BBW Book Fair 7-23 December 2012 |
Aku 1st time dengar BBW, tetapi peminat-peminat tegar buku sudah tentu sentiasa follow je BBW ni.
Tadi aku pegi pesta buku BBW ni di MIECC (Mines International Exhibition & Convention Centre) di Sri Kembangan. Hari pertamanya orang dah macam semut hurung gula, tak tengok lagi weekend ni..cium ketiak orang le jawabnye....
BBW Book Fair ni akan buka secara marathon selama 72 jam (3 hari tanpa tutup mulai 7 Dis 2012) Ada 3 juta buku ditawarkan dengan harga yang cukuuuuuppppppp murah.. So, ape lagi...pegi le cepat..!
Oppppppa! Tapi jangan lupa bawak beg troli untuk letak buku korang yang banyak tu! Yang bawak anak kecik tu pastikan persediaan secukupnya bagi keselesaan anak anda. Yang bawak kanak-kanak tu nanti ade tempat mainan, jual makanan dan sebagainya..dun worry..tapi aku tak jamin la weekend nanti serabut perut ke tak...
3 juta buku untuk korang grab sampai lebam! |
Hantu novel, sila borong! |
Suasana masih terkawal. |
Aku beli 2 kotak buah buku je. Kawan-kawan aku yang beli sampai 2 kotak. Kefulusan aku agak terhad hari ini (claim belum masyuk maa...) menyebabkan aku cuma grab dua bijik buku je...
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.