Seperti mana entry aku untuk maal hijrah yang lalu..begitu jugalah harapan aku untuk 2013.
Attitude paling utama yang ingin aku bentuk ialah disiplin solat. Melalui solat pelbagai perkara lain aku dapat disiplinkan diri dan manage time dengan baik.
Tiada harapan paling besar melainkan keampunan dari Allah s.w.t dan semoga amalan baik aku dan keluarga diterima Allah.
Hidup seadanya 2013 dan in sha Allah harap2 solat dhuha tidak aku tinggal setiap hari. Masya Allah seminggu dua ini aku berjinak jinak dengan solat dhuha rasa hidup kurang serabutnya. Besar fadhilat solat dhuha ini.
Dan yang terakhir sudah tentu untuk Islam agamaku, agama paling benar dan agama paling sempurna. Semoga kemenangan kepada Islam dan kepada orang Islam keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.