Resepi soto ayam ni adalah modified daripada resepi my mum. Sepertimana yang korang tahu, kesedapan soto ni bergantung kepada kepoweran kuahnya, Kalo kuah tak masyuk..hambar je rase. Bagi orang yang suka perisa yang kuat dalam makanan, kuah mesti ada uhmm.. Sekarang ni pun byk perencah soto kat kedai cuma tinggal sedap tak sedap je. Ok la, ni cara aku masak soto ayam. Yang ni untuk 6-10 orang makan.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (of course la..da nama soto ayam)
Nasi himpit-direbus/Mee Kuning-dicelur/Bihun-dicelur (makan bersama soto)
Sohoon-digoreng
Kacang tanah-digoreng dan dibuang kulit
Tauge-dicelur
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng
A.Untuk dikisar:
4 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 potong halia (sebesar ibu jari-ketuk sampai penyet)
1 potong lengkuas (sebesar ibu jari-ketuk sampai penyet)
2 batang serai (potong halus)
B.Untuk ditumis (yang ni option je..kalo tak nak makanan berminyak boleh terus rebus):
1 potong kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 peket serbuk perencah soto (kalo tak de pakai serbuk perencah sup Adabi pun ok. Kalo pakai perencah sup Adabi kena tambah sikit serbuk perencah kurma)
1 kiub ayam (Aku suka jenama Knorr)
C. Sambal Kicap:
1 ulas bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih
10 batang cili padi
Kicap manis/masin
Cara Memasak:
1. Kisar semua bahan A. Lepas tu letak dulu dalam blender diam-diam.
2. Panaskan minyak masak (sikit je tau) dan tumis bahan B. (kalo tak mo tumis boleh rebus terus)
3. Setelah naik aroma, masukkan bahan A yang telah dikisar tadi. Masukkan ayam.
4. Tambah air secukupnya.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah ayam empuk, asingkan ayam dan biarkan kuah mendidih.
7. Kalo rajin ayam boleh digoreng sebelum disiat. Kalo tak rajin, boleh siatkan je terus isi ayam tu halus2 dan nipis. Tulang ayam boleh masuk balik dalam kuah.
8. Sambil-sambil tunggu kuah mendidih boleh buat sambal kicap. Goreng bawangbesar, bawang putih dan cili padi dalam sedikit minyak. Sekejap je. Toskan. Kisar halus dan masukkan kicap. Siap dah.
9. Bila kuah dah mendidih, boleh la dihidang dengan nasi himpit/mi kuning/bihun dan dihiaskan dengan cebisan ayam, tauge, kacang tanah bawang goreng dan sohoon serta daun sup/bawang yang telah dipotong halus. Kalo nak pedas, masuk sambal kicap.
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.