Tuesday, November 22, 2011

Salim Parlan akhirnya mengaku berkhalwat


Sumber: Harian Metro


GEORGETOWN: Selepas beberapa kali dihadapkan ke mahkamah, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, dan bekas pembantu peribadinya akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi, di sini, April lalu.

Pengakuan itu dibuat Salim dan Nur Diayana Norslan, 30, di hadapan Hakim Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya sejurus pertuduhan dibaca semula ke atas mereka di Mahkamah Syariah Batu Gantung, di sini, semalam.

Salim yang memakai baju putih dan berseluar hitam dilihat hanya menunduk dan sedikit gelisah, manakala Nur Diayana pula menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan di kandang tertuduh.

Salim didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996, manakala Nur Diyana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.

Sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, pada 21 Jun lalu, Salim mengemukakan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Nik Bukhari Hashimy yang membenarkan perbicaraan kes khalwatnya diteruskan.

Pada 15 September lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan perbicaraan kes khalwat itu diteruskan.

Sejurus prosiding selesai, Salim dilihat terlebih dulu keluar dan Nur Diayana pula dilihat keluar kira-kira lima minit selepas itu sebelum dilihat menaiki Perodua Alza putih yang menunggunya di luar mahkamah.


Datuk Salim Parlan (DSP) kalo tak silap aku time aku PTD Unggul di INTURA dulu tu la pertama kali aku pernah nampak beliau. Time tu belum dapat title Datukship lagi. Beliau adalah Ketua Program Unit Diploma Pengurusan Awam di INTAN. Kemudian time aku DPA (2008), beliau dah jadi KP JPJ. Kendian jadi Timbalan KSU di KBS. Antara highflyer di dalam government dan ramai jugak member2 yang aktif dalam PPTD yang adore dengan DSP. Tentang isu khalwat ni, tak mo komen la, tak tau apa nak jadi ngan servis aku 20 tahun lagi. Kang mengata orang aku sendiri pulak tersalah langkah. Harap2 aku tak tersilap langkah di mana-mana sepanjang hayat. Amin....

No comments:

Post a Comment

Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.

Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.