Monday, June 20, 2011

Mona Fandey: Most Shocking Murdered Case in Malaysia (Episod 19-20)

Assalamualaikum semua. Maaflah sebab cerita kes pembunuhan ini tertangguh begitu lama. Aku sangat busy dengan kerja. Now, aku sambung episod 19-20. Sekali lagi, untuk sesiapa yang tak pernah baca cerita ni dari awal, sila ke episod 1 untuk ketahui siapa penulis dan dari mana aku dapat story ni. Ok..layanzzz....


EPISOD 19

NAMPAKNYA cerita aku ni tak boleh ditutup pada siri ke-20. Ada banyak lagi yang engkau orang nak tahu. Yahlah, tu baru cerita Mohd Juraimi Husin, tertuduh pertama kes oembunuhan Datuk Mazlan Idris. Engkau orang nak tahu juga cerita Mohd Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail atau Mona Fandey - tertuduh kedua dan ketiga. Mesti mereka ada cerita sendiri untuk membela diri. Aku tak boleh ceritakan panjang lebar. Hanya yang relevan – kata orang Melayu. Paling penting cerita pada malam pembunuhan itu. Inilah keterangan Affandi.

Katanya, sebanyak 21 lilin menerangi Datuk Mazlan Idris ketika dibunuh sewaktu upacara mandi bunga di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, pada 2 Julai 1993. Lilin itu dipasang oleh Mona Fandey di bilik air, tempat bekas Adun Batu Talam itu mati ditetak dengan kapak oleh Juraimi. Affandi berkata lilin itu dipasang sebelum dia memadamkan lampu di bilik itu. "Pemasangan lilin itu adalah amalan biasa dalam upacara mandi bunga yang saya amalkan," katanya di perbicaraan kes bunuh Mazlan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Kes ini berlarutan hingga awal 1995. Menurutnya, dia nampak Juraimi dengan jelas menetak leher Mazlan dengan kapak sebanyak dua kali dalam sinaran cahaya lilin. Bagaimanpun, katanya, dia dan Mona tidak dapat menahan  Juraimi daripada menetak leher Mazlan kerana tergamam. Affandi berkata, dia hanya nampak kapak pada halkum Mazlan ketika itu dan tidak dapat berbuat apa-apa.

"Saya tiba-tiba mendengar bunyi `rupp' dan kapak sudah berada pada halkum Datuk Mazlan. Bagaimanapun, saya tidak tahu itu bunyi apa dan tidak pasti dari mana ia datang," katanya ketika disoal balas peguambela Juraimi, Karam Singh Bhal.

Menjawab soalan Karam, Affandi berkata, dia tidak dapat  menahan Juraimi daripada menetak leher Mazlan pada kali kedua kerana tergamam. Lagipun, katanya, dia melihat Juraimi dalam keadaan seperti orang hilang pedoman.

Tertuduh kedua juga mengaku tidak memeriksa sama ada  Mazlan hidup atau mati selepas Juraimi menetak leher bekas Adun Batu Talam itu.
Menurutnya, selepas kejadian itu, dia, Mona dan anaknya, Mazdiana, meninggalkan rumah itu selepas diarahkan oleh Juraimi supaya berbuat demikian. Bagaimana keadaan Mazlan ketika ditetak. Nak tahu kena tunggu lagi. Aku sambung ceritanya.


EPISOD 20

CERITA pasal Mona Fandey sepatutnya ditamatkan riwayatnya pada episod ini - 20. Tapi, atas permintaan engkau orang aku sambung lagi. Macam sinetron dan telenovela pulak  Kali ini aku sambung lagi keterangan membela diri Mohd Affandi Abdul Rahman, tertuduh kedua perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris. Dalam keterangannya, Affandi memberitahu Mahkamah Tinggi Temerloh bahawa darah terpancut ke atas dan percikannya kemudian membuak-buak dengan banyak ke kiri dan kanan ketika  leher Datuk Mazlan Idris ditetak dua kali oleh Juraimi Husin pada malam 2 Julai 1993.

Affandi yang duduk di bahagian atas kepala Mazlan sambil meratakan air ke muka bekas Adun Batu Talam itu. Katamya, pada masa itu kepala Mazlan terkulai dalam besen air bunga pada tetakan kali kedua dan darah keluar dengan
banyak.

Menurutnya, pada ketika itu dia tergamam dan tidak dapat  menahan Juraimi daripada melakukan pembunuhan di bilik air  rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub itu.

"Juraimi menetak dengan pantas, sekali tetak, terlekat pada  halkum dan tetak sekali lagi.

"Saya tidak nampak Juraimi datang dan hanya nampak kapak  sudah berada di halkum Datuk Mazlan," katanya ketika disoal balas peguambela Juraimi Husin, Ikmal Hisam Idris.

Affandi berkata sebagai bomoh dan guru silat, dia tidak mampu menahan Juraimi daripada melakukan perkara itu kerana  tergamam. Lagipun, katanya, dia tidak nampak Juraimi datang ke bilik itu pada masa kejadian.

Tertuduh kedua juga berkata, dia nampak kapak yang digunakan Juraimi kena pada halkum Mazlan dan bukan tempat lain,  walaupun gambar jasad Mazlan yang ditunjukkan kepadanya  menunjukkan bekas tetakan di bawah dagu mangsa.

Affandi masih mahu menggunakan perkataan halkum dan tidak  bersetuju dengan Ikmal bahawa bahagian yang putus itu adalah leher.

Hakim Datuk Mokhtar Sidin kemudian terpaksa menerangkan  makna halkum dan leher dengan menunjukkan lehernya sendiri untuk memastikan bahagian mana yang dimaksudkan oleh tertuduh kedua.

Bagaimanapun, Affandi tetap mengatakan halkum walaupun  dua keping gambar yang ditunjukkan kepadanya menunjukkan tetakan itu di bawah dagu.  Bagaimana keadaan Datuk Mazlan ketika mandi bunga. Affandi menerangkan badan melentang dengan tengkuk dialas  dengan batu dan di bawah kepala pula diletakkan besen berisi air serta senjata seperti keris dan kapak kecil. Ini adalah antara peramalan mandi bunga bomoh Affandi dan cara itu juga dibuat ketika dia menjalankan upacara mandi bunga ke atas Datuk Mazlan.

Affandi berkata, mengikut amalannya dia tidak menjalankan  upacara mandi bunga dengan orang yang akan dimandikan duduk di atas bangku atau lantai.

Katanya, dia tidak tahu cara orang lain mandi bunga, tetapi  mengikut caranya orang yang hendak dimandikan perlu  berkedudukan badan melentang dengan tengkok dialas dengan batu. Affandi berkata demikian ketika menjawab soalan balas Ikmal Hisam.

Ikmal: Encik Affandi, bolehkah mandi bunga dilakukan secara duduk?

Affandi: Cara orang lain, saya tak tahu, cara saya macam itu.

Ikmal: Seseorang yang hendak mandi bunga, boleh duduk atas kerusi atau lantai dan dijirus ke atasnya.

Affandi: Itu bukan cara saya.

Mengikut Ikmal, cara yang diamalkan oleh Affandi dengan kedudukan Mazlan seperti itu pada malam itu bagi memudahkan leher Mazlan dipancung.

Bagaimanapun, Affandi menafikannya dengan berkata dengan kedudukan begitu akan memudahkannya mandikan Mazlan.

Bomoh itu dalam keterangan sebelum ini juga berkata Juraimi  mematuhi arahannya supaya mengangkat besen dan membuang air di dalamnya pada malam itu.

Katanya, Juraimi juga berkeadaan normal pada ketika itu. Affandi juga tetap dengan pendiriannya bahawa dia tidak nampak Juraimi datang menetak leher Mazlan pada malam itu ketika ditanya sekali lagi oleh Ikmal.


Sorry..potong stim..aku sambung lagi next time...

No comments:

Post a Comment

Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.

Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.