Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Restoran Tapak Sulaiman a.k.a Restoran Bunian a.k.a Restoran Dalam Semak

Aku baru balik lunch.
Makan dekat kat dalam semak. Hahaha.. Korang mesti heran kenapa aku makan dalam semak.
Actually nama kedai tu Tapak Sulaiman. Kedudukannya memang tersorok (tu pasal orang panggil restoran bunian kot) dan tak ada papan tanda langsung. Kalo tak pernah datang memang takkan jumpe restoran ini aku rase melainkan korang ni ade sepupu sepapat ngan bunian.. Hehehe...
Aku makan ngan ofismate aku namanya Dzul. Si Dzul ni banyak kali pesan kat aku yang restoran ni bukan macam restoran yang selesa, warung je. Tapi jangan under estimate.

Kitorang sampai je, full house ok! Semua meja dah marked for reservation. Mujur time tu kitorang sampai awal dalam 12.30 tengahari (korang jangan tanye sebab ape aku kuar awal..kan aku dah terangkan dalam entry sebelum ni...hehehe).. So tokey kedai benarkan kitorang duduk di salah satu meja yang telah direserve tu. Mujur...

Memula order air. Pastu air sampai. Pastu sambal belacan n timun sampai. Tunggu lame sikit, nasik panas plak sampai..berasap tu...lepas tu korang tengok je la sendiri gamba kat bawah ni...

Apa?? Biasa je?? Tunggu jap eh....

Tadaaaa....hah korang nampak ketam masak lemak tu...memang heaven!

Beginilah hasilnya....arkhh....


Meh aku terangkan sikit pasal Restoran Tapak Sulaiman ni:

Konsep: 
Konsep kedai masakan makanan Melayu. Keselesaan kedai takat-takat 2 bintang tu boleh la..tapi makanannya memang 5 star okeh!
Restoran ni memang full house selalu. Kalo nak datang korang kena buat reservation dulu.


Menu: 
Makanan pagi aku tak pasti. Aku rasa macam biasa ada roti canai dan nasik lemak.
Makanan tengahari adalah makanan Melayu yang disediakan secara hidangan. Semua customer makan menu yang sama. Takde maknanye diorang nak layan ko punyer order selain daripada menu yang diorang hidang. Menu berubah setiap hari. Aku tak pasti dia ada menu apa lagi sebab baru fes time pegi kan. Ikut kata Dzul, ada ikan patin tempoyak, ada udang masak lemak dan pelbagai lagi.
Malam aku tak pasti kedai ni bukak ke tak.


Lokasi: 
Bagi mereka yang duduk di Putrajaya kalo nak senang lalu ikut exit Putrajaya - Kajang lalu Jalan Sungai Merab. Lepas sikit Coffee Village, perhatikan di sebelah kiri anda ada court futsal, ambil simpang/lorong kiri sebelah gelanggang futsal tu. Kalo anda tak jumpa-jumpa jugak itu maknanya bukan rezeki anda nak makan di situ.. Hehehehe...
Ni aku amek gambar gelanggang futsal time nak balik. Kalo dari Coffee Village Putrajaya, gelanggang ni belah kiri.

Harga: 
Harga pakej ikut menu la. Menu yang aku makan tadi berharga RM26 untuk 2 orang makan. Air minuman termasuk dalam pakej ni. So, either korang order limau air or milo ais, harga pakej masih kekal maintain. Kalo korang ada add on air baru kire harga lain. So, tadi harga sorang makan adalah sekitar RM13 git. Hehehe...

Tempahan:
Elok la korang tempah dulu sebelum datang. Takut nanti sia-sia je datang tak dapat nak makan.
017-2747751/017-2747761
0173812246 (thank you pada pengomen yang beri maklumat)

Sunday, February 19, 2012

Resepi: Ketam Black Pepper

Ketam Black Pepper ni aku baru masak tengahari tadi...4 ekor je masak abis ke aku sorang le pasal en. somi alah ketam.

Dia cuma rasa kuah jeblack paper je, dia kata ok, boleh jual maknanya kena la aku masukkan dalam blog ni..kot-kot ade orang nak setup restoren ke, bleh cuba resepi nih..

Bahan:
4 ekor ketam dicuci bersih
Serbuk kunyit dan garam
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang cili padi
Halia sebesar ibu jari
Segenggam lada hitam
1 kiub ikan bilis
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
1 sudu asam jawa (aku suka guna yang pes cap Adabi)
Gula dan Garam secukup rasa

Langkah:
1. Lumur ketam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng sehingga masak.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, halia, lada hitam dan kiub ikan bilis.
3. Panaskan sedikit minyak untuk menumis dan tumis bahan2 yang dikisar tadi.
4. Setelah naik bau, masukkan sos tiram, kicap, asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
5. Masak sehingga mendidih dan masukkan ketam yang telah digoreng.
6. 2-3 minit kemudian boleh menghidang. Hiaskan dengan daun bawang, daun saderi dan bawang goreng.

Selamat Mencuba!

Wednesday, February 1, 2012

Resepi: Nasi Lemak Sambal Sotong

Nasi Lemak:

2 orang makan (orangnya gempal macam aku ngan hubby):

2 pot beras- basuh bersih dan toskan.
1 keping kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
Bunga cengkih dan lada hitam (secubit)
Halia (sebesar ibu jari potong nipis)
Secubit garam-merangsangkan tunas rasa lidah.
Sekotak kecik santan kelapa (aku suka guna santan kotak sebab rendah lemak)

 Arahan: Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam beras, ukur ukuran air secukupnya dan tanak nasi.


Sambal Sotong:

3 keping sotong kering (saiz tapak tangan) -potong kecik dan rendam dalam air 1 jam. Kalo nak cepat rendam dalam air panas atau rebus dulu. Baru tak liat.
10 keping cili kering (kalo nak pedas boleh tambah lagi)
1 kiub ikan bilis/ boleh guna ikan bilis
3 sudu gula (boleh tambah time masak)
1 sudu kecik asam jawa (aku guna paste asam jawa Adabi)
2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih.

Arahan: Blendkan semua bahan di atas (kecuali sotong). Tumis bahan setelah minyak dalam kuali panas. A long the way boleh tambah cili, gula, garam, asam jawa dan air secukup rasa yang digemari.

Nak best hidang bersama telo sorang dua bijik, potong timun 2-3 hirisan, kacang goreng, ikan bilis goreng dan air teh tarik...perghh...kalah nasik lemak restoren gembira shah alam (lama siot tak makan nasik lemak kat situ).

Note: Bebas amek resepi ni...sapa nak buat berniaga pun boleh..harap-harap lakulah nok....

Monday, August 15, 2011

Resepi: Ikan Bilis Sos Cili Caramel

Tahun kedua berpuasa dengan suami. Tahun lepas, sahur just masak nasik je and hangatkan lauk semalam, tapi tahun ni masak je setiap kali sahur. Sampai abis idea nak masak ape yang mudah dan menyelerakan pagi-pagi ni.

Masakan ni my mum kadang2 buat jugak time breakfast, tapi bila kitorang dah besar, dah jarang la pulak mak masak lauk simple-mimple ni.. So, sekadar ingatan aku tentang rasa masakan ni waktu kecil, aku cuba menghasilkan sendiri.

Nak bagi gempak sikit namanya aku letak cam ala-ala puding caramel plak, tapi ganti ngan ikan bilis..simple and senang...10 minit dah siap. Yang ni kira untuk 2 orang makan la.

Bahan-bahannye:
a) Segenggam ikan bilis (kalo bleh beli yang berkualiti tinggi sebab akan kurang kadar kemasinannya) Jangan lupa basuh dulu tau.
b) 2 sudu besar cili giling/cili boh
c) 2 sudu gula pasir
d) Garam secukup rasa
e) Seulas bawang merah dan seulas bawang putih dihiris nipis.

Kaedahnye:
a) Goreng rangup ikan bilis. Angkat dan toskan.
b) Untuk sos caramel, panaskan kuali dengan 2 sudu minyak.
c) Tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai kekuningan.
d) Masukkan cili giling 2 sudu or lebih (kalo nak pedas).
e) Masukkan 2 sudu gula pasir or lebih (kalo nak manis) dan garam secukup rasa
f) Gaulkan ikan bilis dengan sos caramel tadi.

Siap and boleh la dihidangkan dengan nasik panas ketika sahur/breakfast.

Saturday, July 23, 2011

Resepi: Ikan Bakar Mahaji's

Kali ni nak bakar ikan plak. Resepi ni sesuai untuk semua jenis ikan yang enak di bakar..ikan paling command ialah ikan kembong, ikan siakap, ikan terubuk pun best gak. Aku namakan resepi ikan bakar ni sempena nama my mum.. Beliau beri aku resepi ni, tapi aku modified sikit untuk kepuasan selera aku yang tak pernah puas ni...xoxoxo...

Bahan-bahan:
a)Ikan segar disiang dan dicuci dengan asam jawa
b)3 ulas bawang merah
c)1 ulas bawang putih
d)1 potong halia sebesar ibu jari
e)1 batang serai
f)3 cili padi
g) Kunyit/Serbuk kunyit
h) Setengah kotak kecik santan (kalo nak kuah banyak boleh pakai sekotak kecik santan)
i) Garam/Gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Blender je semua bahan a-i.
2. Kalo anda bakar ikan dalam oven, boleh lapik dengan aluminium foil and siram bahan yang diblender tadi atas ikan.
3. Bakar suhu 130-150 degree selama 20-30 minit.
4. Kalo bakar atas pemanggang, just siramkan je jugak setiap 5 minit or time nak balik-balikkan pemanggang tu.
5.Settle and boleh hidang.

Monday, July 18, 2011

Resepi: Sos Ikan Goreng

Aku memang hantu ikan goreng...apetah lagi ikan goreang garing..kompom tulang pun licin aku bedal... sangap gilos. Selalunye aku makan ikan goreng bodoh je..kalo ajin hiris bawang merah nipis-nipis ngan cili padi pastu goreng sampai ranggup..fuhhh...mak mentua jeling pun aku buat tak heran...wakaka... Tapi kali ni aku nak share resepi sos untuk ikan goreng tu...

Yang ni untuk 2 orang makan la:

a) 4 ulas bawang merah
b) 1 ulas bawang putih
c) 1 jemput ikan bilis (agak-agak je la-boleh gantikan dengan serbuk/kiub ikan bilis)
d) 6 batang cili kering
e) Air Asam Jawa (akak suka yang adabi paste punye)
f) Garam dan gula secukup rase
g) Semangkuk air (200-300ml)

Cara nak masak bapak senang gilos:
1. Blender bahan a,b,c,d dan g sekali.
2. Panaskan sedikit minyak masak dan masukkan semua bahan yang diblendkan tadi.
3. Tambah asam jawa, garam dan gula mengikut citarasa korang.
4. Sos tu boleh dituang atas ikan goreng. Settle.

Monday, May 23, 2011

Resepi Soto Ayam Modified

Resepi soto ayam ni adalah modified daripada resepi my mum. Sepertimana yang korang tahu, kesedapan soto ni bergantung kepada kepoweran kuahnya, Kalo kuah tak masyuk..hambar je rase. Bagi orang yang suka perisa yang kuat dalam makanan, kuah mesti ada uhmm.. Sekarang ni pun byk perencah soto kat kedai cuma tinggal sedap tak sedap je. Ok la, ni cara aku masak soto ayam. Yang ni untuk 6-10 orang makan.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (of course la..da nama soto ayam)
Nasi himpit-direbus/Mee Kuning-dicelur/Bihun-dicelur (makan bersama soto)
Sohoon-digoreng
Kacang tanah-digoreng dan dibuang kulit
Tauge-dicelur
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng

A.Untuk dikisar:
4 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 potong halia (sebesar ibu jari-ketuk sampai penyet)
1 potong lengkuas (sebesar ibu jari-ketuk sampai penyet)
2 batang serai (potong halus)

B.Untuk ditumis (yang ni option je..kalo tak nak makanan berminyak boleh terus rebus):
1 potong kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 peket serbuk perencah soto (kalo tak de pakai serbuk perencah sup Adabi pun ok. Kalo pakai perencah sup Adabi kena tambah sikit serbuk perencah kurma)
1 kiub ayam (Aku suka jenama Knorr)

C. Sambal Kicap:
1 ulas bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih
10 batang cili padi
Kicap manis/masin

Cara Memasak:
1. Kisar semua bahan A. Lepas tu letak dulu dalam blender diam-diam.
2. Panaskan minyak masak (sikit je tau) dan tumis bahan B. (kalo tak mo tumis boleh rebus terus)
3. Setelah naik aroma, masukkan bahan A yang telah dikisar tadi. Masukkan ayam.
4. Tambah air secukupnya.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah ayam empuk, asingkan ayam dan biarkan kuah mendidih.
7. Kalo rajin ayam boleh digoreng sebelum disiat. Kalo tak rajin, boleh siatkan je terus isi ayam tu halus2 dan nipis. Tulang ayam boleh masuk balik dalam kuah.
8. Sambil-sambil tunggu kuah mendidih boleh buat sambal kicap. Goreng bawangbesar, bawang putih dan cili padi dalam sedikit minyak. Sekejap je. Toskan. Kisar halus dan masukkan kicap. Siap dah.
9. Bila kuah dah mendidih, boleh la dihidang dengan nasi himpit/mi kuning/bihun dan dihiaskan dengan cebisan ayam, tauge, kacang tanah bawang goreng dan sohoon serta daun sup/bawang yang telah dipotong halus. Kalo nak pedas, masuk sambal kicap.
10. Confirm En. Somi senyum sampai telinga apatah lagi kalo orang Johor...hehehe..Selamat menerai..