Thursday, November 8, 2012

Mendidik anak menghargai seni...



Cantik tak lukisan di atas ni?
Ni adalah salah satu aktiviti aku and Inas..
Masa yang sungguh limited untuk bermain dengan dia so dalam aktiviti painting ni banyak perkara boleh aku latih dia. Antaranya:
a) Berlatih memegang berus- mampu menguatkan koordinasi tangan anak.
b) Memilih warna - anak akan belajar mengenali dan mengingati warna.
c) Mengadun warna - anak akan belajar mix warna. contoh: warna kuning campur biru jadi hijau.
d) Mewarna - belajar penggunaan ruang kertas lukisan, koordinasi tangan, meningkatkan imaginasi dan mencetuskan kesabaran di dalam mewarna.
e) Kaedah mewarna - guna berus, guna jari, garisan, titik, tompokbetus halus, berus lebar, mampu melatih anak merasai perbezaan texture, leng and depth.

Macam lagilah yang dapat dipelajari. Anda akan terkejut how amazing your child can do.. Percayalah, cumanya anda perlu menyediakan sudut yang selesa, dan of cos bersabarlah sikit kerana baju anak akan kotor, lantai akan kotor dan maybe dinding akan kotor juga. 
Jadi preparelah dengan sebaiknya perkara berikut:

a) Seeloknya biar anak melukis secara duduk / berdiri (lukisan dilekat di dinding)
b) Sediakan kotak/pelapik dan lapik dengan akhbar lama supaya lantai/dinding tidak kotor.
c) Pakai apron/baju lama pada anak sebab tak le ralat sangat kalo baju kena kaler.. Paham je la, baju budak sekarang bukannye murah.
d) Sediakan kain basah untuk lap dengan segera jika dinding atau lantai tertumpah warna.

Kreativiti anak dicambah melalui aktiviti seni.

Mixing colour is an amazing activities to build up your child's memory.

"SELAMAT MENCUBA!"



No comments:

Post a Comment

Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.

Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.