Memang trend ibu bapa bekerja sibuk dan kurang masa berkualiti ngan anak.. Aku juga terjerumus dalam kancah kurang kasih sayang gitieww (gedik). Masuk aku kiranya generasi kedua la yang mempunyai ibu bapa berkarier. So, dihujung minggu yang lepas, aku sekali lagi memantapkan aktiviti seni dengan anak aku.
Sebab ape aku suka anak aku mempelajari seni? Sebab aku nak melatih penggunaan otak kanan anak aku.
Kenapa otak kanan kena latih dari kecil?? Jom tengok bagaimana otak berfungsi:
Fungsi otak kiri dan kanan. |
Sistem pendidikan negara kita sentiasa menekankan penggunaan otak kiri yang mana ibu bapa sentiasa mahu anak bijak dalam segala bidang akademik terutamanya matematik dan sains. Hal ini pada pendapat aku telah menyebabkan suatu keadaan tidak seimbang antara IQ dan EQ anak-anak zaman sekarang. Jika anda perasan, anak-anak zaman dahulu lebih gembira, lebih sihat, lebih kreatif, lebih berdikari dan lebih sensitif berbanding anak zaman sekarang. Anak-anak zaman dahulu walaupun serba-serbi kekurangan namun masih boleh survive dan berjaya ketika dewasanya. Mengapa?
Pada pendapat peribadi aku, anak-anak zaman dahulu diasah otak kanan mereka oleh ibu bapa secara tidak langsung. Kanak-kanak zaman dahulu lebih bebas, banyak keluar bermain. Apabila bermain di luar, banyak pengamatan terhadap alam ini yang berwarna warni. Mengenal pokok-pokok..mengenal paya dan selut, mandi sungai, memancing ikan, menangkap serangga dan burung, mereka melihat bagaimana perkaitannya alam ini. Dari situ otak kanan dilatih untuk merasai, menghidu, melihat dan bertindak balas dengan alam. Jalinan itu menghasilkan pengalaman, kesensitifan, emosi dan kreativiti malah hidup mereka lebih indah ketika bermain bersama kawan-kawan.
Tak usah cerita anak masa kini, cukup segala gadjet, malah nak melihat alam pun mungkin hanya melalui kaca tv. Menonton National Geography???? Aci potong kuku la...dalam 10 budak usia 2 tahun 8 budak musti takkan menonton NG. Anak aku sendiri suka bermain game dalam henfon, menonton disney channel dan melihat binatang2 diubahsuai menjadi kenderaan bertayar...Mereka hanya melihat, tetapi tidak merasa, tidak menghidu dan tidak bertindak balas dengan alam...Macamana nak asah otak kanan??
Di zaman serba-serbi tersedia depan mata, zaman orang tutup pintu-tutup tingkap sebab takut keselamatan terjejas, rumah-rumah yang tak bersesuaian untuk hidup bersama keluarga maka tak semua kanak-kanak bernasib baik. Kasihan anak-anak kita. Bukan aku kata Astro tak bagus. Or rancangan TV kita tak bagus.. Tapi takkan la nak hadap tv sampai 8-12 jam??? Tul tak?...Bagi contoh anak aku dah le.. Daripada rumah pengasuh 7.30pg-7.30mlm (12 jam) tolak nap siang 2 jam...10 jam dia abiskan masa untuk menonton tv. Balik rumah tengok main game lam henpon plak...tambah lagi 2 jam sebelum masuk tido...Tak ke haru...kalo kat taska mungkin lain sikit. Aku tak hantar anak aku taska sebab aku risau dia cepat jemu sebab masuk awal sangat.
Sesuai ke rancangan tv sekarang untuk anak-anak kita?? |
Bila masuk sekolah, anak kita telah start dibebankan dengan penggunaan otak kiri..Semua orang nak anak dia pandai dalam semua bidang. Kalo bleh nak 20A++++...kalo 5 bintang tak cukup nak 10 bintang plak...kesian anak-anak..Bukan takat beban beg sekolah je, malah kena lagi gi tuisyen la, kelas tambahan la...Sistem pendidikan kita terlalu berorientasikan akademik dan sebagai PTD aku membantah sistem pendidikan begini.... Hikhikhik..ape kaitan PTD dalam ini cerita? Saja nak buat gempak..
Aku nak sistem pendidikan yang lebih mesra pelajar. Kalo semua orang nak jadik pakar sains, nak jadik engineer, nak jadik doktor ismadi, nak jadik majistret...siapa pulak nak jadik ahli musik??? Bukankah kita semua memerlukan muzik dalam hidup ini? Bayangkan dunia tanpa muzik...kelabu jadinya..dengan muzik dunia kita berwarna-warni, lebih energi, lebih semangat gitu...So, sape yang nak cipta muzik kalo bukan orang yang berotak kanan???
Aku tak pasti pada masa depan apa Sistem Pendidikan yang akan digubal oleh kerajaan. Secara peribadinya, aku merasakan sistem pendidikan kita takkan banyak berubah selagi stigma masyarakat lebih memandang tinggi kepada kejayaan pelajar dalam bidang akademik. aku tak sanggup anak aku terkorban kerana mendepani stigma masyarakat yang tak tentu hala begini. dengan itu, aku menumpukan latihan bagi mengasah otak kanan terlebih dahulu dan melatih emosi anak supaya sentiasa tenang, sensitif, berfikir secara makro dan yang paling penting ia waktu yang menggembirakan bagi kami berdua.
Everyone is good in his/her own way.
If you teach a fish to climb the tree, it will live forever thinking it is an idiot...
Aku yakin semua kanak-kanak di dunia ini mempunyai pelbagai potensi. Sebagai orang dewasa, aku tidak mahu menyekat imaginasi dan kreativiti anak-anak kecil ini. Mereka sungguh suci dan murni dan selayaknya mendapat yang terbaik dalam hidup.
Defind your kid's potential. |
Let your kids show their talent. |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
|
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.