Keje memang meletihkan...letih otak..letih fikiran..badan tak letih sangat.. Ni aku off kejap..melepaskan beban di pundak seketika dengan menulis blog..untuk meluahkan perasaan dan menginsafi diri.
Alhamdulillah aku masih ada job, ada je yang tak de job..tak yah bagi jauh, aku bagi contoh kawan aku Cik Jijah, pegawai kontrak di bahagian aku, dapat dah surat sambung kontrak dari SPA..tuptup tak sampai seminggu dah ditarik balik...kesian dia. Walaubagaimanapun aku doakan semoga Allah bukakan pintu rezeki buat dia seluas-luasnya kalo tidak dalam bidang PTD pun di bidang lain yang lebih baik.
Tu tak cerita lagi pasal officer di Unit KPI, Kementerian aku.. Min dan Pah. Pada pemerhatian aku unit ini digerakkan oleh dua dedicated officer ni..Walopun berstatus kontrak, they are giving so much for this Ministry...kalo pun manusia tak nampak pengorbanan mereka, aku tahu Allah nampak dan pasti Allah ada perancangan paling baik untuk mereka.
Begitu juga jobless-jobless lain semoga Allah bukakan pintu rezeki mereka seluas-luasnya especially yang ikhlas menjalankan tugas.
Ya Allah..
Berikan ikhlas di hatiku
Kuncikan bibirku dari sebarang rungutan
Hentikan hela nafasku dari sebarang keluhan
Redhakan aku dengan apa yang mendatang
Tabahkan aku apabila ranjau sepanjang jalan
Dugaan aku tidak sehebat dugaan orang-orang yang Kau sayang
Kerana kau tahu betapa lemah dan kerdilnya aku
Ya Allah...
Campakkan aku rasa malu dan rendah diri
Bilamana aku merasa aku hebat
Sentuhi aku dengan keyakinan tinggi
Bilamana aku merasa lemah dengan hidup
Aku tidak sehebat Khatijah
Aku tidak sehebat Aisyah
Malah jauh sekali hebatnya aku walau dengan bayi di dalam rahim
Maka dengan kelemahan ini Ya Allah
Bangkitkanlah aku dengan rasa syukur
Bangkitkanlah aku dengan riang gembira
Bangkitkanlah aku dengan wangian yang harum
Bangkitkanlah aku dengan cahaya bersinar indah
Bangkitkanlah aku dengan luasnya titian
Supaya syukurku menggambarkan syurga
Supaya riang gembiraku kerana pahala
Supaya harumanku semerbak bidadari
Supaya cahayaku menerangi barzah
Supaya luasnya titian aku melalui siratul mustaqim
Amin...
-Tamat-
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.