Pertama kalinya nak mohon maaf kepada tuan punya FB (Muktasyaf Ibrahim AnNamir), sebab ambil picture ni dari page beliau tanpa izin. Namun untuk kita sama-sama renungkan realiti zaman ini, yang boleh kufur dengan sekelip mata. Mohon Allah lindungi diriku dan keluargaku daripada kufur kepada Allah S.W.T.
Umur sebaya aku ni...ish..ish..ish..pendeknye akal... |
Aku teringat pernah berdebat juga dengan member-member seangkatan yang bekerja di Negeri-negeri, tentang pemberian wang bantuan terutama kepada ibu tunggal, orang miskin dan lain-lain. Pada pendapat mereka, selagi ada kudrat, tak ada cacat mental dan fizikal, selagi boleh kerja, tak layak untuk dapat wang bantuan. Orang miskin, ibu tunggal dan lain-lain ni disuruh mencari pekerjaan. Tapi pernah terfikir tak, dalam pada orang ada ijazah, ada master pun susah nak dapat kerja, apatah lagi orang yang berpendidikan rendah. Kerja-kerja rencam pun disapu habis oleh pendatang asing.
Senang-senang kita label mereka malas, mereka tak mahu berusaha, mereka tak mahu bekerja. Kita tahu banyak peluang lain untuk berniaga, bantuan berniaga, tapi pernah kita terfikir, orang yang tahap pendidikannya rendah, mentaliti memang lain. Dan kita sebagai orang yang berpendidikan tinggi dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi (kononnya) sepatutnya tunjukkan jalan permulaan untuk mereka berusaha. Tak de sape yang tak seronok pegang duit banyak dik non..oi.
Aku percaya dalam dunia ni, susah nak jumpa orang yang malas...tetapi banyak dan sangat banyak orang yang belum berjumpa dengan kerja yang mereka minati. Kerana tiada siapa yang malas jika melakukan kerja yang mereka minat.
To all my friends at State Agencies, frontliner Kerajaan kepada Rakyat, pleasee....help our people and show them the right way... Sebab jangan sampai orang lain lebih awal hulur bantuan kepada mereka dan jadilah seperti gambar kat atas...(pada pendapat aku, daripada dok berFB tu elok juga dia ambil sijil IT ke, ikut kursus hartanah ke)...takde maknanye betullah nak murtad tak tentu pasal kat FB ni.
adeh..boleh pulak macam tu.huhu
ReplyDelete