Good Bye TS Sidek Hassan and Welcome new KSN, DS Dr. Ali Hamsa.
Aku pun tak tahu la masyarakat Malaysia ni. Ada blog tulis kalo KSN retire nak buat kenduri pisang. Bagi aku ia adalah satu penghinaan bagi seseorang yang banyak berjasa kepada negara. Bagi aku, jangan kerana 1-2 kesilapan, kita terus memandang buruk pada seseorang. Apapun kena ingat, what is goes around, comes around. Ape pun TSSH, thank you and selamat menjadi Pengerusi Petronas. Yang aku faham kedudukan TSSH di Petronas sebenarnya ada political strategy yang mungkin membawa lebih keuntungan kepada revenue negara yang buat masa sekarang dilihat mempunyai kekangan tertentu. InsyaAllah.
DSDrAH- Teruskanlah menerajui Agenda Transformasi Kerajaan. Jangan byk beri kenyatan politik dan teruskan kerja seperti Pentadbir, jangan bekerja seperti rakyat kerana rakyat tidak bekerja untuk rakyat, tetapi kerajaan yang bekerja untuk rakyat. Maka bekerjalah seperti mana seorang pentadbir.
Dan agak tersentap jugak bila Tan Sri KPPA yang disayangi terutamanya oleh PTD kerana menjadi pelindung yang kuat pada junior PTD akan tamat perkhidmatan pada 1 Julai 2012. Ada yang kata Tan Sri KPPA bersara pilihan. Ada yg kata ditamatkan perkhidmatan. Wallahualam. Sayang sekali. Aku doakan semoga Tan Sri Abu Bakar dapat terus menyumbang jasa walaupun bukan dalam perkhidmatan awam dan lebih berjaya lagi di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.