Sebenarnya unit aku baru selesai mengurusetia Mesyuarat JTPK Bil.7/2012. TKSU (P) yang chair dan yang kelakarnye time dia chair, muka ahli mesorat ketat je...hahaha... Aku pertama kali masuk meeting ni, so aku tak tahu what happen on the previous meeting. Sekadar dengar orang bercerita. Well kalo ikut pengalaman pertama kali aku and first impression aku sebentar tadi, aku rase beliau OK saje...very straight to the point, kalo dia tanya jangan nak kona bagi jawapan. Bagi jawapan yang betul insyaAllah dia tak marah... Mungkin jugak bulan posa sebab tu agak kurang sikit kemarahannya kot. Tapi nada percakapannya masih lagi under control.. Tak tahu la aku bulan2 lain. Masa masih panjang lagi ni. Walopun SUB kata kemungkinan beliau tak lama di KPT.
Aku cuma nak bagitahu akan keperitan aku time nak urusetiakan mesyuarat ni. Ini adalah buah tangan pertama aku di KPT. Alhamdulillah kat Ministry lama memang aku pernah handle Mesy. JTPK so tak berapa nak ralat sangat la. Mujurlah aku ada EO yang cemerlang.. Sangat helpfull dan bijak. OK..aku baru masuk Isnin lepas (16 Julai). So database sume aku tak familiar lagi. Senarai projek, senarai kontek person.. memang masih haru biru....hari pertama masuk aku ok..rilek lagi...
Hari kedua dah start busy pasal ade maklumbalas poscab, pastu terus handle JTPK. Berita buruk lagi satu Jasyang sepatutnya my unit mate injured kaki n MC 2 minggu. Aduhhh....
Pembaca blog aku yang tak de pengalaman dalam kerja kerajaan aku rase tak perlu nak cerita kot detailnye, yang kerja kerajaan tapi tak jaga projek pembangunan mungkin tak tahu complicatednye persediaan Mesy. JTPK (tambahan lagi kalo chairman ganas). So aku malas nak cerita.
Tapi yang aku nak tekankan kat sini, walaupun kita baru masuk kerja, bukan alasan kita tak boleh buat. Tambah-tambah orang macam aku, pengalaman jaga projek dekat 5 tahun, basic knowledge memang on finger tip...mungkin proses saja berbeza di setiap Kementerian. Ala, lain padang lain belalang...Aku masih ingat learning curve yang En. Samsuni (SUB Pembangunan di NRE-Kementerian lama aku) kata learning curve di Pembangunan dua bulan sahaja. Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan sepejabat, rakan-rakan satu batch PTD 3/2007, keluarga dan tunang (sekarang suami) aku dapat survive learning curve tu dan terus survive sampai sekarang dah keluar NRE.
Di KPT aku sememangnya agak gentar. Sapa tak gentar tu memang hebat la. Aku takut tak berjaya perform sewajarnya. Banyak perkara aku fikir untuk organisasi sepertimana aku fikir ingin memperhebatkan Bahagian Pembangunan di NRE, sama juga di sini aku berfikir macamana Bahagian Pembangunan di KPT untuk nak kekal relevan. Sebenarnya usaha ini bukan one man show, dah usaha secara one off, ia adalah usaha bersama dan juga istiqamah....
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.