Sunday, July 29, 2012

Maaf, kerana kumarahi kamu....

Bulan Ramadhan ni x elok marah-marah,
Betul kata kamu...
Maaflah kerana aku marah kamu
4 tahun bercinta dan 3 tahun di alam perkahwinan
Apa kamu tidak mengerti aku amat rimas suasana sesak mesak dan macet
Maka kita ke Kuala Lumpur petang tadi
Dan untuk lebih spesifik "jalan chow kit"
Adakah kamu tidak terfikir kesesakan yg bagaimana harus kita hadapi?
Owh..memang darahku naik ke kepala begitu deras
Dan lebih memburukkan keadaan kamu tidak tahu jalan ke pusat borong yang kamu nak pergi tu...
Alasanmu "Abang tak ingat jalan...jomlah kita balik..."
Ohhhh...terus ku naik hantu...
Meredah jammed selama 2 jam dan dengan anak yang sedang lena di pangkuan.. kau ajak ku pulang??????

Maaflah hatimu sakit terkena peluru bebelanku yang berbisa
Harini pahala puasaku zero..kosong..telor ayam...
Gagal mengawal marah kerana tindakan tidak bijak kamu..maka aku juga tidaklah sehebat mana....

Aku maafkan kamu yang tidak juga mengerti..
Jangan bawa aku lagi ke tempat2 sebegitu..
Khususnya yang dipenuhi peniaga2 indon dan bangla...
Aku benci tempat itu...
Dan kamu juga maafkanlah aku...
Kerana kata-kata marahku padamu...

My husband...i love u no matter what....

Tuesday, July 24, 2012

Buah Tangan Pertama

Sebenarnya unit aku baru selesai mengurusetia Mesyuarat JTPK Bil.7/2012. TKSU (P) yang chair dan yang kelakarnye time dia chair, muka ahli mesorat ketat je...hahaha... Aku pertama kali masuk meeting ni, so aku tak tahu what happen on the previous meeting. Sekadar dengar orang bercerita. Well kalo ikut pengalaman pertama kali aku and first impression aku sebentar tadi, aku rase beliau OK saje...very straight to the point, kalo dia tanya jangan nak kona bagi jawapan. Bagi jawapan yang betul insyaAllah dia tak marah... Mungkin jugak bulan posa sebab tu agak kurang sikit kemarahannya kot. Tapi nada percakapannya masih lagi under control.. Tak tahu la aku bulan2 lain. Masa masih panjang lagi ni. Walopun SUB kata kemungkinan beliau tak lama di KPT.

Aku cuma nak bagitahu akan keperitan aku time nak urusetiakan mesyuarat ni. Ini adalah buah tangan pertama aku di KPT. Alhamdulillah kat Ministry lama memang aku pernah handle Mesy. JTPK so tak berapa nak ralat sangat la. Mujurlah aku ada EO yang cemerlang.. Sangat helpfull dan bijak. OK..aku baru masuk Isnin lepas (16 Julai). So database sume aku tak familiar lagi. Senarai projek, senarai kontek person.. memang masih haru biru....hari pertama masuk aku ok..rilek lagi...

Hari kedua dah start busy pasal ade maklumbalas poscab, pastu terus handle JTPK. Berita buruk lagi satu Jasyang sepatutnya my unit mate injured kaki n MC 2 minggu.  Aduhhh....

Pembaca blog aku yang tak de pengalaman dalam kerja kerajaan aku rase tak perlu nak cerita kot detailnye, yang kerja kerajaan tapi tak jaga projek pembangunan mungkin tak tahu complicatednye persediaan Mesy. JTPK (tambahan lagi kalo chairman ganas). So aku malas nak cerita.

Tapi yang aku nak tekankan kat sini, walaupun kita baru masuk kerja, bukan alasan kita tak boleh buat. Tambah-tambah orang macam aku, pengalaman jaga projek dekat 5 tahun, basic knowledge memang on finger tip...mungkin proses saja berbeza di setiap Kementerian. Ala, lain padang lain belalang...Aku masih ingat learning curve yang En. Samsuni (SUB Pembangunan di NRE-Kementerian lama aku) kata learning curve di Pembangunan dua bulan sahaja. Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan sepejabat, rakan-rakan satu batch PTD 3/2007, keluarga dan tunang (sekarang suami) aku dapat survive learning curve tu dan terus survive sampai sekarang dah keluar NRE.

Di KPT aku sememangnya agak gentar. Sapa tak gentar tu memang hebat la. Aku takut tak berjaya perform sewajarnya. Banyak perkara aku fikir untuk organisasi sepertimana aku fikir ingin memperhebatkan Bahagian Pembangunan di NRE, sama juga di sini aku berfikir macamana Bahagian Pembangunan di KPT untuk nak kekal relevan. Sebenarnya usaha ini bukan one man show, dah usaha secara one off, ia adalah usaha bersama dan juga istiqamah....


Monday, July 23, 2012

Tarawikh Berimamkan Imam Muda Al Hafiz Al Palestine

Alhamdulillah, puasa sudah masuk hari ketiga. Bermakna sudah tiga malam aku dan keluarga bersembahyang di Masjid Jamek Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar. Dua malam berturut-turut diimami oleh imam muda al hafiz dari Gaza, Palestine. Memang program solat tarawikh ini telah direncanakan oleh Aqsa Syarif dan Pertubuhan IKRAM dengan tujuan utama mengumpul dana untuk pembangunan semula Gaza. Memang best bacaan dan bertarannum nyata begitu hebat. Dikisahkan juga sewaktu hendak menuju ke Malaysia, mereka tersekat selama 8 jam di sempadan Egypt (Mesir) kerana sekatan oleh tentera Zionis (Laknatullah).

Berikut adalah beberapa perkara berkenaan Program Solat Tarawikh Bersama Imam Muda Al Hafiz dari Gaza, Palestine.



Hubungan akrab Aqsa Syarif dan beberapa NGO di Gaza telah memungkin Aqsa Syarif menerima kunjungan 4 orang imam yang hafiz Qur’an dan lunak suaranya bagi bersama-sama mengimamkan bersolat Tarawikh di masjid-masjid di seluruh Malaysia yang akan diurus oleh Pengurus-Pengurus Aqsa Syarif Negeri dan Ketua-Ketua Daerah.
Di dalam kemelut cengkaman Zionis Yahudi, rakyat Palestin tetap tabah menjalani tarbiyah dan pengajian Al-Qur’an dan akhirnya mereka berjaya menghasilkan para hufaz atau menjadi penghafaz Al-Qur’an. Mereka akan berada di sini insya Allah untuk mengimami Solat Tarawikh. Di samping itu mereka akan berkongsi menganai pengalaman hidup sebagai anak-anak mujahid yang mempertahankan bumi Palestin untuk terus dijajah oleh Zionis Israel.
Berikut adalah 4 orang yang akan mendarat di KLIA pada 1 Ramadhan 1433 dan akan disambut oleh aktivis Aqsa Syarif dan media-media utama di Malaysia;
1. Raed M. I. Abu-Shaban, Passport No: 2916202
2. Taha Y. I. Sulaiman, Passport No: 3037620
3. Mo’min F. A. Hawas, Passport No: 2691021
4. Mohammed Y. I. Sulaiman, Passport No: 2452032
Apakah objektif projek membawa imam muda Gaza ke Malaysia?
Misi membawa imam muda Gaza ke pada masyarakat Malaysia oleh Aqsa Syarif mempunyai beberapa objektif sebagaimana dalam kertas kerja projek:-
1. Agar masyarakat merasai dekatnya mereka dengan rakyat Palestin melalui kehadiran imam-imam muda Gaza di Malaysia yang mengimamkan Solat Tarawih.
2. Memantapkan kempen kesedaran Palestin dan meningkatkan dan meluaskan kutipan untuk tabung dan projek Ramadhan di Palestin oleh Aqsa Syarif.
3. Aqsa Syarif reaching out – media, agensi-agensi kerajaan, NGOs, masjid dan individu-individu strategik.
4. Pendedahan imam-imam muda mengenai aktivis Palestin di Malaysia dan kehidupan di Malaysia.

Projek Solat Tarawikh bersama Imam Muda Al-Hafiz dari Gaza, Palestin yang diusahakan oleh oleh Aqsa Syarif dan Pertubuhan IKRAM  Malaysia adalah salah satu dari siri kempen penerangan isu-isu terkini Palestin dan mendekatkan rakyat Malaysia dengan perjuangan di Palestin. Empat orang imam muda tahfiz akan berada di Malaysia mulai 1 Ramadhan sehingga 4 Syawal dan akan dibawa oleh wakil-wakil Aqsa Syarif ke seluruh Malaysia. Mereka akan menjadi imam Solat Tarawih di masjid-masjid yang telah dan akan ditentukan di setiap daerah di Malaysia. Sekitar 50 daerah telah dikenalpasti dan 100 masjid akan dikunjungi oleh imam-imam muda hafiz dari Gaza itu. Imam-imam muda yang dilahirkan dan berasal dari Gaza itu berumur dari 23 – 26 tahun dan mereka adalah graduan Pengajian Islam dan hafiz al-Qur’an.
Aqsa Syarif juga sedang menjalankan kutipan dana untuk projek-projek yang sedang dan akan dijalankan di Palestin yang diuruskan Aqsa Syarif. Aqsa Syarif menawarkan orang ramai dan pemimpin-pemimpin persatuan dan organisasi untuk mengadakan ceramah-ceramah/tazkirah Palestin di setiap masjid, surau, pejabat dan sekolah-sekolah, dengan memanggil wakil-wakil Aqsa Syarif seluruh negara bersama imam-imam muda hafiz dari Gaza itu pada waktu Solat Tarawih mahupun pada siang hari sepanjang Ramadhan. Kehadiran para imam muda tahfiz di Malaysia secara langsung juga mendedahkan mereka dengan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia ketika menyambut bulan Ramadhan dan usaha-usaha rakyat Malaysia membantu perjuangan pembebasan Palestin.
Aqsa Syarif yang mempunyai pejabat operasi di Gaza kini telah bekerjasama dengan 7 buah pertubuhan NGO dan 3 buah agensi awam di Palestin. Lebih 20 projek bantuan kemanusiaan, pendidikan, kesihatan dan sosio-ekonomi sedang giat dilaksanakan melalui sumbangan rakyat Malaysia. Pada Ramadhan tahun lalu Aqsa Syarif telah menghantar 11 orang sukarelawan dan mengagihkan sejumlah RM1.5 juta dalam bentuk projek bantuan kemanusiaan. Dua misi kemanusiaan akan dihantar Aqsa Syarif Ramadhan tahun ini dan orang ramai dijemput menyumbang bagi membiayai 13 buah projek-projek yang telah dikenalpasti termasuk 2,000 hidangan berbuka puasa di Gaza dan di Masjidil Aqsa, 1500 pek bungkusan makanan untuk keluarga miskin, 1500 set bag dan uniform sekolah, 250 set sumbangan pesakit di hospital dan lain-lain.
Aqsa Syarif mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak khususnya agensi-agensi media yang membantu menyebarluaskan maklumat menganai Palestin kepada masyarakat Malaysia. Jika orang ramai berminat untuk menjemput mereka ke masjid tuan/puan sila hubungi Pengurus-pengurus Aqsa Syarif negeri atau hubungi Ibu Pejabat. Juga boleh hubungi Ustaz Qamar di talian 019-6822445, Nor Syazli: 012-3614874 atau Dr. Mohd Zin: 013-4352539. Semoga Ramadhan kali ini kita lalui dengan penuh ketakwaan dan keinsfan.
Jom bersama mereka di masjid-masjid yang akan disusun di seluruh Malaysia, insya Allah.

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kareem....

Alhamdulillah..ada kesempatan lagi menghidup udara Ramadhan tahun ni. Berazam melaksanakan ibadah yang terbaik sepanjang Ramadhan ini. Telah 2 malam seisi keluarga bersolat di Masjid Sungai Ramal Luar. Meriah sungguh masjid ni. Alhamdulillah masih ramai lagi yang teguh mengerjakan tarawikh 20 rakaat. Berbahagialah wahai muslimin dan muslimat.
Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga kita sentiasa menawar dan ditawarkan kemaafan, mendapat keampunan dari Allah dan beroleh pahala yang melimpah ruah.



Eh..eh..apesal gambo terbalik...







Ahah..baru come lote...hehehe...




Wednesday, July 18, 2012

Kalau dah namanya bukan rezekiku...

Dah lama tak update blog ni. Sebenarnya aku telahpun transfer dari NRE ke KPT. 16 julai aku dah start mulakan tugas di KPT. Surat pengekalan aku di NRE yang disign oleh KSU telah pun dibalas oleh JPA. Dan jpa telah bertegas agar aku ditempatkan di kpt demi kemajuan kerjaya. X pela. Aku pun dah terima hakikat yang aku bukan lagi warga nre (sob..sob..)
Sebenarnye aku agak emo sebab cincin uang aku beli hari sabtu lepas hilang. Aku tak ingat langsung dan apa yang aku sedar waktu aku tengah daftar kehadiran biometrik di Bahagian pengurusan maklumat kpt baru aku perasan cincin emasku tiada di jari. Aduyai..baru 5 hari merasa pakai. Agak sedih...dan masih berharap ada yang memulangkan...walau ape  aku redha...dan anggap bulan rezekiku..
InsyaAllah dapat yang lain plak kot. Masih Alhamdulillah sebab merasa pakai walopon 5 hari sajor..

I'm going to miss u chenchen....sob..sob...

Monday, July 9, 2012

I shall say good bye now...

Dah get ready ke nak transfer ke KPT ni. Boleh kate progress baru 40%. Banyak benda aku tak prepare lagi ni. Yang penting nota serah tugas untuk pengganti aku belum buat lagi. Aku rasa almost 90% kerja-kerja tertunggak berjaya aku siapkan. Harap Si Josephine yang bakal gantikan aku nanti tak payah susah-susah nak cleaning up my dirt.

Kemaskan kertas-kertas, folder, nota garis panduan sume aku dah buat dah. Disamping baca sikit-sikit untuk persediaan interview HLP hari Rabu ni. Aku rasa meninggalkan NRE ni macam mimpi yang tak pernah dijangka olehku.

Mungkin dah sampai masanya. Dan jam dinding opis aku pun dan-dan tu jugak dah abis bateri. nampak gaya mungkin memang aku kena pergi cepat. Sampai jam pun dah mogok.




Thursday, July 5, 2012

Giler Kentang Yang Sebenar

Mesti ramai yang teringat iklan Giler Kentang satu brand makanan ringan kat tv tak lama dulu.

Kalu korang nak tau, the real Giler Kentang sebenar

adalah....

































scroll lagi






























lagi


































lagi




































sabar....belum lagi....













































Sikit lagi....





























































Tadaaaaa....


Haaa...ni baru betol-betol Giler Kentang kan..
^_^

Korang ado???


Thank you  Max Master atas gambar yang cukup menarik ini. Mohon maap gambar dicilok tanpa kebenaran.

Wednesday, July 4, 2012

Semboyan telah Berbunyi

Tudia..semboyan telah berbunyik. Kita tengok saja apa yang berlaku lepas ni. PTD always remain silent walaupun banyak isu membabitkan penganiayaan terhadap PTD. Semua atas alasan menjaga status elit dan profesionalisme serta tidak mahu menjernihkan keadaan yang keruh. Kali ini mereka bersuara. Sejauh mana kesannya..Wallahualam..hanya Allah yang menentukan..
Amek tanpa izin dari page FB PPTD..Maafkanlah saya...

Tuesday, July 3, 2012

Tangguh 2 minggu

Alhamdulillah. Semalam dah selesai lapor diri di KPT. Hanya lapor diri di PSMnya saja sebab aku diarahkan tangguh 2 minggu untuk selesaikan kerja-kerja yang tertunggak. Ok la, dengan penuh stress aku nak maklumkan yang kerja tertunggak aku setinggi Bukit Chabang di Perlis.. Negeri kelahiran aku tuh. Adakah mampu aku settle dalam masa 2 minggu ni. Help..help..help...

Persoalan kedua, adakah aku akan kekal di NRE ni? Seriously tak dapat gerak hati langsung. Selalunya aku ada rasa gerak hati yang kuat, tapi kali ni tak de hint langsung. Walau apepun, aku kena selesaikan jugak kerja-kerja yang tertunggak ni. Nanti Si Josphine ganti tempat aku tak de la kena cuci job aku plak yang tak settle. Boss aku pun ex boss Si Josephine gak..so aku rase tak de masalah since boss aku ni perangai tak serupa boss biasa...


Ni la gambar bukit Chabang Perlis yang aku kidnap daripada Pakcik Google..
Tinggi tak tinggi gak la kan...


Sunday, July 1, 2012

Yang pergi dan yang datang...

Good Bye TS Sidek Hassan and Welcome new KSN, DS Dr. Ali Hamsa.

Aku pun tak tahu la masyarakat Malaysia ni. Ada blog tulis kalo KSN retire nak buat kenduri pisang. Bagi aku ia adalah satu penghinaan bagi seseorang yang banyak berjasa kepada negara. Bagi aku, jangan kerana 1-2 kesilapan, kita terus memandang buruk pada seseorang. Apapun kena ingat, what is goes around, comes around. Ape pun TSSH, thank you and selamat menjadi Pengerusi Petronas. Yang aku faham kedudukan TSSH di Petronas sebenarnya ada political strategy yang mungkin membawa lebih keuntungan kepada revenue negara yang buat masa sekarang dilihat mempunyai kekangan tertentu. InsyaAllah.

DSDrAH- Teruskanlah menerajui Agenda Transformasi Kerajaan. Jangan byk beri kenyatan politik dan teruskan kerja seperti Pentadbir, jangan bekerja seperti rakyat kerana rakyat tidak bekerja untuk rakyat, tetapi kerajaan yang bekerja untuk rakyat. Maka bekerjalah seperti mana seorang pentadbir.

Dan agak tersentap jugak bila Tan Sri KPPA yang disayangi terutamanya oleh PTD kerana menjadi pelindung yang kuat pada junior PTD akan tamat perkhidmatan pada 1 Julai 2012. Ada yang kata Tan Sri KPPA bersara pilihan. Ada yg kata ditamatkan perkhidmatan. Wallahualam. Sayang sekali. Aku doakan semoga Tan Sri Abu Bakar dapat terus menyumbang jasa walaupun bukan dalam perkhidmatan awam dan lebih berjaya lagi di dunia dan akhirat.