Tuesday, March 12, 2013

It's Ok...

Korang sedih tak bila dalam satu meeting ada kurang daripada 15 orang, pastu nama korang tak direcognize pun oleh boss korang yang menjadi chairman meeting tu. At least bila chairman asked around the table, tetiba korang di skip dan terus kepada tangguh meeting. Yelah..aku ni "junior" officer, tapi sekurang-kurangnya jika 14 orang yang lain boleh direcognize oleh chairman termasuk urusetia....aku langsung tidak dikenali atau diperkenalkan...Sedihnya kejadian ini bukan pertama kali berlaku, malah di dalam setiap mesyuarat yang dia pengerusikan. Terasa aku seolah-olah diperkecilkan. Aku tahu aku "baru" 8 bulan kat Kementerian ni...tapi jangan perkecilkan pengalaman aku dalam Pembangunan sebab aku dah lebih 5 tahun duduk di bidang yang sama. 

Aku masih hormat my boss...seriously...tiada langsung perasaan di hati untuk membenci. Sebab aku rasa mungkin kerana dia belum mengenali aku dan aku juga tidak mengenalinya. Orang kata tak kenal maka tak cinta..betul tak..? Lagipun dia bagi markah LNPT Khas aku untuk confirmation Gred44 sebanyak 93%...memang generous dan paling tinggi berbanding boss lama aku...

Ok la, aku terima dengan redha dan aku ambil iktibar..esok aku jadi boss aku tak nak buat begini. 
I will proudly present.."This is Mr/Mrs ABC, my officer in XYZ...if u have anything about to ask..please don't hesitate to call my officer...he/she will assist you..."

Would I go out or no go out?