Hidup
Aku dan suami bukan orang berada, malah ada-ada pun tidak, apatah lagi mengada-ngada. Jika orang melihat kami, nampak seperti hidup mudah, lancar, tiada masalah...namun hanya kami yang tahu betapa kami struggle menjalani hidup kami.Aku
Aku dilahir dan dididik sebagai insan yang berempati tinggi, namun kurang penyabar. Cepat emosi namun tidak mudah mengalah. Berstrategi dan suka mengikut rancangan.
Dia
Suamiku pula kontra segala-galanya daripadaku. Dia kurang sensitif namun amat penyabar. Nampak macam degil dan keras hati namun sebenarnya mudah dipujuk (diracun...hehehe). Lebih kepada tunggu dan lihat dan tidak mengikut planning.
Kerja
Gaji kami berdua jika dicampurkan banyak juga. Dengan gaji begini, hidup di Lembah Klang walaupun tidak kaya namun antara golongan yang mampu lagi. Masalah kewangan? . Biasalah, besar periuk, besarlah keraknya. Bak kata orang jawa, hidup from paycheck to paycheck, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tapi kami pulak kais bulan makan bulan. Walaubagaimanapun, syukur kami masih punya pekerjaan.
Jika tiada duit, kami hanya melangut di rumah. Bawa anak jalan2 pun di taman-taman permainan, atau tempat reakreasi awam. Percuma. Menyeronokkan. Habis pun tak sampai RM10 bila anak nak main bubble atau kereta control mainan. Malah aku lebih suka anak aku ditempat begini daripada berlenggang-lenggang di pasaraya. Hidup kami seadanya. Tidak kata bermewah-mewah. Sesekali jika ingin makan makanan mahal, kami akan menikmatinya pada awal bulan. Di akhirnya, cukup-cukup makan. Biasanya tak pernah tak cukup...kadang-kadang walau hanya tinggal RM10 dalam dompet, Alhamdulillah masih lagi belum pernah kelaparan kami laki bini anak beranak.
Harta
Harta dan aset adalah suatu benda besar. Lantaran itu, kami selalunya akan sepakat dan berbincang panjang sebelum membeli sesuatu. Contohnya membeli perabot, barang elektrik atau yang lebih mahal lagi seperti kereta dan rumah. Bagai tak sah dan tak menyeronokkan bila kami tidak bergaduh dalam menentukan nilaian terbaik dan barangan terbaik untuk membeli sesuatu.
Keputusan
Aku jenis suka baca review orang, recommendation, survey dalam internet sebelum buat keputusan membeli. Malah keputusan aku banyak dipengaruhi oleh fakta (atau auta) daripada pakcik Google. Tapi suamiku mudah buat keputusan. Ada keputusannya menguntungkan dan kami enjoy dengan keberhasilan keputusannya. Tapi jika keputusannya salah atau kurang memuaskan, kadang-kadang aku diam, tapi selalunya aku akan marah dan sinikal. Marah bila aku tak diajak untuk turut menyumbang pendapat sebelum membuat keputusan. Apa boleh buat, nasi dah jadi bubur. Sekali terbeli dan tak boleh dipulangkan.
Kadang-kadang aku rasa aku pula yang dominan mencorakkan keputusan suamiku. Bukan kata aku seronok begitu...kadang-kadang rasa nak lepas tangan dan biarkan dia terkontang-kanting memikirkan hala tuju hidup kami. Tidaklah maksud aku terkontang-kanting seperti anak kucing kehilangan ibu, aku yakin walau apapun keputusannya kami masih boleh hidup dengan izin Allah. Cumanya aku nampak Sang Suami masih selalu ingin membiarkan aku membuat keputusan. Mungkin dia tidak mahu dirinya dipersalahkan bila mengambil keputusan yang salah. Ini adalah satu contoh leadership yang kurang berkesan dalam rumah tangga. Jika salah membuat keputusan, maka dengan beraninya harus mengambil tanggungjawab mendepani masalah yang timbul akibat keputusan itu. Membuat keputusan yang salah lebih baik daripada tidak membuat keputusan terus. Sekurang-kurangnya kita belajar daripada kesalahan. manakala orang yang tidak membuat kesalahan adalah orang yang tak belajar apa-apa...Betul tak?
Sepakat
Nak diceritakan bila rumah yang kami beli hasil "kesepakatan" telahpun mendapat kunci baru-baru ini. nak penuhkan rumah merupakan satu cabaran bagi kami suami isteri. Banyak yang perlu difikirkan sebelum berhabis-habisan. Pertama, anak kedua bakal dilahirkan tidak lama lagi. harus simpan duit. Mana nak bayar bil hospital (ikut naluri aku ingin bersalin di hospital kerajaan saja. Sang suami pula kata tak pelah, biar hospital swasta saja). Lagi perlu difikirkan kos-kos semasa berpantang, mengurut, ubat bersalin, barangan bayi, akikah dan lain-lain. Keduanya suami baru bertukar kenderaan. Sang Wira asyik rosak memanjang. Selayaknya kereta dah berumur 12 tahun. Macam-macamlah ragamnya. akhirnya Si Exora menjadi pilihan memandangkan pertambahan anak, maka hasil persepakatan kami, mpv mampu milik merupakan kenderaan paling sesuai. Jadi kerana perkara-perkara yang lebih penting dan tunai juga tidak banyak di tangan, maka kos nak masuk rumah juga harus disepakati.
Bila "bersepakat" beli barang untuk masuk rumah, dengan status cash yang tidak seberapa, aku telah downgradedkan citarasa aku dan mula berpijak di bumi nyata.
Pemilihan perabot:
Aku suka jenis yang tahan lasak dan praktikal. Contohnya, katil mestilah yang tahan lasak. Sofa pula jenis boleh dicuci sarungnya, atau kulit yang lebih mudah dibersihkan dan tempat duduknya lebar. Meja makan atleast 8 seater, maklumla, keluarga aku besar..kalo datang rumah tak yah makan bersila dah.
Suami pula suka jenis "murah"...hehehe...kebanyakan pemilihan perabot dia menyerahkan keputusan pada aku. Design and warna lagi hancur kalo keputusan diserahkan kepada beliau. Beli perabot asal murah adalah ketika waktu promosi. Dan biasanya stock limited dan warna juga terhad.
Hasil kesepakatan kami
a) sofa didowgradedkan daripada yang berharga RM4k kepada RM2.3k.
b) meja makan daripada fully marble modern style RM4k kepada solid wood marble 8 seater RM2.6k.
c) Katil master bedroom saiz king (badan kami besar) downgraded daripada beli set bilik tido (RM5k kepada beli katil dan tilam sahaja=RM1.6k. Wardrobe tinggi sampai bumbung dan lebih 15kaki dijangka RM2.6k. So semua dalam RM4k gak la, cuma dapat customize item.
d) Kabinet tv RM1.5k dowgraded kepada RM599 saja.
e) Set bilik tido tetamu daripada RM1.5k kepada RM770 sahaja. (Tilam pakai sedia ada).
f) Perabot bilik tido inas aku belum beli lagi.
Perabot semua fully duit aku.
Pemilihan grill
a) Daripada wrought iron tukar kepada mild steel. Wrought iron is too way expensive beyond the budget. So from RM3k kepada RM2.6k. Masih jimat lagi.
b) kontraktor suami yang pilih. design dan warna aku yang tentukan. Harap2 lawa la, sebab aku main hentam keromo je, kalo bleh tak mo sama ngan orang lain...
Grill duit husband aku.
Awning
Ni awning kecil je. Dekat yard belakang rumah. habuan lindung mesin basuh n sidai kain. Suami aku nak jenis atap genting je. Aku kata bising dan rumah gelap. Nak jugak policarbonate atau tak pun metadec terus. Oleh sebab quotation harga policarb tempat lain dekat Rm2k, husband aku amek ngan cina ni RM1.3k. yang patut husband aku bayar, tapi hasil ehsan aku, aku la bayarkan...hehehe...isteri mithali aku ni.
Barang elektrik, lampu dan kos wiring
Ini semua hak-hak sang suami yang perlu dilunaskan...Menelan belanja hampir RM4000 untuk 5 biji ekon, peti sejuk 602liter RM2100...upah pasang lampu RM200 dan tak masuk nak pasang soket aircond dan wiring tambahan lain especially di dapur dan dalam bilik. Hehehe...aku tolong bayar aircond je RM1000k. Sponsorship dan ehsan daripada sang bini. Kira ok la tu...
Cat dan bersih rumah
Kos ini 100% ditanggung oleh sang suami. Harga upah cat RM700 dan cat RM300. Bersih rumah RM100. Bayar labor cost kat indon je..kalu amek orang lain range dalam RM1.5k.
Kabinet Dapur dan Wardrobe
Belum setup temujanji...tapi biasala, minimun je aku amek...Anggaran RM8000k untuk wet n dry kitchen +wardrobe master bedroom...RM6000 disponsor oleh mak...Alhamdulillah....
Sepakat
Nak diceritakan bila rumah yang kami beli hasil "kesepakatan" telahpun mendapat kunci baru-baru ini. nak penuhkan rumah merupakan satu cabaran bagi kami suami isteri. Banyak yang perlu difikirkan sebelum berhabis-habisan. Pertama, anak kedua bakal dilahirkan tidak lama lagi. harus simpan duit. Mana nak bayar bil hospital (ikut naluri aku ingin bersalin di hospital kerajaan saja. Sang suami pula kata tak pelah, biar hospital swasta saja). Lagi perlu difikirkan kos-kos semasa berpantang, mengurut, ubat bersalin, barangan bayi, akikah dan lain-lain. Keduanya suami baru bertukar kenderaan. Sang Wira asyik rosak memanjang. Selayaknya kereta dah berumur 12 tahun. Macam-macamlah ragamnya. akhirnya Si Exora menjadi pilihan memandangkan pertambahan anak, maka hasil persepakatan kami, mpv mampu milik merupakan kenderaan paling sesuai. Jadi kerana perkara-perkara yang lebih penting dan tunai juga tidak banyak di tangan, maka kos nak masuk rumah juga harus disepakati.
Citarasa
Citarasa aku pada perhiasan merupakan citarasa berkelas tinggi. Layak datin-datin dengan jambul tinggi dan barang kemas sekerat lengan. Hehehe. Manakala suamiku punya citarasa mewah juga. terutamnya brand pakaian dan jenama barangan elektrik. Barangkali kerana latar belakang pekerjaannya yang terlibat membina rumah-rumah berharga mahal menyebabkan dia suka perkara begitu. Namun soal lain, kami biasa-biasa saja. Tidaklah kami teruja untuk bercuti ke luar negara, atau menikmati hotel-hotel mewah, makanan mewah dan tidak pula kami rajin menghabiskan masa untuk bershopping samada secara langsung atau online.Bila "bersepakat" beli barang untuk masuk rumah, dengan status cash yang tidak seberapa, aku telah downgradedkan citarasa aku dan mula berpijak di bumi nyata.
Pemilihan perabot:
Aku suka jenis yang tahan lasak dan praktikal. Contohnya, katil mestilah yang tahan lasak. Sofa pula jenis boleh dicuci sarungnya, atau kulit yang lebih mudah dibersihkan dan tempat duduknya lebar. Meja makan atleast 8 seater, maklumla, keluarga aku besar..kalo datang rumah tak yah makan bersila dah.
Suami pula suka jenis "murah"...hehehe...kebanyakan pemilihan perabot dia menyerahkan keputusan pada aku. Design and warna lagi hancur kalo keputusan diserahkan kepada beliau. Beli perabot asal murah adalah ketika waktu promosi. Dan biasanya stock limited dan warna juga terhad.
Hasil kesepakatan kami
a) sofa didowgradedkan daripada yang berharga RM4k kepada RM2.3k.
b) meja makan daripada fully marble modern style RM4k kepada solid wood marble 8 seater RM2.6k.
c) Katil master bedroom saiz king (badan kami besar) downgraded daripada beli set bilik tido (RM5k kepada beli katil dan tilam sahaja=RM1.6k. Wardrobe tinggi sampai bumbung dan lebih 15kaki dijangka RM2.6k. So semua dalam RM4k gak la, cuma dapat customize item.
d) Kabinet tv RM1.5k dowgraded kepada RM599 saja.
e) Set bilik tido tetamu daripada RM1.5k kepada RM770 sahaja. (Tilam pakai sedia ada).
f) Perabot bilik tido inas aku belum beli lagi.
Perabot semua fully duit aku.
Pemilihan grill
a) Daripada wrought iron tukar kepada mild steel. Wrought iron is too way expensive beyond the budget. So from RM3k kepada RM2.6k. Masih jimat lagi.
b) kontraktor suami yang pilih. design dan warna aku yang tentukan. Harap2 lawa la, sebab aku main hentam keromo je, kalo bleh tak mo sama ngan orang lain...
Grill duit husband aku.
Awning
Ni awning kecil je. Dekat yard belakang rumah. habuan lindung mesin basuh n sidai kain. Suami aku nak jenis atap genting je. Aku kata bising dan rumah gelap. Nak jugak policarbonate atau tak pun metadec terus. Oleh sebab quotation harga policarb tempat lain dekat Rm2k, husband aku amek ngan cina ni RM1.3k. yang patut husband aku bayar, tapi hasil ehsan aku, aku la bayarkan...hehehe...isteri mithali aku ni.
Barang elektrik, lampu dan kos wiring
Ini semua hak-hak sang suami yang perlu dilunaskan...Menelan belanja hampir RM4000 untuk 5 biji ekon, peti sejuk 602liter RM2100...upah pasang lampu RM200 dan tak masuk nak pasang soket aircond dan wiring tambahan lain especially di dapur dan dalam bilik. Hehehe...aku tolong bayar aircond je RM1000k. Sponsorship dan ehsan daripada sang bini. Kira ok la tu...
Cat dan bersih rumah
Kos ini 100% ditanggung oleh sang suami. Harga upah cat RM700 dan cat RM300. Bersih rumah RM100. Bayar labor cost kat indon je..kalu amek orang lain range dalam RM1.5k.
Kabinet Dapur dan Wardrobe
Belum setup temujanji...tapi biasala, minimun je aku amek...Anggaran RM8000k untuk wet n dry kitchen +wardrobe master bedroom...RM6000 disponsor oleh mak...Alhamdulillah....
Kos pindah memindah (sewa lori, loding unloading, pasang astro, pasang unify)
Belum ditetapkan...apa kata diserahkan kepada sang suami je...hahaha...
Perghhh...kalo duit aku byk cenggini kan best... |
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.