Tuesday, May 24, 2011

Seminar Value Management (VM) di PICC

Pagi ni aku menghadiri Seminar VM di PICC. Seminar ini turut mendapat liputan media dan dirasmikan oleh Menteri di JPM, Tan Sri Nor Mohamed Yacob. Seminar ini juga dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) bagi membentangkan 3 kertas kerja hasil Lab VM yang telah diadakan oleh EPU pada Mac 2011 yang lalu. Kertas kerja 3 projek tersebut adalah:
  • Projek MRT Sungai Buloh-Kajang
  • Kereta Kabel Melaka
  • Pembinaan Pusat Pengujian Asap Kenderaan Bermotor JAS
Berdasarkan pekeliling EPU Bil3/2009, VM merupakan satu pendekatan pelbagai disiplin yang sistematik dan inovatif bagi mencapai nilai lebih baik dengan kos optimum tanpa menjejaskan tahap prestasi program dan projek.

Di dalam seminar itu juga turut dilancarkan buku Panduan Pelaksanaan Pengurusan Nilai dalam Program/Projek Kerajaan. Anda boleh usha-usha softcopy garis panduan ini di:
http://www.epu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=2c2f1aa9-55be-4376-9e9d-283aef6d9028&groupId=34492 

Gallery walk yang memaparkan hasil lab VM iaitu dari segi penjimatan di dalam projek kerajaan setelah dilaksanakan pengurusan nilai.

No comments:

Post a Comment

Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.

Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.