Saturday, August 20, 2011

Buka Puasa di Marriot Hotel, Putrajaya

Harini buka posa di Marriot Hotel. Tjaan kontraktor tempat Sang Suami berkeringat..kalo tak sponsor, memang tak pegi la..punya la besar and ramai orang tempatnye..mcm biasa aku makan sikit je..Ecehhh...kenyang sampai la ni, tak leh nak titong...aduihh..so blog la sampai perut dan reda sikit.

Gambag nanti-nanti la aku hapdet..malas..

Monday, August 15, 2011

Outstation lagi

Hmm..claim bulan lepas lebih RM1000 pun tak masuk lagi..ni nak kena outstation lagi..Botak la aku. Mana cukup gaji babe. Nasib baik tambang kapai terbang gomen tanggung. Ingat lagi, puasa tahun lepas outstation Sarawak.. Sebab my Inas masih kecik lagi, so i sanggup return to Semenanjung on the same day.
Thanks to my Mr. Bobo coz sudi jaga anak dengan sempurna.

Lama woo tunggu....

Tajuk entry yang ntah pape..aku selalu kehabisan idea nak letak tajuk entry ok. Lama woo tunggu mengisahkan aku yang dah dekat 4 tahun keje ni...bila la nak naik pangkat ni...gaji dah sampai T5 pun tak nampak bayang nak jejak M44.

Batch 2/2007 17 Ogos 2011 akan menerima watikah pemangkuan M44 di JPA, bila batch aku yang 3/2007 ni. Sikit je batch kiteorang..dalam 100 lebih. Dalam hati aku berdoa dapat le memangku potipo sebelum Disember 2011 ni...amin.

Ade orang buat lawak, Government of Malaysia (GOM) ni diperintah oleh 41. Mana taknya, pegi meeting 41, buat kertas kerja 41, buat dasar 41, buat decision pun 41. Hehehe..tapi personally aku tak la rasa sampai peringkat tu lagi. Cuma mungkin terkeluar lawak sedemikian sebab 41 merupakan gred terendah di dalam Pengurusan & Profesional (P&P), itu pasalpun keje macam kuli. semua YB yes boss je...tapi ini adalah proses pembelajaran. Learning curve yang panjang untuk seorang M41 batch aku dan seterusnya. Harap-harap batch sekarang ni lebih baik daripada batch dulu2 yang terlalu cepat sangat naik. Gaji baru cecah T2, dah naik potipo...tu yang tipoo je kejenye...hehehe..gurau je ek.

Apa-apapun, GOM Civil Servants seharusnya dipuji atas komitmen kerja. memang tak nafikan ade yang masih mengamalkan budaya lama 3M (Makan, Minum, Melepak) time office hour... Sekarang ni byk GOM CS dok blogging ngan FB je...hehehehehe..Tapi tu masa lapang babe, kalo masa busy, nak berak pun tak sempat dowh...tengok je la blog aku nih..sebulan bleh hapdate berapa setory je...punya busy yang amat.

Tapi korang kena faham GOM SC berkhidmat dengan kerajaan yang memerintah..especially GOM CS federal yang posting kat state..kalo state Pakatan Rakyat, maknanya ada 2 boss la..Apepun kena bijak la urus semua benda..Those politician yang rakyat pilih biasanya sentiasa hampeh, kecuali ade la sekerat dua yang memang komited. (Harap-harap PRU13, minimumkanlah calon2 hampeh yang menang..Amin)

Ade jugak politicians yang suka meminta kita melaksanakan some task..nak cepat je..semua peraturan memang dilanggar. So ade yang buat lawak lagi, 'Memang Menteri suruh buat, tapi bukan suruh langgar peraturan'. Tugas pegawai adalah mencari kaedah bagi membolehkan perkara yang bercanggah dengan peraturan dapat dilaksanakan. So kat sini GOM CS kena bijakla jaga buntut masing2. Jangn samapai tersalah langkah, silap2 haribulan SPRM masuk..ade pulak kes ketiga terjun bangunan...

Walau skim manapun kita berkhidmat, From A-Z sekalipun, yang penting kerja mesti ikhlas, jangan berkira sangat. Pukul 1ptg sharp pegi makan, pukul 5ptg sharp balik rumah. Kalo perlu stayback, stayback la..tapi rumah tangga jangan tolak tepi terus..Kena pandai urus masa sendir..yang penting keje jangan tangguh babe.. Desk aku pun dah mcm kubu perang dah ni..kayuh pelan-pelan ma...jangan gopoh...CHayo!

Mona Fandey: Most Shocking Murdered Case In Malaysia (Episod Last..Yahooo!)

EPISOD AKHIR


TANGGAL 10 Februari 1995, itulah kali terakhir aku bertemu muka dengan Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Husin. Pada hari itu, aku bertemu Monad dan Affandi di Balai Polis Temerloh, Pahang. Di sini mereka ditahan sehari selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana dengan niat bersama membunuh bekas Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris. Juraimi pula ditahan di Balai Polis Raub. Dari sini Mona dibawa ke Penjara Kajang, sementara Affandi dan Juraimi ke Penjara Sungai Buloh sementara menunggu rayuan masing-masing.



MONA berjalan ke trak untuk ke Penjara Kajang.


Memang rezeki aku dapat bertemu Mona. Apa tidaknya, aku  mendapat tips bahawa Mona dan Affandi akan dibawa ke penjara pada awal pagi itu. Aku bergegas ke balai polis dari hotel, tempat menginap dengan hanya memakai kemej-T. Pakai apa saja yang ringkas, takut tidak dapat bertemu mereka. Nasib baik, Mona baru dibawa keluar dari lokap. Tapi pada waktu itu, aku tidak sempat bercakap dengannya kerana diiringi polis. Namun, sebagai wartawan, aku tidak mengalah dan buat apa saja asalkan Mona buka mulut. Apabila peluang tiba, soalan pertama yang keluar dari mulut aku adalah :"Wah glamourlah Kak Mona." Itu kata orang soalan pemanis mulut - pembuka bicara - untuk memancing dia bercakap. Nak tahu apa Mona jawab : "Saya tak mahu glamour. Dari dulu pun saya tak glamour."



GAYA ketika menghadiri perbicaraan. Mona sering berpakaian cantik dan seksi serta berdandan sepanjang perbicaraan kes bunuh Datuk Mazlan Idris.

Ditanya jika tidak mahu glamour mengapa pula berpakaian cantik. Jawapanny agak laser, katanya dalam sinis : "Yalah, takkan hendak telanjang pulak." (Ambil kau, kena sebiji).

Menurutnya lagi, dia mahu tersenyum ketika dalam tahanan sementara menanti rayuannya dan hukuman selepas itu.

"Saya mahu tersenyum kepada semua orang. Senyum bagi orang tengok," katanya dari trak polis yang membawanya ke Penjara Kajang.

Pada hari itu, Mona seperti pada hari dijatuhkan hukuman, kelihatan riang dan ketawa dengan anggota polis yang berada di situ.

Bomoh itu sempat juga bergurau dan mengucapkan Selamat tinggal kepada anggota polis di balai itu.

Mona dan suaminya, Affandi serta Juraimi, didapati bersalah mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mereka didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada Julai 1993.


MONA sentiasa kelihatan bergaya.

 Mona sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua orang sambil berkata: "Saya sayang orang Malaysia. Terima kasih." Ditanya perasaannya yang menjadi pesalah dan bukan lagitertuduh katanya: "Saya sama saja dari dulu. Orang tengok pun macam itu."

Sebelum trak polis meninggalkan perkarangan Balai Polis di sini untuk ke Balai Polis Raub mengambil Juraimi, Mona sempat berpesan: "Jangan tulis bukan-bukan. Saya tidak suka apa saya katakan ditokok tambah. Jangan tulis sebarangan, jangan buat cerita." (Kena sebiji lagi)

Apa yang dibawa Mona ke penjara? Aku nampak lima bungkusan plastik mengandungi pakaian dan alat solek Mona dan suaminya Affandi.

Itu cerita Mona, lain pula cerita Affandi. Aku ingat peluang untuk bercakap dengannya buat kali
terakhir tidak kesampaian. Apa tidaknya, ketika sibuk 'memburu' Mona, Affandi sudah masuk ke dalam trak untuk ke Penjara Sungai Buloh.
Tapi, kata orang kalau ada rezeki, tak ke mana. Ketika trak itu hendak beredar dari balai polis, Affandi berteriak dan memanggil aku.

Dia tahu aku wartawan, mana tidaknya, aku duduk di depan dia setiap hari perbicaraan. Tapi, dia tak tahu nama aku.

     
JENAZAH Mona dan Affandi dikebumikan di Tanah Perkuburan Ahli-Ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang.

Pada Subuh 2 November 2001, Mona, Affandi dan Jurami menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan. Jenazah mereka selamat disempurna dan dikebumikan pada hari sama.Jenazah Mona dan dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahliKariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang.Jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Al-Fatihah- Amin....

Terima kasih kepada semua pembaca yang sabar menunggu aku update kisah Mona Fandey dan pembunuhan Dato' Mazlan. Sesungguhnya niatku hanya ingin berkongsi pengalaman Webzone Attack yang mengikuti perbicaraan kes terakhir menggunakan sistem juri. Dan mungkin ada antara kita pada masa itu masih kecil lagi dan terpinga-pinga dan aku sendiri pada masa aku baru berusia sekitar 9-10 tahun. Aku yakin kes ini memang terlekat dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia yang lahir before 90s. Bukan niat mengata atau menghina tertuduh dan mangsa, namun hanya sekadar mengenang kembali antara peristiwa yang oernah tercatat dalam sejarah Malaysia. Sekarang ni pun makin dahsyat kes-kes pembunuhan sebagai contoh kes pembunuhan Sosilawati dan rakan (2010)-mayat di bakar, pembunuhan di Ampang (2011)-mayat dikerat 15 dan juga lain-lain kes pembunuhan kejam yang melibatkan jenayah seksual semata-mata untuk menutup bukti. Hakikat akhir zaman bahawa nafsu menguasai kita. Tribute untuk semua mangsa pembunuhan, Al-Fatihah untuk yang beragama Islam dan tak lupa juga Allahyarham Affandi, Mona dan Juraimi...semoga Allah mengampunkan dosa kita dan dosa mereka tanpa ada satu pun yang tertinggal.. Amin....

Mona Fandey: Most Shocking Murdered Case In Malaysia (Episod-32-34)

EPISOD 32

TARIKH : 9 FEBRUARI 1995
TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH
TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN DAN MAZNAH ISMAIL ATAU
MONA FANDEY.

SEBELUM tujuh juri membuat keputusan terhadap ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes pembunuhan bekas Adun Batu Talam, Datuk idros @ Mohd Mazlan Idris, Hakim Datuk Mokhtar Sidin menggulung kesnya.  Berikut antara petikan penggulung kesnya.

"TUAN-tuan dan puan-puan para juri. Sekarang telah tiba masa bagi saya membuat penggulungan. Sebagaimana yang disedia maklum, perbicaraan telah berjalan lebih daripada tiga bulan sejak 12 September 1994, sungguhpun perbicaraan sebenar hanya 69 hari.

Pada 12 September 1994, juri berikrar untuk memberikan verdik (keputusan) yang sebenarnya berasaskan keterangan yang telah diberikan di perbicaraan ini.telah mendengar keterangan kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pembela.

Kini kita berada di peringkat terakhir di mana saya dikehendaki menggulung perbicaraan ini. Ini juga peringkat juri dikehendaki membuat pertimbangan keputusan dalam perbicaraan ini. Inilah masanya juri dikehendaki memenuhi kewajipan seperti yang diikrarkan dulu.

Sungguhpun saya telah terangkan dengan ringkas  berkenaan dengan kewajipan juri dalam perbicaraan  setelah juri berikrar dulu, namun izinkan saya  terangkan tanggungjawab kita dengan lebih lanjut  lagi.

Kewajipan saya sebagai seorang hakim yang  membuat keputusan atau arahan mengenai  persoalan undang-undang. Saya hakim dari segi undang-undang manakala juri  adalah hakim dari segi fakta.

Juri bertanggungjawab memutuskan sama ketiga-tiga Orang Kena Tuduh (OKT) atau mana-mana daripada mereka bersalah atau tidak, berdasarkan fakta yang dikemukakan di mahkamah dengan pertimbangan juri.

Untuk mendapatkan keputusan yang wajar, juri hendaklah pertimbangkan hanya keterangan dan fakta yang dikemukakan di mahkamah. Juri jangan dipengaruhi apa-apa perkara di luar mahkamah, laporan media massa, komen di luar mahkamah atau apa cara sekalipun. Juri adalah bebas untuk membuat keputusan, melahirkan pandangan serta kesimpulan berdasarkan keterangan yang diberikan dalam mahkamah.

Sekiranya saya memberikan pandangan mengenai saksi, juri boleh mengambil perhatian mengenai pandangan saya tetapi tidak terikat untuk ikut atau bersetuju dengan pandangan saya.

Bermakna di sini juri bebas untuk membuat keputusan sendiri mengenai apa-apa fakta atau keterangan tanpa dipengaruhi pandangan atau pendapat saya.

Bagaimanapun, ingin saya ingatkan berkaitan  dengan soal undang-undang, juri adalah terikat
dengan apa yang saya kata atau putuskan.

Jika saya katakan bahawa sesuatu itu adalah undang-undang, juri hendaklah terima kenyataan itu sebagai salah atau betul.

Juri hendaklah menerimapakai (apply)  undang-undang itu kepada fakta dari keterangan dalam kes ini.

Saya ingin menerangkan secara ringkas beberapa  prinsip undang-undang jenayah yang perlu diingatkan dan diterima pakai oleh juri di dalam kes ini.

Adalah menjadi prinsip utama dalam undang-undang jenayah bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah di sisi undang-undang sehingga dibuktikan bersalah.

Undang-undang tidak memerlukan OKT (orang kena tuduh) membuktikan  yang ia tidak bersalah dalam mahkamah. Sebaliknya pula, undang-undang ' memerlukan pihak pendakwa membuktikan bahawa OKT adalah bersalah seperti yang dituduh.

Kewajipan untuk membuktikan sesuatu di sisi undang-undang adalah  disebut sebagai beban (burden) membukti.

Beban membuktikan kesnya melampau sebarang keraguan yang munasabah di dalam bahasa Inggeris `beyond reasonable doubt' adalah  dipertanggungjawabkan kepada pendakwa.

Undang-undang tidak memerlukan pendakwa membuktikan kesnya hingga ke tahap 100 peratus sehingga tidak ada sebarang keraguan langsung.

Sekiranya juri setelah menilai semua keterangan  yang dikemukakan dalam perbicaraan ini, juri
masih khuatir sama ada OKT bersalah atau tidak, maka itu adalah keraguan yang munasabah. Ini adalah keraguan atau kekhuatiran yang wujud dan bersemadi dalam pemikiran juri.

Keraguan yang munasabah ini ialah satu-satunya keraguan yang serius yang menyebabkan juri
teragak-agak mengenai keputusan yang hendak diberikan.

Keraguan ini hendaklah timbul dari keterangan yang telah dikemukakan atau pun tidak
dikemukakan dalam mahkamah.

Keraguan inilah bukan keraguan yang tidak nyata yang hanya wujud dalam fikiran juri yang tidak
ada keterangan yang memadai.

Sekiranya pendakwa telah menghapuskan semua keraguan dalam fikiran  juri, yang saya telah huraikan, maka barulah boleh dikatakan pendakwa  telah membuktikan kes terhadap OKT hingga melampui keraguan yang munasabah.

Beban pembuktian pembela tidak berat. Kewajipan pembela hanya menimbulkan keraguan terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap OKT. Pendakwa tidak perlu meyakinkan juri mengenai kes ini. Adalah memadai bagi pembela mengemukakan cerita OKT dan menimbulkan keraguan yang munasabah serta mungkin benar. Berikan manfaat kesangsian kepada pembelaan juri tidak pasti sama ada OKT bersalah atau tidak berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pembela dan pendakwa.

Juri harus ingat bahawa juri bukan saja bertanggungjawab terhadap OKT tetapi juga kepada masyarakat dan negara bagi memastikan OKT mendapat perbicaraan yang adil. Saya yakin juri dapat menjalankan tanggungjawab sambil menegakkan keadilan.

Menurut Seksyen 300 Kanun Kesesakan ada lima pengecualian bagi mengetepikan tuduhan membunuh dengan niat.

Bagaimanapun kelima-lima pengecualian ini tidak diterima pakai dalam kes ini. Sekiranya juri berpuas hati pendakwa membuktikan ada rancangan untuk membunuh si mati (Mazlan) untuk ambil wang maka ia tidak mengambil kira siapa yang melakukan pembunuhan itu. Bagi membuktikan ada niat dalam pembunuhan itu pendakwa perlu membuktikan unsur berikut:

* Bahawa Mazlan mati di antara 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah malam 8 Julai 1993.

* Bahawa kematian si mati adalah disebabkan perbuatan ketiga-tiga OKT atas niat bersama.

* Bahawa ketiga-tiga tertuduh melakukan pembunuhan dengan niat dan pengetahuan bersama.

Unsur pertama - (antaranya) si mati kali terakhir dilihat berada bersama OKT 2 berdasarkan keterangan saksi yang dikemukakan di mahkamah oleh pendakwa. Keterangan saksi menunjukkan si mati dilihat kali terakhir bersama OKT 2 pada 2 Julai 1993, jam 11 malam sebelum si mati dilaporkan hilang.

Unsur kedua - (antaranya) pendakwa berjaya membuktikan bahawa kematian si mati berpunca daripada perbuatan ketiga-tiga OKT yang melakukan pembunuhan dengan niat bersama.

Unsur ketiga - (antaranya) penemuan sijil saham si mati di rumah tertuduh dan keterangan itu tidak dipertikaian oleh pembela. Pemberian jam tangan si mati kepada abang OKT 2 menunjukkan OKT 2 berada di tempat pembunuhan. Tambahan pula dia sendiri mengaku meniru tandatangan si mati bagi menukar hak milik si mati.

OKT 3 sendiri ketika dibawa oleh polis ke tempat kejadian pada pagi 2
Julai 1993 telah menunjukkan tempat mayat si mati ditanam dengan muncung mulut di samping menunjukkan tempat beberapa barang kes ditemui. Tempat penemuan mayat tidak dipertikaian oleh pembela kerana pendakwa telah membuktikan bahawa ketiga-tiga OKT tinggal di rumah berkenaan ketika pembunuhan berlaku.

Mayat yang ditemui di rumah itu turut disahkan oleh isteri dan sepupu si mati dengan keterangan sokongan pakar gigi. Keterangan pakar forensik bahawa kemungkinan si mati ditetak dengan kapak serta ketiadaan sebarang luka tangkis pada mayat si mati membuktikan ada niat dalam kes ini.

Pendakwa juga membuktikan bahawa pembunuh si mati mahu wang si mati kerana sebelum kematian si mati mengeluarkan lebih RM250,000 daripada beberapa bank dan ini disokong oleh keterangan saksi.

Simpanan wang ketiga-tiga OKT ketika kejadian tidak banyak. Sebelum si mati hilang mereka ada sekitar RM2,000. Selepas si mati hilang Affandi dan Mona telah berbelanja besar lebih RM200,000 dalam masa dua minggu. Juraimi turut dikatakan mendapat RM15,000.

Kebanyakan not RM1,000 yang dibelanjakan oleh Affandi dan Mona mempunyai hubungan dengan wang yang dikeluarkan oleh si mati yang kebanyakannya not RM1,000.

Affandi dan Mona juga berusaha menjual kereta si mati sementara keterangan saksi turut menunjukkan Affandi berusaha memindahkan harta si mati dengan mendapat perkhidmatan peguam.

Keterangan keadaan berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh saksi turut perlu dipertimbangkan sewajarnya serta teliti. Percakapan beramaran tidak boleh diambil kira oleh juri kerana ia hanya menyokong.

Juri juga jangan mengambil kira kejadian lain yang terkandung dalam percakapan beramaran tertuduh kerana seperti yang saya katakan tadi seseorang yang dituduh itu tidak bersalah selagi dibuktikan bersalah.

Percakapan beramaran tertuduh tetapi keterangan pendakwaraya semata-mata untuk menyokong kes mereka. Juraimi dan Affandi memberikan keterangan membela diri lebih dua minggu. Juraimi mengaku dia yang menetak si mati. Dia berkata dia tak sedar apa yang dilakukan dan hanya ikut arahan.

Pembelaan Juraimi adalah tiada niat untuk membunuh si mati tetapi hanya mengikut arahan. Juraimi berkata, ada rancangan dua minggu sebelum pembunuhan berlaku.

Affandi berkata, dia menjual tongkat dan songkok kepada si mati dengan harga RM2.5 juta di mana RM500,000 sudah dibayar manakala bakinya dijelaskan secara ansuran. Affandi berkata dia tidak tahu  mengapa Juraimi menetak si mati.

Dia berkata dia seorang yang  hidup mewah, pakai kereta mewah tetapi keterangannya tidak disokong.
Jadi timbul persoalan bagaimana  dia memiliki wang yang banyak.  Terpulang kepada juri untuk  membuat andaian mengenainya.

Affandi berkata dia ada simpan RM400,000 sejak di Petaling  Jaya (pada 1992) tetapi saya hairan kerana adalah tidak logik wang  sebanyak itu dibawa ke sana kemari ketika hidup di beberapa tempat.

Walaupun dia kata ada wang sebanyak itu namun keterangan saksi menunjukkan dia berhutang untuk membeli keperluan dapur.

Pembela juga gagal mengemukakan keterangan sokongan bagi menunjukkan Affandi dan Mona hidup senang lenang dan memiliki kereta mewah sedangkan semua itu dibuktikan dengan mudah sekiranya benar.

Malah dakwaan Affandi bahawa tongkat dan songkok yang dijual kepada si
 mati berhikmat tidak disokong oleh keterangan yang diberikan saksi pembela walaupun saksi pernah terbabit dengan penjualan benda itu kepada beberapa orang.

Pembela juga mendakwa Affandi dan Mona menjual surat sokongan berharga di antara RM2,000 dan RM3,000 tetapi gagal mengemukakan keterangan sokongan bagi menyokong kenyataan itu.

Hanya isteri Affandi, Mona yang memberikan keterangan menyokong suaminya. Tetapi keterangan itu tiada nilai kerana kebenarannya tidak dapat ditentukan.

Mona pula memberikan dari kandang tertuduh menyebabkan keterangannya tidak dapat diperiksa balas bagi membuktikan kebenarannya.

Juri boleh mengeluarkan keputusan berdasarkan tiga keadaan. Pertama, sekiranya setelah menimbangkan semua keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembela, juri berpuas bahawa pendakwa telah membuktikan kesnya terhadap ketiga-tiga OKT atau mana-mana OKT hingga tidak ada keraguan yang munasabah maka juri hendaklah memberi keputusan bersalah.
Kedua, sekiranya juri tidak berpuas hati atau berasa ragu-ragu yang ketiga-tiga OKT atau mana-mana OKT telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesesakan tidak terjumlah kepada lima pengecualian maka juri boleh menimbangkan keputusan kesalahan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Ketiga, sekiranya juri berpuas hati bahawa pendakwa telah gagal membuktikan kesnya atau ada keraguan yang munasabah bahawa OKT yang menyebabkan kematian si mati, maka juri hendaklah memberikan keputusan tidak bersalah.

Seterusnya reaksi tertuduh ketika keputusan juri diumumkan...


EPISOD 33

TARIKH : 9 FEBRUARI 1995
TEMPAT: MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH
TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY.

HAKIM : DATUK MOKHTAR SIDIN TEPAT jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suara bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai 1993.  Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi Abdul Rahman (kedua) danMaznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi hukuman mati mandatori.

Reaksi tertuduh ketika keputusan penghakiman dibacakan Tiada tangisan, tapi senyuman diberikan oleh pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey dan Mohd Affandi Abdul Rahman ketika ketua juri memberi keputusan 7-0, bahawa mereka dan Juraimi Husin  bersalah membunuh Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris.

Juraimi pula terdiam sambil menahan sebak ketika ketua juri  menyampaikan keputusan sebulat suara itu kepada Hakim Datuk Mokhtar  Sidin.

Mona dan Affandi yang duduk bersebelahan di kandang tertuduh sempat berbual dan bergurau sebelum keputusan itu dibuat.

Selepas keputusan dibuat, Mona masih mampu tersenyum dan menjelirkan  lidahnya, sambil tergelak kecil memandang ke arah Affandi yang kelihatan tenang.

"I am very happy (saya gembira)," katanya dalam kandang tertuduh ketika di tanya mengenai keputusan itu sejurus hakim membacakan hukuman terhadapnya.

Affandi pula berkata: "Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan." Affandi sempat mengucup dahi Mona sebelum dibawa keluar dari kandang tertuduh.

Hakim ketika membacakan hukuman itu berkata:

"Berikut adalah hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu satu hukuman mandatori. Saya tiada pilihan untuk menjatuhkan hukuman itu seperti berikut.

"Hukuman mahkamah terhadap kamu bertiga ialah kamu akan dibawa dari mahkamah ini ke penjara yang sah dan kamu akan dibawa ke suatu tempat di mana hukuman mati, iaitu gantung akan dijalankan."

Affandi, Mona dan Juraimi didapati bersalah membunuh Ahli Dewan  Undangan Negeri (Adun) Batu Talam itu dan dijatuhkan hukum mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Ketiga-tiga mereka akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Hakim berkata, mereka berhak merayu secara automatik ke Mahkamah  Rayuan, walaupun Mona dan Affandi tidak membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh ketika itu.

Peguambela Juraimi, Karam Singh Bhal yang membuat rayuan bagi pihak Juraimi selepas Mokhtar membuat keputusannya, berkata Juraimi yang berusia 23 tahun ketika melakukan pembunuhan itu tidak mendapat  pendidikan tinggi, setakat darjah tiga.

Katanya, Juraimi anak kedua daripada enam beradik juga tidak mempunyai pekerjaan. "Dia juga seorang yang jujur dan taat kepada ibu bapa serta tidak pernah melakukan kesalahan jenayah sebelum ini. Saya merayu kepada mahkamah untuk menimbang nasibnya dalam
kesalahan jenayah pertamanya," katanya.

Juraimi pula berkata: "Terpulang kepada jasa baik mahkamah." Peguambela Mona dan Affandi pula berkata, dia diarahkan oleh Mona dan Affandi untuk membawa keputusan itu ke Mahkamah Rayuan. Affandi dan Mona berkata, mereka menerima keputusan mahkamah

Pendakwa kes bunuh Datuk Mazlan Idris berjaya membuktikan Juraimi, Affandi dan Mona atau Mona Fandey mempunyai niat untuk membunuh  bekas Adun Batu Talam itu.

Hakim Datuk Mokhtar Sidin yang menggulung kes perbicaraan itu berkata, tiga unsur yang menunjukkan pasangan bomoh itu dan pembantu mereka mempunyai niat untuk membunuh Datuk Mazlan Berjaya dikemukakan oleh pendakwa melalui keterangan saksi.

Katanya, pendakwa membuktikan bahawa unsur pertama iaitu Mazlan mati di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 dan 12 tengah malam 8 Julai 1993 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong Raub.

Unsur kedua kematian Mazlan adalah disebabkan perbuatan ketiga tertuduh atas niat bersama, sementara unsur ketiga adalah semua tertuduh dengan niat serta pengetahuan menyebabkan kematian Mazlan turut dibuktikan oleh pendakwa, katanya.

Menurutnya, ketiadaan sebarang luka tangkis pada mayat Mohd Mazlan seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Kanan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Abdul Rahman Yusof turut membuktikan Mohd Mazlan dibunuh dengan niat.

Sebaliknya, katanya, pembela gagal mengemukakan keterangan sokongan kepada fakta yang ditimbulkan dalam perbicaraan bagi mewujudkan  keraguan munasabah.

Menurutnya, Affandi berkata tongkat sakti dan songkok ajaib berharga RM2.5 juta mempunyai hikmat tetapi gagal membuktikannya walaupun memanggil dua saksi untuk memberi keterangan sewaktu pembelaan.

Mokhtar berkata, bukti juga tidak dikemukakan bagi menunjukkan bahawa pasangan bomoh itu memiliki RM900,000 seperti didakwa oleh pembela  serta hidup dalam suasana mewah.

Sebaliknya, katanya, Mona dan Affandi berbelanja besar lebih RM200,000 selepas kematian Mohd Mazlan sedangkan pendakwa berjaya membuktikan Mazlan mengeluarkan RM250,000 pada siang 2 Julai 1993.

Sedangkan, katanya, baki dalam akaun simpanan Mona dan Affandi tidak banyak iaitu sekitar RM2,000.

Katanya, kebanyakan not RM200,000 yang dibelanjakan oleh pasangan  bomoh itu adalah not RM1,000 sama seperti not yang diterima oleh Mazlan dari bank.


EPISOD 34

CERITAKU mengenai Mona Fandey hampir ke penghujungnya. Waktu itu adalah hari-hari terakhir aku bersama Mona serta dua tertuduh lain - Juraimi Husin dan Mohd Affandi Abdul Rahman.


Cerita dalam mahkamah sudah selesai. Juri memberi keputusan 7-0. Kalau  main bola sepak ni kata orang kena belasah teruk macam pasukan Malaysia. Tugas aku tak tamat lagi, aku kena bekejar ke luar mahkamah kena dapat kenyataan daripada ketiga-tiga tertuduh. Uh, mana dan aje le, hulur perakam kaset. Nanti ada satu gambar, engkau orang nampak tangan aku saja.

Hasilnya : ""Hukuman itu adil dan saya sudah jangka macam itu," kata Maznah Ismail atau Mona Fandey mengenai keputusan sebulat suara tujuh juri bahawa dia, Affandi dan Juraimi bersalah membunuh Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris.

Katanya, dia puas hati dengan keputusan mahkamah dan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

"Saya menerima keputusan itu. Syukur Alhamdulillah.

"Saya juga ucapkan terima kasih kepada wartawan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya cintakan Malaysia," katanya ketika dibawa keluar dari bilik mahkamah untuk ke trak polis.

Menjawab soalan, Mona berkata dia sangat sayangkan suaiminya, Affandi.

"I love Encik Fandi very much," katanya.

Ditanya mengapa sayang Affandi, Mona menjawab: "Affandi adalah hak saya, hak saya juga adalah hak Affandi."Mengenai anaknya Mona menjawab: "Anak saya tak kisah, kalau ada laki, dapat anak."

Mona ketika ditanya sama ada mahu meminta maaf kepada keluarga Mazlan seperti yang dilakukan oleh Juraimi, katanya: "Saya sayang pada keluarga Datuk semua. Sebagai adik kandung saya."

Affandi pula ketika ditanya perkara yang sama pula menjawab: "I only (saya cuma) minta maaf to God (pada tuhan). Pada isteri Datuk pun tidak. "I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it (tetapi dia yang melakukannya)."

Juraimi pula ketika ditanya mengenai keputusan mahkamah, berkata dia macam biasa dan tidak gugup ketika menunggu keputusan itu.


Sikit lagi nak habis dah story kes pembunuhan paling sensasi di Malaysia ni. Oh ye, untuk yang follow story Mona Fandey ni, sekali lagi nak bagi tahu bahawa, segala penulisan mengenai Mona Fandey ini adalah datangnya dari pengalaman Webzone Attack (WA). Aku pun tak kenal siapa WA ni, tapi segala kredit adalah untuk beliau.

 

Resepi: Ikan Bilis Sos Cili Caramel

Tahun kedua berpuasa dengan suami. Tahun lepas, sahur just masak nasik je and hangatkan lauk semalam, tapi tahun ni masak je setiap kali sahur. Sampai abis idea nak masak ape yang mudah dan menyelerakan pagi-pagi ni.

Masakan ni my mum kadang2 buat jugak time breakfast, tapi bila kitorang dah besar, dah jarang la pulak mak masak lauk simple-mimple ni.. So, sekadar ingatan aku tentang rasa masakan ni waktu kecil, aku cuba menghasilkan sendiri.

Nak bagi gempak sikit namanya aku letak cam ala-ala puding caramel plak, tapi ganti ngan ikan bilis..simple and senang...10 minit dah siap. Yang ni kira untuk 2 orang makan la.

Bahan-bahannye:
a) Segenggam ikan bilis (kalo bleh beli yang berkualiti tinggi sebab akan kurang kadar kemasinannya) Jangan lupa basuh dulu tau.
b) 2 sudu besar cili giling/cili boh
c) 2 sudu gula pasir
d) Garam secukup rasa
e) Seulas bawang merah dan seulas bawang putih dihiris nipis.

Kaedahnye:
a) Goreng rangup ikan bilis. Angkat dan toskan.
b) Untuk sos caramel, panaskan kuali dengan 2 sudu minyak.
c) Tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai kekuningan.
d) Masukkan cili giling 2 sudu or lebih (kalo nak pedas).
e) Masukkan 2 sudu gula pasir or lebih (kalo nak manis) dan garam secukup rasa
f) Gaulkan ikan bilis dengan sos caramel tadi.

Siap and boleh la dihidangkan dengan nasik panas ketika sahur/breakfast.

Mona Fandey: Most Shocking Murdered Case In Malaysia (Episod-29-31)

EPISOD 29

PEGUAMBELA Ikmal Hisam Idris yang membela tertuduh pertama dalam perbicaraan kes bunuh bekas Adun Batu Talam, Juraimi Husin, meneruskan hujah penggulungan di Mahkamah TinggiTemerloh pada 1995.

Keterangan OKT pertama adalah apa yang sebenarnya berlaku  dan dia adalah seorang saksi jujur berbanding keterangan OKT kedua, Mohd Afandi Abdul rahman.

OKT kedua mempunyai trend yang bahaya dan perlu penapisan  yang cukup teliti kerana sentiasa cuba mengelak serta menangkis kebanyakan soalan yang dikemukakan kepadanya, dengan melemparkan beban kepada OKT ketiga dan pertama. Malah  beban itu juga dilemparkan kepada peguamnya sendiri.

Hampir keseluruhan keterangan Affandi adalah satu  pembohongan dan OKT kedua mahu mahkamah mempercayai keterangannya.

OKT kedua juga mengakui mahu menjual kereta milik Mazlan bernombor pendaftaran CAA 5115, tetapi berkenaan songkok, tongkat dan azimat tidak dijual kerana bukan haknya, tapi hak mangsa (Mazlan). Keterangan ini bercanggah di antara satu  sama lain.

OKT kedua juga berkata, pada 6 atau 7 Julai 1993, dia bersama  OKT ketiga, anak mereka (Mazdiana Affendy), Tengku Yahya dan  Simon (Tan Teck Seng) ke tempat kejadian semula untuk mengambil dokumen Mona.
Pemergian sebenar OKT kedua dan ketiga ke sana untuk  memastikan semua arahan Affandi dan Mona kepada Juraimi  telah dipatuhi sepenuhnya.

Ini kerana telah menjadi satu trend kepada semua penjenayah  untuk melawat kembali tempat kejadian bagi memastikan semua bukti yang boleh mengaitkan si penjenayah itu dihilangkan atau dikenali sebagai `Doctrine of Lapse'.

Ini dapat dilihat pada barang kes P22 (rakaman percakapan beramaran Mona) pada muka 31 para 50, di mana OKT ketiga mengatakan "Kami berada di Ulu Dong kira-kira satu jam sahaja. Sebenarnya tujuan kami balik untuk periksa keadaan rumah dan  Gondrong (Juraimi) tentang kematian Datuk Mazlan".

Pada muka 28, para 43 baris lima, OKT ketiga mengatakan "Ketika itu saya nampak Affandi berpaling kepada Gondrong  sambil memberi isyarat kepadanya dengan mengarahkan  matanya supaya Gondrong jalankan kerjanya. Saya Nampak Gondrong memegang kapak dan terus `dum' ke leher Datuk Mazlan."

Keterangan OKT ketiga dari kandang orang kena tuduh juga  tidak patut diambil kira oleh mahkamah, sebaliknya rakaman percakapan beramaran Mona mestilah diterima.

Sebelum 22 Julai 1993, Juraimi adalah dalam keadaan tidak boleh berfikir dengan waras dan tidak boleh mengetahui sebab serta akibat daripada perbuatannya serta tidak boleh mengawal
pergerakan dirinya sendiri.

Dia telah menjadi seperti robot kepada OKT kedua dan ketiga. OKT pertama juga dijadikan tempat untuk membuang segala bebanan kerja jahat OKT kedua dan ketiga.

Perancangan ini dapat dilihat daripada mereka masih di Kuantan lagi yang mana semua bil diletak atas nama Juraimi, setelah  dia tidak lagi diperlukan, OKT pertama ditinggalkan untuk  menghadapi apa-apa saja yang bakal menimpa dirinya.

Menurut keterangan saksi pembela ke-4, Sarjan Masara  Yuasuap keadaan OKT pertama ketika ditahan adalah seperti seorang penagih dadah kerana berada dalam keadaan khayal,  mata merah berair, bercakap tak tentu arah, rambutpanjang paras bahu, muka cengkung, badan kurus dan pakaian lusuh dan kotor.

Ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam,  Masara mengatakan OKT pertama kurang normal dan ada masa  kita bercakap dengan dia, dia diam dan ada masa dia tak faham apa kita cakap.

Masara juga memberi keterangan pada masa ini Juraimi Nampak gemuk, rambut pendek, muka dia cerah dan pakaian kemas.

Keterangan saksi pembela ke-6, Sarjan Mejar Mashood Yaacob  juga sama dengan keterangan saksi pembela ke-4, yang mana  saksi ke-6 berkata, OKT pertama bermata kuyu, badan kurus,
berambut panjang serta berpakaian lusuh dan kotor.

Mahpop juga berpuas hati OKT pertama ditangkap atas alas an dadah kerana keadaan Juraimi ketika itu seperti penagih dadah. Menurut keterangan Masara dan OKT pertama, OKT pertama ke Balai Polis Dong sebanyak dua kali (pada 13 Julai 1993).

Juraimi berkata, pada kali pertama beliau dibawa ke Balai Polis  Dong dengan sebuah landrover polis dan kemudian dilepaskan  kerana OKT pertama hendak beri makan burung dan itik, serta pegawai juga tiada.

OKT pertama disuruh datang pada jam 7 malam. Juraimi agak  terlewat dan menelefon Balai Polis Dong dari Kampung Pamah  Kulat mengatakan dia terlewat sedikit.

Kedatangan kali kedua ini bolehlah dikatakan sebagai serah diri dan OKT pertama tidak gentar atau takut ke Balai Polis Dong kerana ini jelas menunjukkan dia tidak tahu apa sebenarnya  berlaku.

Sekiranya OKT pertama tahu apa yang telah dilakukannya itu  menyalahi undang-undang, ketika dilepaskan kali pertama itulah  peluang yang sehabis baik untuk dia melarikan diri.

Jelas bahawa Juraimi, tidak mempunyai sebarang motif, niat  dan tujuan berkaitan dengan tragedi kejadian itu.

Memandangkan kepada keterangan yang ada, OKT pertama  tidak boleh disabitkan kesalahan membunuh dengan niat  bersama yang mana boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tetapi Juraimi mestilah dihukum mengikut  Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Dari segi perlakuan, OKT pertama adalah seorang pendiam,  sabar, tidak pernah menyakiti hati orang, tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah sebelum ini dan orang kampung tidak
pernah mengadu apa-apa hal yang tidakbaik terhadapnya.  Demikian yang diterangkan oleh saksi ke-3 pembela, Husin Jamaluddin.

Saksi pendakwa ke-58, Noraini Abdul Rahman juga menyokong pandangan ini dengan mengatakan Juraimi adalah seorang yang  baik dan pendiam.

Kebenaran ini juga disokong oleh Affandi sendiri yang berkata, OKT pertama tidak banyak cakap, rajin serta tekun dan taat kepadanya.

Dengan keadaan inilah OKT kedua mengambil kesempatan  untuk mempergunakan OKT pertama.

OKT pertama juga mengatakan dia tidak mempunyai apa-apa  dendam terhadap Mazlan. Dia juga tidak pernah bergaduh,  bermasam muka atau menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Malah, hubungan OKT pertama dengan Mazlan macam biasa  saja. Juraimi juga tidak mempunyai apa apa urusan dengan Mazlan, baik dari segi perbadi mahupun perniagaan.

OKT kedua juga mengatakan setahunya OKT pertama tidak ada apa-apa perselisihan faham dengan Mazlan.

Oleh demikian dengan bukti serta autoriti yang telah dijelaskan, adalah dengan ini dihujahkan bahawa OKT pertama tidak ada langsung niat bersama untuk membunuh Mazlan dan ketika Juraimi menetak leher Mazlan, dia melakukannya dalam keadaan tidak sedar yang menyebabkannya tidak tahu akibat serta natijah daripada perbuatannya dan oleh itu dia patut dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Sekian.

Kita akan baca hujah penggulungan Affandi dan Mona selepas ini.


EPISOD 30

HANYA orang tidak siuman akan melakukan pembunuhan ngeri ke atas Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris yang dipotong kepada 18 bahagian.

Peguambela Gulam Mustaffa Nadar Ali Khan berkata, mengikut keterangan Juraimi ketika melakukan pembunuhan itu, dia tiada  perasaan, hilang akal dan seperti sesuatu masuk ke dalam badannya.

Katanya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau Mona Fandey dalam keterangan mereka pula menyatakan Juraimi  seperti orang hilang pedoman dengan giginya terkancing ketika pembunuhan itu.

"Adakah di sini hendak dinyatakankemungkinan Juraimi tidak siuman ketika itu?

"Di sini, saya meminta pihak juri memberi perhatian terhadap perkara ini," katanya ketika menggulung hujahnya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.

Menurutnya, hanya pakar atau psiktrik yang dapat menentukan keadaan Juraimi. Bagaimanapun, katanya, tidak ada keterangan menyokong bahawa Juraimi tidak siuman atau tidak sedar seperti dalam keterangannya.


Peguambela Affandi dan Mona itu juga mempersoalkan mengapa peguambela Juraimi tidak mengemukakan laporan mengenai keadaan tertuduh pertama yang diarah menjalani  rawatan sakit jiwa di Hospital Kuantan, Oktober 1994.

Pada soalan ini, peguambela Karam Singh Bhal bangun membantah dan berkata, perkara itu telah diberitahu kerana Hospital Kuantan tiada kemudahan untuk menjalankan rawatan itu.

Ikmal Hisam Idris kemudian menambah, tujuan Juraimi dihantar ke hospital itu bukan untuk menentukan sama ada dia siuman atau tidak, tetapi bagi menguji tahap IQnya.

Gulam yang tidak puas hati dengan jawapan itu kemudian  menyoal, mengapa tiada laporan mengenainya.

Pada peringkat itu, Hakim Datuk Mokhtar Sidin berkata, perkara  itu telah diperjelaskan kepada semua peguambela dan timbalan pendakwaraya di kamarnya.

Gulam kemudian berkata tiada laporan mengenainya.

Hakim kemudian menjawab dengan nada marah: "Encik Gulam jangan berlagak, berlakon. Saya panggil semua orang dalam kamar saya dan jelaskan perkara itu.

"Saya kurang senang dengan kenyataan Encik Gulam, seolah-olah Encik Gulam diabaikan, tidak diberitahu langsung mengenainya."

Gulam kemudian berkata: "Maksud saya, mengapa tiada ada susulan pemeriksaan itu."

Ikmal kemudian bangun dan berkata: "Kami meminta mahkamah supaya pemeriksaan itu tidak diteruskan."

Peguambela Affandi dan Mona seterusnya berhujah.

Yang Arif dan juri, seperti yang telah saya katakan sebelum ini, sejauh mana kita hendak mempercayai keterangan Juraimi Husin.

Ini terletak kepada keterangannya di mahkamah dan rakaman percakapan beramarannya yang menjadi barang kes.


Untuk menentukan kewibawaan Juraimi, saya membawa juri kepada beberapa perkara mengikut keterangannya di mahkamah dan rakaman percakapannya.

Dalam percakapan beramarannya, Juraimi ada memberitahu: "Lebih kurang seminggu sebelum pembunuhan, Haji Fendi (Affandi) telah beritahu saya supaya siap buat Datuk."

Dalam keterangannya, Juraimi berkata cadangan itu datang daripada Mona dan Affandi yang suruh buat persiapan.

Apabila disoal balas oleh saya, Juraimi berkata, bukan Mona tetapi Affandi yang arahkan.
Di sini, menimbulkan satu keraguan yang mana kita hendak pakai bagi membuat keputusan. Versi yang mana satu yang betul.

Juraimi telah bercakap bohong. Di sini, dia tidak bercakap  betul dan ini menimbulkan keraguan terhadap Affandi dan Mona.

Dalam keterangan di mahkamah, Juraimi berkata: "Saya tidak  ada apa-apa rancangan dibuat olehnya. Affandi dan Mona tidak berbincang dengan saya dan saya sendiri tidak tahu."

Dalam percakapan beramaran, Juraimi kata: "Semuanya telah dirancang."

Ini adalah satu perancangan yang hebat dan saya minta juri mengambil kira perkara ini sedalam-dalamnya.

Pihak juri perlu memberi penilaian terhadap perkara ini dengan membandingkan percakapan beramaran dan keterangan Juraimi di mahkamah.

Bolehkah kita korbankan dua nyawa (Affandi dan Mona) dengan  hanya mendengar keterangan daripada Juraimi?

Dalam keterangan mahkamah, pihak pendakwa bergantung  semata-mata kepada keterangan Juraimi (pengakuan pembunuhan Mazlan dan rancangan membabitkan Mona dan Affandi).

Saya berani berkata tanpa keterangan Juraimi, tiada keterangan kuat atau prima facie bagi pihak pendakwa.

alam keterangan Juraimi ada berkata Affandi mengambil selimut dan bantal ke bilik air.

Dalam percakapan beramarannya pula, Juraimi kata Mona ambil selimut dan bantal ke bilik belakang.

Lihatlah juri, percanggahan ini. Ini adalah satu lagi untuk kita menguji sejauh mana kewibawaan keterangan  Juraimi. Hendakkah kita percaya keterangan Juraimi untuk korbankan dua nyawa.

HAKIM: Encik Gulam, jangan cakap untuk korbankan nyawa. Kita belum buat sebarang keputusan lagi.

(Gulam kemudian mengemukakan beberapa fakta dalam keterangan dan percakapan Juraimi yang bercanggah).

Affandi dan Mona telah menafikan bahawa mereka memberi arahan kepada Juraimi (untuk melakukan pembunuhan itu).

Yang Arif dan juri, saya ingin membawa kembali kepada perkara tidak sedar yang dibangkitkan oleh Juraimi ketika saya menyoal balasnya.

Juri, jika Juraimi tidak sedar bagaimana dia sedar ketika menerima arahan.

Di sini tiada niat bersama. Di mana kedudukan niat bersama.

Di sini, sukar untuk dinilai keadaan tidak sedar, hanya pakar  dan psiktrik yang dapat membantu kita di sini (untuk menentukan keadaan Juraimi).

Tapi, kita tidak mendapat perkhidmatan mereka untuk menolong kita.

Juraimi kata dia tidak sedar dua minggu sehingga disentuh oleh mAffandi pada 22 Julai 1993.

Mengapa Juraimi tidak disentuh sekarang supaya Juraimi tidak boleh berkata apa-apa mengenai pembunuhan itu.

Kalaulah Affandi dan Mona mempunyai kuasa seperti itu sudah  itu mereka menggunakan kuasa itu pada bila-bila masa.

Di sini, saya meminta juri berfikir, ini adalah sesuatu perkara yang pelik sekali.

Adakah pengakuan Juraimi itu  benar. Itu yang juri perlu fikirkan dengan teltiti tanpa keterangan  pakar dan psiktrik.

Peguambela Juraimi yang  bijaksana telah mencadangkan, Juraimi diberi minum segelas air jampi sebelum pembunuhan supaya Juraimi menurut  arahannya. Affandi berkata tidak.

Ini satu tuduhan yang dilemparkan kepada Affandi, yang mana  tidak berasas sama sekali.

Jika Juraimi tidak sedar ketika melakukan pembunuhan,  bagaimana dia boleh sedar ketika Affandi menyentuh badannya?

Ini semua cerita dongeng dan karut, alasan yang tidak berasas dan tidak boleh diterima sama sekali.

Perkara tidak sedar dan diberi air jampi tidak timbul langsung dalam percakapan beramaran Juraimi. Ini fakta, bukan saya merepek di sini.

Mengapa tidak sebut kerana perkara ini tidak berlaku langsung. Ini adalah rekaan yang datang daripada pembelaan Juraimi.

Apabila saya soal balas mengapa tidak sebut, Juraimi berkata  dia terlupa, tak ingat.

Saya katakan perkara tidak sedar dan disentuh ini, sengaja  diada-adakan untuk menyelamatkan dirinya.

Dalam keadaan tidak sedar, Juraimi boleh menetak tepat  ke leher Mazlan. Jika dalam keadaan tidak sedar Juraimi menetak leher Mazlan, tentu Affandi dan Mona sudah habis. Juraimi hentam saja, tetak di mana-mana tubuh Mazlan, tak perlu tumpu pada leher.

Di sini saya mahu juri membuat pertimbangan kerana keterangan Juraimi bahawa dia tidak sedar datang dari dirinya sendiri. Tiada keterangan sokongan seperti daripada pakar atau psiktrik.

Sudah tentu jika dia tidak sedar, Juraimi akan tetak di mana-mana. Ini tidak, jasad dipotong kepada 18 bahagian, lebih bijak dari pakar bedah atau tukang potong daging.

Affandi ada berkata: "Kita semua habis." Affandi berkata  demikian dengan secara spontan kerana perbuatan Juraimi, kami semua terbabit.

Dalam keterangan Affandi, dia ada berkata Juraimi berkata  kepadanya: "Bapa dan ibu hanya ada, tapi saya yang buat."

Ini bermakna kejadian pembunuhan itu telah berlaku tanpa niat bersama oleh Affandi dan Mona.

Percakapan beramaran Affandi telah diambil pada 23 Julai 1993, sehari selepas ditahan polis.

Affandi tidak mempunyai masa  untuk mereka-reka cerita ketika  memberi percakapan beramaran itu.

Jadi apa yang berlaku ke atas Affandi dan Mona seperti yang diceritakan dalam percakapan beramaran itu adalah benar.

Tiap-tiap alasan pihak pembela ialah Juraimi tidak sedar, tanpa keterangan menyokong. Alasan yang diberikan Juraimi  adalah sesuatu untuk  membebaskan dirinya sendiri.

Kalaulah dengan menggunakan taktik ini dan telah menerima arahan dia tidak bersalah dan  dibebaskan, tidak selamat kita  semua. Juraimi boleh melakukannya lagi dan menggunakan taktik yang sama.

IKMAL: Yang Arif, tuduhan itu tidak adil.

HAKIM: Encik Gulam, berlaku adil.

GULAM: Dalam keadaan sama ada Juraimi sedar atau tidak, sama ada dia siuman atau tidak, mahukah juri sama sekali percaya dengan keterangannya, mahukah mengorbankan kedua-dua nyawa (Mona dan Affandi).

HAKIM: Bagaimana dengan nyawa tertuduh pertama?

GULAM: Mahukah juri korbankan ketiga-tiga nyawa, jika betul Juraimi tidak sedar. Oleh sebab tiada keterangan sokongan atau bukti dari pakar  dan psiktrik, kita tidak boleh terima keterangan Juraimi.

Pihak pendakwa gagal membuktikan satu kes pembunuhan  terhadap Affandi dan Mona tanpa sebarang keraguan.

Sekarang saya pergi kepada motif pembunuhan. Kita tidak ada  satu pun keterangan bahawa Affandi dan Mona telah mengambil  wang milik Mazlan yang ditunaikan pada 2 Julai 1993.

Pihak pendakwa cuba mengaitkan pembelian barang kemas,  perabot dan kereta oleh Affandi dan Mona dengan wang RM298,850 yang ditunaikan oleh Mazlan pada hari itu.
Kita tidak ada bukti sama ada wang yang dibayar oleh Affandi dan Mona untuk pembelian barang itu diambil dari Mazlan.

Di sini kita tidak boleh kata motif Affandi dan Mona beri  arahan kepada Juraimi supaya membunuh Mazlan kerana wang.

Sebaliknya Affandi dan Mona memang mempunyai wang  RM400,000 sejak tinggal di Petaling Jaya (pada 1992)  dan RM500,000 lagi cengkeram penjual tongkat, songkok dan  azimat kepada Mazlan.

Keterangan ini tidak dipatahkan oleh mana-mana pihak

Berkaitan dengan RM298,850, wang itu telah diagih-agihkan kepada ahli Umno ketika mesyuarat oleh Mazlan secara sulit pada malam kejadian terbabit.

Pendakwa tidak ada keterangan yang mereka menggunakan  duit Mazlan.

Angka-angka itu diberikan oleh pegawai-pegawai bank yang memberi keterangan di mahkamah.

Kita juga mempunyai cukup keterangan Affandi dan Mona hidup mewah. Ini berdasarkan keterangan Mona dan Affand sendiri, serta abang Mona, Tengku Yahya Tengku Abdullah dan abang  Affandi, Azmi.

Mengenai mengapa Affandi dan Mona tinggal di rumah buruk  di Tanjung Lumpur, Kuantan, itu tidak menjadi persoalan.

Itu terpulang kepada budi bicara seseorang, ada orang tidak  suka menunjuk-nunjuk. Orang kampung pun tidak menunjuk-nunjuk, tapi ada banyak harta.

Begitu juga dengan mengapa mereka ada kereta kecil. Itu juga terpulang kepada budi bicara.

Bagi mereka cukup hidup mewah dengan tinggal dan makan di hotel-hotel.  Affandi dan Mona tidak rancang untuk membunuh Mazlan, jika mereka rancang sudah tentu Affandi tidak mahu mendedahkan dirinya pada hari pembunuhan itu.

Affandi mengikuti Mazlan ke Kuala Lumpur, jumpa adik Mazlan,  jumpa anak bekas Menteri Besar, pergi mesyuarat Umno dan  jumpa ahli-ahli Umno.

Jika mereka merancang untuk bunuh Mazlan sudah tentu  Affandi tidak mendedahkan dirinya kepada orang ramai.

Tiada keterangan menyatakan Juraimi dipaksa atau diugut  supaya membunuh Mazlan.

Tiada keterangan Affandi dan Mona mengambil bahagian dalam  pembunuhan itu, mereka berada di situ cuma untuk menjalankan upacara mandi bunga.

Saya katakan bagi pihak pembela Affandi dan Mona telah menimbulkan keraguan. Mereka tidak berniat bersama untuk membunuh Mazlan.


Mereka tidak harus didapati bersalah mengikut Seksyen 302.  Mereka harus dilepas dan dibebaskan.
Sekian hujah saya.
Lepas ni hujah pendakwa.


EPISOD 31


TIMBALAN Pendakwaraya, Zakaria Sam menggulung hujahnya di Mahkamah  Tinggi Temerloh pada 1995.
 Pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh ialah:

"Bahawa kamu di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah  malam 8 Julai 1993, di sebuah rumah tanpa nombor, di Kampung Peruas,  Ulu Dong, dalam daerah Raub di dalam negeri Pahang, dengan niatbersama  seperti yang ditakrifkan oleh Seksyen 34 Kanun Keseksaan, telah melakukan
kesalahan bunuh, iaitu menyebabkan kematian YB Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris (nombor kad pengenalan 1317702) dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama."

Fakta yang tidak dipertikaikan di sini ialah:


1. Pada hari pembunuhannya Datuk Mazlan telah mengeluarkan wang hamper RM300,000 dari beberapa bank di Kuala Lumpur.

2. Jasad yang ditemui dalam lubang stor di rumah yang didiami oleh Juraimi, Affandi dan Mona di Ulu Dong adalah jasad Mazlan.

3. Mazlan telah dibunuh di rumah tempat kediaman ketiga-tiga tertuduh pada 2 Julai 1993 jam lebih kurang 11.30 malam.

4. Pada masa kejadian ketiga-tiga mereka berada di situ.

5. Ketiga-tiga tertuduh mengenali Mazlan beberapa bulan sebelum kejadian.
6. Juraimi telah membawa pihak polis kepada penemuan senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.  Apa yang dipertikaikan di sini ialah siapakah yang bertanggungjawab dalam pembunuhan itu.

·         Juraimi mengatakan dia telah menetak leher Mazlan kerana arahan Affandi dan Mona. Sebulan sebelum kejadian, Affandi dan Mona telah membuat rancangan untuk membunuh Mazlan dan dia diminta memberikan kerjasama. Semasa menetak itu dia dalam keadaan tidak sedar.

·         Affandi dan Mona pula di satu pihak mengatakan pada malam kejadian ketika mereka menjalankan upacara mandi bunga ke atas Mazlan, Juraimi dengan tiba-tiba seperti orang hilang pedoman menetak leher Mazlan. Motif Juraimi berbuat demikian kerana cemburukan hubungan Mazlan dengan Noraini.

·         Bagi pihak pendakwa pula, pembunuhan itu adalah hasil perancangan bersama ketiga-tiga tertuduh untuk membunuh Mazlan pada 2 Julai 1993. Dalam usaha membuktikan pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh, pendakwaan bergantung kepada peruntukan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 30 Akta Keterangan. Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan:

"Apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa ramai orang bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada mereka itu adalah bertanggungjawab atas perbuatan itu sama seperti seolah- olah perbuatan itu telah dilakukannya olehnya."

·         Ini bermakna walaupun Juraimi yang menetak leher Mazlan sehingga membawa maut, Affandi dan Mona adalah dianggap turut membunuh Mazlan kerana mereka bertiga telah merancangkan pembunuhan itu bersama-sama.

·         Pembunuhan itu adalah satu operasi yang dirancangkan bersama-sama oleh ketiga-tiga tertuduh. Tetakan pada leher Mazlan dan kemudian jasadnya dikerat-kerat dan lapah dagingnya adalah bukti niat untuk membunuh.

Tugas setiap tertuduh telah ditentukan lama sebelum kejadian:

- Satu lubang yang besar dan dalam digali oleh Juraimi beberapa hari sebelum kejadian,

- Juraimi telah mengasah kapak, Affandi dan Mona setiap seorang mengasah sebilah parang yang akan digunakan dalam pembunuhan itu,

- Affandi dan Mona akan berpura-pura menyediakan Mazlan untuk membuat ibu duit dengan membaring dan mendongakkan kepalanya,

- Juraimi akan menetak leher Mazlan,

- Mayat itu akan dikerat-kerat dan dilapah, kemudian ditanam dalam lubang stor dan disimen supaya pembunuhan itu tidak dapat dikesan.

Seksyen 30 Akta Keterangan pula memperuntukkan:

"Apabila lebih daripada seorang dibicarakan bersama atas suatu kesalahan yang sama, dan pengakuan salah yang dibuat  oleh seorang daripada mereka yang menjejaskan dirinya dan beberapa orang lain itu terbukti, mahkamah boleh menimbangkan pengakuan salah itu bagi
menentang orang yang lain itu dan juga bagi menentang orang yang membuat  pengakuan salah itu."

Ini membawa maksud apabila Juraimi mengaku menetak leher Mazlan di atas arahan Affandi dan Mona, keterangan Juraimi  mengesahkan pembabitannya dalam rancangan pembunuhan itu boleh digunakan terhadap Affandi dan Monauntuk membuktikan pembabitan mereka dalam pembunuhan itu.

Dalam kes ini, Juraimi melalui keterangannya di mahkamah dan percakapan beramarannya telah mengaku menetak leher Mazlan seperti yang dirancang oleh mereka bertiga.

Dia juga dengan percakapan beramaran Mona yang menyebut perancangan mereka bertiga untuk membunuh. Percakapan Mona boleh digunakan terhadap Juraimi dan Affandi.

Saya berhujah bahawa adanya niat bersama ketiga-tiga tertuduh untuk membunuh Mazlan.

Percakapan beramaran Juraimi dan keterangannya di mahkamah jelas menunjukkan pembabitan Juraimi dalam pembunuhan itu. Juraimi tahu akan niat Affandi dan Mona untuk membunuh Mazlan bagi mendapatkan wangnya, tanah dan harta lain yang berharga.

Beliau bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada Affandi dan Mona dalam melaksanakan rancangan itu. Menurutnya, perancangan telah dibuat sebulan sebelum kejadian.
Peranannya telah ditetapkan seperti mengasah kapak, menggali lubang, mendirikan stor, mencari kayu dan tayar buruk.

Dia ditugaskan untuk menetak leher Mazlan hingga putus, mengerat-ngerat jasad Mazlan, melapah dan seterusnya menanamnya.

Juraimi dengan jelas mengatakan dia telah menetak leher Mazlan tiga kali untuk memutuskannya. Ini untuk memastikan Mazlan mati seperti dirancangkan bersama.

Percakapan beramaran Juraimi jelas menunjukkan dia akan menerima habuan sebanyak RM15,000. Walaupun Juraimi dalam keterangannya mengatakan dia tidak mempunyai niat dan sebab serta tidak memperolehi sebarang kepentingan dari segi kewangan dalam pembunuhan itu, itu tidak relevan.

Dia menyertai rancangan itu dari awal lagi dengan penuh kesedaran. Katanya, dia diminta bekerjasama dan mengikut saja dan dia mengaku menetak leher Mazlan. Kapak yang diasahnya dengan tajam itulah yang digunakan untuk menetak leher Mazlan.

Niat dan motif tidak penting kerana ada keterangan nyata bahawa Juraimi di atas pengakuannya menetak leher Mazlan

Dia tahu perbuatannya salah. Apabila sepupu Mazlan datang bertemunya seminggu selepas kejadian bertanyakan  mengenai Mazlan dia mengaku menjadi takut dan terus menanam semua
senjata yang digunakan dalam  pembunuhan itu.

Hujah saya, apabila sepupu Mazlan datang  sekali lagi pada 12 Julai 1994 mencari Mazlan dan mengugut untuk laporkan kepada polis, Juraimi jadi takut dan ke Kuala Lumpur mencari
Affandi dan Mona, kerana takut rahsia pembunuhan terbongkar.
Keterangan Juraimi ini dan percakapan beramarannya boleh digunakan terhadap Affandi dan Mona untuk menunjukkan niat bersama mereka bertiga untuk membunuh Mazlan. Ini diperuntukkan mengikut Seksyen 30 Akta Keterangan.

Juraimi dalam keterangan dan percakapan beramaran jelas mengatakan bahawa rancangan pembunhan Mazlan datang dari Affandi dan Mona. Mona telah arahkan korek lubang dan Affandi arahkan ikat batu. Affandi dan Mona asah parang untuk pembunuhan, Affandi menyuruh Juraimi menunggu Mazlan datang.

Pada 2 Julai 1993 sebelum Mazlan datang pada sebelah malam, Mona telah memberitahu Juraimi bahawa Mazlan akan bawa banyak duit malam itu dan telah suruh Juraimi standby untuk pembunuhan. Keterangan Juraimi, sebulan sebelum kejadian Affandi dan Mona telah memberitahu rancangan mereka kepada saya.

Apa yang jelas di sini, rancangan membunuh Mazlan telah dibuat oleh Affandi dan Mona sebulan sebelum Mazlan dibunuh. Ini memberikan masa yang cukup untuk Affandi dan Mona merencanakan rancangan mereka dengan rapi. Mereka menunggu masa yang sesuai iaitu apabila Mazlan membawa duit yang banyak.

Saya berhujah, Mazlan mengeluarkan wang yang banyak ini bukan untuk diagihkan kepada penyokongnya, tetapi dibuat ibu duit kerana dia memerlukan wang yang banyak bagi pemilihan Ketua Bahagian Umn

Ini berasaskan dalam kenyataan saksi pendakwa ketiga, Ramlan Majid yang tidak menyebut Mazlan mengagih-agih duit pada malam itu. Encik Gulam ketika menyoal balas Ramlan ' tidak mengemukakan soalan mengenai pengagihan wang.

Juraimi pula mengatakan dia ada mendengar  Affandi memberitahu Mazlan, nanti ada orang cakap duit akan banyak jatuh.

Adalah jelas pada 1 Julai 1993 lagi, Affandi sudah tahu bahawa pada keesokan harinya Mazlan akan keluarkan banyak wang.

Dengan itu dia memberitahu Mona pada 2 Julai  1993 sebelum ke Kuala Lumpur supaya beritahu Juraimi untuk bersedia untuk pembunuhan pada malam itu.

Mona menyampaikan arahan itu kepada Juraimi sekembalinya dari menghantar Madiana ke sekolah.

Peranan Mona dalam pembunuhan ini jelas dilihat dari percakapan beramarannya.

Para 41 mengatakan rancangan pembunuhan itu adalah rancangan pembunuhan mereka bertiga dan bagaimana Affandi telah memberi isyarat kepada Juraimi untuk menetak leher Mazlan.

Kemudian dia dan Affandi telah mencuci darah di luar bilik air di bahagian lantai. Jadi adalah jelas ada niat bersama dan perancangan di antara mereka untuk membunuh Mazlan pada malam 2 Julai 1993.

Pembelaan Juraimi ialah ketika kejadian dia tidak sedar apa yang berlaku. Dia tidak sedar dari tarikh kejadian dan hanya sedar pada 22 Julai 1993 apabila Affandi memegang bahunya.
 Hujah saya, cerita Juraimi bahawa dia tidak sedar ketika kejadian hanyalah rekaannya semata-mata bagi melepaskan diri dari pertuduhan. Ini berdasarkan alasan berikut: Perkara dia tidak sedar, tidak ada perasaan, saya khayal semacam sesuatu masuk ke badan, langsung tidak disebut dalam percakapan beramarannya.

Encik Gulam juga ada bertanya sebanyak dua kali kenapa tak beritahu polis dalam percakapan beramaran bahawa dia khayal, Juraimi tidak beri jawapannya.

Kalau inilah pembelaannya adalah mustahil bagi dia tidak menyebutnya dalam percakapan beramarannya kerana perkara ini amat penting. Kalau tidak sedar bagaimana Juraimi boleh mencari Affandi di Tin Mines, beli cincin dan rantai emas di Kuala Lumpur, bermalam di rumah kawan di Klang dan ceritakan dengan terperinci kejadian pembunuhan dari awal hingga akhir.

Juraimi juga mengaku membohongi Penolong Penguasa Mahpop Jaafar ketika ditanya di mana Affandi dan Mona berada pada 19 Julai 1993. Pembohongan itu untuk menutup fakta bahawa ketika itu Mazlan telah mati dan menunjukkan Juraimi sedar apa yang berlaku.

Kalau tidak sedar bagaimana Juraimi boleh sedar Affandi beri RM180 pada malam kejadian, Mona beri RM1,000 dan Affandi suruh tambah RM500 pada 8 Julai 1993. Juraimi juga ingat pesanan Mona RM1,000 untuk makan itik dan RM500 untuk makannya.

Cerita Juraimi bahawa dia hanya sedar apa yang berlaku setelah Affandi menyentuhnya di Balai Polis Raub pada 22 Julai 1993 dan memintanya menceritakan apa yang berlaku adalah rekaan Juraimi kerana:

- Kalau dia tidak sedar, dia tidak akan tahu Affandi menyentuh bahunya.

- Juraimi memutuskan untuk menceritakan pada peringkat ini apa yang sebenarnya berlaku kerana Affandi telah beritahu polis rahsia pembunuhan itu. Jadi, tiada sebab untuknya menyimpan rahsia itu.

- Sebelum Juraimi sedar dia boleh mengingati dengan terperinci di mana Affandi dan Takbir berdiri dalam bilik di Balai Polis Raub, siapa berada dalam bilik itu termasuk jarak Timbalan Penguasa Takbir Ahmad Nazir Mohd daripadanya. Juraimi juga boleh mengingati dengan jelas telah menetak leher Mazlan tiga kali kerana dua tetakan pertama leher Mazlan tidak putus. Juraimi juga melukis kedudukannya, Affandi dan Mona dalam rajah kasar.

Kalau tidak sedar masakan dia boleh ingat dan melukiskan kedudukan itu. Apakah yang dimaksudkan oleh Juraimi bahawa dia tidak sedar? Adakah dia tidak sedar hingga ke peringkat tidak siuman? Beban membuktikan bahawa dia tidak sedar hingga ke peringkat tidak siuman terletak di bahunya.

Pembelaan Affandi dan Mona pada malam itu ketika mereka sedang memandikan bunga ke atas Mazlan, tiba-tiba Juraimi datang dan tetak leher Mazlan. Menurut Juraimi, tidak ada mandi bunga, itu hanya alasan Affandi dan Mona.

Upacara yang dijalankan pada malam itu ialah upacara membuat ibu duit untuk menggandakan duit Mazlan kerana:

1. Juraimi ada mendengar Affandi memberitahu Mazlan dalam bilik air, nanti ada orang cakap duit akan banyak jatuh.

2. Untuk mandi bunga Mazlan tidak perlu berbaring.

3. Dalam upacara mandi bunga tidak perlu mengeraskan semangat.

4. Tidak perlu Juraimi mengangkut bekas air mandi bunga untuk buang keluar kerana di bilik air itu ada laluan air.

5. Hanya sekuntum bunga orkid digunakan. Untuk mandi bunga beberapa jenis bunga digunakan.

Adalah saya berhujah upacara membuat ibu duit malam itu sebenarnya hanyalah alasan untuk Mazlan disuruh berbaring supaya senang lehernya

1. Besen diletakkan di bawah kepala Mazlan untuk menakung darah yang keluar dari lehernya supaya tidak keluar melalui laluan air keluar rumah yang mana akan dilihat orang.

2. Juraimi ada mendengar Mazlan berkata kepada Affandi bahawa dia tidak tahan mendongak lama-lama. Untuk mandi bunga tidak perlu kepala Mazlan didongakkan lama-lama kerana air mandian akan masuk ke teling dan hidung. Ketika berbaring kepala Mazlan diletakkan di atas bendul batu yang agak tinggi.

Ini akan menyebabkan lehernya terlindung. Dengan mendongakkan kepala Mazlan di atas bendul yang tinggi leher Mazlan akan terdedah luas bagi memudahkan Juraimi menetaknya dengan tepat seperti dirancangkan.

3. Selimut yang diletakkan di bawah badan Mazlan untuk menyerap darah yang mengalir bagi kurangkan kesan darah.

4. Bilik air itu sempit untuk empat orang. Tanpa perancangan rapi, bukan mudah untuk Juraimi menetak leher Mazlan.




Jadi keterangan Affandi dan Mona bahawa Juraimi masuk dengan tiba-tiba menetak leher Mazlan adalah rekaan mereka untuk mengenakan Juraimi seorang, kerana:

1. Jika benar Juraimi masuk meluru dan menetak leher Mazlan, tangan Affandi dan Mona akan tertetak sama kerana masa itu Affandi kononnya sedang mengusap muka Mazlan dan Mona sedang menjirus muka Mazlan.
2. Apabila kepala Mazlan didongakkan dan Affandi menutup mata Mazlan pada ketika itu Affandi memberi isyarat tangan kepada Juraimi supaya masuk dan tetak leher Mazlan. Sementara itu Affandi dan Mona beralih ke belakang untuk memudahkan Juraimi menetak.

4. Kalau Juraimi meluru masuk dalam keadaan hilang pedoman dia tidak akan dapat menetak dengan tepat leher Mazlan. Ini menunjukkan ada perancangan rapi.

5. Keterangan Affandi dan Mona yang mengatakan Juraimi masuk secara tiba-tiba dan menetak leher Mazlan juga bercanggah dengan percakapan beramaran Affandi:

"Gondrong bangun dan telah mencapai kapak besar yang berada di tepi pintu dekat kami mandikan Mazlan dan terus menetak pada halkum Mazlan." Cerita Affandi yang tidak konsisten ini jelas menunjukkan dia berbohong mengenai kejadian sebenarnya.

5. Cerita Affandi dan Mona bahawa Juraimi meluru masuk dan seperti orang hilang pedoman menetak leher Mazlan adalah cerita rekaan mereka berdua untuk meletakkan beban keseluruhan ke atas bahu Juraimi.

6. Sebelum menetak Mazlan, Affandi ada berpesan kepada Juraimi: "Rong tetak biar tepat jangan salah tempat, kalau tidak habislah kita." Inilah perancangan mereka bertiga.

7. Menurut Juraimi, perancangan awal adalah mereka bertiga akan bersama- sama mengerat badan Mazlan kerana itulah Affandi dan Mona masing-masing mengasah satu parang. Tapi pada malam kejadian Juraimi seorang yang mengerat dan melapah daging Mazlan. Mona dan Affndi ke Kuala Lumpur, tinggalkan Juraimi melakukan kerja itu sendirian.

8. Adalah hujah saya bahawa mayat Mazlan dikerat-kerat dan dilapah supaya cepat busuk dan senang dihapuskan.

9. Juraimi juga ada bertanya kepada Affandi bagaimana dengan mayat ini. Affandi jawab, tanya ibu dulu. Affandi keluar dan jumpa Mona, masuk semula dan berkata, ibu suruh tanam saja. Ini jelas menunjukkan adanya rancangan niat bersama.

10. Selepas kejadian sebelum ke Kuala Lumpur, Affandi telah memberikan
 Juraimi RM180 dan pada 8 Julai 1993 mereka beri Juraimi RM1,500. Keterangan ini tidak dicabar dan ini menunjukkan ada perancangan bersama. Kalau Juraimi melakukan pembunuhan itu atas sebab-sebab sendiri, tidak ada sebab Affandi dan Mona berinya wang itu.

11. Juraimi menafikan dia ada memberitahu Affandi selepas kejadian. Bapa dan ibu keluar, orang macam ini lebih baik mampus. Ibu bawa adik lari mana-mana, biar Gondrong tanggung. Ini adalah rekaan Affandi untuk melepaskan dirinya dan Mona. Kalau benar Juraimi ada berkata begini, kenapa pula Juraimi hendak membabitkan mereka berdua? Jika benar Juraimi ada berkata demikian kenapa Juraimi tidak disoal dalam soal balas mengenai perkara ini.

Hujah saya bahawa apa yang tercatat dalam percakapan beramaran Juraimi dan keterangan di mahkamah serta percakapan beramaran Mona mengenai perancangan dan kejadian pembunuhan adalah perkara sebenarnya berlaku. Jika pembunuhan itu tidak dirancangkan oleh Affandi dan Mona, tidak ada sebab untuk Juraimi mengait atau membabitkaan Affandi dan Mona dengan kejadian itu.

Affandi dan Mona tidak ada mengemukakan sebarang keterangan kepada mahkamah bahawa Juraimi ada berselisih faham, dendam, sakit hati dengn mereka untuk menganiayai mereka.

12. Menurut Affandi dan Mona, Juraimi menetak leher Mazlan malam itu kerana Juriami cemburu dengan Mazlan yang mempunyai hubungan sulit dengan Noraini. Ini dinafikan oleh Juraimi dan Noraini.

Dengan ini jelas Affandi dan Mona gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan mengenai pembelaan mereka dalam pembunuhan Mazlan.

Pembelaan Mona. Pihak pendakwa telah membuktikan kepada mahkamah bahawa Mona telah memberi percakapan beramaran kepada Takbir pada 14 Ogos 1993 dan mahkamah memutuskan percakapan itu diberi secara sukarela dan diterima sebagai barang kes.

Dalam percakapan itu, Mona menjelaskan akan rancangan pembunuhan Mazlan oleh mereka bertiga dan bagaimana Affandi telah memberi isyarat kepada Juraimi untuk menetak leher Mazlan dan dia kemudian telah mencuci darah di luar bilik air.

Menurutnya, tujuannya dan Affandi kembali ke Ulu Dong pada 8 Julai 1993 untuk memeriksa ke atas rumah dan Gondrong tentang kematian Mazlan.

Mona telah memilih memberi penyataan dari kandang tertuduh. Apa pembelaannya? Hanyalah penafian semata-mata. Mona telah menafikan memberi percakapan kepada Takbir. Dalam kenyataannya Mona tidak langsung memberi penjelasan jika dia tidak terbabit dalam rancangan pembunuhan kenapa tidak laporkan kejadian itu atau menasihatkan Affandi laporkan kepada polis.

Mona juga tidak menjelaskan kepada mahkamah selepas menyaksikan satu pembunuhan ngeri dan dalam keadaan terkejut dan tergamam, Mona boleh membeli kereta mewah tujuh atau 8 jam selepas pembunuhan, membeli-belah barang kemas dan perabot, menyanyi di music lounge Hotel Park Royal dan menjalani pembedahan plastik.

Tindak tanduk atau kelakuannya bukanlah kelakuan orang yang munasabah.

Selanjutnya keputusan juri dan penghakiman.