Wednesday, November 14, 2012

Good Bye 1433...welcome 1434

1433 banyak mencatat kemelut dalam keluargaku yang tak habis-habis. Kadang-kadang rasa seperti sudah habis usaha menentang manusia-manusia yang mengguna khidmat jin dan syaitan untuk memberi kecelakaan pada keluargaku.

Ia sebuah kisah benar dan pengalaman hidup palibg tak ternilai harga...border line antara yang haq dan batil dalam siri-siri perawatan dan perubatan sungguh tipis. Jika tersilap langkah pasti akan terjerumus ke kancah syirik.

Mujur..mujur..mujur...setiap ilmu sihir dari segenap penjuru yang Allah izinkan mengena keluargaku, Allah temukan keluargaku dengan mereka yang boleh dan mahu membantu. Alhamdulillah yang membantu itu telah menjadi seperti ahli keluarga sendiri...tiada satu haripun yang terlepas tanpa kesakitan dan penderitaan keluargaku akibat ilmu2 sihir.

Begitu juga pertelingkahan keluarga kerana harta pusaka...banyak ku pelajari bahawa harta sentiasa mendorong manusia tamak dan sanggup berbunuh-bunuhan. Tidak dapat cara kasar, cara halus digunakan walau akhir nanti yang terkorban itu adalah darah daging sendiri.

Malah aku juga belajar bahawa manusia sentiasa cuba menjadi sempurna sehingga kadang-kadang ia lupa bahawa tiada yang sempurna melainkan Allah S.W.T sahaja. Ibu bapa yang memilih jodoh anak sehingga membenci jika anak mengahwini bukan pilihannya. Menantu yang miskin dan tidak berharta. Tidak pula menilai hati nurani menantu sendiri yang menerima dengan redhanya baik buruk anak hasil tangan mereka corakkan. Setiap kali pulang berziarah...adegan mertua yang sentiasa mengguris hati terpaksa ditelan oleh sang menantu. Ipar duai juga tumpang sekaki. 30 tahun berlalu masih tiada redha..apa besar sangatkah darjat kita sedangkan Allah telah menulis di loh mahfuz akan perihal ketentuan jodoh???. Malah ibu bapa begini mencari pula jalan halus supaya anak bercerai berai dan berkahwin dengan menantu idaman mereka. Ibu bapa begini sememangnya zalim dan melampau batas. Sentiasa mendoakan keburukan dalam generasi malah keterlaluan pula membenci menantu dan cucu. Mewujudkan suasana yang kacau bilau kerana tidak redha dengan pilihan anak. Hairan ya...jika membenci sekalipun duit tidak pula dibenci...tiap2 bulan anak tidak culas mengirim nafkah pada ibu bapa...tapi aku hairan kenapa ada ibu bapa sebegini zalim? Maaf jika ayatku begitu kasar. Aku fikir kerana mungkin Allah memanjangkan usia ibu bapa sebegini untuk melihat outcome daripada perbuatan zalim mereka.

Harapan paling besarku sudah tentu kebahagiaan keluarga besar kami dan penyatuan hati hati yang selama ini terpisah kerana dendam dan ego. Aku insan kerdil dan kebuntuan cara untuk menyatukan hati-hati manusia yang maha degil dan ego. Melainkan hanya Allah sahaja punya kekuatan sebegitu. Lahaulawaquwwataillahbillah...

Semoga orang yang mengenakan sihir kepada keluargaku segera insaf atau Allah memusnahkan mereka yang besar kepala dan tidak mahu insaf ni a.s.a.p. Semoga keluargaku tidak putus asa dalam memperjuangkan akidah dan sentiasa menginfaqkan harta-harta ke jalan Allah. Tiada yang kekal melainkan Allah...tempat kita akhirnya dalam kubur jua.

Untuk keluargaku...
Ibarat carik-carik bulu ayam,
Lama-lama bercantum jua.
Biduk berlalu, kiambang bertaut.

Oh Allah
Yang maha pengasih lagi maha penyayang
Ampunkan kemaksiatan yang kami lalukan
Engkau tidak redha tapi masih berlembut dan tidak mengazab kami
Ampunilah segala dosa kami oh Allah
Terimalah segala amalan kami
Dan berkatilah hidup kami
Bahagiakan kami di dunia dan di akhirat...
Besar sungguh harapan kami kali ini...
Allah perkenankanlah apa yang terbaik untuk kami...

Amin....

No comments:

Post a Comment

Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.

Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.