Monday, December 24, 2012

Restoran Tapak Sulaiman a.k.a Restoran Bunian a.k.a Restoran Dalam Semak

Aku baru balik lunch.
Makan dekat kat dalam semak. Hahaha.. Korang mesti heran kenapa aku makan dalam semak.
Actually nama kedai tu Tapak Sulaiman. Kedudukannya memang tersorok (tu pasal orang panggil restoran bunian kot) dan tak ada papan tanda langsung. Kalo tak pernah datang memang takkan jumpe restoran ini aku rase melainkan korang ni ade sepupu sepapat ngan bunian.. Hehehe...
Aku makan ngan ofismate aku namanya Dzul. Si Dzul ni banyak kali pesan kat aku yang restoran ni bukan macam restoran yang selesa, warung je. Tapi jangan under estimate.

Kitorang sampai je, full house ok! Semua meja dah marked for reservation. Mujur time tu kitorang sampai awal dalam 12.30 tengahari (korang jangan tanye sebab ape aku kuar awal..kan aku dah terangkan dalam entry sebelum ni...hehehe).. So tokey kedai benarkan kitorang duduk di salah satu meja yang telah direserve tu. Mujur...

Memula order air. Pastu air sampai. Pastu sambal belacan n timun sampai. Tunggu lame sikit, nasik panas plak sampai..berasap tu...lepas tu korang tengok je la sendiri gamba kat bawah ni...

Apa?? Biasa je?? Tunggu jap eh....

Tadaaaa....hah korang nampak ketam masak lemak tu...memang heaven!

Beginilah hasilnya....arkhh....


Meh aku terangkan sikit pasal Restoran Tapak Sulaiman ni:

Konsep: 
Konsep kedai masakan makanan Melayu. Keselesaan kedai takat-takat 2 bintang tu boleh la..tapi makanannya memang 5 star okeh!
Restoran ni memang full house selalu. Kalo nak datang korang kena buat reservation dulu.


Menu: 
Makanan pagi aku tak pasti. Aku rasa macam biasa ada roti canai dan nasik lemak.
Makanan tengahari adalah makanan Melayu yang disediakan secara hidangan. Semua customer makan menu yang sama. Takde maknanye diorang nak layan ko punyer order selain daripada menu yang diorang hidang. Menu berubah setiap hari. Aku tak pasti dia ada menu apa lagi sebab baru fes time pegi kan. Ikut kata Dzul, ada ikan patin tempoyak, ada udang masak lemak dan pelbagai lagi.
Malam aku tak pasti kedai ni bukak ke tak.


Lokasi: 
Bagi mereka yang duduk di Putrajaya kalo nak senang lalu ikut exit Putrajaya - Kajang lalu Jalan Sungai Merab. Lepas sikit Coffee Village, perhatikan di sebelah kiri anda ada court futsal, ambil simpang/lorong kiri sebelah gelanggang futsal tu. Kalo anda tak jumpa-jumpa jugak itu maknanya bukan rezeki anda nak makan di situ.. Hehehehe...
Ni aku amek gambar gelanggang futsal time nak balik. Kalo dari Coffee Village Putrajaya, gelanggang ni belah kiri.

Harga: 
Harga pakej ikut menu la. Menu yang aku makan tadi berharga RM26 untuk 2 orang makan. Air minuman termasuk dalam pakej ni. So, either korang order limau air or milo ais, harga pakej masih kekal maintain. Kalo korang ada add on air baru kire harga lain. So, tadi harga sorang makan adalah sekitar RM13 git. Hehehe...

Tempahan:
Elok la korang tempah dulu sebelum datang. Takut nanti sia-sia je datang tak dapat nak makan.
017-2747751/017-2747761
0173812246 (thank you pada pengomen yang beri maklumat)

7 comments:

  1. pembetulan no telefon restoran : 0173812246

    ReplyDelete
  2. Itu num fon utk wat reservation eh?? Weekend die bkak x??

    ReplyDelete
  3. pernah try sarapan 'nasi lemak bungkus'.. bunyi cam nasi lemak biasa kan?? tapi dia buat stail pataya.. nasi lemak dibungkus dgn telur dadar... boleh la tahan

    ReplyDelete
  4. dah makan dah..lauk memang ada rasa,boleh kata sedap juga..cuma yang fail bab Nasi...oh! sayang betul aku rasa..lembik sangat nasinya.Tp tak tau la orang lain kot suka nasi lembik.Aku nak jer bagitau owner kedai tu...tang nasi jerk..kalau lauk tu mmg power dah..lahai...tak jadi aku nak menambah nasi..merantah jer la lauk.

    ReplyDelete
  5. makanan kampong. sedap. baru lepas pekena tadi. kesian pada org yg kena berdiri sbb tak rsvp dulu.

    ReplyDelete
  6. Aq dh penah mkn kt ctu,rsa biasa je.x de lh SEDAP sgt.cme mngkin bab murah je lh.

    ReplyDelete
  7. Memang sedap kena ngan selera saya. Sape yg nak pegi lepas masuk simpang futsal tu tengok belah kiri. Dia bawah bukit sikit. Thank u pasal share restoran ni. Recommended sgt

    ReplyDelete

Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.

Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.