Saturday, September 28, 2013

Blessed of Four

Agak lewat sebenarnya, 
but then nak wara-wara jugaklah memandangkan ada pertambahan umat Nabi Muhammad S.A.W.

Muhammad Ilman Banin
3.65kg
010913
0947am
Dengan izin Allah, berempatlah sudah kami sekarang.
Doakan kami semua menjadi muslim yang sejati.
In sha Allah...

Friday, August 23, 2013

Pakatan Suami Isteri (PSI)

Hidup
Aku dan suami bukan orang berada, malah ada-ada pun tidak, apatah lagi mengada-ngada. Jika orang melihat kami, nampak seperti hidup mudah, lancar, tiada masalah...namun hanya kami yang tahu betapa kami struggle menjalani hidup kami.

Aku
Aku dilahir dan dididik sebagai insan yang berempati tinggi, namun kurang penyabar. Cepat emosi namun tidak mudah mengalah. Berstrategi dan suka mengikut rancangan.

Dia
Suamiku pula kontra segala-galanya daripadaku. Dia kurang sensitif namun amat penyabar. Nampak macam degil dan keras hati namun sebenarnya mudah dipujuk (diracun...hehehe). Lebih kepada tunggu dan lihat dan tidak mengikut planning.

Kerja
Gaji kami berdua jika dicampurkan banyak juga. Dengan gaji begini, hidup di Lembah Klang walaupun tidak kaya namun antara golongan yang mampu lagi. Masalah kewangan? . Biasalah, besar periuk, besarlah keraknya. Bak kata orang jawa, hidup from paycheck to paycheck, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tapi kami pulak kais bulan makan bulan. Walaubagaimanapun, syukur kami masih punya pekerjaan. 

Jika tiada duit, kami hanya melangut di rumah. Bawa anak jalan2 pun di taman-taman permainan, atau tempat reakreasi awam. Percuma. Menyeronokkan. Habis pun tak sampai RM10 bila anak nak main bubble atau kereta control mainan. Malah aku lebih suka anak aku ditempat begini daripada berlenggang-lenggang di pasaraya. Hidup kami seadanya. Tidak kata bermewah-mewah. Sesekali jika ingin makan makanan mahal, kami akan menikmatinya pada awal bulan. Di akhirnya, cukup-cukup makan. Biasanya tak pernah tak cukup...kadang-kadang walau hanya tinggal RM10 dalam dompet, Alhamdulillah masih lagi belum pernah kelaparan kami laki bini anak beranak.

Harta
Harta dan aset adalah suatu benda besar. Lantaran itu, kami selalunya akan sepakat dan berbincang panjang sebelum membeli sesuatu. Contohnya membeli perabot, barang elektrik atau yang lebih mahal lagi seperti kereta dan rumah. Bagai tak sah dan tak menyeronokkan bila kami tidak bergaduh dalam menentukan nilaian terbaik dan barangan terbaik untuk membeli sesuatu.

Keputusan
Aku jenis suka baca review orang, recommendation, survey dalam internet sebelum buat keputusan membeli. Malah keputusan aku banyak dipengaruhi oleh fakta (atau auta) daripada pakcik Google. Tapi suamiku mudah buat keputusan. Ada keputusannya menguntungkan dan kami enjoy dengan keberhasilan keputusannya. Tapi jika keputusannya salah atau kurang memuaskan, kadang-kadang aku diam, tapi selalunya aku akan marah dan sinikal. Marah bila aku tak diajak untuk turut menyumbang pendapat sebelum membuat keputusan. Apa boleh buat, nasi dah jadi bubur. Sekali terbeli dan tak boleh dipulangkan.


Kadang-kadang aku rasa aku pula yang dominan mencorakkan keputusan suamiku. Bukan kata aku seronok begitu...kadang-kadang rasa nak lepas tangan dan biarkan dia terkontang-kanting memikirkan hala tuju hidup kami. Tidaklah maksud aku terkontang-kanting seperti anak kucing kehilangan ibu, aku yakin walau apapun keputusannya kami masih boleh hidup dengan izin Allah. Cumanya aku nampak Sang Suami masih selalu ingin membiarkan aku membuat keputusan. Mungkin dia tidak mahu dirinya dipersalahkan bila mengambil keputusan yang salah. Ini adalah satu contoh leadership yang kurang berkesan dalam rumah tangga. Jika salah membuat keputusan, maka dengan beraninya harus mengambil tanggungjawab mendepani masalah yang timbul akibat keputusan itu. Membuat keputusan yang salah lebih baik daripada tidak membuat keputusan terus. Sekurang-kurangnya kita belajar daripada kesalahan. manakala orang yang tidak membuat kesalahan adalah orang yang tak belajar apa-apa...Betul tak?

Sepakat
Nak diceritakan bila rumah yang kami beli hasil "kesepakatan" telahpun mendapat kunci baru-baru ini. nak penuhkan rumah merupakan satu cabaran bagi kami suami isteri. Banyak yang perlu difikirkan sebelum berhabis-habisan. Pertama, anak kedua bakal dilahirkan tidak lama lagi. harus simpan duit. Mana nak bayar bil hospital (ikut naluri aku ingin bersalin di hospital kerajaan saja. Sang suami pula kata tak pelah, biar hospital swasta saja). Lagi perlu difikirkan kos-kos semasa berpantang, mengurut, ubat bersalin, barangan bayi, akikah dan lain-lain. Keduanya suami baru bertukar kenderaan. Sang Wira asyik rosak memanjang. Selayaknya kereta dah berumur 12 tahun. Macam-macamlah ragamnya. akhirnya Si Exora menjadi pilihan memandangkan pertambahan anak, maka hasil persepakatan kami, mpv mampu milik merupakan kenderaan paling sesuai. Jadi kerana perkara-perkara yang lebih penting dan tunai juga tidak banyak di tangan, maka kos nak masuk rumah juga harus disepakati.

Citarasa
Citarasa aku pada perhiasan merupakan citarasa berkelas tinggi. Layak datin-datin dengan jambul tinggi dan barang kemas sekerat lengan. Hehehe. Manakala suamiku punya citarasa mewah juga. terutamnya brand pakaian dan jenama barangan elektrik. Barangkali kerana latar belakang pekerjaannya yang terlibat membina rumah-rumah berharga mahal menyebabkan dia suka perkara begitu. Namun soal lain, kami biasa-biasa saja. Tidaklah kami teruja untuk bercuti ke luar negara, atau menikmati hotel-hotel mewah, makanan mewah dan tidak pula kami rajin menghabiskan masa untuk bershopping samada secara langsung atau online.

Bila "bersepakat" beli barang untuk masuk rumah, dengan status cash yang tidak seberapa, aku telah downgradedkan citarasa aku dan mula berpijak di bumi nyata.

Pemilihan perabot:
Aku suka jenis yang tahan lasak dan praktikal. Contohnya, katil mestilah yang tahan lasak. Sofa pula jenis boleh dicuci sarungnya, atau kulit yang lebih mudah dibersihkan dan tempat duduknya lebar. Meja makan atleast 8 seater, maklumla, keluarga aku besar..kalo datang rumah tak yah makan bersila dah.

Suami pula suka jenis "murah"...hehehe...kebanyakan pemilihan perabot dia menyerahkan keputusan pada aku. Design and warna lagi hancur kalo keputusan diserahkan kepada beliau. Beli perabot asal murah adalah ketika waktu promosi. Dan biasanya stock limited dan warna juga terhad.

Hasil kesepakatan kami
a) sofa didowgradedkan daripada yang berharga RM4k kepada RM2.3k.
b) meja makan daripada fully marble modern style RM4k kepada solid wood marble 8 seater RM2.6k.
c) Katil master bedroom saiz king (badan kami besar) downgraded daripada beli set bilik tido (RM5k kepada beli katil dan tilam sahaja=RM1.6k. Wardrobe tinggi sampai bumbung dan lebih 15kaki dijangka RM2.6k. So semua dalam RM4k gak la, cuma dapat customize item.
d) Kabinet tv RM1.5k dowgraded kepada RM599 saja.
e) Set bilik tido tetamu daripada RM1.5k kepada RM770 sahaja. (Tilam pakai sedia ada).
f) Perabot bilik tido inas aku belum beli lagi.
Perabot semua fully duit aku.

Pemilihan grill
a) Daripada wrought iron tukar kepada mild steel. Wrought iron is too way expensive beyond the budget. So from RM3k kepada RM2.6k. Masih jimat lagi.
b) kontraktor suami yang pilih. design dan warna aku yang tentukan. Harap2 lawa la, sebab aku main hentam keromo je, kalo bleh tak mo sama ngan orang lain...
Grill duit husband aku.

Awning
Ni awning kecil je. Dekat yard belakang rumah. habuan lindung mesin basuh n sidai kain. Suami aku nak jenis atap genting je. Aku kata bising dan rumah gelap. Nak jugak policarbonate atau tak pun metadec terus. Oleh sebab quotation harga policarb tempat lain dekat Rm2k, husband aku amek ngan cina ni RM1.3k. yang patut husband aku bayar,  tapi hasil ehsan aku, aku la bayarkan...hehehe...isteri mithali aku ni.

Barang elektrik, lampu dan kos wiring
Ini semua hak-hak sang suami yang perlu dilunaskan...Menelan belanja hampir RM4000 untuk 5 biji ekon, peti sejuk 602liter RM2100...upah pasang lampu RM200 dan tak masuk nak pasang soket aircond dan wiring tambahan lain especially di dapur dan dalam bilik. Hehehe...aku tolong bayar aircond je RM1000k. Sponsorship dan ehsan daripada sang bini. Kira ok la tu...

Cat dan bersih rumah
Kos ini 100% ditanggung oleh sang suami. Harga upah cat RM700 dan cat RM300. Bersih rumah RM100. Bayar labor cost kat indon je..kalu amek orang lain range dalam RM1.5k.

Kabinet Dapur dan Wardrobe
Belum setup temujanji...tapi biasala, minimun je aku amek...Anggaran RM8000k untuk wet n dry kitchen +wardrobe master bedroom...RM6000 disponsor oleh mak...Alhamdulillah....

Kos pindah memindah (sewa lori, loding unloading, pasang astro, pasang unify)
Belum ditetapkan...apa kata diserahkan kepada sang suami je...hahaha...


Perghhh...kalo duit aku byk cenggini kan best...

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan









Niat mesti lurus
Hati mesti tulus
Hidup seadanya
Mati kena bersedia
Jika berjaya Alhamdulillah
Jika gagal Innalillah
Ada banyak diberi
Ada sedikit dikongsi
Jangan berkira
Lipat ganda usaha
Ikut kata akal
Teruskan tawakal...
 Meladeni Ramadhan dengan niat yang lurus
bukan untuk kurus
tapi tambah pahala tadarus
bukan sukat untung

tapi berkat yang diharung
bukan hanya diam
sepertiga malam terus berqiam
bukan hanya bermoreh
lengkap dengan tarawikh...



Selamat menjalani Ramadhan.

Thursday, July 4, 2013

Resepi: Serawa Durian/Pengat Durian

3 minggu lepas ofis aku ada buat potluck dan bacaan Yasiin (Dah 3 minggu baru nak update ye). So aku cadang nak buat serawa durian + roti gardenia. sekali boss Unit PFI offer nak kukus pulut and mintak aku buat kuah serawa lebih.

Aku plak tak tau nak bajet. so aku rasa bajet masak untuk 50 orang cukup kot. memang cukup malah terlebih sebab ada 2-3 orang yang bungkus bawak balik kuah serawa aku tu. Malam tu aku google resepi dari internet dan paginya aku masak. Jangan tanya aku kupas durian, pasal aku beli yang memang siap kupas. Husband aku yang beli. Ada 11 bijik durian diletakkan dalam 2 bijik tupperware besar. So aku agak aku pakai antara 8-9 bijik untuk satu opis.


Bahan-bahan untuk 50 orang makan:

Durian 8-9 biji (bukan ulas tau)
Gula kabung 2 biji
Gula pasir putih
Daun Pandan
Santan 1kg
Air
Garam

Kaedah:

1) Panaskan gula kabung dengan air.
2) Simpulkan daun pandan dan masak bersama gula kabung. Agak gula dah cair boleh masukkan santan.
3) Santan dimasukkan dan dikacau. Jangan sampai keluar minyak. Gunakan api kecil.
4) Masukkan durian sedikit demi sedikit. Jika anda suka durian tu lembut boleh masukkan lebih awal.
5) Masukkan gula pasir jika perlu tambah kemanisan kuah
6) Sedikit garam secukup rasa.
7) Masak sampai mendidih dan boleh dimakan bersama pulut, roti jala atau roti.




Rumah oh Rumah (Dapat Kunci)

Alhamdulillah, kunci rumah selamat diserahkan pada aku dan suami sebagai pemilik bersama pada Sabtu lepas 29 Jun 2013. Tahniah dan terima kasih kepada pemaju walaupun lewat 2 bulan daripada perancangan asal, memandangkan kami sekeluarga tidaklah begitu terdesak untuk masuk rumah baru tu, maka tak terasalah sangat. bagi kes-kes khas yang mana sudah berjanji dengan tuan rumah sewa untuk keluar pada bulan April yang lalu, sudah tentulah sangat mendesak untuk segera mendiami rumah yang dibeli.

Sewaktu sampai di kediaman, Mr. Tan (wakil pemaju) sudah menunggu. Sebelum itu, ada dua rumah yang telah diserah kunci. keseluruhan unit yang telah menerima kunci adalah 10 daripada 26 unit rumah sehingga hari ini. Oleh sebab Sang Suami memang dalam bidang construction, maka aku meletakkan sepenuh kepercayaan padanya untuk menguruskan hal-hal masuk rumah baru ni...Banyak juga perkara yang aku belajar daripada sang suami berkenaan tatacara dan proses mendapatkan kunci rumah. Antara perkara yang perlu disemak dan diperhatikan ketika proses mendapat kunci adalah seperti berikut:
Penyerahan dan penerimaan:
Kunci akan diserahkan setelah pembeli menyelesaikan kesemua tanggungan. Contohnya penukaran nama pada bil Syabas, TNB, Kutipan Sampah, penalti kelewatan bank dan sebagainya. 
 
Pihak pemaju/wakil akan menunjukkan butiran di dalam rumah berada di dalam keadaan yang baik. Contoh, air, elektrik dan sekiranya lampu atau kipas disediakan, ia juga berfungsi dengan sempurna. Jika boleh, bawa bersama floor plan di dalam S&P supaya anda dapat memerhatikan jika ada sebarang perbezaan.
Kecacatan:
Semak defect atau kecacatan sebelum anda membuat sebarang renovation (termasuklah minor renovation seperti pemasangan grill, penukaran lampu, kipas, dan lain-lain). Semasa sesi pemeriksaan rumah, bawa bersama sticker dan ditulis dengan nombor dan catatkan di dalam kertas supaya mudah pihak pemaju/wakil membuat kerja-kerja membaiki kecacatan. Anda boleh melaporkan kecacatan yang berulang kali sehinggalah tempoh Defect Liability Period/DLP (Tempoh tanggungan Kecacatan) tamat. Semak jika ada sebarang kaveat terhadap DLP tersebut. Contohnya pemaju tidak lagi menanggung kecacatan rumah sekiranya anda melakukan ubahsuai.
 
Keselamatan:
Bawa bersama pad lock (sekurang-kurangnya 2 buah) untuk mengunci pagar depan dan belakang apabila anda meninggalkan rumah selepas serahan kunci. Selepas serahan kunci pemaju tidak lagi bertanggungjawab atas kehilangan atau kecurian yang berlaku.
Pemasangan Grill atau Alarm amat penting. Bukan bermakna rumah anda 100% selamat, tetapi pemasangan grill akan melengah-lengahkan usaha penceroboh dan mungkin seseorang akan mengetahui bahawa rumah anda sedang diceroboh. Pemasangan alarm pula memberikan amaran awal agar tindakan dapat diambil. Ambil kira soal risiko kebakaran apabila anda memasang grill.
Privacy:
Tinted, langsir atau blind merupakan perkara kedua selepas pemasangan grill. Sekadar bergurau, anda juga mungkin boleh mengalas tingkap dengan kertas surat khabar atau menyidai kain batik sahaja!. Apa juga pilihan anda, yang penting biarlah selesa dan tidak berlebihan.
Adab memasuki rumah:
Keterujaan mendiami rumah baru sememangnya tidak dapat dinafikan. Namun begitu, bagi memastikan kesejahteraan seluruh penghuni rumah, eloklah beberapa perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dilaksanakan oleh bakal penghuni seperti berikut:
1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Jika tiada orang lelaki maka orang perempuan juga boleh azan. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikuti panduan berikut:

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam (pusingan seperti tawaf di Ka'abah).
 

Monday, May 20, 2013

Happy Birthday yang ke-3 tahun Kak Long Inas

Sebenarnya dah hampir sebulan birthday Kak Long...
Kak Long adalah anak sulungku..sengaja aku membahasakan dirinya Kak Long, sebagai persediaan menerima adik...

Ibu doakan Kak Long sihat, comel, baik and jadi anak yang solehah..

Sambutan birthday secara sederhana, hanya untuk menggembirakan hati si kecil manis ni..

Check it out!

Tersenyum sebab sikit lagi nak tiup lilin.

Nyanyi lagu Hepi besday to you..

Tiup....puhh..puhhh...puhhh...

Makan kek dulu...

Hadiah from ibu (of course la paling besar sekali), abah kotak kecil, mak cu oli beg duit stroberi...

Buka hadiah abah dulu...

Nampak tak jam kat tangan si kenit tu...tu la hadiah abahnya...

Anyway....happy Birthday inas...
Oh ye...lupa, yang birthday 2 tahun punya aku tak update... ni lah hadiahnya...

Sebuah basikal...hehehe...tahun ni baru berjaya kayuh sendiri dengan jayanya...

Sunday, May 19, 2013

Rumah Part Berapa Tak Tau...

Perkembangan rumah. Kitorang bayar RM410 ringgit untuk tukar nama utiliti TNB dan SYABAS kepada owner rumah.. Alhamdulillah, keuntungan jual mempelam harumanis almost 130kg membolehkan aku n hubby membayar cas tukar nama tu...

Jom tengok perkembangan rumah manis rumah kami:

Pemandangan hadapan...awal lagi dah jumpa defect..pagar tak leh buka  penuh...

Porch: 7.8m x 6.01m

Lucky no. 10?

Sungai yang menjadi kerisauan aku...ni time tak hujan...kalo time ujan..membuak2 air keluar dari terowong tu...

Pengukuhan dan mencatikkan tebing sungai oleh pemaju...

Ni adalah banglo (bukan aku punya)..starting jual 2 tahun lepas RM1.3juta.

Antara kemudahan yang disediakan oleh pemaju...(senget jongkang jongket tu)
Pemandangan taman permainan

What next?

Pilihanraya Umum 13: checked
Kabinet baru: checked.

Sedih maa...KPT sudah bergabung semula ngan KPM..hasilnya KPPTM..."Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia"...

OK....10 bulan aku baru belajar nak menyintai n menyayangi KPT, sekali sudah gabung, aku pun tak tahu apa mekanisme kerja..tak kan nak ada 2 Bahagian Pembangunan di sesebuah kementerian...maybe jadi wing pengajian tinggi kot..ontah la...

Rasanya warga KPT agak sedih dan frust jugak kot...aku pun tak pasti..yang pastinya kami juga tidak mengetahui apa nasib kami...logo tukar, letter head tukar..segala-galanya tukar...ini kalilah...hehehe...

Friday, April 12, 2013

Kunci Rumah

Pemaju kata bulan June 2013 dijangka akan dapat kunci rumah baru. Lewat 2 bulan daripada tarikh perancangan siap. Sebenarnya sudah lama tak menjenguk progress rumah ni, hanya suami yang pegi lepas pulang dari keje and tangkap gambar sekeping dua. Ingat hujung minggu ni pegi lagi la.
Antara progress rumah:

Belakang rumah.

Porch kereta

Pemandangan porch

Belakang rumah

Belakang rumah

Porch

Tuesday, April 2, 2013

Wanita ini sungguh bertuah...

Jika anda merasa anda wanita paling bertuah, paling bahagia...
Tunggu dulu...
Nilai semula..
Jika dibandingkan dengan wanita ini..
Aku merasakan dia lebih bahagia daripada aku...
terlalu jauh bahagianya...
Terlalu jauh bertuahnya..
sedangkan aku masih lagi tidak pasti...

Al-fatihah untuk Allahyarham Gee @ Fauziah...
Wanita bertuah yang cinta suaminya telah diuji dengan sebuah pengorbanan...

http://abil4fauziah.blogspot.com/

Monday, April 1, 2013

Berapa kali lagi?

Ini adalah peringatan untuk Inas Bussaina
Rasanya dah beratus-ratus kali ibu cakap bila main sila BECAREFUL.
Becareful..becareful..becareful..
At last Inas main-mainkan cakap ibu kan...
Inas buat lagu becareful pakai muzik Oh My Darling Clementine kan..
Sekarang apa dah jadi?

Main pusing-pusing sampai langgar bucu meja...
 
  
Abah tak de balik Ganu..ibu jugak yang clean your cut..

Pagi ni abah sampai tengok luka Inas dah ada infection ok.
 So pagi ni ibu jugak yang bawak Inas pegi Klinik Lita Alis.
Bukan ibu nak mengungkit,
tapi ibu bimbang.
Semalam ibu tidur-tidur ayam je
sebab takut anak ibu ni ada concussion.
Sebab bila ibu dengar cara inas terhantuk kat meja makan tu, 
bukan sebarang hantukan punya..
kalo tak , mesti awak tak nangis kan...

So, ibu nak pesan lagi walopon kali ke 150 juta kat Inas
always becareful..
Ibu loves you so much...!
 

Tuesday, March 12, 2013

It's Ok...

Korang sedih tak bila dalam satu meeting ada kurang daripada 15 orang, pastu nama korang tak direcognize pun oleh boss korang yang menjadi chairman meeting tu. At least bila chairman asked around the table, tetiba korang di skip dan terus kepada tangguh meeting. Yelah..aku ni "junior" officer, tapi sekurang-kurangnya jika 14 orang yang lain boleh direcognize oleh chairman termasuk urusetia....aku langsung tidak dikenali atau diperkenalkan...Sedihnya kejadian ini bukan pertama kali berlaku, malah di dalam setiap mesyuarat yang dia pengerusikan. Terasa aku seolah-olah diperkecilkan. Aku tahu aku "baru" 8 bulan kat Kementerian ni...tapi jangan perkecilkan pengalaman aku dalam Pembangunan sebab aku dah lebih 5 tahun duduk di bidang yang sama. 

Aku masih hormat my boss...seriously...tiada langsung perasaan di hati untuk membenci. Sebab aku rasa mungkin kerana dia belum mengenali aku dan aku juga tidak mengenalinya. Orang kata tak kenal maka tak cinta..betul tak..? Lagipun dia bagi markah LNPT Khas aku untuk confirmation Gred44 sebanyak 93%...memang generous dan paling tinggi berbanding boss lama aku...

Ok la, aku terima dengan redha dan aku ambil iktibar..esok aku jadi boss aku tak nak buat begini. 
I will proudly present.."This is Mr/Mrs ABC, my officer in XYZ...if u have anything about to ask..please don't hesitate to call my officer...he/she will assist you..."

Would I go out or no go out?

Thursday, February 7, 2013

Rumah oh Rumah: Part 4

Dalam mabuk-mabuk pregnant ni masih sempat gi tengok rumah.
Saja nak lepaskan rindu...eceh..
Rasa tak syok sebab jalan masuk terlampau kotor...kalu projek Sime Darby tak macam ni...diorang memang jaga kebersihan...

Jom la layan progress rumah...kali ni aku letak banyak gamba ok...