Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Berapa kali lagi?

Ini adalah peringatan untuk Inas Bussaina
Rasanya dah beratus-ratus kali ibu cakap bila main sila BECAREFUL.
Becareful..becareful..becareful..
At last Inas main-mainkan cakap ibu kan...
Inas buat lagu becareful pakai muzik Oh My Darling Clementine kan..
Sekarang apa dah jadi?

Main pusing-pusing sampai langgar bucu meja...
 
  
Abah tak de balik Ganu..ibu jugak yang clean your cut..

Pagi ni abah sampai tengok luka Inas dah ada infection ok.
 So pagi ni ibu jugak yang bawak Inas pegi Klinik Lita Alis.
Bukan ibu nak mengungkit,
tapi ibu bimbang.
Semalam ibu tidur-tidur ayam je
sebab takut anak ibu ni ada concussion.
Sebab bila ibu dengar cara inas terhantuk kat meja makan tu, 
bukan sebarang hantukan punya..
kalo tak , mesti awak tak nangis kan...

So, ibu nak pesan lagi walopon kali ke 150 juta kat Inas
always becareful..
Ibu loves you so much...!
 

Tuesday, January 29, 2013

Tahi Lalat

Korang tau tahi lalat pertama korang tumbuh kat mana? Aku banyak taik lalat..entah bila lalat datang berak tak tau la. Aku sendiri tak ingat taik lalat 1st aku mula kat mana...hehehe...
Anak dara aku si Inas Bussaina telahpun dinodai oleh sebijik tahi lalat dan sungguh cute sekali tahi lalat tu yang cantik terletak di pelipis kirinya. Bermula ngan sebesar titik jarum skang membesar jadi sebesar biji sawi.
Orang kata position tahi lalat ada rahsianya...berkaitan rezeki, sifat peribadi dan pelbagai lagi. Pada pendapat aku pulak, tahi lalat adalah makluman awal penyakit. Contohnya aku ada 3 tahi lalat di sepanjang leher kiri dan 3 tahi lalat lagi di sepanjang leher kanan. Memang cantik terletak sebarisnya dan kedudukannya hampir sama dengan kanan dan kiri. Now aku kini mempunyai penyakit yang bermula di leher iaitu penyakit berkaitan tiroid.
Tahi lalat inas di pelipis kiri...aku harap bukan penyakit serius....biarlah ia hanya ibarat tanda pemanis bagi anak dara yang bakal memiliki seorang adik tidak lama lagi.
Ibu love u so much sayang mucuk!

Tahi lalat pertama...hehehe...

Wednesday, November 9, 2011

Ayah

Permohonan maaf daripada seorang ayah
Tak sanggup aku terima permohonan tu
Siapalah aku ni
Kalau tak kerana ayah
Tak ada aku di dunia ni
Ayah jangan mohon maaf
Sebab ayah sentiasa blessed and forgiven
Tak sedetik pun dalam hati untuk membenci
Walaupun dalam hati kecil rasa terkilan dan kesal atas kekhilafan Ayah
Ayah tak perlu mohon maaf
Cuma satu pintaku
Ayah cintailah emak
Cintailah dia dengan setulus hatimu
Kerana itu saja caranya
Menebus dosa semalam.....

"Ya Allah..ayah dan emak melalui ujian terhebat dan ranjau sepanjang jalan. Maka Ya Allah, atas kesabaran dan keredhaan mereka selama bertahun-tahun, kurniakanlah mereka kehidupan di dunia yang damai dan syurga yang indah akhirat nanti. Syurga yang nurnya terpancar seribu tahun cahaya. Syurga yang wangiannya tercium seribu tahun perjalanan masa....Amin...."

Saturday, June 4, 2011

Halfway of Critical Path of Marriage

Walaupun agak lewat post dalam blog ni, tapi 30 Mei 2011 adalah ulangtahun kedua perkahwinan kami. Tiada sambutan romantik, tiada sambutan mewah dan meriah, hanya sekadar sebiji kek kecil dan diiring doa selamat dari Sang Suami dan diaminkan oleh kami anak-beranak. Doa yang cukup ringkas.."Ya Allah, kekalkanlah percintaan kami suami isteri..Amin..." Alhamdulillah.

Ada pendapat mengatakan 5 tahun pertama merupakan fasa percubaan bagi rumah tangga. 5 tahun yang kritikal dimana penyesuaian antara pasangan masih berlaku. Dan Alhamdulillah kami berjaya melaluinya separuh jalan, dan harap dapat melaluinya separuh lagi. Memang benar, kami masih saling cuba mengenali dan memahami serta menyesuaikan diri. Jangan kata rumah tangga ni tak pernah bergolak, sedangkan air dalam cawan pun boleh berkocak apetah lagi kalo susu kocak. Apepun doakan kebahagiaan ini berpanjangan dan kami sentiasa tabah melalui ranjau sepanjang jalan menuju akhirat. Amin...


Kek kecik kongsi 3 orang.

Inas nak buat magik ngan api lilin

Owh...gambar super impose...dari jari jemari tak reti photoshop..gambar asal aurat tak tutup..hehehe....


Doa memohon kesejahteraan. Dicopy daripada http://doa-rumahtangga01.blogspot.com/