Showing posts with label Kisah Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Kisah Masyarakat. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Wanita ini sungguh bertuah...

Jika anda merasa anda wanita paling bertuah, paling bahagia...
Tunggu dulu...
Nilai semula..
Jika dibandingkan dengan wanita ini..
Aku merasakan dia lebih bahagia daripada aku...
terlalu jauh bahagianya...
Terlalu jauh bertuahnya..
sedangkan aku masih lagi tidak pasti...

Al-fatihah untuk Allahyarham Gee @ Fauziah...
Wanita bertuah yang cinta suaminya telah diuji dengan sebuah pengorbanan...

http://abil4fauziah.blogspot.com/

Wednesday, December 26, 2012

Lawak Of The Year 2012

Sepanjang-panjang aku hidup, dalam tahun 2012 ada satu perkara yang aku rase paling tahap super cipan kentut lawak dia...hehehe...
Bila ingat balik or nak cerita kat orang pun aku rasa aku akan bantai gelak sakan dulu.
Memang aku gelarkannye lawak of the year 2012.

Perkara ni terjadi kat kawan aku. Kawan aku tu aku selalu muatkan artikel FB dia dalam blog aku.
Nak jadi cerita, suatu pagi tu kawan aku ni diarahkan untuk menghadiri mesyuarat di FRIM, Kepong Selangor. Sepatutnya kalo isu FRIM aku yang pegi, aku tak ingat plak apesal kawan aku tu yang kena pegi FRIM. Mungkin bukan pasal isu FRIM kot, mungkin pasal isu Landskap JKPTG Kelantan yang pihak FRIM jadik konsultannye. Tak kisahlah ape-ape pun.

Ok, so pagi-pagi ni kawan aku bertolak la dari Putrajaya ke Kepong melalui MEX Highway. Dia naik kete satria merah abang dia. Dia pegi sendiri manakala immediate boss aku pun ade pegi jugak, tapi lewat sikit pasal nak settle keje kat opis dulu.

Tiba-tiba salah satu daripada immediate boss yang stay kat opis ni dapat sms dari kawan aku tu..

"Boss, saya lambat sampai FRIM ni. Saya kat MEX, stereng keta tercabut!"

Hah! Kahkahkahkah! Kitorang bantai gelak kaw-kaw punya sambil cuba membayangkan dalam kepala otak macamana stereng kete boleh tercabut time tengah bawak kete.. Tak ke macam Mr. Bean lagaknye. Memang la ade rase simpati, tapi geli hati tu melebihi segala-galanya.

Immediate boss aku tu pun terus la bertolak untuk ke FRIM disamping niatnya nak pegi pick up kawan aku yang tercabut stereng tu kat tepi jalan. Kitorang yang di opis ni dah membayangkan kawan kitorang mesti dok tersadai tengah jalan.

Tengahari tu, bila kawan aku ni balik masing-masing serbu dia nak tau story sebenaq.. Sambil pada tu masih lagi gelak kaw-kaw kat kawan aku ni.
 Sebetulnya, ikut cerita kawan aku kejadian stereng tercabut ni berlaku semasa kawan aku ni nak bayar tol kat MEX highway tu. Tengah-tengah beratur nak bayar tol, tetiba stereng dia longgar and terus tercabut. Panik kawan aku ni..terus dia nyalakan lampu hazard. So kereta kat belakang dia tu potong la dia. Bila lalu je tepi semua terkejut bila tengok kawan aku tu dengan sterengnya yang tercabut... Hehehe..Time ni kitorang bantai gelak dah.
Pastu bila panik punya pasal, kawan aku terus pusing tombol stereng kete dia. Perghhh..dengan kekuatan tulang lengan kawan aku yang keding cam cicak kobeng tu akhirnya kereta tersebut berjaya dibawak ke tepi highway..
Mujur stering kete tu boleh dipasang balik dan kawan aku ni pun teruskanlah perjalanannya ke FRIM dengan memandu secara berhemah dan kelajuan 120km sejam agaknya. Lepas meeting abis, En. Zamshari seorang akauntan di FRIM bergred JUSA C yang baik hati tolong la kawan aku ni ketatkan skru stereng kete kawan aku ni sambil membebel sikit laksana bapa kepada anak kepada kawan aku tu...
"Macam-macam la kau ni, Ab.."

Update: pembetulan lokasi setelah kawan aku message aku ..
Sebetulnya kejadian tu berlaku di highway ketika dah nak sampai area Kepong. Bukan dekat MEX highway dan bukan time nak bayar tol....stereng tercabut time tengah drive...horror....kihkihkih....

Ahahaha..macam ni la agaknye kawan aku tu ek..

Terel betul kau pakcik...selambe je bawak bus tak pakai stereng...
   


Layan video stereng tercabut dulu...

Tuesday, March 13, 2012

Dirang..hukuman kepada masyarakat

Allahuakbar! Tersentuh naluri keibuan aku sebaik mendengar Buletin Utama semalam mengenai mayat rentung yang ditemui di Masai Johor adalah Dirang. Sambil aku memandang anak gadis ku yang berusia 1 tahun 10 bulan sibuk bermain dengan permainannya.."Allah lindungilah anak aku dari kekejaman manusia."

Siapa Dirang?
Bagi yang belum mengetahuinya aku copy kronologi kejadian dari page ini.

Berikut adalah kronologi kejadian:

1 Mac 2012 :
Kira-kira jam 11 pagi - Nurul Nadirah Abdullah 5 tahun mengadu lapar, ibunya, Roselyn Alan memberi wang RM4 bersama sekeping nota tertulis dua bungkus mi segera dan telur RM2 untuk dibeli di kedai di blok bersebelahan di rumah mereka di Blok A, Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru.

12 tengahari, Nurul Nadirah atau panggilan manja Dirang, 5 tahun disedari tidak pulang ke rumah.

Jam 3 petang hari yang sama, ibu Dirang, Roselyn Alan buat laporan polis selepas gagal menemui kanak-kanak itu.

Sebaik menerima laporan, sepasukan polis melancarkan gerakan mencari dan menemui sebelah kasut kuning dipakai Dirang dalam kebun kelapa sawit berhampiran flet.

Sebelah lagi ditemui hampir 500 meter dari situ dengan telur yang dibeli pecah dan mi segera bertaburan.

Tiga suspek terdiri dari dua lelaki dan seorang wanita berusia 30an hingga 40-an ditahan polis pada hari yang sama.

Ketiga suspek turut didapati positif dadah jenis syabu.

Gerakan mencari terus dilakukan polis IPD Seri Alam manakala keluarganya turut mengedarkan 80 poster gambar Dirang dan dipasang di sekitar Bandar Seri Alam.


6 Mac 2012:
Ibupejabat Polis Seri Alam turut memohon bantuan kepakaran Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak Bukit Aman, dan sehingga hari berkenaan, lebih 20 lokasi sudah diperiksa polis.


8 Mac 2012:
Kira-kira jam 9 pagi, polis menemui serpihan rangka manusia dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai.

Rangka manusia yang rentung itu ditemui dalam sebuah lubang oleh orang awam.

Pada hari yang sama juga, polis menahan seorang lagi lelaki iaitu bapa kandung kepada Nurul Nadirah bagi membantu siasatan.

Sejak 1 Mac hingga petang semalam, ibu Dirang tak putus asa meninjau kawasan sekitar dengan harapan dapat menemui anak sulungnya itu.


11 Mac 2012:
DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat mencemar duli melawat keluarga Nurul Nadirah, kira-kira jam 10 pagi.


12 Mac 2012:
Selepas 12 hari dilaporkan hilang, Jabatan Kimia mengesahkan rangka manusia yang ditemui rentung di kawasan kelapa sawit di Nusa Damai milik Nurul Nadirah.

Ia disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Roslan Zainuddin semalam hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit dan sampel diambil dari ibunya.

Lanjutan itu, polis turut mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini ia diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Polis turut mendapatkan lanjutan reman terhadap keempat empat suspek.

Mayat Allahyarham Nurul Nadirah dijangka dituntut keluarganya petang ini untuk dikebumikan.

 
Ada yang sakit jiwa dikalangan kita. Ada yang mentalnya tidak normal. Siapakah mereka? Adakah mereka juga dibesarkan oleh orang yang berfikiran tidak waras. Aku percaya kejadian ini bukan hukuman terhadap keluarga Dirang, sebaliknya hukuman pada masyarakat.
 
Kenapa? Sebab kita tak pernah ambil peduli. Kita tak pernah kenal jiran. Kita tak pernah ambil tahu orang asing di kalangan kita. Malah kita tak peduli pun kalau ada jiran-jiran yang abnormal di kawasan kita. Kerana sikap tidak peduli kita inilah kita dihukum. Kita merestui sebuah persekitaran yang membenarkan anak-anak didik secara salah oleh orang yang kurang waras.
 
Ya Allah tolong lindungi semua kanak-kanak dari mara bahaya dan kekejaman orang dewasa.
 
Khas untuk Allahyarham Dirang, auntie terpesona lihat wajahmu di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen..comel dan anggun. Namun sayang, usia kamu tidak panjang. Allah telah memanggil kamu di sisiNya. Malah kamulah bidadari kecil syurga untuk ibu bapa kamu.
 
Khas untuk keluarga Dirang, kesedihan yang tidak tetanggung terutama untuk si ibu..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Tiada kata-kata lain selain sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Bertabah dan yakinlah bahawa Allah ada perancangan lebih baik terhadap kamu sekeluarga.
 
Al-Fatihah untuk Dirang dan semua kanak-kanak yang senasib dengannya...

Wednesday, November 16, 2011

Kematian Yang Dicemburui


Kata orang, dengan orang yang mati pun nak cemburu ke. Memang pun tak patut cemburu, tapi.... semua orang wajib cemburu dengan kematian someone special ni....


KISAH ALLAHYARHAM HUZAIFAH (I)


Laporan ini... disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskan jenazah allahyarham Muhammad Huzaifah, 21. Arwah merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Jemaah 40 hari daripada Terengganu ini telah diputuskan di Masjid Jamek Bandar Sri Petaling untuk buat usaha dakwah & tabligh di Sandakan, Sabah. Jemaah seramai 10 orang terdiri 5 orang awam dan lima lagi lagi pelajar UMT, selamat tiba di lapangan terbang Sandakan pada hari Rabu malam Khamis, 28hb April 2010. Jemaah kemudian dihantar ke Masjid Pangeran Hj. Galpam, Batu 7 buat sementara waktu yang juga merupakan marhalah seorang daripada syura Sandakan, Hj. Mohd Zain.

Pada pagi hari Jumaat bersamaan 30hb April 2010, jemaah telah berangkat ke daerah Pamol, kawasan perladangan Kelapa Sawit terancang yang jauh jarak perjalanannya daripada bandar Sandakan sekitar dalam 150 km. Di daerah ini ada 13 buah kampung. Kebiasaannya jemaah 40 hari yang bergerak di Sandakan akan buat usaha sama ada di kawasan bandar, kepulauan-kepulauan sekitar, daerah-daerah kecil dan kawasan pedalaman mengikut keputusan yang telah dimesyuaratkan bersama oleh syura tempatan atas kesediaan jemaah. Memandangkan jemaah telah diputuskan ke daerah ini, kemungkinan besar juga jemaah ini akan buat usaha dakwah & tabligh di daerah berdekatan iaitu Telupid. Di daerah ini berlaku kes murtad dan beberapa rombongan jemaah daripada Semenanjung telah dihantar ke sana termasuklah jemaah daripada Batu Pahat pada akhir tahun lepas.

.: Detik-detik kematian Allahyarham :.

Rakan arwah, Fadhil, yang turut bersama jemaah ini telah ditanya oleh Datuk Hj. Abdul Rahman di Masjid Pangeran Hj. Galpam berkenaan kejadian yang menimpa arwah. Dia menceritakan pada pagi Selasa 4hb Mei 2010, arwah diberi tanggungjawab untuk memberi bayan selepas solat fardhu subuh berjemaah. Kemudian kesemua mereka bermesyuarat untuk mengagih-agihkan tugasan pada hari itu. Setelah mesyuarat dan beberapa waktu ketika, mereka (pelajar) seramai 5 orang pergi ke sungai berhampiran untuk mandi kerana simpanan air di surau amat terhad untuk kegunaan wudhu dan lainnya. Pada waktu awal pagi itu yang masih berembun (suasana pedalaman), mereka kesemuanya turun ke tebing sungai yang mana ketinggian paras air di tebing sungai itu sahaja pun sudah separas dada. Mereka termasuk arwah cuba berenang menyeberangi sungai ke tebing bersebelahan. Setelah hampir di pertengahan, mereka memutuskan untuk kembali semula ke tebing kerana sungai itu amat dalam. Arwah tertinggal di belakang dan lemas tenggelam. Rakan mereka menyangkakan arwah bergurau kerana kali terakhir mereka melihat sebelum arwah tenggelam, dia masih kelihatan tersenyum seolah tiada apa-apa yang berlaku. Setelah dua minit berlalu, barulah mereka risau kerana tidak melihat arwah. Pada pagi itu juga, ada beberapa pelajar sekolah menengah yang berjalan kaki berhampiran sungai untuk ke sekolah. Dengan kehendak dan kerahiman Allah SWT, pelajar-pelajar sekolah ini membantu rakan jemaah mengeluarkan arwah daripada dasar sungai. Dalam usaha menyelamatkan arwah dengan menekan pada dadanya, air berserta lumpur keluar daripada mulut arwah dan tidak dapat diselamatkan lagi. انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Jemaah telah pergi ke balai polis berdekatan dan melaporkan kejadian ini. Akhirnya, pegawai polis yang telah diberi tanggungjawab, menghantar jenazah ke Hospital Duchess of Kent di bandar Sandakan dengan menaiki jeep untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan daripada pihak hospital. Dua orang daripada jemaah ikut serta, seorang rakan seusaha tempatan yang nusrah jemaah ini dan seorang lagi rakan arwah, Fadhil. Hj. Darwis yang juga merupakan syura Sandakan dan seorang doktor di hospital tersebut, mendapat perkhabaran ini dan kemudiannya menyebarkan berita ini kepada rakan seusaha yang lain. Hari selasa malam rabu merupakan malam mesyuarat mingguan usaha dakwah & tabligh di Sandakan. Takaza ini dibentangkan dalam mesyuarat supaya pengurusan jenazah arwah dilakukan dengan kadar segera dan dihantar ke pangkuan keluarganya di Sabak Bernam, Selangor. Tugasan telah diagih-agihkankan kepada rakan seusaha yang bersedia menyambut tazaka ini, daripada hal pengurusan jenazah di bilik mayat hospital termasuklah mengkafan dan menyembahyang arwah sehinggalah pengurusan kargo di lapangan terbang Sandakan.


.: Rabu, 5hb Mei 2010 :.

Selepas solat subuh berjemaah, rakan seusaha yang telah diberi tanggungjawab, pergi ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent. Semasa arwah dikeluarkan daripada peti sejuk mayat, beberapa rakan seusaha mengangkat arwah. Seorang daripada mereka menceritakan, jenazah arwah sangat ringan dan lembut tidak kaku seperti orang yang masih hidup. Wajah dan tubuh arwah kelihatan berpeluh, seperti baru sahaja mandi. Tubuh arwah masih dalam kemerah-kemerahan. Arwah dimandi dan dikafankan, kemudian disembahyangkan oleh rakan seusaha yang ramainya dalam sekitar 30 orang di tempat khas. Jenazah juga disembahyangkan oleh beberapa rakan seusaha yg lain selepas itu. Hj. Lakariba (syura Sandakan) tidak menahan esak tangis semasa menyembahygkan jenazah. Sementara menunggu pegawai kementerian kesihatan pada pagi itu, Hj. Lakariba membuka semula kafan arwah dan melihat wajahnya, sekali lagi Hj. Lakariba menangis. Rakan seusaha yang lain mengatakan, wajah arwah tenang dan tampak keputihan seperti diletakkan cairan lilin pada permukaan wajahnya. سُبْحَانَ اللّهِ

Pada pukul 9 pagi, pegawai daripada Kementerian Kesihatan datang dan menguruskan jenazah. Pemeriksaan pada tubuh arwah dilakukan, keranda dipakukan pada empat penjuru, dibungkus dengan canvas dan diberi cop/seal sebagai tanda sudah diberi pengesahan. Lebih kurang sejam selepas itu, barulah jenazah dihantar ke lapangan terbang Sandakan. Fadhil rakan pelajar arwah yang turut keluar 40 hari bersama arwah, menaiki kapal terbang ke KLIA menghantar jenazah arwah. Diberitakan oleh rakan seusaha, pengurusan jenazah teratur dan lancar/dimudahkan oleh Allah. Semasa menghantar jenazah arwah, tiada lampu isyarat merah melambatkan perjalanan. Allahyarham kembali ke rahmatullah pada waktu pagi, keesokan paginya juga jenazah dapat dihantar ke Semenanjung.

Sedikit laporan daripada Faiez Yemeny di FB, group Umat akhir Zaman, beliau mengatakan bahawa allahyarham masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), arwah seorang yang amat peramah, sentiasa tersenyum, fikirman dan karkun lama dikalangan pelajar. Walaupun sudah dua hari berlalu, darah di hidung dan mulutnya masih lagi mengalir, muka tenang dan jernih.

Sebelum arwah berangkat bersama jemaah ke Pamol, arwah sempat memberi sepucuk surat kepada Cikgu Juswan (rakan seusaha Masjid Pangeran Hj.Galpam) untuk dihantar kepada keluarganya di Sabak Bernam. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala Syahid kepada arwah, diberi ganjaran SyurgaNya tanpa Hisab, diberi kesabaran kepada ayah bondanya dan mempertemukan kita dan beliau di Syurga Firdaus bersama dengan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Amin Ya Rabbal Alamin.

-----------------------------------------------------------

KISAH ALLAHYARHAM HUZAIFAH (II)

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.

Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakandia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar.

Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.

Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan denganberkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuranpengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semesterpanjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.


PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.
By: syahirul.com

Kancil terbalik di Putrajaya

Ni cilok dari page Facebook Dr. Ben Wagiman...sorry Doc, your pictures were so nice and i can't help my self to share it on my blog...






Dengar cerita orang kate Kancil ni nak potong bas sebab nak masuk ke parking lot di sebelah PoJ. Tapi tak lepas dan bas tu terlanggar sikit kete dia, terus terlajak langgar divider dan terus tergolek. Wallahualam. Aku pun tak sure sebab aku sampai je dah nampak kancil tergolek dan Dr. Ben tengah seronok nangkap gambo...

Apepun semoga pemandu dan penumpang kancil dan bas tu selamat semuanya. Nak buat macamana, dah tertulis di loh mahfuz perkara ni. Semoga Allah memelihara kita semua dan berhati-hati di jalan raya.

Monday, November 14, 2011

Lu lansi lu mati

180 bakal gengster Melayu dicekup


Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

Sebuah dewan resort di Teluk Batik, Lumut telah ditempah khas oleh ahli Genki Seven Malaysia untuk melakukan ikrar sumpah taat setia.


Sebuah dewan resort di Teluk Batik, Lumut telah ditempah khas oleh ahli Genki Seven Malaysia untuk melakukan ikrar sumpah taat setia
 LUMUT – Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.

Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.

“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.

“Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya.

Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak.

Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.

Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.

“Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.



Hmmm...ada jugak la penjawat awam yang terlibat dengan aktiviti macam ni....ni kalo puak2 yang benci Agensi Kerajaan ni, berita macam ni memang diorang suka sangat...sebab dia sorang, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga... Jadi Rakan Surau lagi baik..ade gak pekdahnye di dunia dan akhirat...

Monday, September 26, 2011

Wanita disamun nekad terjun dari kereta yang bergerak

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Seorang wanita yang disumbat dalam but kereta dengan mata ditutup dan tangan diikat, bertindak nekad terjun dari kenderaan yang bergerak laju di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban di sini kelmarin, untuk menyelamatkan diri daripada dua lelaki yang menculik dan menyamunnya.

Mangsa, Lim Lee Sun, 45, yang membantu kakaknya berniaga di gerai makan berhampiran Pasar Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, telah disamun dan diculik oleh suspek pukul 7 pagi.

Menurut Lee Sun, kejadian berlaku sebaik sahaja dia memberhenti dan mematikan enjin kereta di tempat letak kenderaan berhampiran kedai makan.

Katanya, secara tiba-tiba seorang lelaki bersenjatakan parang meluru masuk ke tempat duduk sebelah pemandu dan mengacukan parang ke arahnya.

"Lelaki terbabit mengarahkan saya bertukar tempat duduk dengannya dan selepas berada di tempat pemandu, dia menyerahkan parang yang dipegang kepada seorang rakannya yang masuk dan duduk di kerusi belakang selepas itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Puchong dekat sini, hari ini.

Lee Sun berkata, penjenayah terbabit membawa dia ke beberapa tempat, termasuk Jalan Kuchai Lama, Taman Sri Sentosa dan Taman OUG sebelum dia dipukul dan disamun semasa berhenti di satu kawasan perindustrian tiga jam kemudian.

"Mereka merampas wang RM2,500 dan barang kemas bernilai kira-kira RM6,000. Pada masa sama, mereka juga membuka tempat duduk belakang dipercayai untuk mencari tangki minyak dan saya mengesyaki mereka mahu membakar kereta dan membunuh saya," katanya.

Lee Sun berkata, dia kemudian disumbat dalam but kereta dan disebabkan takut dibunuh, dia berusaha sedaya upaya membuka ikatan mata serta tangannya sebelum dapat membuka but kereta dengan merosakkan wayar-wayar di situ.

Katanya, melalui but yang dibuka sedikit, dia dapat mengintai keluar dan mendapati masih berasa di kawasan perindustrian tetapi belum berani terjun dari kereta kerana bimbang tiada orang menemuinya.

Menurutnya, peluang sesuai untuk meminta bantuan tiba apabila kereta terbabit tiba di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur ke arah Pusat Beli-belah Mid Valley di sini.

"Tiba di situ, saya berdiri sambil menjerit meminta tolong dan beberapa pemandu kereta lain yang melihat saya terus membunyikan hon dan meminta penjenayah terbabit memberhentikan kenderaan, namun mereka memecut laju.

"Sampai di satu selekoh, saya nekad terjun dari kereta dan bernasib baik apabila pemandu lain berhenti menyelamatkan saya," katanya sambil memberitahu penjenayah terus melarikan diri sebelum meninggalkan keretanya di satu kawasan setelah terlibat dalam kemalangan.

Lee Sun berkata, dia yang mengalami kecederaan di muka, mata, tangan dan kaki akibat dipukul oleh penjenayah serta terjatuh dari kereta dihantar ke hospital oleh orang awam.

Dia yang benarkan keluar hospital semalam, amat bersyukur terselamat dalam kejadian itu dan gembira apabila masih dapat bertemu dengan suami dan anak perempuannya berusia 15 tahun.

Sumber: Utusan Malaysia (26/9/2011)

Friday, June 3, 2011

Iklan terbuka, tak lama lagi berleluasa la...


Tak tahule ape nak jadi. Gambar ni aku tangkap di Jusco Cheras Selatan 27 Mei 2011 yang lalu. Mungkinkah satu hari nanti bukan setakat iklan yang berleluasa, tapi mungkin jugak akan dijual secara terbuka. Tak sanggup wei...(sapa reti bahasa Cina..tolong translate..ape bende die tulis tu ek)..


Aku tak tahu die tulis ape dalam bahasa Cina. tapi yang omputeh tu aku paham. Tak dapat aku bayangkan anak aku yang cinonit ni on the way nak ke JJ tanya
"Papa..gegurl wants adult toy,boleh tak?..."...tak ke haru...

Korang jangan nak memandai-mandai plak call no dalam gambar ni. Naya je karang.. Kalo ade masalah elok pegi jumpa Pakar Sakit Tuan/Puan terus...

Thursday, May 26, 2011

Himpunan Sejuta Belia 2011

Putrajaya akan dibanjiri lagi. Kali ni akan dibanjiri oleh belia-belia mungkin dari pelbagai kaum dan bangsa bukan setakat local citizen, malah belia-belia internasionale (bak kata Mamat Khalid) pun dijangka akan turut hadir. Persiapan sedang rancak dibuat sehinggakan aku nak parking kete pun tak tau kat ner... Tempat parking kami telah ditutup untuk pemasangan khemah-khemah expo/jualan. Ini agak mendatangkan kejengkelan dihati walaubagaimanapun kami tetap support program tu yang mungkin akan dipenuhi aktiviti-aktiviti yang lagho seperti konsert, drift dan berbagai-bagai lagi aktiviti seni dan sukan extreme. 100% confirm hujung minggu ni akan traffic jam dan sesak-sesesaknye. Bagi mereka yang gemar menekan break dan mencari-cari parking, boleh datang mengunjungi perhimpunan ni. Jangan risau, perhimpunan ni sah dan mendapat permit polis dan Putrajaya Holding. Bagi anda yang sukakan ketenangan dan kedamaian, memang takde maknanye anda nak join program ni..

Oh ye..bagi menambahkan pengetahuan semua, jom kita tengok ape tafsiran belia di Malaysia. Sumber adalah daripada http://belia-malaysia.blogspot.com/2007/07/definisi-belia.html.... zassss!

Ahli psikologi perkembangan Barat sebenarnya masih belum mencapai kata sepakat apabila menentukan golongan yang dikatakan remaja. Di negara kita, golongan berpendidikan tinggi lebih cenderung membuat sedikit perbandingan di antara remaja dan belia. Walaupun perbezaannya masih belum jelas tetapi ia dapat memberi gambaran perbandingan di antara dua istilah itu.


Ahli psikologi perkembangan Barat sebenarnya masih belum mencapai kata sepakat apabila menentukan golongan yang dikatakan remaja. Di negara kita, golongan berpendidikan tinggi lebih cenderung membuat sedikit perbandingan di antara remaja dan belia. Walaupun perbezaannya masih belum jelas tetapi ia dapat memberi gambaran perbandingan di antara dua istilah itu. Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun.


Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Terdapat beberapa istilah yang sering dikaitkan dengan remaja. Antaranya ialah awal belia, anak muda dan orang muda. Istilah lain yang berkaitan pula digunakan bagi menerangkan sifat umum yang ada pada diri remaja itu sendiri, seperti baligh dan matang. Perkataan juvenil juga sering disebut kerana ia berkait dengan remaja.Kamus Dewan (2000:1121) menjelaskan, remaja bermaksud mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur berkahwin. Ada banyak pengertian yang dapat dihuraikan apabila perkataan remaja dibincangkan. Walau bagaimanapun, banyak pihak bersetuju, tahap remaja adalah tahap umur berkembang dan melibatkan sesetengah perubahan. Antara orang yang mula menghuraikan perkembangan ini adalah G. Stanley Haal (1846-1924).


Beliau menyatakan, tahap remaja adalah tahap ‘ribut dan tekanan’ melanda para remaja, kesan daripada faktor biologi dan psikologi yang berubah.Beliau dapati pada tahap ini, remaja mengalami rasa kecewa, emosinya tidak stabil dan tidak dapat menyesuaikan emosinya. Beliau juga menganggap proses berkembang yang berlaku pada individu remaja tidak dipengaruhi oleh aspek luaran mahupun persekitaran. Buktinya, ibu bapa sering bermasalah apabila berdepan dengan remaja. Perkara ini cuma satu pandangan daripada banyak pandangan ataupun teori yang dikemukakan oleh pakar psikologi.


Robert Havighurst juga turut menghuraikan maksud remaja. Huraian beliau menarik kerana pandangan yang diberikannya bersifat elektif iaitu pandangan campuran yang meliputi biologi, sosiologi dan psikologi. Pandangan dan teori ini dikenali sebagai teori ‘tugas perkembangan’ (Developmental Task, Havighurst, 1972). Beliau menyatakan tahap remaja adalah tempoh individu menjalani beberapa tugas perkembangan.


Menurut beliau, tugas perkembangan ini perlu bagi individu dan didorong oleh masyarakat. Tugas perkembangan ini adalah keterampilan ataupun kebolehan, pengetahuan, fungsi, dan sikap yang individu perlu ada pada sesetengah tahap hidup mereka. Semua ini dicapai melalui kematangan fizikal, harapan sosial dan usaha belia itu sendiri. Tugas yang dimaksudkan itu adalah (Havighurst, 1972):

1. Menerima bentuk badan sendiri dan menggunakannya secara berkesan.

2. Berusaha mencapai hubungan yang lebih matang dengan kawan sebaya daripada kedua-dua jantina.

3. Berusaha mencapai peranan jantina sosial, lelaki ataupun perempuan.

4. Berusaha mencapai emosi yang bebas daripada pengaruh ibu bapa dan orang dewasa.

5. Menyiapkan diri supaya berjaya dalam ekonomi.

6. Menyiapkan diri bagi tujuan berkahwin dan berkeluarga.

7. Mahu dan mencapai sikap bertanggungjawab secara sosial.

8. Memperoleh bentuk nilai hidup dan sistem etika sebagai panduan bertingkah laku dan mewujudkan satu ideologi untuk diri sendiri.


Istilah dan Definisi BeliaMenurut Kamus Dewan (1994), belia bermaksud muda belia, sangat muda, golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda dan pemudi.


K. H. Ali Yafie (1997) menjelaskan, menurut pandangan para ulama, ada tujuh tahap proses manusia berkembang sejak lahir hingga akhir usia, iaitu:

1. Usia bayi.

2. Usia kanak-kanak.

3. Usia remaja.

4. Usia dewasa muda.

5. Usia dewasa matang.

6. Usia tua.

7. Usia pikun.


Dalam teori Fikah, hanya ada empat tahap sahaja kerana manusia dikaitkan dengan tanggungjawab hukum yang dituntut ke atas setiap diri individu, iaitu:

1. Anak-anak di bawah umur.

2. Pra-dewasa atau remaja tanggungan.

3. Dewasa, akil baligh.

4. Orang tua yang tidak dikenakan tanggungjawab hukum.


Takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dengan alasan-alasan berikut:1. Ia adalah takrif Majlis Belia Malaysia 1985.2. Ia dianggap golongan yang sudah mencapai taraf matang yang memuaskan dan dapat menerima manfaat maksimum daripada rancangan-rancangan yang disusun.3. Ia adalah sebahagian besar daripada jumlah rakyat negara ini. Apa-apa usaha bagi membina masyarakat, meninggal- kan kesan secara menyeluruh.


Kementerian Belia dan Sukan dalam “Draf Kajian Semula Dasar Belia Negara” mentakrifkan belia sebagai “mereka yang berumur antara 15 hingga 25 tahun.” Alasannya, ia selaras dengan takrif yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan diguna pakai oleh banyak negara. Menurut Commonwealth Youth Secretariate (1993), umur belia di sebahagian negara-negara anggotanya adalah seperti berikut:

Bangladesh: 15 hingga 30 tahun

Brunei Darussalam: 15 hingga 35 tahun

India: 15 hingga 34 tahun

Hong Kong: 10 hingga 24 tahun

Pakistan: 18 hingga 30 tahun

Singapura: 15 hingga 30 tahun

Sri Langka: 15 hingga 29 tahun


Azizan Bahari (1995) mengatakan, definisi sekarang yang menyatakan lingkungan umur antara 15 hingga 40 tahun sebagai belia itu adalah luas. Barangkali yang sesuai adalah antara 13 hingga 30 tahun. Ia adalah satu lingkungan umur yang sesuai dipanggil belia, walaupun masih terdapat beberapa hal yang berbeza daripada aspek tahap bersekolah, mencari kerja, memulakan kerjaya, berkenalan, mencari pasangan hidup, berumah tangga dan sebagainya. Biasanya, individu yang berusia lebih daripada 30 tahun sudah berkeluarga. Manakala mereka yang berusia lebih daripada 35 tahun, meletakkan kerjaya di samping masa depan keluarga sebagai fokus hidup.


Dalam buku Pembentukan Generasi Belia Selangor 2005: Satu Pengamatan, belia ditakrif berdasarkan peringkat umur dari 15 hingga 40 tahun. Julat umur di antara dua umur ini agak tinggi bagi memasukkan mereka dalam program pembangunan yang sama.


Keperluan golongan awal belia dan golongan akhir belia adalah berlainan. Oleh sebab itu, lebih baik mengkategorikan mereka mengikut kelompok berdasarkan faktor umur dan ke- giatan utama status hidup mereka, bagi menyediakan program pembangunan untuk mereka. Mereka dapat dibahagikan kepada kelompok berikut:

1. Golongan belia remaja. Rata-rata kumpulan ini masih di bangku sekolah. Antara beberapa perkara yang perlu ditekankan pada kumpulan ini adalah mendidik nilai, memupuk jati diri, di samping mendedahkan mereka dengan senario yang berubah dan impaknya ke atas mereka. Remaja yang mengalami krisis dan konflik identiti perlu dibimbing menerusi Program Rakan Sebaya atau menjinakkan mereka dengan kaunseling remaja.

2. Golongan belia institusi pengajian tinggi atau penuntut (18 hingga 25 tahun). Golongan ini terdiri daripada penuntut yang berada di institusi pengajian tinggi dan lepasan sekolah menengah. Mereka mula memasuki alam lebih bebas daripada kawalan ibu bapa mahupun peraturan sekolah. Pada peringkat ini, mereka perlu ditekankan dengan moral yang tinggi dan memupuk hubungan sihat apabila bergaul.

3. Golongan belia awal pekerjaan (18 hingga 23 tahun). Golongan ini perlu didedahkan dengan pelbagai peluang memajukan diri dalam bidang yang mereka ceburi. Galakan belajar dan menimba pengalaman perlu diutamakan. Di samping itu, program yang dapat meningkatkan kesedaran sosial yang sihat perlu diusahakan dan dilaksanakan.

4. Golongan belia industri (20 hingga 30 tahun). Sektor industri kini menyediakan peluang kerja yang tinggi di Selangor. Belia perlu diberi peluang meningkatkan diri dalam hal yang berkait dengan keperluan kemahiran bekerja dan membangunkan insan. Gerakan dan usaha memulihkan imej pekerja industri perlu diutamakan dengan meletakkan mereka pada posisi yang lebih baik daripada segi nama dan kehidupan sosial mereka.

5. Golongan belia veteran (30 hingga 40 tahun). Biasanya golongan ini sudah berumah tangga dan lebih menumpukan pada usaha mengukuhkan pendapatan keluarga serta mendidik anak-anak. Mereka ini lebih matang dan ada tanggungjawab yang lebih tinggi pada keluarga.


Program membangunkan golongan ini perlu ditumpukan pada usaha meningkatkan kualiti hidup serta mengukuhkan institusi keluarga.Menurut Azizan Bahari (1995), definisi sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah luas dan tidak sesuai lagi bagi masyarakat kita yang cepat berkembang. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (khasnya ESCAP) menggunakan lingkungan umur antara 15 hingga 25 tahun, manakala Commonwealth Youth Programme (CYP) pula menganggap kumpulan umur 18 hingga 35 tahun sebagai belia. Walaupun pelbagai interpretasi dikemukakan apabila membincangkan isu belia, definisi yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan dijadikan fokus yang dibincangkan dalam kajian ini bagi mengikut ketetapan masyarakat yang selari dengan Kementerian Belia dan Sukan. Hal ini memudahkan kita memahami dan menyusun strategi selari dengan matlamat membangunkan belia negara.Cukup umur atau balighDaripada perspektif Islam pula, belia dikaitkan dengan umur baligh. Di dalam al-Quran ada disebut perkataan fata dan dalam hadis pula disebut perkataan syabab. Kedua-duanya membawa maksud pemuda atau belia, (Abdul Ghafar Hj. Don, 1996).


Menurut Islam, manusia ditentukan kewajipan melaksanakan tanggungjawab kepada Allah, rasul dan masyarakat. Justeru itu, Islam menetapkan usia baligh dan akal sempurna sebagai faktor penentu. Menentukan umur baligh penting bagi menentukan sama ada remaja itu sudah sampai tahap mukalaf ataupun tidak. Mukalaf bermaksud orang yang sudah cukup umur dan diwajibkan mematuhi hukum-hakam Islam. Mereka dipertanggungjawabkan ke atas segala tingkah laku serta perbuatan mereka. Dalam satu hadis Nabi Muhammad berkata, mafhumnya: “Terangkat kalam (catatan amal) daripada tiga perkara, daripada orang yang tidur sehingga ia terjaga, daripada kanak-kanak sehingga ia bermimpi dan daripada orang gila sehingga ia berakal.” (Sunan Abu Daud, t.th)Menurut ahli perundangan Islam, syarat pertama bagi menentukan baligh dilihat pada lima perkara. Tiga untuk lelaki dan dua untuk perempuan. Tanda baligh bagi lelaki adalah bermimpi berserta keluar mani, pertumbuhan fizikal badan dan bersuara garau atau kasar. Bagi perempuan pula apabila datang haid dan mengandung (Abu Abdullah Muhammad, 1967).


Menurut Imam Syafie, umur baligh bagi perempuan ialah 10 tahun qamariyyah. Lelaki pula ialah 12 tahun qamariyyah (Abu Abdullah Muhammad, 1967). Namun begitu, sama ada cepat ataupun lambatnya umur baligh individu dipengaruhi oleh keadaan serta persekitaran di mana kanak-kanak itu berada.


Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah mereka yang berumur antara 15 hingga 24 tahun pada tahun 1995 ialah 3.79 juta (18.89 peratus daripada jumlah penduduk 22.43 juta). Manakala dalam Kertas Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara (1995) pula, dinyatakan jumlah penduduk yang berumur antara 15 hingga 39 tahun pada tahun 1995 adalah 8.39 juta (41.80 peratus), dan pada tahun 2000 adalah 9.25 juta (41.24 peratus).Selepas menjelaskan definisi remaja dan belia, dapat dirumuskan ketetapan masyarakat yang selari dengan Kementerian Belia dan Sukan perlu diutamakan bagi memudahkan pendekatan, perbincangan dan perbahasan di dalam buku ini. Istilah remaja dan belia disatukan dan dikupas secara menyeluruh. Perbincangan pula difokuskan mengikut tahap umur apabila perlu bagi mengkategorikan belia menurut tahap perkembangan.

Monday, May 23, 2011

Al-Fatihah..buat mangsa tanah runtuh di Hulu Langat

Ada sekeping gambar yang sempat aku ambil (mohon izin tuan punya FB) ), sebelum kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah At-Taqwa Hulu Langat, Selangor. Memang sebak rasa di dada tengok wajah-wajah mulus tak berdosa anak-anak yatim.



pix_gal0
Tujuh jenazah itu ialah Dzahir Haziq M Muin, 18; Mohd Zaid Azahari, 14; Mohd Mustakim Mamat, 12; Wan Ahmad Hasrim Hazim, 11; Mohd Hazim Sapri, 10; Mohd Imal Fahad, 9, dan Mohd Azret Azahari, 8.

Semua mereka disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat.

Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.

Enam belas terkorban dalam tragedi itu manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan selamat.
Semua mayat mangsa dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan selesai dituntut ahli keluarga pada jam 12.05 tengah hari semalam.