Thursday, July 4, 2013

Rumah oh Rumah (Dapat Kunci)

Alhamdulillah, kunci rumah selamat diserahkan pada aku dan suami sebagai pemilik bersama pada Sabtu lepas 29 Jun 2013. Tahniah dan terima kasih kepada pemaju walaupun lewat 2 bulan daripada perancangan asal, memandangkan kami sekeluarga tidaklah begitu terdesak untuk masuk rumah baru tu, maka tak terasalah sangat. bagi kes-kes khas yang mana sudah berjanji dengan tuan rumah sewa untuk keluar pada bulan April yang lalu, sudah tentulah sangat mendesak untuk segera mendiami rumah yang dibeli.

Sewaktu sampai di kediaman, Mr. Tan (wakil pemaju) sudah menunggu. Sebelum itu, ada dua rumah yang telah diserah kunci. keseluruhan unit yang telah menerima kunci adalah 10 daripada 26 unit rumah sehingga hari ini. Oleh sebab Sang Suami memang dalam bidang construction, maka aku meletakkan sepenuh kepercayaan padanya untuk menguruskan hal-hal masuk rumah baru ni...Banyak juga perkara yang aku belajar daripada sang suami berkenaan tatacara dan proses mendapatkan kunci rumah. Antara perkara yang perlu disemak dan diperhatikan ketika proses mendapat kunci adalah seperti berikut:
Penyerahan dan penerimaan:
Kunci akan diserahkan setelah pembeli menyelesaikan kesemua tanggungan. Contohnya penukaran nama pada bil Syabas, TNB, Kutipan Sampah, penalti kelewatan bank dan sebagainya. 
 
Pihak pemaju/wakil akan menunjukkan butiran di dalam rumah berada di dalam keadaan yang baik. Contoh, air, elektrik dan sekiranya lampu atau kipas disediakan, ia juga berfungsi dengan sempurna. Jika boleh, bawa bersama floor plan di dalam S&P supaya anda dapat memerhatikan jika ada sebarang perbezaan.
Kecacatan:
Semak defect atau kecacatan sebelum anda membuat sebarang renovation (termasuklah minor renovation seperti pemasangan grill, penukaran lampu, kipas, dan lain-lain). Semasa sesi pemeriksaan rumah, bawa bersama sticker dan ditulis dengan nombor dan catatkan di dalam kertas supaya mudah pihak pemaju/wakil membuat kerja-kerja membaiki kecacatan. Anda boleh melaporkan kecacatan yang berulang kali sehinggalah tempoh Defect Liability Period/DLP (Tempoh tanggungan Kecacatan) tamat. Semak jika ada sebarang kaveat terhadap DLP tersebut. Contohnya pemaju tidak lagi menanggung kecacatan rumah sekiranya anda melakukan ubahsuai.
 
Keselamatan:
Bawa bersama pad lock (sekurang-kurangnya 2 buah) untuk mengunci pagar depan dan belakang apabila anda meninggalkan rumah selepas serahan kunci. Selepas serahan kunci pemaju tidak lagi bertanggungjawab atas kehilangan atau kecurian yang berlaku.
Pemasangan Grill atau Alarm amat penting. Bukan bermakna rumah anda 100% selamat, tetapi pemasangan grill akan melengah-lengahkan usaha penceroboh dan mungkin seseorang akan mengetahui bahawa rumah anda sedang diceroboh. Pemasangan alarm pula memberikan amaran awal agar tindakan dapat diambil. Ambil kira soal risiko kebakaran apabila anda memasang grill.
Privacy:
Tinted, langsir atau blind merupakan perkara kedua selepas pemasangan grill. Sekadar bergurau, anda juga mungkin boleh mengalas tingkap dengan kertas surat khabar atau menyidai kain batik sahaja!. Apa juga pilihan anda, yang penting biarlah selesa dan tidak berlebihan.
Adab memasuki rumah:
Keterujaan mendiami rumah baru sememangnya tidak dapat dinafikan. Namun begitu, bagi memastikan kesejahteraan seluruh penghuni rumah, eloklah beberapa perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dilaksanakan oleh bakal penghuni seperti berikut:
1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Jika tiada orang lelaki maka orang perempuan juga boleh azan. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikuti panduan berikut:

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam (pusingan seperti tawaf di Ka'abah).
 

11 comments:

  1. Terima kasih atas info ni... Skrg tgh tunggu CF... Lama ke?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah pemaju tidak mengambil masa yang lama untuk mendapatkan CCC (sijil layak menduduki). Berkuatkuasa 2007, CF kini diganti dengan CCC yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek (Perunding) setelah kehendak majlis/PBT dipenuhi.

    ReplyDelete
  3. Salam.. sy nak tanya. Saya bakal dpt kunci dan sepatutnya dah kena ambil dh kunci. Tapi kami di kenakan cas penalti kelewatan bank. Sedangkan cas ini bukan berpunca dari kami. Boleh saya tahu, apa patut kami buat?

    Terima kasih kerana sudi membalas

    ReplyDelete
  4. Salam.. sy nak tanya. Saya bakal dpt kunci dan sepatutnya dah kena ambil dh kunci. Tapi kami di kenakan cas penalti kelewatan bank. Sedangkan cas ini bukan berpunca dari kami. Boleh saya tahu, apa patut kami buat?

    Terima kasih kerana sudi membalas

    ReplyDelete
  5. Suzi maswar..bincang dgn pihak bank knape lewat bayar..kdg2 disebab kan lawyer pemaju lmbt hntr notis pd pihak bank..klu terbukti mcm tu..amik lawyer luar utk fight..jgn ambik lawyer pemaju wlupon dia offer diri..pemaju n lawyer nye pndai game bnda2 mcm ni sbb dh mmg bidang diorg..ade yg xtaw ape2 byr je ade yg smpai 5k denda lewat..

    ReplyDelete
  6. Suzi maswar..bincang dgn pihak bank knape lewat bayar..kdg2 disebab kan lawyer pemaju lmbt hntr notis pd pihak bank..klu terbukti mcm tu..amik lawyer luar utk fight..jgn ambik lawyer pemaju wlupon dia offer diri..pemaju n lawyer nye pndai game bnda2 mcm ni sbb dh mmg bidang diorg..ade yg xtaw ape2 byr je ade yg smpai 5k denda lewat..

    ReplyDelete
  7. As salam, nak tanya la. Ade fee dikenakan x kalau kita nak dapat kunci rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada fees. Contohnya fees untuk utilities atau mot yang tak diselesaikan lagi.

      Delete
  8. As salam, nak tanya la. Ade fee dikenakan x kalau kita nak dapat kunci rumah?

    ReplyDelete

Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.

Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.