Dalam kegembiraan menyambut kehadiran orang baru,
dikejutkan dengan berita sedih dimana sahabat baikku kehilangan ayahanda tercintanya pada 18 November 2012.
Lebih menyedihkan aku adalah kerana ayahnya meninggal pada hari lahir sahabatku yang ke-30. Hari sebelumnya diorang bergembira berkenduri nasi ambeng dihantar je seluruh jiran-jiran tetangga sebagai kesyukuran menyambut hari terakhir dalam usia 29 tahun sahabatku ini.
Menambah kesedihanku ini ialah tahun kematian yang bertimpa-timpa untuk sahabatku ini. Dua tahun sebelumnya abangnya meninggal dunia, tahun berikutnya neneknya meninggal dunia dan tahun ini ayahnya pula.
Dan memikirkan tugas sahabatku ini menggalas beban sebagai anak sulung dan punya tanggungjawab besar dalam family menambahkan lagi simpati dan kekaguman aku terhadapnya. Bagaimana seorang perempuan yang sungguh berlembut hati, mudah simpati dan dengan sumber yang sedikit begitu cekal menghadapi pelbagai dugaan yang besar dalam hidupnya.
Sungguh kalau aku lelaki, aku akan memilihnya sebagai suri di hati aku. Susah menjumpai wanita setabah ini dalam kehidupan moden, malah aku akui aku juga tidak setabahnya menghadapi pelbagai cabaran hidup.
Aku sentiasa doakan sahabatku ini sentiasa dikurniakan hari-hari yang indah dan bahagia di samping keluarga yang tercinta...
La Tahzan... ya sohabat... |
Al-Baqarah:285-Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali". Al-Baqarah:286- Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". |
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.