Kepada semua peminat-peminat perhimpunan jalanan
Tak kiralah kamu dari parti biru, merah, hijau, turquoise hatta tidak berparti sekalipun
Atau kamu hanya NGO dan badan-badan bebas
Perhimpunan di jalan-jalan sememang tidak molek di tanah air ini
Orangnya di tanah air ini terkenal amat berbudi bahasa bertata-susila
Apabila kamu menjerit-jerit dan memekik-mekik di jalan-jalanan
Maka amatlah tidak sesuai pemakaiannya di tanah air ini
Ibarat kera dihutan jua adanya perangai seperti itu
Akhlak kamu nan anggun hilang seperti debu diratah dan ditiup sang bayu
Tidak salah kamu mendokong sang biru, merah, hijau, turquoise atau hitam sekalipun
Kerana tanah air ini tanah air yang terbentang demokrasinya.
Peminat-peminat perhimpunan jalanan sekalian
Bersilat di gelanggang kampung
Cuma berani di jalan-jalan dan lorong-lorong
Oh..masih buta mata dan hati kamu rupanya
Kerana sejarah telah menunjukkan menang Si Kaduk kampung tergadai
Bahkan mungkin kamu sendiri keliru dengan apa yang kamu perjuangkan
Kamu hanya larut dalam emosi yang panjang dan membisik-bisik permusuhan
Kamu hanya memikirkan bahawa apa yang kamu tidak dapat
lalu kamu terlupa apa yang berada di tanah air ini yang tidak bisa kamu lihat di mana-mana.
Kamu bodoh bahkan sombong dan ego
Kamu tidak sedar betapa berjuta-juta rakyat di luar sana mencemburui kamu
Kemakmuran kamu, kekayaan kamu, keamanan kamu
Wilayah kamu tidak bergolak seperti wilayah di sana
Wilayah kamu tidak terancam seperti wilayah di sana
Lantas tidakkah kamu mahu mensyukuri atas nikmat yang tidak sedikit
Kurniaan siapa?
Kurniaan siapa?
Kurniaan siapa?
Adakah kurniaan partinya biru, merah, hijau, turquoise atau hitam????
Tidak...bahkan kamu paling tahu jawapannya...
Allah S.W.T....yang mengurniakan.
Lantas, pada siapa kamu marahkan???
Pada siapa kamu rungutkan???
Pada siapa kamu halakan ketidakpuasan hatimu???
Adakah kamu lupa bahawa apa yang berlaku adalah takdir Allah???
Takdir Allah yang memenangkan si biru, merah, hijau, turquoise atau hitam dalam setiap pilihanraya
Adakah kamu yang mengkehendakinya???
Tidak...bahkan kamu paling tahu jawapannya...
Allah S.W.T..yang mengkehendakinya.
Peminat-peminat perhimpunan jalanan sekalian
Jika wadah perjuangan kalian adalah jalan yang benar
InsyaAllah pasti Allah S.W.T tidak akan sia-siakan
Namun paling kutakuti...jika kamu tidak benar...
Dan kamu mensia-siakan bukan saja hidup kamu malah zuriat keturunanmu hingga sampai akhirnya
Kamu sendiri disumpah oleh seluruh keturunanmu atas kesilapan kamu
Jangan begitu...
Berwasatiahlah atas segala-galanya yang bergelar hidup dan perjuangan
Semoga akhirnya kamu akan beroleh kejayaan.
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.