Tajuk entry yang ntah pape..aku selalu kehabisan idea nak letak tajuk entry ok. Lama woo tunggu mengisahkan aku yang dah dekat 4 tahun keje ni...bila la nak naik pangkat ni...gaji dah sampai T5 pun tak nampak bayang nak jejak M44.
Batch 2/2007 17 Ogos 2011 akan menerima watikah pemangkuan M44 di JPA, bila batch aku yang 3/2007 ni. Sikit je batch kiteorang..dalam 100 lebih. Dalam hati aku berdoa dapat le memangku potipo sebelum Disember 2011 ni...amin.
Ade orang buat lawak, Government of Malaysia (GOM) ni diperintah oleh 41. Mana taknya, pegi meeting 41, buat kertas kerja 41, buat dasar 41, buat decision pun 41. Hehehe..tapi personally aku tak la rasa sampai peringkat tu lagi. Cuma mungkin terkeluar lawak sedemikian sebab 41 merupakan gred terendah di dalam Pengurusan & Profesional (P&P), itu pasalpun keje macam kuli. semua YB yes boss je...tapi ini adalah proses pembelajaran. Learning curve yang panjang untuk seorang M41 batch aku dan seterusnya. Harap-harap batch sekarang ni lebih baik daripada batch dulu2 yang terlalu cepat sangat naik. Gaji baru cecah T2, dah naik potipo...tu yang tipoo je kejenye...hehehe..gurau je ek.
Apa-apapun, GOM Civil Servants seharusnya dipuji atas komitmen kerja. memang tak nafikan ade yang masih mengamalkan budaya lama 3M (Makan, Minum, Melepak) time office hour... Sekarang ni byk GOM CS dok blogging ngan FB je...hehehehehe..Tapi tu masa lapang babe, kalo masa busy, nak berak pun tak sempat dowh...tengok je la blog aku nih..sebulan bleh hapdate berapa setory je...punya busy yang amat.
Tapi korang kena faham GOM SC berkhidmat dengan kerajaan yang memerintah..especially GOM CS federal yang posting kat state..kalo state Pakatan Rakyat, maknanya ada 2 boss la..Apepun kena bijak la urus semua benda..Those politician yang rakyat pilih biasanya sentiasa hampeh, kecuali ade la sekerat dua yang memang komited. (Harap-harap PRU13, minimumkanlah calon2 hampeh yang menang..Amin)
Ade jugak politicians yang suka meminta kita melaksanakan some task..nak cepat je..semua peraturan memang dilanggar. So ade yang buat lawak lagi, 'Memang Menteri suruh buat, tapi bukan suruh langgar peraturan'. Tugas pegawai adalah mencari kaedah bagi membolehkan perkara yang bercanggah dengan peraturan dapat dilaksanakan. So kat sini GOM CS kena bijakla jaga buntut masing2. Jangn samapai tersalah langkah, silap2 haribulan SPRM masuk..ade pulak kes ketiga terjun bangunan...
Walau skim manapun kita berkhidmat, From A-Z sekalipun, yang penting kerja mesti ikhlas, jangan berkira sangat. Pukul 1ptg sharp pegi makan, pukul 5ptg sharp balik rumah. Kalo perlu stayback, stayback la..tapi rumah tangga jangan tolak tepi terus..Kena pandai urus masa sendir..yang penting keje jangan tangguh babe.. Desk aku pun dah mcm kubu perang dah ni..kayuh pelan-pelan ma...jangan gopoh...CHayo!
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.