Thursday, January 31, 2013

Sampai masa...

Akad nikah aku berlangsung pada 30 Mei 2009. Lebih kurang 3 tahun 8 bulan dah aku selamat diijabkabulkan.
Aku dulu hantaran kahwin sikit je dapat. 7 dulang hantaran dan RM2,000 duit cash. Tapi maskahwin aku RM5,000. Bercakap soal hantaran kahwin, antara pemberian suami aku adalah:
Sebijik Kek dan
Sebakul Buah-buahan
Telekung dan Al-Quran
Gelang dan Cincin Berlian
Jam Tangan Solvis Titus - RM400++
Perfume & alat solek brand Dior - Maybe dalam RM300++
Sepatu (Sembonia) dan Handbag (Carlo Rino) - kalo tak silap sepatu harga dalam 200 lebih dan handbag dalam 400 gak la 

Aku masih ingat harga sepatu, hand beg, perfume dan alat solek sebab aku dan suami sama-sama beli barang hantaran kat Sogo. Apa dah jadik ngan barang hantaran?

Kek dan buah - habis dah kami makan hari kenduri...
Telekung dan Quran - masih pakai sampai sekarang
Gelang dan cincin berlian -masih tersarung di jari dan tangan
Jam tangan Solvis titus - tukar bateri dan tali jam
Perfume - dah abis, tinggal botol je
Alat solek - ada lagi. aku pakai sekali sekala je dulu. tapi dah lama tak pakai...dah expired rasanya
Handbag - masih dipakai. tapi ada sikit terkoyak kulitnya
Sepatu...
>



>



>



>



>



>




Inilah hasilnya....

Semalam aku pakai sepatu ni pegi Hospital Serdang, sekali buat malu aku je, tumit kasut tercabut dalam hospital. Yang tercabut tu belah kanan je. Sompek sebelah kaki aku. sebab sepatu ni lebih kurang 2-3 inchi tinggi tumitnya... last-last aku cabut tumit kasut sebelah lagi...Huuuu...inilah peristiwa paling bersejarah dalam tahun 2013...

Apapun terima kasih aku ucapkan kepada suamiku yang telah beri sepatu ni untuk aku kelihatan bergaya selama 3 tahun lebih...Selamat tinggal sepatuku...




Tuesday, January 29, 2013

Tahi Lalat

Korang tau tahi lalat pertama korang tumbuh kat mana? Aku banyak taik lalat..entah bila lalat datang berak tak tau la. Aku sendiri tak ingat taik lalat 1st aku mula kat mana...hehehe...
Anak dara aku si Inas Bussaina telahpun dinodai oleh sebijik tahi lalat dan sungguh cute sekali tahi lalat tu yang cantik terletak di pelipis kirinya. Bermula ngan sebesar titik jarum skang membesar jadi sebesar biji sawi.
Orang kata position tahi lalat ada rahsianya...berkaitan rezeki, sifat peribadi dan pelbagai lagi. Pada pendapat aku pulak, tahi lalat adalah makluman awal penyakit. Contohnya aku ada 3 tahi lalat di sepanjang leher kiri dan 3 tahi lalat lagi di sepanjang leher kanan. Memang cantik terletak sebarisnya dan kedudukannya hampir sama dengan kanan dan kiri. Now aku kini mempunyai penyakit yang bermula di leher iaitu penyakit berkaitan tiroid.
Tahi lalat inas di pelipis kiri...aku harap bukan penyakit serius....biarlah ia hanya ibarat tanda pemanis bagi anak dara yang bakal memiliki seorang adik tidak lama lagi.
Ibu love u so much sayang mucuk!

Tahi lalat pertama...hehehe...

Tuesday, January 8, 2013

Morning to Evening Sickness

Ok, aku dah start morning sickness..masalah morning ni sampai evening la sicknessnye.. kembang tekak 24 jam..loya je...

For the record, first pregnancy dulu aku memang alahan teruk. Hope this second time pregnancy, will be better...

Oleh sebab tengok blog kesukaan aku ni pun menyebabkan aku nak termuntah..so aku break kejap la..

Friday, January 4, 2013

I asked Allah...

I asked Allah
To give me wealth
But Allah gave me a life!
I couldn't ask more
This is the bestest give ever..
New Year Ridzq

Alhamdulillah...

We will be four this year..InsyaAllah...



Tuesday, January 1, 2013

Goodybye 2012... Welcome 2013

Seperti mana entry aku untuk maal hijrah yang lalu..begitu jugalah harapan aku untuk 2013.

Attitude paling utama yang ingin aku bentuk ialah disiplin solat. Melalui solat pelbagai perkara lain aku dapat disiplinkan diri dan manage time dengan baik.

Tiada harapan paling besar melainkan keampunan dari Allah s.w.t dan semoga amalan baik aku dan keluarga diterima Allah.

Hidup seadanya 2013 dan in sha Allah harap2 solat dhuha tidak aku tinggal setiap hari. Masya Allah seminggu dua ini aku berjinak jinak dengan solat dhuha rasa hidup kurang serabutnya. Besar fadhilat solat dhuha ini.

Dan yang terakhir sudah tentu untuk Islam agamaku, agama paling benar dan agama paling sempurna. Semoga kemenangan kepada Islam dan kepada orang Islam keseluruhannya.