Sepanjang 5 tahun aku bertuah sebab aku tak pernah jadik Pegawai Penilai Pertama (PPP) atau Pegawai Penilai Kedua (PPK) kepada anak buah aku atau Pegawai Yang Dinilai (PYD).
Bila pindah Kementerian baru aku kena jadi PPP..alahai la..aku tak suka..sebab aku takut aku salah menilai, terkurang markah karang berdosa plak sebab aniaya orang bagi terlebih plak kang tak sepadan ngan keje dia buat. Mujur juga anak buah aku (chinese ladies) orangnya komited..walopon baru 3 bulan dia di bawah aku, tapi takat bagi keje, petik jari je dia bleh siap..malah dia double checked plak keje aku..yang ni satu sikap yang aku cukup suka sebab itu menunjukkan yang dia berhati-hati dalam keje.
So tadi aku panggil anak buah aku ni masuk bilik. Bercakap dari hati ke hati..
Ok tak awak keje,
Pergaulan macamana,
Komunikasi dengan rakan sekerja macam mana,
Disiplin awak macamana,
So bila dah bersembang dari hati ke hati, macam-macam dia boleh bercerita. Aku senang sekali kalo anak buah aku tak sembunyi apa2 ketidaksukaan atau kebencian, boleh bercakap dan bercerita apa sahaja dengan aku. Aku cenderung tidak mahu prejudis sebab aku tahu semua orang ada nilai/value masing-masing. Dan aku cenderung kepada konsep kekeluargaan walaupun di tempat kerja.
Family... |
Aku terangkan kat dia aku nak beri markah kat dia sekian-sekian, ada bantahan tak.. Dia ok, dia pun setuju dengan markah yang aku beri, dan aku harap aku dapat bekerjasama lagi dengan dia pada masa akan datang.
Itulah pengalaman pertama aku menilai anak buah aku...
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.