Thursday, July 25, 2024

Memaafkan tapi tidak melupakan...

Benda paling sukar nak buat adalah minta maaf...
Lebih susah lagi adalah memaafkan...
Kesusahan paling unggul adalah melupakan segalanya...

Bila memaaf tapi tak melupakan cenderung untuk ungkit semula.

Contohnya bila tengok drama swasta kat TV tentang kecurangan suami... 
"Macam abanglah dulu, time duduk Johor. Bawak perempuan keluar sana sini berdua. Dah la time orang pregnant, bulan puasa pulak tu..."

Tinggallah suami terpisat-pisat antara ego, maruah dan kekesalan.

Sungguh dalam kelukaan itu, hingga kini tiada ubatnya... kerana ubatnya hanya dengan melupakan segalanya.

Soalnya bagaimana?



No comments:

Post a Comment

Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.

Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.