlawanan bola sepak, aku mengerti akan kekecewaan penyokong Harimau Malaya atas kekalahan kepada Thailand dalam separuh akhir piala AFF Suzuki. Takpela...cuba lagi yep!


   





 Gajah: Hahaha..amek ko Rimau!
 Rimau: Elehh..ko nasib baik je pasal Reff sebelah ko...

Tuesday, December 11, 2012

PTD sumbang

Korang tau ape rasenye jalan2 di tempat pelancongan sorang2...aku rasa aku ni macam k**a sumbang ok. Untuk lebih tepat lokasi aku sebenarnya di Pulau Langkawi. Ada meeting kat Kolej Komuniti Langkawi. Ada kawan aku kat sini tapi dia ada urusan keje yang tak dapat ditinggal...aku ingat nak tukar flite je tapi alang2 dah sampai Langkawi tak lengkap rasanya jika aku tak ke pekan Kuah..untuk beli cekelat....pokai...
Haji Ismail Group, tempat biasa orang beli cekelat..

Boring betul jalan2 sensorang ni. Nak kena bawak barang pun sensorang. Hmmm...time2 mcm ni la teringat anak bini suami ....huhuhu...pastu makan petang pun sensorang, sungguh tak membestkan diri.  Kalo korang pi Langkawi, jangan lupa makan pasemboq kat depan kedai Haji Ismail Group. Tokey and pelayan dia sombong sikit, nasib baik pasemboq dia sedap...

Dekat 10 minit, aku duduk, takdak sorang mai amek order..tak sekolah ka.

Yang paling best waktu balik tadi. Aku naik teksi balik.... Drivernya nama Shafie...macam nama ex boss aku da...tua dah...aku panggil pakcik....Aku mintak Pakcik Piee bawak aku pi suatu tempat di Langkawi yang 10 tahun dulu pernah mencatat seribu memori suka dan duka dalam hidup aku...Arghh..kenangan mengusik jiwa woi...

Kolej Matrikulasi ITTAR Langkawi sekarang dah tukar jadi Kolej Penerbangan Halim Mazmin. MasyaAllah...agak kesayuan dan rasa hiba..malah berbaur dengan rasa gembira...betapa sucinya ketika itu...masih di perantaraan antara remaja dan dewasa... Apa khabar kawan matrix batch 2002/2003? Barangkali ada yang sudah memiliki 3 atau 4 orang anak..bahkan ada juga yang posting di luar negeri, atau sudah menjadi YB. Yang jadi PTD? Aku kurang pasti...aku yakin ada..namun tak tahu batch yang mana. Harap harap berbahagialah semua hendaknya.

Ni la Kolej Matrix aku dulu..syok wo sini.. D306..itula bilik aku.

Dulu nama hotel ni lain...dah tukar la..
Aku pernah bagi gambar sungai ni kat seseorang untuk dilukis...now lukisan ni masih ada di rumah mak aku...

Gunung Mat Chinchang..

Langkawi Lagoon, MK Land

View dari atas jambatan mengadap Gunung Raya

Sawah padi nan menghijau..

Teksi Pak Cik Piee.-0175902208

Saat ini juga aku terbayang seorang sahabat. Kawan perempuan dari Kelantan yang bijak dan sungguh mesra...sekarang terkurung menjalani hukuman penjara di China. Hanya doa yang mengiringi... aku pasti sahabat aku itu ditipu dan menjadi keldai dadah pada sindiket tertentu. Jika pembaca blog ini ingin tahu siapa sahabat saya itu...cuba google Umi Azlim Md Lazim.. Mohon juga pembaca blogger semua mendoakan kesejahteraan Umi dan keluarganya...

Friday, December 7, 2012

Big Bad Wolf (BBW)

BBW Book Fair
7-23 December 2012



Aku 1st time dengar BBW, tetapi peminat-peminat tegar buku sudah tentu sentiasa follow je BBW ni.
Tadi aku pegi pesta buku BBW ni di MIECC (Mines International Exhibition & Convention Centre) di Sri Kembangan. Hari pertamanya orang dah macam semut hurung gula, tak tengok lagi weekend ni..cium ketiak orang le jawabnye....
BBW Book Fair ni akan buka secara marathon selama 72 jam (3 hari tanpa tutup mulai 7 Dis 2012) Ada 3 juta buku ditawarkan dengan harga yang cukuuuuuppppppp murah.. So, ape lagi...pegi le cepat..!
Oppppppa! Tapi jangan lupa bawak beg troli untuk letak buku korang yang banyak tu! Yang bawak anak kecik tu pastikan persediaan secukupnya bagi keselesaan anak anda. Yang bawak kanak-kanak tu nanti ade tempat mainan, jual makanan dan sebagainya..dun worry..tapi aku tak jamin la weekend nanti serabut perut ke tak...
3 juta buku untuk korang grab sampai lebam!

Hantu novel, sila borong!

Suasana masih terkawal.
  




Aku beli 2 kotak buah buku je. Kawan-kawan aku yang beli sampai 2 kotak. Kefulusan aku agak terhad hari ini (claim belum masyuk maa...) menyebabkan aku cuma grab dua bijik buku je...

Thursday, December 6, 2012

Siapa sempurna?

Aku awal-awal masuk kerja dulu memang garang ngan staff aku..
Ibarat singa betina...hehehe..tapi aku garang pun dengan staff yang garang dan banyak alasan, dengan staff yang rajin aku sayang sungguh...Macam Kak Lily Azura, antara staff terbaik yang pernah aku bekerjasama..cumanya Kak Lily kalo mengandung, memang alahan teruk...selalu tak datang keje pasal teruk sangat alahan...hehehe....Dengar cerita Kak Lily kat KDN, tapi aku tak pasti juga kat ner dia skang. Dah berapa anak dia agaknya.. Harap-harap Kak Lily hidup bahagia dan masih menjadi seorang penjawat awam terbaik...
 
Lepas balik DPA, aku masih lagi garang, pastu perlahan-lahan aku berubah menjadi seorang yang tak garang selepas berkahwin. Benarlah kata orang, kahwin itu menyempurnakan hidup. Hidup sempurna, so tak perlu nak garang-garang...tapi sekali sekala aku menempik juga bila kaduk naik junjung....huhuhu...
 
Walopon aku menempik, sebenarnya aku sangat sayang kat semua staff...pernah sekali aku termengadu kat big boss lama perihal Pembantu Tadbir (PT) yang layan double standard pegawai-pegawai kontrak ni..maksudnya tak nak dengar arahan pegawai kontrak, hanya dengar arahan pegawai tetap je. Terus big boss aku amek tindakan nak tukar PT-PT ni... (big boss aku ni gile ke ape). Niat hati aku supaya dia masuk campur dalam menasihati anak buahnye dan pantau la sikit anak buah dia buat keje....tapi lain pulak tindakan. Maka dengan gelabahnya, aku bagitahu immediate boss aku, sebab aku tak pernah maksudkan boss untuk tukar PT ni...(skang ni immediate boss aku ni dah kat KDN)....mujur dia pegi runding ngan boss...and big boss boleh terima alasan-alasan yang immediate boss aku nyatakan..
Rasa berdosa aku rasa kat anak-anak buah aku tu...namun positifnya lepas tu sorang pun tak berani dah nak buat layanan double standard ni...tak kirala pegawai tu tetap ke kontrak ke, kena la terima arahan...
 
Bila pindah Kementerian, tahap kesabaran aku makin tinggi. Tak kisahla staff atau boss atau pegawai sama macam aku, kadang-kadang aku merasa jengkel jugak sekali-sekali. Pegawai tak puas hati ngan PT, PT tak puas hati ngan pegawai. PT tak puas hati ngan PT. Pegawai tak puas hati ngan Pegawai...
 
Sudah tentu segalanya ada perbezaan. Berbeza dari segi pangkat, gaji, usia, pengalaman, latar belakang, paras rupa, gender dan pelbagai lagi perbezaan. Namun begitu, jika kita terus mencari perbezaan, sampai bila kita nak bergaduh sesama sendiri?
 
Bagi aku, kita memang berbeza, namun di mana titik persamaan kita? Peranan kita berbeza tetapi matlamat kita sama. Apa matlamat kita? Matlamat diri? Matlamat Organisasi? Matlamat Negara? Tak payah fikir perbezaan...carilah titik persamaan. Apa yang sama? Yang sama adalah kita ini H.A.M.B.A. Hamba siapa? Takkan tak tahu kita hamba siapa? Tak payah aku jawab kot...
 
Cuma aku rasa amat terkilan dengan manusia yang merasa diri sungguh sempurna. Melayan staff umpama tiada kebaikan sikitpun ada dalam diri staff tersebut. Bagi aku, melayan PT-PT seperti melayan ahli keluarga kita. Dengan pelbagai rencah latar belakang hidup, sudah tentu kita berbeza. Namun aku cuba untuk mencari kebaikan dan perkara positif dalam diri PT-PT aku. Inn sha Allah, jika dalam lumpur sekalipun, berlian yang tulen pasti akan kelihatan juga sinarnya.
 
Sedang Rasulullah pemimpin ummah terulung boleh menyuapkan makanan kepada Yahudi yang menghinanya, apatah lagi kita baru setakuk dua memegang jawatan, sudah mahu menyombong.
 
Rasulullah naik buroq, binatang yang kelajuannya sepantas kelajuan cahaya, naik ke langit tak sombong pun...kita baru naik kapal terbang 1st class ke London dah nak menyombong...
 
Rasulullah dapat wahyu dari Allah, tak sombong pun.. Kita baru dapat surat dari Menteri da nak berlagak konon-konon diri tu penting...
 
Kawan-kawan, sedarlah sikit..kita ni bukan siapapun kalo nak dibandingkan dengan orang lain. Kita lebih kat sini, kita kurang kat situ...Kita pandai buat ni, kita tak pandai plak buat benda tu...
Mana ada kita sempurna. Jauh nilaiannya dari indeks kesempurnaan. Tolong jangan perasan sangat. Ingat ye!!!!
Yang sempurna tu hanya Allah sahaja....
Korang nak jadik boss camni ke?


Respect ~ Respect ~ Respect

 


Secebis Duka Dari Gangnam

Ini adalahs ebuah kisah yang aku ambil dari facebook kawan aku. Dia pun share daripada FB kawan dia dan kawan dia aku tak tahu dapat dari mana cerita ni. Aku pun tidak pasti sejauhmana benar apa yang ditulis oleh Hamba Allah yang bernama Mohamad Sidik ini, namun aku kongsikan jua sebuah artikel yang penuh kejutan. Terpulang kepada semua pembaca blog ini untuk menerimanya sebagai perkara yang benar atau tidak...
 
 
KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM
oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.
"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.
"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"
"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.
Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"
"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.
"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.
"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.
"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.
"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.
"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]
 
 


Wednesday, December 5, 2012

Hisap jari

Anak aku suka hisap jari. Sejak umo 3 bulan dia suka hisap jari. 
Jari kegemarannya ialah ibu jari tangan kiri.
Tak tahulah aku samada ia adalah satu masalah atau pun normal.
Tapi aku naik risau sebab tabiat menghisap jari oleh anak aku  bak kata Nadzmi Raja Lawak semakin "dahsattt!!"...

Kadang-kadang aku saja je pegang tangan kiri dia tu tak bagi dia hisap jari, 
meraung-raung dibuatnya semata-mata nak jugak hisap jari...
Camana nak buat ek?
Korang ade solution???

Hmmm....alahai anak omak....



Hobi baru


Dulu sampai sekarang, aku tak tahu ape hobi aku. rase cam tak de hobi la.. 
Masa lapang aku cuma menonton tv...tu boleh kire hobi ek?
Tapi skang aku dah ade hobi baru....


HOME DECO
Hobi ni mungkin hanya dimiliki jika dah beli rumah ataupun simpan hasrat nak beli rumah.
Ni dok lukis dapo umah baru.


SNAP GAMBAR DARI DALAM KETE
Berenti kat trafik light atau tengah jammed pastu bukak henpon.."kcakkk" sekali....kehkehkeh
Ni kat junction di Pull Man..ada 2 pelangi time ni

Time hujan n jammed...boringkann??..harus snap beberapa sekeping gamba.

SEMAK GIGI ANAK
Hobi paling best dan mencabar..silap haribulan putus jari kena gigit...
Kalo korang tak de anak..bleh periksa gigi tikus kucing anda..
Kalo tak de kucing, semak gigi sendiri dah le....
Cantiknye gigi...