Wednesday, November 30, 2011

Lawyer Fees & Stamp Duty

Aku fenin la calculate lawyer fees time beli rumah..search-search internet..adala jumpa cara pengiraannya.

Legal fees for S&T
 
Stamp duty for property.

Contoh Pengiraan:
 
Harga Rumah : RM341,310
Loan Bank     : RM331,000
Status: 1st house
 
S&P Agreement:
RM150k (1%)          = RM1,500
RM191,310 (0.7%)  = RM1,339
Total                        = RM2,839
 
**Stamp Duty for S&P:
RM100k (1%)          = RM1,000
RM241,310 (2%)     = RM4,826
Total                        = RM5,826
*Less (50%)           =-RM2,913 (*Less 50% for 1st house)
Total                        = RM2,913


Total Sum of S&P     =RM5,752

Loan Agreement (LA)/Property Sale Agreement (PSA):
RM150k (1%)          = RM1,500
RM181,000 (0.7%)  = RM1,267
Total                        = RM2,767
**Less 30%             =-RM   830

Total                        =RM1,937
6% GST                   =RM   116
Total                        =RM2,053

 
Stamp Duty For LA/PSA:
RM331,000 (0.5%)  = RM1,655

Total Sum Of Loan= RM3,708

Disbursement: +- RM1500 (anggaran)
TOTAL S&P +LA+ Disbursement= RM 10,960
 
  **Namun begitu, bagi Rumah/Hartanah yang dibeli dari Pemaju di bawah Akta "Housing Development (Control & Licensing) Act 1966", skala bayaran guaman adalah sedikit berbeza iaitu seperti berikut:-

1. RM250
- Untuk Hartanah yang berharga RM45,000.00 dan ke bawah.

2. 75% daripada fee yang sepatutnya
- Untuk Hartanah berharga lebih dari RM45,000.00 tetapi tidak lebih dari RM100,000.00.

3. 70% daripada fee yang sepatutnya
- Untuk Hartanah yang bernilai lebih dari RM100,000.00 tetapi tidah lebih dari RM500,000.00.

4. 65% daripada fee yang sepatutnya
- Untuk Hartanah yang bernilai lebih dari RM500,000.00.





Updating on 3.12.2011

Hari Khamis (1/12/2011) tempohari, aku dan hubby telah sign agreement dengan lawyer berkenaan pembelian rumah. Loan combine dengan husband sebab aku punya gaji tak lepas lagi untuk buat gomen loan dengan harga rumah sekarang ni. Kalo buat gomen loan aku kena tambah +-RM100,000 lagi..koyaks...So bayaran lawyer yang dicaskan kepada aku dan hubby adalah seperti berikut:

S&P Agreement:
Purchase Price: RM341,310

1.Stamp duty on Memorandum of Transfer (MoT):          RM5,840
   (Stamp duty remitted if 1st house less 50%)       :         -RM2,920
2.Stamping 4 copies S&P Agreement            :          RM    40
3. Registration of MoT                                           :          RM   400
4. Land Search                                                       :         RM     30
5. Travelling charge n miscellaneous                    :         RM   150
Total Sum                                                                       RM3,540



Property Sale Agreement :
Loan: RM331,874 (include takaful insurance + will writing)

1.Property Sale Agreement (PSA)                        :          RM2,773
 (Less 30%)                                                            :        -RM   831
2.Property Purchase Agreement                           :         RM   277
3.Charge and Annexure                                        :          RM  277
4.Statutory Declaration                                         :         RM   100   Total                                                                    :        RM 2,596

6% GST                                                                  :        RM    155
Total Sum                                                               :        RM 2,751                 
Disbursements:

1. Stamp Duty for PSA                                              :        RM1,328
2. Stamp Duty 3 copies PSA                                      :        RM     30
3. Stamp Duty 4 copies Prop. Purchase Agreement  :        RM     40
4. Stamp Duy 4 copies Chre Annexure                      :        RM     40
5. Stamp Duty on Statutory Declaration                   :        RM     20
6. Stamp Duty on Letter of Offer                               :       RM     10
7. Registration of Charge and Annexure                  :        RM   120
8. Affirmation of Statutory                                       :        RM     30
9. Bankruptcy Search                                               :        RM     50
10. Purchase Document                                           :        RM   100
11. Land Search                                                       :        RM   120
12. Travelling charge (wth??)                                 :        RM   250
13. Out of Pocket Expenses (wth???)                     :        RM   100
14. Miscellaneous Charge                                        :       RM      50
Total Sum                                                                 :       RM2,228

Total Legal Fees                                                     :       RM8,519



Fuhhhh, amacam?Boleh tahan kan harganya...walopon tak semahal as 10k yang aku kira, tapi aku mintak bayar dua kali jugak. 1st payment RM5k. next year aku mintak bayar lepas dapat bonus ASB. Puan Rosehayati pun kate ok, sebab derang pun take 2 months untuk settlekan semua urusan.

Aku harap semuanya akan selamat terutama sekali rumah yang bakal didiami.. Bukan seronok2 nak beli rumah ni, or nak tunjuk banyak duit (takut gak ni..kalo kenaikan pangkat ke M44 ditangguhkan..mcmano nak bayor)...sebab tu time nak beli ni pun pikir dua kali.  Macam2 jugak halangan sebab almost 5 months baru loan lulus, tu pun rumah pemaju dah open semula kat public dan dah ade chinese yang nak beli dengan harga non bumi which is 7% higher ok!

Lagipun Puan Rosehayati kata valuer dah nilai area yang aku beli tu harga rumah around 400k dah, tambah2 lagi MRT nak siap 2017 nanti..hartanah memang melonjak naik. Untungnya beli rumah bawah Excel 1st Development ni sebab pemaju banyak bagi gift seperti plaster siling, table top dapo, kipas angin untuk setiap bilik dan ruang tamu, lampu, 2 unit pemanas air di bilik air...Wallahualam, ikut agen gitu, tapi aku tak berapa faham dalam s&p. Hubby kate betul tapi aku lebih suka mengambil jalan tengah iaitu tunggu rumah siap dulu.

Tuesday, November 29, 2011

Uiks...ada jugak yang mengaku diri sendiri Yahudi

Aku suka blog dia..tak ingat aku follow ke tak..tapi waktu lapang kat opis aku layan blog die nih. Tapi terkejut gak aku pasal blogger ni mengaku dia Jewish (orang Yahudi).
Aku pun tak tau apa bangsa dan agama beliau, tapi ikut ke warna kulit, nampak macam orang Melayulah.

Malas nak citer panjang..just tengok la gambar kat bawah ni. Aku baru snap jam 2.15pm harini:
Nak tengok lanjut, kena baca kat sini.

 Mungkin bapa beliau adalah Yahudi dan ibu beliau adalah orang Malaysia (kaum apa tu tak tau la..Melayu la kot..tak pun aborigin).
Wallahualam.

Friday, November 25, 2011

Satu Langkah Ke Belakang?

Bukan merungut keje bertambah. Bagus juga sebab langkah ni menyebabkan experience aku bertambah terutamanya dalam menghandle projek pembangunan. Secara peribadinya (tolong jangan buat spekulasi ini pandangan kerajaan plak..Tak ke bangang namanya tu).... Secara peribadinya aku melihat arahan terbaru MTN agar sebarang perubahan lokasi tapak projek di bawa ke JPPN sekiranya dilaksanakan secara pukul rata untuk semua projek merupakan satu langkah ke belakang. Arahan ni bagus terutamanya melibatkan sesebuah projek high impact dimana kumpulan sasarnya ramai. Sebagai contoh pembinaan sekolah di kawasan A, tetiba ditukarkan di kawasan B. Ataupun laluan highway sepatutnya di X dan sepanjang 10km, tetapi diubah kepada lokasi Y dengan pertambahan sebanyak 20km lagi dan meningkatkan kos projek tersebut. Projek-projek sebegini wajarlah sekiranya di bawa ke pengetahuan JPPN kerana ia melibatkan kumpulan sasar yang ramai dan touch point untuk rakyat.

Tetapi projek yang kumpulan sasarannya sebagai contoh melibatkan konservasi/rehabilitasi hidupan liar, harimau belang, beruang dan sebagainya, tidak wajarlah di bawa terus ke JPPN, sekurang-kurangnya wujud satu komuniti kecil lain yang membincangkan pro and kontra perubahan tempat. Ini bagi menjimatkan masa pelaksanaan untuk projek ini dapat segera kick-off berbanding terpaksa menunggu jawatankuasa JPPN bersidang terlebih dahulu. Secara peribadinya aku melihat arahan ini juga antara satu langkah mengurangkan kuasa Pegawai Pengawal (penurunan kuasa) dan menafikan prinsip lets the manager manage. Komuniti lain yang dimaksudkan biarlah hanya melibatkan Pegawai Pengawal/Wakil serta Pengarah Bahagian di Central Agency yang memantau Kementerian di bawahnya.

Walaubagaimanapun, aku bersedia menghadapi cabaran penyediaan kertas kerja projek yang akan dibentangkan di JPPN dan menambah setakuk lagi pengalaman di dalam perkhidmatan awam. Harap dengan pengalaman yang aku kutip sepanjang perkhidmatan ini dapat mengilhamkan aku kaedah-kaedah yang dapat mempercepatkan proses pelaksanaan projek sekiranya ada peluang.


Tuesday, November 22, 2011

Menang Bola

Arini lewat post pasal Malaysia menang emas pertandingan bola sepak Sukan SEA di Indonesia.

One word-Serve u right Indon. Walopon aku berdarah half Indon, tapi aku benci giler ngan Indon yang antaranya telah menyebabkan institusi keluarga aku porak peranda semata-mata derang ni tamak sangat duit dan harta benda. On positive side, walopon porak peranda Alhamdulillah ia sebenarnya mendekatkan kami dengan Allah..apepun aku tetap benci Indon yang datang Malaysia semata-mata nak kesenangan hidup dengan merampok harta benda orang...

Lupakanla pasal The Team Garuda (Garuda konon..gerudi ada la)  ni...buang masa je.. aku nak share something kelakor..
Pagi ni memang status FB semua penduduk Mesia yang ada akaun FB mesti pasal menang bola semalam.
Yang best sekali aku nak petik status FB member aku cam kelakar sangat...heheh...



Salim Parlan akhirnya mengaku berkhalwat


Sumber: Harian Metro


GEORGETOWN: Selepas beberapa kali dihadapkan ke mahkamah, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, dan bekas pembantu peribadinya akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi, di sini, April lalu.

Pengakuan itu dibuat Salim dan Nur Diayana Norslan, 30, di hadapan Hakim Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya sejurus pertuduhan dibaca semula ke atas mereka di Mahkamah Syariah Batu Gantung, di sini, semalam.

Salim yang memakai baju putih dan berseluar hitam dilihat hanya menunduk dan sedikit gelisah, manakala Nur Diayana pula menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan di kandang tertuduh.

Salim didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996, manakala Nur Diyana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.

Sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, pada 21 Jun lalu, Salim mengemukakan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Nik Bukhari Hashimy yang membenarkan perbicaraan kes khalwatnya diteruskan.

Pada 15 September lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan perbicaraan kes khalwat itu diteruskan.

Sejurus prosiding selesai, Salim dilihat terlebih dulu keluar dan Nur Diayana pula dilihat keluar kira-kira lima minit selepas itu sebelum dilihat menaiki Perodua Alza putih yang menunggunya di luar mahkamah.


Datuk Salim Parlan (DSP) kalo tak silap aku time aku PTD Unggul di INTURA dulu tu la pertama kali aku pernah nampak beliau. Time tu belum dapat title Datukship lagi. Beliau adalah Ketua Program Unit Diploma Pengurusan Awam di INTAN. Kemudian time aku DPA (2008), beliau dah jadi KP JPJ. Kendian jadi Timbalan KSU di KBS. Antara highflyer di dalam government dan ramai jugak member2 yang aktif dalam PPTD yang adore dengan DSP. Tentang isu khalwat ni, tak mo komen la, tak tau apa nak jadi ngan servis aku 20 tahun lagi. Kang mengata orang aku sendiri pulak tersalah langkah. Harap2 aku tak tersilap langkah di mana-mana sepanjang hayat. Amin....

Sunday, November 20, 2011

Erk...lawyer ka loyar...

Fuh..mana nak cekau duit ni..dianggarkan bayaran lawyer bagi rumah kami tak ditanggung pemaju (disebabkan loan sangat lambat lulus, pemaju tak nak bayar lawyer). Anggaran agen adalah sekitar 12-15k jugak..Savings aku just ada 7k je ni...uhuhu....Lets say kate la harganya 15k, lagi 8k mcmana?? Dato' Seri Najib tolong sponsor saya duit lawyer, mot, duty stamp and ++ boleh tak...uhuhuhu...I wish somebody could help me..(dream on la...).

Tertekan betul la nak beli rumah..apa kata free kan saja duti stamp and so on..loan lulus pon based on warna kulit, letak harga rumah pon based on warna kulit, apa saja di Malaysia ni yang tak tengok warna kulit?


Wednesday, November 16, 2011

Kematian Yang Dicemburui


Kata orang, dengan orang yang mati pun nak cemburu ke. Memang pun tak patut cemburu, tapi.... semua orang wajib cemburu dengan kematian someone special ni....


KISAH ALLAHYARHAM HUZAIFAH (I)


Laporan ini... disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskan jenazah allahyarham Muhammad Huzaifah, 21. Arwah merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Jemaah 40 hari daripada Terengganu ini telah diputuskan di Masjid Jamek Bandar Sri Petaling untuk buat usaha dakwah & tabligh di Sandakan, Sabah. Jemaah seramai 10 orang terdiri 5 orang awam dan lima lagi lagi pelajar UMT, selamat tiba di lapangan terbang Sandakan pada hari Rabu malam Khamis, 28hb April 2010. Jemaah kemudian dihantar ke Masjid Pangeran Hj. Galpam, Batu 7 buat sementara waktu yang juga merupakan marhalah seorang daripada syura Sandakan, Hj. Mohd Zain.

Pada pagi hari Jumaat bersamaan 30hb April 2010, jemaah telah berangkat ke daerah Pamol, kawasan perladangan Kelapa Sawit terancang yang jauh jarak perjalanannya daripada bandar Sandakan sekitar dalam 150 km. Di daerah ini ada 13 buah kampung. Kebiasaannya jemaah 40 hari yang bergerak di Sandakan akan buat usaha sama ada di kawasan bandar, kepulauan-kepulauan sekitar, daerah-daerah kecil dan kawasan pedalaman mengikut keputusan yang telah dimesyuaratkan bersama oleh syura tempatan atas kesediaan jemaah. Memandangkan jemaah telah diputuskan ke daerah ini, kemungkinan besar juga jemaah ini akan buat usaha dakwah & tabligh di daerah berdekatan iaitu Telupid. Di daerah ini berlaku kes murtad dan beberapa rombongan jemaah daripada Semenanjung telah dihantar ke sana termasuklah jemaah daripada Batu Pahat pada akhir tahun lepas.

.: Detik-detik kematian Allahyarham :.

Rakan arwah, Fadhil, yang turut bersama jemaah ini telah ditanya oleh Datuk Hj. Abdul Rahman di Masjid Pangeran Hj. Galpam berkenaan kejadian yang menimpa arwah. Dia menceritakan pada pagi Selasa 4hb Mei 2010, arwah diberi tanggungjawab untuk memberi bayan selepas solat fardhu subuh berjemaah. Kemudian kesemua mereka bermesyuarat untuk mengagih-agihkan tugasan pada hari itu. Setelah mesyuarat dan beberapa waktu ketika, mereka (pelajar) seramai 5 orang pergi ke sungai berhampiran untuk mandi kerana simpanan air di surau amat terhad untuk kegunaan wudhu dan lainnya. Pada waktu awal pagi itu yang masih berembun (suasana pedalaman), mereka kesemuanya turun ke tebing sungai yang mana ketinggian paras air di tebing sungai itu sahaja pun sudah separas dada. Mereka termasuk arwah cuba berenang menyeberangi sungai ke tebing bersebelahan. Setelah hampir di pertengahan, mereka memutuskan untuk kembali semula ke tebing kerana sungai itu amat dalam. Arwah tertinggal di belakang dan lemas tenggelam. Rakan mereka menyangkakan arwah bergurau kerana kali terakhir mereka melihat sebelum arwah tenggelam, dia masih kelihatan tersenyum seolah tiada apa-apa yang berlaku. Setelah dua minit berlalu, barulah mereka risau kerana tidak melihat arwah. Pada pagi itu juga, ada beberapa pelajar sekolah menengah yang berjalan kaki berhampiran sungai untuk ke sekolah. Dengan kehendak dan kerahiman Allah SWT, pelajar-pelajar sekolah ini membantu rakan jemaah mengeluarkan arwah daripada dasar sungai. Dalam usaha menyelamatkan arwah dengan menekan pada dadanya, air berserta lumpur keluar daripada mulut arwah dan tidak dapat diselamatkan lagi. انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Jemaah telah pergi ke balai polis berdekatan dan melaporkan kejadian ini. Akhirnya, pegawai polis yang telah diberi tanggungjawab, menghantar jenazah ke Hospital Duchess of Kent di bandar Sandakan dengan menaiki jeep untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan daripada pihak hospital. Dua orang daripada jemaah ikut serta, seorang rakan seusaha tempatan yang nusrah jemaah ini dan seorang lagi rakan arwah, Fadhil. Hj. Darwis yang juga merupakan syura Sandakan dan seorang doktor di hospital tersebut, mendapat perkhabaran ini dan kemudiannya menyebarkan berita ini kepada rakan seusaha yang lain. Hari selasa malam rabu merupakan malam mesyuarat mingguan usaha dakwah & tabligh di Sandakan. Takaza ini dibentangkan dalam mesyuarat supaya pengurusan jenazah arwah dilakukan dengan kadar segera dan dihantar ke pangkuan keluarganya di Sabak Bernam, Selangor. Tugasan telah diagih-agihkankan kepada rakan seusaha yang bersedia menyambut tazaka ini, daripada hal pengurusan jenazah di bilik mayat hospital termasuklah mengkafan dan menyembahyang arwah sehinggalah pengurusan kargo di lapangan terbang Sandakan.


.: Rabu, 5hb Mei 2010 :.

Selepas solat subuh berjemaah, rakan seusaha yang telah diberi tanggungjawab, pergi ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent. Semasa arwah dikeluarkan daripada peti sejuk mayat, beberapa rakan seusaha mengangkat arwah. Seorang daripada mereka menceritakan, jenazah arwah sangat ringan dan lembut tidak kaku seperti orang yang masih hidup. Wajah dan tubuh arwah kelihatan berpeluh, seperti baru sahaja mandi. Tubuh arwah masih dalam kemerah-kemerahan. Arwah dimandi dan dikafankan, kemudian disembahyangkan oleh rakan seusaha yang ramainya dalam sekitar 30 orang di tempat khas. Jenazah juga disembahyangkan oleh beberapa rakan seusaha yg lain selepas itu. Hj. Lakariba (syura Sandakan) tidak menahan esak tangis semasa menyembahygkan jenazah. Sementara menunggu pegawai kementerian kesihatan pada pagi itu, Hj. Lakariba membuka semula kafan arwah dan melihat wajahnya, sekali lagi Hj. Lakariba menangis. Rakan seusaha yang lain mengatakan, wajah arwah tenang dan tampak keputihan seperti diletakkan cairan lilin pada permukaan wajahnya. سُبْحَانَ اللّهِ

Pada pukul 9 pagi, pegawai daripada Kementerian Kesihatan datang dan menguruskan jenazah. Pemeriksaan pada tubuh arwah dilakukan, keranda dipakukan pada empat penjuru, dibungkus dengan canvas dan diberi cop/seal sebagai tanda sudah diberi pengesahan. Lebih kurang sejam selepas itu, barulah jenazah dihantar ke lapangan terbang Sandakan. Fadhil rakan pelajar arwah yang turut keluar 40 hari bersama arwah, menaiki kapal terbang ke KLIA menghantar jenazah arwah. Diberitakan oleh rakan seusaha, pengurusan jenazah teratur dan lancar/dimudahkan oleh Allah. Semasa menghantar jenazah arwah, tiada lampu isyarat merah melambatkan perjalanan. Allahyarham kembali ke rahmatullah pada waktu pagi, keesokan paginya juga jenazah dapat dihantar ke Semenanjung.

Sedikit laporan daripada Faiez Yemeny di FB, group Umat akhir Zaman, beliau mengatakan bahawa allahyarham masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), arwah seorang yang amat peramah, sentiasa tersenyum, fikirman dan karkun lama dikalangan pelajar. Walaupun sudah dua hari berlalu, darah di hidung dan mulutnya masih lagi mengalir, muka tenang dan jernih.

Sebelum arwah berangkat bersama jemaah ke Pamol, arwah sempat memberi sepucuk surat kepada Cikgu Juswan (rakan seusaha Masjid Pangeran Hj.Galpam) untuk dihantar kepada keluarganya di Sabak Bernam. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala Syahid kepada arwah, diberi ganjaran SyurgaNya tanpa Hisab, diberi kesabaran kepada ayah bondanya dan mempertemukan kita dan beliau di Syurga Firdaus bersama dengan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Amin Ya Rabbal Alamin.

-----------------------------------------------------------

KISAH ALLAHYARHAM HUZAIFAH (II)

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.

Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakandia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar.

Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.

Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan denganberkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuranpengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semesterpanjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.


PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.
By: syahirul.com

Kancil terbalik di Putrajaya

Ni cilok dari page Facebook Dr. Ben Wagiman...sorry Doc, your pictures were so nice and i can't help my self to share it on my blog...






Dengar cerita orang kate Kancil ni nak potong bas sebab nak masuk ke parking lot di sebelah PoJ. Tapi tak lepas dan bas tu terlanggar sikit kete dia, terus terlajak langgar divider dan terus tergolek. Wallahualam. Aku pun tak sure sebab aku sampai je dah nampak kancil tergolek dan Dr. Ben tengah seronok nangkap gambo...

Apepun semoga pemandu dan penumpang kancil dan bas tu selamat semuanya. Nak buat macamana, dah tertulis di loh mahfuz perkara ni. Semoga Allah memelihara kita semua dan berhati-hati di jalan raya.

Monday, November 14, 2011

Lu lansi lu mati

180 bakal gengster Melayu dicekup


Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

Sebuah dewan resort di Teluk Batik, Lumut telah ditempah khas oleh ahli Genki Seven Malaysia untuk melakukan ikrar sumpah taat setia.


Sebuah dewan resort di Teluk Batik, Lumut telah ditempah khas oleh ahli Genki Seven Malaysia untuk melakukan ikrar sumpah taat setia
 LUMUT – Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.

Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.

“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.

“Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya.

Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak.

Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.

Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.

“Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.



Hmmm...ada jugak la penjawat awam yang terlibat dengan aktiviti macam ni....ni kalo puak2 yang benci Agensi Kerajaan ni, berita macam ni memang diorang suka sangat...sebab dia sorang, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga... Jadi Rakan Surau lagi baik..ade gak pekdahnye di dunia dan akhirat...

Saturday, November 12, 2011

The Amazing 4 Years

12.11.11..ibarat ulat beluncas dalam kepompong dan kini menjadi rama-rama yang cantik sayapnya berterbangan bebas. Dah 4 tahun babe dalam servis, banyak yang telah aku belajar dan yang paling bagus menjadi matang seiring dengan usia..

PTD, Batch 3/2007 (12.11.07)...walopon ramai yang benci perkhidmatan kita, sejenak tersedar bahawa kita melaksanakan kerja kerana Allah dan mencorakkan negara..membolehkan bidang lain melaksanakan fungsinya...that is enough to heal the hurt....

Semoga terus maju PTD untuk negara..stay down to earth...but performing as high as the eye can see...

Friday, November 11, 2011

Wartawan yang korup

Wartawan dedah amalan rasuah media Indonesia


11/11/2011 4:27pm
Utusan Malaysia


JAKARTA 11 Nov. - Seorang wartawan mengaku meminta rasuah sehingga ratusan juta Rupiah untuk memainkan sesuatu isu dalam media, mengeluarkan laporan berita yang berat sebelah atau tidak tepat untuk faedah mereka yang membayarnya.

Danu Pratama (bukan nama sebenar) yang hampir tujuh tahun bekerja sebagai wartawan, memberitahu akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Globe pada Jumaat, bahawa beliau biasanya bekerjasama dengan sekumpulan lima wartawan lain bagi menjadikan laporan berita yang dikeluarkan itu meyakinkan pembaca.

"Kami boleh memainkan sebarang isu dalam media, terutama politik, perundangan dan ekonomi kerana ahli politik, pegawai penguat kuasa undang-undang dan ahli perniagaan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk menyerang pesaing mereka melalui media dan menjadikan mereka kelihatan tidak baik,” katanya seperti dipetik oleh akhbar harian itu.

Danu berkata, permintaannya untuk wang sogokan ialah dari Rp 7.5 juta (US$830) sehingga ke beratus juta rupiah, bergantung kepada kepentingan sesuatu isu itu, siapa sumber beritanya dan sama ada mereka mahu isu itu dimanupulasi di media cetak, penyiaran atau atas talian - atau kesemuanya.

"Saya tidak pernah memainkan sesuatu isu secara bersendirian, kerana ia menjadi ketara.

"Saya biasanya bekerja dengan sekumpulan lima wartawan lain, di mana saya bertindak sebagai penyelaras dan membuat perjanjian dengan sumber. Saya boleh katakan bahawa walaupun media yang dikatakan bersih mempunyai wartawan yang mengambil bahagian dalam amalan ”mafia” ini,” katanya.

Tokoh-tokoh kanan media berkata, ”budaya terikat dengan janji” adalah perkara biasa di Indonesia, yang didorong oleh pendirian liberal terhadap sogokan dan kebanyakan mereka daripada kumpulan media yang memperoleh gaji yang rendah.

"Institusi kerajaan dan syarikat biasanya menyediakan sebahagian daripada bajet mereka untuk tabung pembangunan media yang menyediakan wartawan dengan apa yang dikatakan duit pengangkutan,” kata Nezar Patria, pengerusi Alliance of Independent Journalists (AJI).

"Mereka mengekalkan satu senarai wartawan untuk membuat liputan mengenai mereka... biasanya mereka memberikan dari Rp 250,000 hingga Rp 1 juta seorang.

Malangnya, duit ini biasanya diterima oleh wartawan yang bekerja untuk media yang kurang boleh dipercayai dan tidak memberi gaji yang baik,” katanya.

Nezar berkata, AJI dan Press Council sejak 15 tahun lepas telah berkempen menentang amalan wartawan mengambil rasuah.

"Seorang wartawan mesti hanya menyampaikan perkara yang betul kerana masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui perkara yang sebenarnya,” katanya. - Bernama



Bagaikan mimpi...11.11.11

Oh..harini patut bersyukur pada Allah sebab lepas 5 bulan menanti akhirnya loan rumah lulus dan rumah yang hampir terlepas ke tangan pembeli lain pun da dapat semula. Bagaikan mimpi.... takut gak aku, takut tak mampu bayar..tapi kata husband, kita muda lagi, muda2 sakit dahulu, esok dah tua dah habis hutang...lagi buat loan lagi 20k dengan ayah nak settlekan fee loyer and another 3% harga rumah.. Loan lulus 95% je, dah bayar 2%..tinggal 3 %..


Umur 7 tahun: Basikal chopper
Umur 16 tahun: basikal Le run
Umur 19 tahun: Skuter suzuki ego
Umur 23 tahun: Myvi SE
Umur 27 tahun: Rumah teres (tapi tak sign S&P pun lagi....belum jadik lagi)

Alangkah baiknya kalo pertambahan umur seiring dengan pertambahan amal soleh....(Seriously, aku patut berubah sekarang sebelum ajal menjemput).

Semua harta tu pinjaman. Mak, ayah, husband, anak..bukan aku punya, tapi Allah punya..begitu jugak harta benda..yang ada di tangan InsyaAllah aku jaga dengan baik...tapi kalo Allah nak ambil, mohon sangat2 Ya Allah, ambillah dalam keadaan aku bersedia dan redha..Amin...

Artikel yang best untuk si penangguk di air keruh


20 flood mitigation projects but none fully completed



By P. ARUNA


aruna@thestar.com.my


PETALING JAYA: There are 20 flood mitigation projects ongoing nationwide but none have been fully completed.

They are in various stages due to issues with funding, said Drainage and Irrigation Department's (DID) division of river basin and coastal management director Datuk Lim Chow Hock.

Lim said the projects would still be able to mitigate floods to some extent, depending on their level of completion.

He added that low-lying areas in various parts of the country were at high risk of massive flooding as early as the end of this month as rainfall was expected to be heavier this time around.


The Meteorological Department had recently said the country is expected to receive 20% to 40% more rain this year compared with last year.


The flood-prone areas in the country include Rantau Panjang, Kota Baru, Dungun, Pekan, Segamat, Kota Tinggi, Alor Setar, Perlis and Penang.

Pekan, Alor Setar, Kuching, Sibu and Segamat are among the areas where the flood mitigation projects are being carried out.

Lim estimated that damage could reach RM1.5bil this year if massive floods hit the country.

“This is excluding losses incurred due to the disrup-tion of business and other economic losses,” he said.


Another source from the department said there had not been any major flood mitigation projects implemented in Kota Tinggi, despite the area being ravaged by floods in 2007 and last year.

“Slight improvements have been made to the drainage systems and the rivers to ease the flow, but there have been no new projects,” he said.

He added that a study conducted by experts had estimated that a mitigation project to prevent flooding in Kota Tinggi would cost the Government RM2.2bil and take up to 15 years to complete.

He said the allocation from the Government had only been enough to recover from the damages caused by last year's floods.

Lim advised Malaysians living in flood-prone areas to pay close attention to warnings issued by authorities, especially the Meteorological Department and the DID.

Alerts on floods can be accessed at publicinfobanjir.water.gov.my .



Baru balik dari meeting di JPS, pasal semalam aku meeting kat Parlimen tak sempat nak baca berita. Ni berita utama The Star semalam. Ikut En. Rozman, Dato' Lim cakap lain, press report lain.. Napelah macam tu pulok? Lepas tu petik pulak maklumat "Another source from the department..". Nape tak tulis je nama source tu kalo betul ada etika nak tulis report..mana boleh main petik sana-sini...maklumat yang betul pun jadi tak betul..apatah lagi yang tak betul..bertambahlah meragukan...

Artikel macam ni boleh buat rakyat silap faham. Memang la none is fully completed, projek tu kan ada yang sambungan RMKe-9, ada yang baru RMKe-10, masih berjalan mengikut jadualnyalah. memang ada projek yang lewat, itu memang di pantau.

Bagi yang tak reti bahasa contohnya puak-puak ni , jenis yang suka main taram je dengan Agensi Kerajaan, memang suka sangat artikel macam ni sebab boleh menangguk di air yang keruh... Mereka ni yang jenis cakap pandai, suka ikut sumber maklumat yang syiok sendiri dan suka buat andaian sesuka hati dan yang paling best sekali emo tahap gaban. Bila dah emo, sebijik macam pet yang orang Islam diharamkan bela tu  kena penyakit rabies..cerca sana cerca sini...woww....cerca orang+Agensi Kerajaan macam makan kacang goreng maa....hanya kulit badak saja boleh tahan cercaan tu...huhu....serammm aku tulis kat sini....

To all Agensi Kerajaan terutamanya di Negeri-negeri..anda adalah front liner bagi kerajaan untuk berhubung dengan rakyat.....sabarlah banyak2 menghadapi rakyat..mereka adalah sebahagian watak2 dalam pentas hidup kita..yang penting ikhlas buat kerja dan buat kerja betul2. Rezeki tu Allah yang bagi..walaupun gaji kita kununnya dibayar oleh rakyat, tak semestinya apa yang mereka bangkitkan tu betul dan tak semestinya pulak salah..yang penting niat kerja kerana Allah..apa2 yang kita terkurang dan terlalai time kerja, pada masa depan janganlah berkira sangat..niat sedekah kerja lebih masa, claim perjalanan dan sebagainya sebagai salah satu cara kita bayar balik kepada Kerajaan dan rakyat...

Majulah Perkhidmatan Awam Untuk Negara
Walaupun orang tak kenang jasa dan sumbangan kita
Tapi kita ada Allah yang menilai dan menghitung amalan kita
Sebaik-baik anugerah adalah anugerah dari Allah jua....

Wednesday, November 9, 2011

Ayah

Permohonan maaf daripada seorang ayah
Tak sanggup aku terima permohonan tu
Siapalah aku ni
Kalau tak kerana ayah
Tak ada aku di dunia ni
Ayah jangan mohon maaf
Sebab ayah sentiasa blessed and forgiven
Tak sedetik pun dalam hati untuk membenci
Walaupun dalam hati kecil rasa terkilan dan kesal atas kekhilafan Ayah
Ayah tak perlu mohon maaf
Cuma satu pintaku
Ayah cintailah emak
Cintailah dia dengan setulus hatimu
Kerana itu saja caranya
Menebus dosa semalam.....

"Ya Allah..ayah dan emak melalui ujian terhebat dan ranjau sepanjang jalan. Maka Ya Allah, atas kesabaran dan keredhaan mereka selama bertahun-tahun, kurniakanlah mereka kehidupan di dunia yang damai dan syurga yang indah akhirat nanti. Syurga yang nurnya terpancar seribu tahun cahaya. Syurga yang wangiannya tercium seribu tahun perjalanan masa....Amin...."

Thursday, November 3, 2011

How I Met Your Mother

Aku minat betoi siri TV HIMYM ni..selalu layan ngan en. somi DVD HIMYM dari Season 1-6 yang tak berapa nak ori...nak cari lagi season 7..sapa ada? nak pinjam boleh?

Ni capture dari Blog Si Barney..



Bulan yang sedih

Bukan bulan yang sedih..tapi aku yang sedih bulan ni...

Sedih sebab besday tak dak hadiah....bukan nak hadiah mahal..sekadar ciuman ikhlas dah le..hehehe

Sedih sebab nak raya haji duit tak dak nak buat korban...

Sedih sebab loan rumah tak dak dengaq berita lagi...punah impian nak beli rumah...

Sedih sebab hari-hari kena terjah ngan bos...i know bosss u did not hate me..but please respect my privacy...aku bukan artis glam...

Sedih sebab masalah keluarga....Ya Allah..takpelah aku tak dapat loan rumah (maybe next time)..yang penting rahmah ada dalam keluarga kami...biar mak dan ayah bahagia hingga akhir hayat..jangan uji yang berat-berat lagi dah ya Allah.....

Sedih sebab...byk sebab yang terbuku di hati tak dapat diluahkan....