Just take a minute to rest.. Penat sangat harini meeting dari pagi sampai petang. Pagi tadi kul 9.00 meeting di ICU, KL. aku kena present projek-projek NRE di Wilayah Persekutuan. Alhamdulillah semua ok. Cuma bila Tn. Pengerusi tanya kenapa KL banjir jugak walopon ade SMART Tunnel, aku nak share pasal fungsi SMART Tunnel (korang boleh jugak baca pasal SMART Tunnel di laman web JPS). SMART Tunnel adalah mengelakkan banjir di Pusat Bandar KL (Kawasan lingkungan yang ada Sungai Ampang, Sungai Kelang dan Sungai Gombak di Pusat Bandar KL).
SMART Tunnel adalah sebuah terowong yang mengalihkan (divert) air dari Sg. Klang, Sg, Gombak dan Sg. Ampang ke kolam tadahan dan seterusnya ke Sg. Kerayong. |
SMART Tunnel adalah sepanjang 9.7km dan kira-kira 3.3km darinya dibuat untuk penyuraian kesesakan trafik sepanjang Sg. Besi ke Loke Yew (yang korang kena bayar RM2 setiap kali lalu tu), yang mana laluan tu akan ditutup apabila air sudah sampai ke stage-stage tertentu.
Berkenaan banjir di Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, banjir telah berlaku beberapa kali sekitar bulan November/Disember sehingga membawa kerugian kepada orang ramai. Sebelum nak kata SMART tak menjalankan fungsinya, kena tengok fungsi SMART dululah (sila rujuk para di atas2). Pada pendapat aku, banjir kilat yang berlaku adalah kerana sistem perparitan yang tidak sempurna. Sistem perparitan pula adalah dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau dalam kes ni DBKL. Kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menguruskan perparitan yang mempunyai saliran terus ke sungai-sungai.
Outcome projek yang telah dapat dinikmati oleh orang KL (Pusat Bandar):
SMART Tunnel mampu mengelakkan banjir kilat/banjir besar di Pusat Bandar KL. |
Sekian laporan tulus ikhlas dari Karam Sing Wakenabeb
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.