Aku awal-awal masuk kerja dulu memang garang ngan staff aku..
Ibarat singa betina...hehehe..tapi aku garang pun dengan staff yang garang dan banyak alasan, dengan staff yang rajin aku sayang sungguh...Macam Kak Lily Azura, antara staff terbaik yang pernah aku bekerjasama..cumanya Kak Lily kalo mengandung, memang alahan teruk...selalu tak datang keje pasal teruk sangat alahan...hehehe....Dengar cerita Kak Lily kat KDN, tapi aku tak pasti juga kat ner dia skang. Dah berapa anak dia agaknya.. Harap-harap Kak Lily hidup bahagia dan masih menjadi seorang penjawat awam terbaik...
Lepas balik DPA, aku masih lagi garang, pastu perlahan-lahan aku berubah menjadi seorang yang tak garang selepas berkahwin. Benarlah kata orang, kahwin itu menyempurnakan hidup. Hidup sempurna, so tak perlu nak garang-garang...tapi sekali sekala aku menempik juga bila kaduk naik junjung....huhuhu...
Walopon aku menempik, sebenarnya aku sangat sayang kat semua staff...pernah sekali aku termengadu kat big boss lama perihal Pembantu Tadbir (PT) yang layan double standard pegawai-pegawai kontrak ni..maksudnya tak nak dengar arahan pegawai kontrak, hanya dengar arahan pegawai tetap je. Terus big boss aku amek tindakan nak tukar PT-PT ni... (big boss aku ni gile ke ape). Niat hati aku supaya dia masuk campur dalam menasihati anak buahnye dan pantau la sikit anak buah dia buat keje....tapi lain pulak tindakan. Maka dengan gelabahnya, aku bagitahu immediate boss aku, sebab aku tak pernah maksudkan boss untuk tukar PT ni...(skang ni immediate boss aku ni dah kat KDN)....mujur dia pegi runding ngan boss...and big boss boleh terima alasan-alasan yang immediate boss aku nyatakan..
Rasa berdosa aku rasa kat anak-anak buah aku tu...namun positifnya lepas tu sorang pun tak berani dah nak buat layanan double standard ni...tak kirala pegawai tu tetap ke kontrak ke, kena la terima arahan...
Bila pindah Kementerian, tahap kesabaran aku makin tinggi. Tak kisahla staff atau boss atau pegawai sama macam aku, kadang-kadang aku merasa jengkel jugak sekali-sekali. Pegawai tak puas hati ngan PT, PT tak puas hati ngan pegawai. PT tak puas hati ngan PT. Pegawai tak puas hati ngan Pegawai...
Sudah tentu segalanya ada perbezaan. Berbeza dari segi pangkat, gaji, usia, pengalaman, latar belakang, paras rupa, gender dan pelbagai lagi perbezaan. Namun begitu, jika kita terus mencari perbezaan, sampai bila kita nak bergaduh sesama sendiri?
Bagi aku, kita memang berbeza, namun di mana titik persamaan kita? Peranan kita berbeza tetapi matlamat kita sama. Apa matlamat kita? Matlamat diri? Matlamat Organisasi? Matlamat Negara? Tak payah fikir perbezaan...carilah titik persamaan. Apa yang sama? Yang sama adalah kita ini H.A.M.B.A. Hamba siapa? Takkan tak tahu kita hamba siapa? Tak payah aku jawab kot...
Cuma aku rasa amat terkilan dengan manusia yang merasa diri sungguh sempurna. Melayan staff umpama tiada kebaikan sikitpun ada dalam diri staff tersebut. Bagi aku, melayan PT-PT seperti melayan ahli keluarga kita. Dengan pelbagai rencah latar belakang hidup, sudah tentu kita berbeza. Namun aku cuba untuk mencari kebaikan dan perkara positif dalam diri PT-PT aku. Inn sha Allah, jika dalam lumpur sekalipun, berlian yang tulen pasti akan kelihatan juga sinarnya.
Sedang Rasulullah pemimpin ummah terulung boleh menyuapkan makanan kepada Yahudi yang menghinanya, apatah lagi kita baru setakuk dua memegang jawatan, sudah mahu menyombong.
Rasulullah naik buroq, binatang yang kelajuannya sepantas kelajuan cahaya, naik ke langit tak sombong pun...kita baru naik kapal terbang 1st class ke London dah nak menyombong...
Rasulullah dapat wahyu dari Allah, tak sombong pun.. Kita baru dapat surat dari Menteri da nak berlagak konon-konon diri tu penting...
Kawan-kawan, sedarlah sikit..kita ni bukan siapapun kalo nak dibandingkan dengan orang lain. Kita lebih kat sini, kita kurang kat situ...Kita pandai buat ni, kita tak pandai plak buat benda tu...
Mana ada kita sempurna. Jauh nilaiannya dari indeks kesempurnaan. Tolong jangan perasan sangat. Ingat ye!!!!
Yang sempurna tu hanya Allah sahaja....
Korang nak jadik boss camni ke? |
Respect ~ Respect ~ Respect |
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.