Thursday, June 23, 2011

20 ekor haiwan Zoo Saleng dikuarantin di Zoo Melaka

MELAKA 22 Jun - Kira-kira 20 daripada 60 ekor haiwan pelbagai spesies yang dirampas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dari Zoo Saleng dekat Kulaijaya, kelmarin diserahkan kepada Zoo Melaka, malam tadi.
Penolong Pengarah Zoo Melaka, Noor Zakiah Anum Mohd. Noh berkata, ia terdiri daripada sembilan ekor harimau belang termasuk tujuh anak, empat ekor landak raya, enam ekor burung unta dan seekor ular tedung selar.
Menurutnya setakat ini, kesemua haiwan yang dilindungi itu ketika tiba di Zoo Melaka kira-kira pukul 8.30 malam tadi berada dalam keadaan baik dan terkawal.
"Seramai 40 anggota termasuk kakitangan Zoo Saleng membantu pihak kami melakukan kerja-kerja pemindahan dan semuanya selesai kira-kira pukul 11 malam," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan kerja-kerja pemindahan haiwan terbabit di Zoo Melaka.
Kelmarin, Perhilitan Johor merampas lebih 60 ekor haiwan pelbagai spesies yang dilindungi dari Zoo Saleng selepas permit khas pemilikan zoo tersebut tidak diperbaharui pihak berkuasa.
Ini kerana, zoo persendirian yang beroperasi sejak 17 tahun lalu itu tidak mendapat kelulusan untuk memperbaharui permit khas tersebut selepas dipercayai melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Menurut Noor Zakiah Anum, kesemua haiwan yang dipindahkan dari Zoo Saleng akan dikuarantin selama tiga hari.
"Sama ada haiwan ini akan terus tinggal di sini (Zoo Melaka) atau sebaliknya, ia terpulang kepada arahan ibu pejabat (Perhilitan).
"Buat sementara ini, kita hanya akan memantau keadaan harian dan tahap kesihatan kesemua haiwan ini bagi memastikan haiwan ini sihat," katanya.
Menurut Noor Zakiah Anum, pihaknya menawarkan diri untuk menjaga kesemua haiwan tersebut dan ditempatkan di Zoo Melaka.
Pada masa ini, terdapat lebih 1,500 haiwan pelbagai spesies ditempatkan di Zoo Melaka.

Sumber:


Harap-harap lulusla projek Rescue Centre PERHILITAN dalam RP-2 nanti...Amin...

Monday, June 20, 2011

Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat

MALU...pasangan ayah dan anak dibawa masuk ke mahkamah, semalam.
MALU...pasangan ayah dan anak dibawa masuk ke mahkamah, semalam.
KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.
Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.



Nauzubillahhiminzalik....Ya Allah, pelihara keluarga kami daripada kemungkaran seperti ini...Amin.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapa_anakbersekedudukanhinggalahirtigazuriat/Article/index_html

Mona Fandey: Most Shocking Murdered Case in Malaysia (Episod 19-20)

Assalamualaikum semua. Maaflah sebab cerita kes pembunuhan ini tertangguh begitu lama. Aku sangat busy dengan kerja. Now, aku sambung episod 19-20. Sekali lagi, untuk sesiapa yang tak pernah baca cerita ni dari awal, sila ke episod 1 untuk ketahui siapa penulis dan dari mana aku dapat story ni. Ok..layanzzz....


EPISOD 19

NAMPAKNYA cerita aku ni tak boleh ditutup pada siri ke-20. Ada banyak lagi yang engkau orang nak tahu. Yahlah, tu baru cerita Mohd Juraimi Husin, tertuduh pertama kes oembunuhan Datuk Mazlan Idris. Engkau orang nak tahu juga cerita Mohd Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail atau Mona Fandey - tertuduh kedua dan ketiga. Mesti mereka ada cerita sendiri untuk membela diri. Aku tak boleh ceritakan panjang lebar. Hanya yang relevan – kata orang Melayu. Paling penting cerita pada malam pembunuhan itu. Inilah keterangan Affandi.

Katanya, sebanyak 21 lilin menerangi Datuk Mazlan Idris ketika dibunuh sewaktu upacara mandi bunga di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, pada 2 Julai 1993. Lilin itu dipasang oleh Mona Fandey di bilik air, tempat bekas Adun Batu Talam itu mati ditetak dengan kapak oleh Juraimi. Affandi berkata lilin itu dipasang sebelum dia memadamkan lampu di bilik itu. "Pemasangan lilin itu adalah amalan biasa dalam upacara mandi bunga yang saya amalkan," katanya di perbicaraan kes bunuh Mazlan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Kes ini berlarutan hingga awal 1995. Menurutnya, dia nampak Juraimi dengan jelas menetak leher Mazlan dengan kapak sebanyak dua kali dalam sinaran cahaya lilin. Bagaimanpun, katanya, dia dan Mona tidak dapat menahan  Juraimi daripada menetak leher Mazlan kerana tergamam. Affandi berkata, dia hanya nampak kapak pada halkum Mazlan ketika itu dan tidak dapat berbuat apa-apa.

"Saya tiba-tiba mendengar bunyi `rupp' dan kapak sudah berada pada halkum Datuk Mazlan. Bagaimanapun, saya tidak tahu itu bunyi apa dan tidak pasti dari mana ia datang," katanya ketika disoal balas peguambela Juraimi, Karam Singh Bhal.

Menjawab soalan Karam, Affandi berkata, dia tidak dapat  menahan Juraimi daripada menetak leher Mazlan pada kali kedua kerana tergamam. Lagipun, katanya, dia melihat Juraimi dalam keadaan seperti orang hilang pedoman.

Tertuduh kedua juga mengaku tidak memeriksa sama ada  Mazlan hidup atau mati selepas Juraimi menetak leher bekas Adun Batu Talam itu.
Menurutnya, selepas kejadian itu, dia, Mona dan anaknya, Mazdiana, meninggalkan rumah itu selepas diarahkan oleh Juraimi supaya berbuat demikian. Bagaimana keadaan Mazlan ketika ditetak. Nak tahu kena tunggu lagi. Aku sambung ceritanya.


EPISOD 20

CERITA pasal Mona Fandey sepatutnya ditamatkan riwayatnya pada episod ini - 20. Tapi, atas permintaan engkau orang aku sambung lagi. Macam sinetron dan telenovela pulak  Kali ini aku sambung lagi keterangan membela diri Mohd Affandi Abdul Rahman, tertuduh kedua perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris. Dalam keterangannya, Affandi memberitahu Mahkamah Tinggi Temerloh bahawa darah terpancut ke atas dan percikannya kemudian membuak-buak dengan banyak ke kiri dan kanan ketika  leher Datuk Mazlan Idris ditetak dua kali oleh Juraimi Husin pada malam 2 Julai 1993.

Affandi yang duduk di bahagian atas kepala Mazlan sambil meratakan air ke muka bekas Adun Batu Talam itu. Katamya, pada masa itu kepala Mazlan terkulai dalam besen air bunga pada tetakan kali kedua dan darah keluar dengan
banyak.

Menurutnya, pada ketika itu dia tergamam dan tidak dapat  menahan Juraimi daripada melakukan pembunuhan di bilik air  rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub itu.

"Juraimi menetak dengan pantas, sekali tetak, terlekat pada  halkum dan tetak sekali lagi.

"Saya tidak nampak Juraimi datang dan hanya nampak kapak  sudah berada di halkum Datuk Mazlan," katanya ketika disoal balas peguambela Juraimi Husin, Ikmal Hisam Idris.

Affandi berkata sebagai bomoh dan guru silat, dia tidak mampu menahan Juraimi daripada melakukan perkara itu kerana  tergamam. Lagipun, katanya, dia tidak nampak Juraimi datang ke bilik itu pada masa kejadian.

Tertuduh kedua juga berkata, dia nampak kapak yang digunakan Juraimi kena pada halkum Mazlan dan bukan tempat lain,  walaupun gambar jasad Mazlan yang ditunjukkan kepadanya  menunjukkan bekas tetakan di bawah dagu mangsa.

Affandi masih mahu menggunakan perkataan halkum dan tidak  bersetuju dengan Ikmal bahawa bahagian yang putus itu adalah leher.

Hakim Datuk Mokhtar Sidin kemudian terpaksa menerangkan  makna halkum dan leher dengan menunjukkan lehernya sendiri untuk memastikan bahagian mana yang dimaksudkan oleh tertuduh kedua.

Bagaimanapun, Affandi tetap mengatakan halkum walaupun  dua keping gambar yang ditunjukkan kepadanya menunjukkan tetakan itu di bawah dagu.  Bagaimana keadaan Datuk Mazlan ketika mandi bunga. Affandi menerangkan badan melentang dengan tengkuk dialas  dengan batu dan di bawah kepala pula diletakkan besen berisi air serta senjata seperti keris dan kapak kecil. Ini adalah antara peramalan mandi bunga bomoh Affandi dan cara itu juga dibuat ketika dia menjalankan upacara mandi bunga ke atas Datuk Mazlan.

Affandi berkata, mengikut amalannya dia tidak menjalankan  upacara mandi bunga dengan orang yang akan dimandikan duduk di atas bangku atau lantai.

Katanya, dia tidak tahu cara orang lain mandi bunga, tetapi  mengikut caranya orang yang hendak dimandikan perlu  berkedudukan badan melentang dengan tengkok dialas dengan batu. Affandi berkata demikian ketika menjawab soalan balas Ikmal Hisam.

Ikmal: Encik Affandi, bolehkah mandi bunga dilakukan secara duduk?

Affandi: Cara orang lain, saya tak tahu, cara saya macam itu.

Ikmal: Seseorang yang hendak mandi bunga, boleh duduk atas kerusi atau lantai dan dijirus ke atasnya.

Affandi: Itu bukan cara saya.

Mengikut Ikmal, cara yang diamalkan oleh Affandi dengan kedudukan Mazlan seperti itu pada malam itu bagi memudahkan leher Mazlan dipancung.

Bagaimanapun, Affandi menafikannya dengan berkata dengan kedudukan begitu akan memudahkannya mandikan Mazlan.

Bomoh itu dalam keterangan sebelum ini juga berkata Juraimi  mematuhi arahannya supaya mengangkat besen dan membuang air di dalamnya pada malam itu.

Katanya, Juraimi juga berkeadaan normal pada ketika itu. Affandi juga tetap dengan pendiriannya bahawa dia tidak nampak Juraimi datang menetak leher Mazlan pada malam itu ketika ditanya sekali lagi oleh Ikmal.


Sorry..potong stim..aku sambung lagi next time...

Thursday, June 16, 2011

Cantiknye page Google hari ni...

Bagi yang terlepas menyaksikan Gerhana Bulan awal pagi tadi sekitar 2 pagi 16 Jun 2011..Google ade buat animasi yang amat menarik (i loikeeee). Best..best..best...


















Amacam? best kan?

Huwaaa...En. Lappy yang kucintai sedang nazak....


Huwaaa....tak dapat menahan sedih di hati...En. Lappy yang menjadi teman kamarku semenjak dua tahun lalu, kini sedang nazak...hanya dapat tulis blog di opis je...mana ade feel..opis kan tempat orang keje....Tak pernah sekalipun En. Lappy diserang penyakit yang serius...tapi kini...owhh....tidak..tidak..tidak!!!

Tuesday, June 14, 2011

Rabbit born without ears near Fukushima nuclear plant


  • Rabbit born without ears at Fukushima
  • Could be first sign of side-effects
  • Fears of new radiation leak from plant
FRESH fears over a nuclear leak at the tsunami-ravaged Fukushima plant have re-ignited after a rabbit born close to the facility was found to have no ears.

Locals have been left wondering whether this earless bunny - found near the facility at the end of last month - was the first sign of side-effects from the nuclear catastrophe. The Fukushima plant suffered terrible damage when a tsunami, triggered by an earthquake, swept through the facility in March, destroying reactors.

Following a blast at the plant that caused initial leaks, officials warned people living near Fukushima to stay indoors, turn off airconditioning and stop drinking tap water. Since then experts have been nervously watching radiation levels around the plant.

The Japanese government has already more than doubled the estimate for the amount of radiation released by the plant. The government's Nuclear and Industrial Safety Agency also said during a briefing in Tokyo that it was now believed that reactor cores in some of the units melted more quickly than previously thought.

Meanwhile, more than 90,000 people are still living in shelters three months after the tsunami and only a fraction of the debris has been removed. The confirmed death toll from the disaster yesterday reached 15,413 while another 8069 people remain missing.


Friday, June 10, 2011

Ya Allah...anak sapa ni?

Pertama kalinya nak mohon maaf kepada tuan punya FB (Muktasyaf Ibrahim AnNamir), sebab ambil picture ni dari page beliau tanpa izin. Namun untuk kita sama-sama renungkan realiti zaman ini, yang boleh kufur dengan sekelip mata. Mohon Allah lindungi diriku dan keluargaku daripada kufur kepada Allah S.W.T.




Umur sebaya aku ni...ish..ish..ish..pendeknye akal...

Aku teringat pernah berdebat juga dengan member-member seangkatan yang bekerja di Negeri-negeri, tentang pemberian wang bantuan terutama kepada ibu tunggal, orang miskin dan lain-lain. Pada pendapat mereka, selagi ada kudrat, tak ada cacat mental dan fizikal, selagi boleh kerja, tak layak untuk dapat wang bantuan. Orang miskin, ibu tunggal  dan lain-lain ni disuruh mencari pekerjaan. Tapi pernah terfikir tak, dalam pada orang ada ijazah, ada master pun susah nak dapat kerja, apatah lagi orang yang berpendidikan rendah. Kerja-kerja rencam pun disapu habis oleh pendatang asing.

Senang-senang kita label mereka malas, mereka tak mahu berusaha, mereka tak mahu bekerja. Kita tahu banyak peluang lain untuk berniaga, bantuan berniaga, tapi pernah kita terfikir, orang yang tahap pendidikannya rendah, mentaliti memang lain. Dan kita sebagai orang yang berpendidikan tinggi dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi (kononnya) sepatutnya tunjukkan jalan permulaan untuk mereka berusaha. Tak de sape yang tak seronok pegang duit banyak dik non..oi.

Aku percaya dalam dunia ni, susah nak jumpa orang yang malas...tetapi banyak dan sangat banyak orang yang belum berjumpa dengan kerja yang mereka minati. Kerana tiada siapa yang malas jika melakukan kerja yang mereka minat.

To all my friends at State Agencies, frontliner Kerajaan kepada Rakyat, pleasee....help our people and show them the right way... Sebab jangan sampai orang lain lebih awal hulur bantuan kepada mereka dan jadilah seperti gambar kat atas...(pada pendapat aku, daripada dok berFB tu elok juga dia ambil sijil IT ke, ikut kursus hartanah ke)...takde maknanye betullah nak murtad tak tentu pasal kat FB ni.

Thursday, June 9, 2011

Murid tahun 6 wakili negara

Sumber: (http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu/content/story9175508.asp)

BESUT - Adik Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, bukan sahaja khatam al-Quran seawal usia 6 tahun 6 bulan, tetapi paling membanggakan, dia satu-satunya kanak-kanak di negara ini bakal mewakili negara ke Pusingan Akhir Majlis Tilawah Al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar.

Pertandingan itu adalah anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV kanak-kanak Al-Jazeera.

Anak kepada pasangan guru, Nurunnajmi Yaacob, 40, yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong, Hulu Besut dan Sauzan Ibrahim, 39, tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Wataniah itu, bakal berlepas ke negara Timur Tengah itu, dijangka penghujung bulan ini.

Menurut Nurunnajmi, anak perempuannya yang belajar di SK Lubuk Kawah itu terpilih mewakili negara selepas melalui dua saringan yang diadakan kerajaan Qatar.

4,000 kanak-kanak seluruh dunia jalani saringan, 63 terpilih termasuk Nurussyahamah

“Saringan pertama diadakan pada 17 Februari lalu di Kuala Lumpur bersama 49 orang dari seluruh negara, dan hanya tiga daripada mereka termasuk anak saya terpilih untuk ke saringan peringkat kedua pada April lalu.

“Seramai 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia melalui saringan oleh kerajaan tersebut untuk memilih 63 orang yang akan bertanding pada peringkat akhir di Qatar nanti bersama anak saya,” katanya sambil mengucap syukur.

Nurunnajmi yang menjadi guru al-Quran dan taranum anaknya itu berkata, daripada 63 orang itu pula, tiga orang akan dipilih kerajaan Qatar untuk menentukan yang terbaik dalam pertandingan yang akan diadakan Ramadan ini.

Menurutnya, beliau membimbing anaknya membaca al-Quran secara berlagu dan tajwid bukan semata-mata mahu mengejar kejayaan dalam pertandingan, tetapi ia sebagai ilmu buatnya, manakala pertandingan hanya sampingan untuk memastikan setiap kesalahan dan kelemahan diperbaiki.

“Saya turut membawa anak saya belajar tajwid dan taranum daripada bekas Johan Tilawah al-Quran Antarabangsa 1999, Che Yahya Che Daud di Bachok, Kelantan,” kata guru itu mengenai anak kedua daripada empat beradik, yang semuanya perempuan itu.

Menurutnya, anaknya meminati al-Quran sejak kecil dan dia mula belajar membaca al-Quran bermula dari usia 4 tahun dan khatam kira-kira dua tahun selepas itu.

“Dari umur 6 tahun setengah hingga 8 tahun pula, dia khatam al-Quran sebanyak empat kali dan setakat ini, dia pernah menjadi johan j-Qaf peringkat negeri pada 2007 dan 2008, tiga kali wakil negeri ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan peringkat sekolah-sekolah, selain pernah merangkul Naib Johan Kebangsaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, UMNO Bahagian Besut menyumbang sebanyak RM5,000 kepada kanak-kanak itu bagi membiayai kosnya ke Doha nanti.

“Kita amat berbangga dengan pencapaian adik Nurussyahamah Taqiah dan kejayaan ini selaras dengan slogan Besut Bumi Ulul Albab yang diperjuangkan UMNO Bahagian Besut bagi melahirkan rakyat yang cemerlang dalam pelbagai disiplin ilmu,” katanya.

Seni pasir yang kreatif tahap beras cap super!

Tak tau nak kata apa, tapi kalo dah namanya orang seni, dengan pasir pun boleh berkarya tahap super dewa..jom layan tengok gambar yang amat menggagumkan ni...layanzzz!

















Amacam???


Sumber: internet
(http://www.bing.com/images/search q=Sand+Art&view=detail&id=0DD1656150210DE6BAC53E15E46AD101C2E8448C&first=0&FORM=IDFRIR)

Monday, June 6, 2011

Save Our Planet

“We do not inherit the earth from our ancestors, we borrow it from our children.”
~Native American Proverb

The oceans are essential to food security and the health and survival of all life, power our climate and are a critical part of the biosphere. The official designation of World Oceans Day is an opportunity to raise global awareness of the current challenges faced by the international community in connection with the oceans.

Have you been meaning to start buying organic, to turn off your lights, or to start recycling but just haven't gotten around to it?  Now's the time!  This weekend, citizens of every nation will join together to celebrate World Environment Day.

So much we can do. Read more at:


Saturday, June 4, 2011

Super duper amazing atau aku yang jakun

Memang super duper amazing bagi orang yang tak pernah tengok live dan sekadar menonton Discovery Channel or Nat Geo je. Aku tak pernah tengok benda kat awah ni. Walaupun aku dok luar bandar, tapi aku tak pernah terdedah kepada kejadian alam semulajadi yang jenis cenggini... Aku nak berkongsi dengan mereka yang senasib ngan aku. Tengoklah gambar kat bawah ni, aku snap 1 Mei 2011 yang lalu...layanzzzz...

Taktau ni spesis ni apa nama. Tapi burung yang bulu hitam + paruh kuning selalu hinggap belakang lembu.

Best betul die buat sarang kat pasu bunga mak aku.

Alololo....bestnye tidoq.

Tudia..nganga punya luas..lapaq dah ni.

Binatang pun sayang kat anak, buat sarang leklok..

Penat mearaung panggil ibunye, terlelap balik..kesiannn...

Halfway of Critical Path of Marriage

Walaupun agak lewat post dalam blog ni, tapi 30 Mei 2011 adalah ulangtahun kedua perkahwinan kami. Tiada sambutan romantik, tiada sambutan mewah dan meriah, hanya sekadar sebiji kek kecil dan diiring doa selamat dari Sang Suami dan diaminkan oleh kami anak-beranak. Doa yang cukup ringkas.."Ya Allah, kekalkanlah percintaan kami suami isteri..Amin..." Alhamdulillah.

Ada pendapat mengatakan 5 tahun pertama merupakan fasa percubaan bagi rumah tangga. 5 tahun yang kritikal dimana penyesuaian antara pasangan masih berlaku. Dan Alhamdulillah kami berjaya melaluinya separuh jalan, dan harap dapat melaluinya separuh lagi. Memang benar, kami masih saling cuba mengenali dan memahami serta menyesuaikan diri. Jangan kata rumah tangga ni tak pernah bergolak, sedangkan air dalam cawan pun boleh berkocak apetah lagi kalo susu kocak. Apepun doakan kebahagiaan ini berpanjangan dan kami sentiasa tabah melalui ranjau sepanjang jalan menuju akhirat. Amin...


Kek kecik kongsi 3 orang.

Inas nak buat magik ngan api lilin

Owh...gambar super impose...dari jari jemari tak reti photoshop..gambar asal aurat tak tutup..hehehe....


Doa memohon kesejahteraan. Dicopy daripada http://doa-rumahtangga01.blogspot.com/


Friday, June 3, 2011

Iklan terbuka, tak lama lagi berleluasa la...


Tak tahule ape nak jadi. Gambar ni aku tangkap di Jusco Cheras Selatan 27 Mei 2011 yang lalu. Mungkinkah satu hari nanti bukan setakat iklan yang berleluasa, tapi mungkin jugak akan dijual secara terbuka. Tak sanggup wei...(sapa reti bahasa Cina..tolong translate..ape bende die tulis tu ek)..


Aku tak tahu die tulis ape dalam bahasa Cina. tapi yang omputeh tu aku paham. Tak dapat aku bayangkan anak aku yang cinonit ni on the way nak ke JJ tanya
"Papa..gegurl wants adult toy,boleh tak?..."...tak ke haru...

Korang jangan nak memandai-mandai plak call no dalam gambar ni. Naya je karang.. Kalo ade masalah elok pegi jumpa Pakar Sakit Tuan/Puan terus...

Thursday, June 2, 2011

Mona Fandey: Most Shocking Murdered Case In Malaysia (Episod 16-18)

Ikuti sambungan kisah pengalaman WA yang seterusnya...zasss.....

EPISOD 16

AKU sambung lagi keterangan Mohd Juraimi Husin ketika membela diri dalam perbicaraan kes peembunuhan Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi temerloh pada 1994.
Pada posting sebelum ini, Juraimi bercerita panjang lebar mengenai pembabitannya dalam pembunuhan Mazlan. Juraimi disoal peguambelanya Karam Singh Bahl :Ceritakan apa yang berlaku selepas itu?

JURAIMI: Selepas kunci rumah, saya masuk ke bilik air dan ambil satu basin. Saya kemudian kumpulkan tulang dan daging (jasad Datuk Mazlan) dalam basin itu.

KARAM: Boleh ingat berapa keping?

JURAIMI: Ketika itu tak ingat berapa keping.

KARAM: Apa buat dengan tulang dan daging dalam basin itu?

JURAIMI: Saya ke belakang, ke bilik stor dan terus curahkan tulang dan daging itu ke dalam lubang (yang sudah siap digali).

KARAM: Ada Juraimi tutup lubang itu (selepas masukkan tulang dan daging)?

JURAIMI: Ada, saya kambus balik.

KARAM: Apa Juraimi buat selepas itu?

JURAIMI: Saya kemudian masuk bilik air itu dan ambil kain, blanket, bantal dan pakaian Datuk yang mempunyai kesan darah Saya kemudian terus ke belakang rumah dan membakarnya. Selepas itu, saya cuci bilik air dan apabila semuanya siap saya mandi.

KARAM: Bila Juraimi simen lubang itu?

JURAIMI: Pada keesokan harinya (3 Julai 1993).

KARAM: Kejadian dalam rumah itu habis jam berapa?

JURAIMI: Apabila saya hendak tidur, saya lihat jam pukul 1.30 pagi.

Pendek aje cerita kali ini. Penat menaip. Nanti aku sambung cerita lagi....


EPISOD 17

AKU sambung lagi keterangan Mohd Juraimi Husin ketika membela diri pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994. Dalam keterangannya, tertuduh pertama ini memberitahu dia tidak berniat membunuh Datuk Mazlan Idris. Tapi kenapa dia bunuh juga. Adakah dia kesal dengan perbuatannya. Aku tak mahu ceritakan, tapi baca cerita ini sampai habis. Peguambela Juraimi, Karam Singh Bahl ketika menyoal Juraimi ingin tahu apa yang berlaku seminggu selepas pembunuhaan Datuk Mazlan.

JURAIMI: Sepupu Datuk Mazlan datang ke rumah itu (tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub)?

KARAM: Apa dia buat?

JURAIMI: Dia (sepupu Mazlan) ada cakap dengan saya dan
bertanya adakah Datuk datang ke situ?

KARAM: Tahu siapa nama sepupu Datuk Mazlan itu?

JURAIMI: Namanya tidak tahu.

KARAM: Bagaimana Juraimi tahu dia sepupu Datuk Mazlan?

JURAIMI: Dia yang perkenalkan dirinya.

KARAM: Apa Juraimi cakap pada dia?

JURAIMI: Saya jawab: Biasanya Datuk datang seminggu sekali,
tapi dah dua minggu dia tak datang.

KARAM: Dia datang sebelah pagi atau petang?

JURAIMI: Pagi.

KARAM: Sebelah petang apa jadi?

JURAIMI: Petang itu, selepas sepupu Datuk balik, saya terus
ambil kapak dan parang dan tanam.

KARAM: Masa itu Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman) dan
Mona (Maznah Ismail atau Mona Fandey) ada?

JURAIMI: Tiada, mereka ke Kuala Lumpur.

KARAM: Ada Affandi dan Mona balik ke rumah di Kampung
Peruas?

JURAIMI: Ada pada 7 atau 8 hari bulan (Julai 1993).

KARAM: Adakah itu kali pertama mereka pulang ke rumah
selepas kejadian itu

JURAIMI: Ya.

KARAM: Mereka datang seorang atau ada orang lain?

JURAIMI: Seorang itu Tengku Yahya (Abdullah, abang tiri Mona), seorang Cina (pemandu limosin, Tan Teck Seng) dan anak mereka (Mazdiana Affendy). Mereka kemudian masuk dalam rumah.

KARAM: Apa berlaku dalam rumah?

JURAIMI: Affandi terus masuk dalam bilik dia. Mona kemudian panggil saya dan kenalkan dengan Tengku Yahya. Selepas itu, Mona panggil saya ke belakang dan bagi duit. Mula-mula dia beri RM1,000. Kemudian Mona tanya: "Ada orang datang ke?" Saya jawab: "Ada sepupu Datuk Mazlan." Selepas itu, Mona tanya: "Kau jawab apa?" Saya jawab: "Saya  tak tahu dan kata mereka pergi KL." Selepas itu Mona tanya: "Mana kapak, parang dan pistol." Saya jawab: "Saya dah tanam." Kemudian Affandi keluar dari bilik dia dan bertanya  kepada saya: "Berapa ibu (Mona) kasi (beri) duit berapa?"  Selepas itu Affandi berkata kepada Mona: "Yang (Sayang,  panggilan mesra Mona) beri lagi RM500." Selepas itu Mona kata: "RM500 untuk makan dan RM1,000 untuk beri makan itik."

KARAM: Adakah mereka tinggal di rumah itu pada hari itu?

JURAIMI: Mereka terus balik pada tengah hari itu.

KARAM: Kesemua lima orang?

JURAIMI: Semua lima orang.

KARAM: Juraimi tinggal seorang?

JURAIMI: Betul. Sebelum pergi Affandi ada kata pada saya. Dia kata: "Bapak nak ke KL. Bapak nak uruskan hand phone. Seminggu lagi bapak balik."

KARAM: Juraimi ada keluar rumah ketika tinggal seorang diri?

JURAIMI: Pada 12 hari bulan (12 Julai 1993), ketika saya keluar untuk beli makanan burung, saya bertemu sepupu Datuk Mazlan.  Dia tanya: "Affandi dah balik?" Saya jawab: "Belum." Sepupu Datuk Mazlan kemudian berkata lagi: "Saya ada jumpa bomoh di Kuantan. Dia (bomoh) kata Datuk ada bersama Affandi. "Saya hendak jumpa Affandi untuk tengok di mana Datuk berada. "Saya nak report (buat laporan) polis, nanti buat awak susah saja." Selepas itu saya jawab: "Nak report, reportlah, saya tak kisah." Kemudian sepupu Datuk Mazlan kata: "Saya bagi tempoh, kalau
Khamis atau Jumaat, Datuk tak balik, saya terpaksa report." Saya terus ke kedai itu. Selepas itu saya mengambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur pada hari itu juga.

KARAM: Ada Juraimi ke Kuala Lumpur?

JURAIMI: Ada, saya hendak cari Affandi di KL (Kuala Lumpur). Saya ke KL lebih kurang jam 3 petang pada 12 Julai 1993. Saya cari Affandi sampai jam 11 malam, tapi tak jumpa.

KARAM: Di mana cari Affandi?

JURAIMI: Di kawasan KL. Selepas 11 malam saya ke hotel...hotel apa. (berfikir) Tin Mine Hotel Hilton. Saya ke situ sebab kalau sebelah malam, Affandi biasanya ke situ. Pada 11 malam tak ada, saya ke Klang dan tidur di rumah kawan.

KARAM: Pada esoknya (13 Julai 1993), apa jadi?

JURAIMI: Pada esoknya, saya balik ke Raub direct (terus ke Raub). Apabila saya balik ke rumah, saya tengok ada orang di rumah dalam satu kereta.

KARAM: Ada berapa orang dalam kereta itu?

JURAIMI: Tiga orang. Saya masuk saja, sepupu Datuk Mazlan pun bertanya: "Mana Datuk?" Saya
jawab: "Tak tahu, saya baru balik cari Affandi di KL."

Baru saya hendak releks, sepupu Datuk Mazlan cakap: "Ini adik  dia (Mazlan) baru sampai dari KL." Saya cakap: "Saya tak tahulah." Kemudian, ada satu land rover polis datang, tiga
anggota polis terus masuk dalam kawasan halaman rumah.  Anggota polis itu bertanya: "Mana Datuk pergi?" Saya jawab: "Saya tak tahu." Anggota polis itu kemudian meminta
IC (kad pengenalan) saya, dan saya pun beri IC.

Kemudian anggota polis itu berkata, tak apalah kita cerita dekat balai. Kami pun pergi ke Balai Polis Dong. Di balai, polis tanya lagi, mana Datuk? Saya cakap, tak tahu. Apabila sudah
cerita, dia suruh balik kerana pegawai tak ada dan minta saya  datang jam 7 malam. Saya balik lebih kurang 3.30 petang. Saya balik ke rumah dan beri makan itik dan pada masa itu sudah jam 7 malam lebih.

Saya kemudian mencari pondok telefon awam dan menelefon  Balai Polis Dong memberitahu terlewat tapi anggota di situ memberitahu supaya saya datang juga. Di Balai Polis Dong, ada seorang datuk Sarjan, namanya saya tak tahu.

(Karam kemudian memanggil Ketua Balai Polis Dong, Sarjan  Masara Yuasap dan Juraimi mengecamnya). Dia (Masara) tanya  mana Datuk, saya kata saya tak tahu. Kemudian dia menelefon Balai Polis Raub. Kemudian ada dua anggota polis datang dan bawa saya ke Balai Polis Raub. Dalam perjalanan ada seorang Sarjan berkata: "Tak apalah, kita
buat kes dadah. "Saya tahu awak tak hisap dadah. Dari muka, saya tahu awak tak hisap dadah." Di Balai Polis Raub, saya masuk lokap. Di lokap, air kencing saya
pun tak ambil.

KARAM: Masa di lokap Balai Polis Raub, ada Juraimi disoal-
siasat mengenai Datuk Mazlan?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Apa kamu jawab?

JURAIMI: Saya jawab: "Tak tahu. Saya main tak tahu aje."

KARAM: Berapa lama ditahan di Balai Polis Raub?

JURAIMI: Dari 13 hingga 23 Julai 1993. Mengenai kes dadah.

KARAM: Ketika ditahan di Balai Polis Raub, ada jumpa Affandi.

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bila jumpa?

JURAIMI: Di Balai Polis Raub, pada malam 21 Julai
menjelang 22 Julai 1993, ada jumpa Affandi.

KARAM: Ada disoal-siasat mengenai Datuk Mazlan?

JURAIMI: Dalam lokap, saya bangun tidur dan Din  Mamak (Detektif Lans Koperal Nordin Sadakathullah) ambil saya berjumpa Tuan Mahpop (Penolong Penguasa Mahpop Jaafar).

KARAM: Ada dia soal-siasat kamu?

JURAIMI: Mahpop tanya: "Mana kamu tahan Datuk Mazlan?"

KARAM: Apa jawabnya?

JURAIMI: Mahpop kata: "Saya tahu, semuanya. Affandi pun dah  kena tangkap, Mona pun dah kena tangkap. Affandi pun dah ada kereta, Mona dah  pakai barang kemas. Mereka mahu menganiaya awak. Baik awak cerita."

(Selepas memberi keterangan ini dan sementara menunggu soalan lanjut Karam, Juraimi memandang jam di dinding mahkamah berhampiran kandang saksi. Pada waktu itu jam menunjukkan pukul 10.43 pagi. Juraimi tersenyum memberi sesuatu isyarat kepada Karam.)

KARAM: Apa kamu jawab?

JURAIMI: Saya jawab tak tahu. Kemudian (bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah) Datuk Zaman Khan dan Takbir (Timbalan Penguasa Takbir Ahmad Nazir Mohd) masuk ke bilik. Datuk Zaman Khan pun tanya: "Mana kau tahan Datuk Mazlan?" Saya jawab: "Saya pun tak tahu." Takbir kemudian terus menampar saya dan keluar dari bilik itu. Lima minit kemudian Takbir masuk balik bersama Affandi. Apabila berjumpa, Affandi berdiri di belakang saya dan memegang bahu dan berkata: "Rong (Gondrong) ini bapak (Affandi). Kau ceritalah, bapak dah cerita segala-galanya.

"Ibu (Mona) pun, dah kena tangkap, adik pun dah kena tangkap." Saya pun berdiam diri. Apabila Affandi keluar, baru saya teringat apa yang berlaku semuanya. Selepas itu, saya dan Affandi dibawa ke rumah di Ulu Dong pada malam itu juga (menjelang 22 Julai 1993).

(Ketika di rumah itu, polis ditunjukkan lubang, tempat jasad Mazlan serta pistol, kapak dan parang ditanam. Juraimi juga menunjukkan pelurun yang dibuang dalam lubang tangki najis


EPISOD 18

AKU sambung lagi keterangan membela diri Mohd Juraimi Husin di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994. Dia disoal peguambelanya Karam Singh Bahl dalam perbicaraan kes membunuh Datuk Mazlan Idris. Dalam keterangan kali ini dia menceritakan perasaannya ketika melakukan pembunuhan terhadap Mazlan Pendekkan cerita kau orang bacalah keterangannya.
KARAM: Sepanjang tinggal dengan Mona selama satu tahun lapan bulan, adakah Juraimi tidak teringat untuk pulang ke kampung?

JURAIMI: Tidak.

KARAM: Tolong cerita dengan mahkamah, mengapa tak balik?

JURAIMI: Ikut hati nak balik, tapi tak berdaya hendak balik kerana Affandi control (kawal) semua. Dia tak kasi (beri) saya balik, saya nak telefon kampung pun tak kasi.  Saya ikut arahan dia, dia tak kasi balik, saya tak baliklah.

KARAM: Apakah hubungan Datuk Mazlan dengan Mona dan  Affandi. Apa istimewanya mereka hingga Datuk Mazlan sanggup berjumpa mereka?

JURAIMI: Datuk jumpa Affandi supaya dia (Mazlan) dijadikan Menteri.

KARAM: Mengapa hendak jumpa Affandi jadi Menteri, dia bukan orang politik?

JURAIMI: Affandi dan Mona memang bukan orang politik, tapi dia seorang bomoh.

KARAM: Bagaimana Juraimi tahu?

JURAIMI: Saya tahu, Affandi ada satu bilik. Dalam bilik itu ada banyak barang pemujaan.

KARAM: Di mana bilik itu?

JURAIMI: Di setiap rumah yang Affandi dan Mona tinggal, ada bilik pemujaan.

KARAM: Bagaimana, Juraimi tahu?

JURAIMI: Masa itu di Kijal, Terengganu, dia ada ubatkan orang sakit.

KARAM: Adakah Juraimi seorang bomoh

JURAIMI: Saya tidak.

KARAM: Ada belajar jadi bomoh?

JURAIMI: Ada juga dia ajar sikit-sikit jadi bomoh.

KARAM: Cara macam mana?

JURAIMI: Macam pemujaan. Ada ayat yang mesti dihafal.

KARAM: Ada Juraimi tahu cara mandi bunga?

JURAIMI: Cara mandi bunga dan bacaannya saya tak tahu.

KARAM: Cara mandi ubat?

JURAIMI: Itu pun saya tak tahu.

KARAM: Ada Mona dan Affandi berbincang dengan Juraimi apa yang hendak dibuat terhadap Datuk Mazlan?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bincang atau beritahu?

JURAIMI: Beritahu.

KARAM: Apa niat mereka terhadap Datuk Mazlan?

JURAIMI: Mereka beritahu: Tunggu Datuk datang bawa duit, baru kita bunuh.

KARAM: Ada niat untuk tarik daripada terbabit dengan rancangan itu

JURAIMI: Ada, tapi tak berdaya

(Mona yang duduk bersebelahan Affandi di kandang tertuduh ketawa dan berbisik sesuatu kepada suaminya).

KARAM: Ada niat nak bunuh Datuk Mazlan?

JURAIMI: Saya memang tiada niat nak bunuh Datuk kerana saya dengan Datuk biasa saja

KARAM: Jika pada hari kejadian, kamu seorang diri tanpa Mona  dan Affandi ada di situ, adakah kamu akan bunuh Datuk Mazlan?

JURAIMI: Kemungkinan besar tidak.

KARAM: Apa yang menyebabkan Juraimi lakukan pembunuhan itu?

JURAIMI: Saya kira, tidak ada perasaan, hilang akal.

(Mona dan Affandi sekali lagi tersenyum mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Juraimi itu. Ikmal Hisham (seorang lagi peguambela Juraimi) kemudian bangun dan menyoal Juraimi).

IKMAL: Kamu kata tadi, sejak ikut Mona dan Affandi ada niat untuk melarikan diri, tapi tak berdaya. Mengapa?

JURAIMI: Ada terfikir untuk balik ke kampung, tapi tak terdaya. Affandi halang saya.

IKMAL: Halang macam mana?

JURAIMI: Affandi bagi tahu, tak boleh balik, sebab takut semua rahsia terbongkar. Semua rahsia ada dalam tangan saya.

IKMAL: Ada peluang untuk lari?

JURAIMI: Memang ada.

IKMAL: Mengapa tak lari?

JURAIMI: Apabila nak lari, nak melangkah, macam ada orang halang.

(Mona dan Affandi yang berdiam diri kelihatan berbisik-bisik dan kemudian kedua-duanya ketawa).

IKMAL: Ketika ditahan di Balai Polis Raub, Juraimi ada disoal-siasat.

JURAIMI: Memang saya tak tahu apa yang berlaku. Mereka (polis) pukul macam mana pun saya tak tahu.

IKMAL: Adakah Juraimi mahu melindungi Mona dan Affandi atau tak tahu

JURAIMI: Memang benar saya tak tahu, bukan untuk melindungi mereka.

IKMAL: Juraimi ada kata pada malam menjelang 22 Julai 1993 selepas Affandi memegang bahu baru teringat semua. Mengapa?

JURAIMI: Selepas malam menjelang 22 Julai 1993 dan selepas  Affandi pegang bahu, baru saya boleh ceritakan segalanya. Baru saya tersedar dan boleh ceritakan.  Perasaan saya dah seperti biasa, dah normal seperti apa saya ceritakan di mahkamah sekarang.

IKMAL: Juraimi tak menyesal dengan perbuatan itu (pembunuhan)?

JURAIMI: Menyesal memang ada.

IKMAL: Menyesal macam mana?

JURAIMI: Menyesal bunuh orang.

Dalam siri ke-19 aku akan ceritakan kehandalan pasangan bomoh ini buat tangkal, azimat dan tongkat sakti. Apa yang aku hairan ada orang percaya dan beli dengan harga mahal.
Isyk isyk isyk.... susah nak percaya.


Haaa...tudia....amek pengajaran kengkawan....nanti aku sambung lagi ade lagi ni.....