Tuesday, July 19, 2011

Little new comer

Oh..got late period..ingat mengandung lagi...hehehe..kalo mengandung best jugak. Because my little gurl now asyik sebut baby-baby-baby..all kids die sebut baby....hehehe..and then dah pandai kiss orang ok! Ciri-ciri seorang kakak yang penyayang terserlah. Dia bukan jenis berebut barang. That gurl jugak tak tahu meminta-meminta..harap-harap tak le si nona manis ni nangis guling-guling kat pasaraya pasal nak mainan. setakat ni perangai dia belum gitu lagi. Paling-paling pun dia akan pandang sayu je kat sesuatu yang dia minat..Oiii, hati ibu mana la tak tersentuh...tapi concern of education...mendidik anak bahawa not everything she can get on her finger snap...

Dari awal lagi aku tak menaruh impian tinggi untuk anak-anak aku berjaya dalam pelajaran, jadi orang pandai, target UPSR 5A, PMR8A, SPM12A and so on...sebab aku tak mahu perkara itu memberi tekanan kepada jiwa anak-anak. Aku terima seadanya apa yang mereka mampu. Apa yang aku buat hanya menunjukkan jalan yang betul, menyediakan keperluan dan memberikan sokongan sekuatnya, kerana aku tahu, anak-anak aku lebih berhak menyimpan cita-cita dan menaruh impian setinggi langit. Biarlah mereka mencorak impian mereka sendiri kerana dari situlah mereka belajar mengenal pelangi hidup. Kalau tak maju dalam pelajaran, banyak lagi bidang yang boleh diterokai. Aku amat positif dengan perkara ni. Aku amat positif bahawa semua anak-anak punya potensi masing-masing dan penentu titik tolak kejayaan mereka adalah sokongan daripada keluarga especially parent..

Parent, sometime be quiet...do listen to your children...

My little girl..Inas Bussaina.


No comments:

Post a Comment

Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.

Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.