Bukan merungut keje bertambah. Bagus juga sebab langkah ni menyebabkan experience aku bertambah terutamanya dalam menghandle projek pembangunan. Secara peribadinya (tolong jangan buat spekulasi ini pandangan kerajaan plak..Tak ke bangang namanya tu).... Secara peribadinya aku melihat arahan terbaru MTN agar sebarang perubahan lokasi tapak projek di bawa ke JPPN sekiranya dilaksanakan secara pukul rata untuk semua projek merupakan satu langkah ke belakang. Arahan ni bagus terutamanya melibatkan sesebuah projek high impact dimana kumpulan sasarnya ramai. Sebagai contoh pembinaan sekolah di kawasan A, tetiba ditukarkan di kawasan B. Ataupun laluan highway sepatutnya di X dan sepanjang 10km, tetapi diubah kepada lokasi Y dengan pertambahan sebanyak 20km lagi dan meningkatkan kos projek tersebut. Projek-projek sebegini wajarlah sekiranya di bawa ke pengetahuan JPPN kerana ia melibatkan kumpulan sasar yang ramai dan touch point untuk rakyat.
Tetapi projek yang kumpulan sasarannya sebagai contoh melibatkan konservasi/rehabilitasi hidupan liar, harimau belang, beruang dan sebagainya, tidak wajarlah di bawa terus ke JPPN, sekurang-kurangnya wujud satu komuniti kecil lain yang membincangkan pro and kontra perubahan tempat. Ini bagi menjimatkan masa pelaksanaan untuk projek ini dapat segera kick-off berbanding terpaksa menunggu jawatankuasa JPPN bersidang terlebih dahulu. Secara peribadinya aku melihat arahan ini juga antara satu langkah mengurangkan kuasa Pegawai Pengawal (penurunan kuasa) dan menafikan prinsip lets the manager manage. Komuniti lain yang dimaksudkan biarlah hanya melibatkan Pegawai Pengawal/Wakil serta Pengarah Bahagian di Central Agency yang memantau Kementerian di bawahnya.
Walaubagaimanapun, aku bersedia menghadapi cabaran penyediaan kertas kerja projek yang akan dibentangkan di JPPN dan menambah setakuk lagi pengalaman di dalam perkhidmatan awam. Harap dengan pengalaman yang aku kutip sepanjang perkhidmatan ini dapat mengilhamkan aku kaedah-kaedah yang dapat mempercepatkan proses pelaksanaan projek sekiranya ada peluang.
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.