Alhamdulillah, puasa sudah masuk hari ketiga. Bermakna sudah tiga malam aku dan keluarga bersembahyang di Masjid Jamek Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar. Dua malam berturut-turut diimami oleh imam muda al hafiz dari Gaza, Palestine. Memang program solat tarawikh ini telah direncanakan oleh Aqsa Syarif dan Pertubuhan IKRAM dengan tujuan utama mengumpul dana untuk pembangunan semula Gaza. Memang best bacaan dan bertarannum nyata begitu hebat. Dikisahkan juga sewaktu hendak menuju ke Malaysia, mereka tersekat selama 8 jam di sempadan Egypt (Mesir) kerana sekatan oleh tentera Zionis (Laknatullah).
Berikut adalah beberapa perkara berkenaan Program Solat Tarawikh Bersama Imam Muda Al Hafiz dari Gaza, Palestine.
Hubungan akrab Aqsa Syarif dan beberapa NGO di Gaza telah memungkin
Aqsa Syarif menerima kunjungan 4 orang imam yang hafiz Qur’an dan lunak
suaranya bagi bersama-sama mengimamkan bersolat Tarawikh di
masjid-masjid di seluruh Malaysia yang akan diurus oleh
Pengurus-Pengurus Aqsa Syarif Negeri dan Ketua-Ketua Daerah.
Di dalam kemelut cengkaman Zionis Yahudi, rakyat Palestin tetap tabah
menjalani tarbiyah dan pengajian Al-Qur’an dan akhirnya mereka berjaya
menghasilkan para hufaz atau menjadi penghafaz Al-Qur’an. Mereka akan
berada di sini insya Allah untuk mengimami Solat Tarawikh. Di samping
itu mereka akan berkongsi menganai pengalaman hidup sebagai anak-anak
mujahid yang mempertahankan bumi Palestin untuk terus dijajah oleh
Zionis Israel.
Berikut adalah 4 orang yang akan mendarat di KLIA pada 1 Ramadhan
1433 dan akan disambut oleh aktivis Aqsa Syarif dan media-media utama di
Malaysia;
1. Raed M. I. Abu-Shaban, Passport No: 2916202
2. Taha Y. I. Sulaiman, Passport No: 3037620
3. Mo’min F. A. Hawas, Passport No: 2691021
4. Mohammed Y. I. Sulaiman, Passport No: 2452032
2. Taha Y. I. Sulaiman, Passport No: 3037620
3. Mo’min F. A. Hawas, Passport No: 2691021
4. Mohammed Y. I. Sulaiman, Passport No: 2452032
Apakah objektif projek membawa imam muda Gaza ke Malaysia?
Misi membawa imam muda Gaza ke pada masyarakat Malaysia oleh Aqsa
Syarif mempunyai beberapa objektif sebagaimana dalam kertas kerja
projek:-
1. Agar masyarakat merasai dekatnya mereka dengan rakyat Palestin
melalui kehadiran imam-imam muda Gaza di Malaysia yang mengimamkan Solat
Tarawih.
2. Memantapkan kempen kesedaran Palestin dan meningkatkan dan meluaskan kutipan untuk tabung dan projek Ramadhan di Palestin oleh Aqsa Syarif.
3. Aqsa Syarif reaching out – media, agensi-agensi kerajaan, NGOs, masjid dan individu-individu strategik.
4. Pendedahan imam-imam muda mengenai aktivis Palestin di Malaysia dan kehidupan di Malaysia.
2. Memantapkan kempen kesedaran Palestin dan meningkatkan dan meluaskan kutipan untuk tabung dan projek Ramadhan di Palestin oleh Aqsa Syarif.
3. Aqsa Syarif reaching out – media, agensi-agensi kerajaan, NGOs, masjid dan individu-individu strategik.
4. Pendedahan imam-imam muda mengenai aktivis Palestin di Malaysia dan kehidupan di Malaysia.
Projek
Solat Tarawikh bersama Imam Muda Al-Hafiz dari Gaza, Palestin yang
diusahakan oleh oleh Aqsa Syarif dan Pertubuhan IKRAM Malaysia adalah
salah satu dari siri kempen penerangan isu-isu terkini Palestin dan
mendekatkan rakyat Malaysia dengan perjuangan di Palestin. Empat orang
imam muda tahfiz akan berada di Malaysia mulai 1 Ramadhan sehingga 4
Syawal dan akan dibawa oleh wakil-wakil Aqsa Syarif ke seluruh Malaysia.
Mereka akan menjadi imam Solat Tarawih di masjid-masjid yang telah dan
akan ditentukan di setiap daerah di Malaysia. Sekitar 50 daerah telah
dikenalpasti dan 100 masjid akan dikunjungi oleh imam-imam muda hafiz
dari Gaza itu. Imam-imam muda yang dilahirkan dan berasal dari Gaza itu
berumur dari 23 – 26 tahun dan mereka adalah graduan Pengajian Islam dan
hafiz al-Qur’an.
Aqsa Syarif juga sedang menjalankan kutipan dana untuk projek-projek
yang sedang dan akan dijalankan di Palestin yang diuruskan Aqsa Syarif.
Aqsa Syarif menawarkan orang ramai dan pemimpin-pemimpin persatuan dan
organisasi untuk mengadakan ceramah-ceramah/tazkirah Palestin di setiap
masjid, surau, pejabat dan sekolah-sekolah, dengan memanggil wakil-wakil
Aqsa Syarif seluruh negara bersama imam-imam muda hafiz dari Gaza itu
pada waktu Solat Tarawih mahupun pada siang hari sepanjang Ramadhan.
Kehadiran para imam muda tahfiz di Malaysia secara langsung juga
mendedahkan mereka dengan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia ketika
menyambut bulan Ramadhan dan usaha-usaha rakyat Malaysia membantu
perjuangan pembebasan Palestin.
Aqsa Syarif yang mempunyai pejabat operasi di Gaza kini telah
bekerjasama dengan 7 buah pertubuhan NGO dan 3 buah agensi awam di
Palestin. Lebih 20 projek bantuan kemanusiaan, pendidikan, kesihatan dan
sosio-ekonomi sedang giat dilaksanakan melalui sumbangan rakyat
Malaysia. Pada Ramadhan tahun lalu Aqsa Syarif telah menghantar 11 orang
sukarelawan dan mengagihkan sejumlah RM1.5 juta dalam bentuk projek
bantuan kemanusiaan. Dua misi kemanusiaan akan dihantar Aqsa Syarif
Ramadhan tahun ini dan orang ramai dijemput menyumbang bagi membiayai 13
buah projek-projek yang telah dikenalpasti termasuk 2,000 hidangan
berbuka puasa di Gaza dan di Masjidil Aqsa, 1500 pek bungkusan makanan
untuk keluarga miskin, 1500 set bag dan uniform sekolah, 250 set
sumbangan pesakit di hospital dan lain-lain.
Aqsa Syarif mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak
khususnya agensi-agensi media yang membantu menyebarluaskan maklumat
menganai Palestin kepada masyarakat Malaysia. Jika orang ramai berminat
untuk menjemput mereka ke masjid tuan/puan sila hubungi
Pengurus-pengurus Aqsa Syarif negeri atau hubungi Ibu Pejabat. Juga
boleh hubungi Ustaz Qamar di talian 019-6822445, Nor Syazli: 012-3614874
atau Dr. Mohd Zin: 013-4352539. Semoga Ramadhan kali ini kita lalui
dengan penuh ketakwaan dan keinsfan.
Jom bersama mereka di masjid-masjid yang akan disusun di seluruh Malaysia, insya Allah.
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.