Monday, January 30, 2012

SMART Tunnel...

Just take a minute to rest.. Penat sangat harini meeting dari pagi sampai petang. Pagi tadi kul 9.00 meeting di ICU, KL. aku kena present projek-projek NRE di Wilayah Persekutuan. Alhamdulillah semua ok. Cuma bila Tn. Pengerusi tanya kenapa KL banjir jugak walopon ade SMART Tunnel, aku nak share pasal fungsi SMART Tunnel (korang boleh jugak baca pasal SMART Tunnel di laman web JPS). SMART Tunnel  adalah mengelakkan banjir di Pusat Bandar KL (Kawasan lingkungan yang ada Sungai Ampang, Sungai Kelang dan Sungai Gombak di Pusat Bandar KL).

SMART Tunnel adalah sebuah terowong yang mengalihkan (divert) air dari Sg. Klang, Sg, Gombak dan Sg. Ampang ke kolam tadahan dan seterusnya ke Sg. Kerayong.


SMART Tunnel adalah sepanjang 9.7km dan kira-kira 3.3km darinya dibuat untuk penyuraian kesesakan trafik sepanjang Sg. Besi ke Loke Yew (yang korang kena bayar RM2 setiap kali lalu tu), yang mana laluan tu akan ditutup apabila air sudah sampai ke stage-stage tertentu.

Berkenaan banjir di Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, banjir telah berlaku beberapa kali sekitar bulan November/Disember sehingga membawa kerugian kepada orang ramai. Sebelum nak kata SMART tak menjalankan fungsinya, kena tengok fungsi SMART dululah (sila rujuk para di atas2). Pada pendapat aku, banjir kilat yang berlaku adalah kerana sistem perparitan yang tidak sempurna. Sistem perparitan pula adalah dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau dalam kes ni DBKL. Kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menguruskan perparitan yang mempunyai saliran terus ke sungai-sungai.

Outcome projek yang telah dapat dinikmati oleh orang KL (Pusat Bandar):
SMART Tunnel mampu mengelakkan banjir kilat/banjir besar di Pusat Bandar KL.
Sekian laporan tulus ikhlas dari Karam Sing Wakenabeb

Friday, January 27, 2012

SBPA tangguh

Apa-apa je la..janji pemangkuan M44 jangan la tangguh plak..rase macam dah berbulan-bulan boss aku sign sokongan pemangkuan ni..PSM pun dah hantar emel lama dulu dah terima surat permohonan pemangkuan...

Workload pun makin bertambah-tambah (sebab tu aku malas nak amek port gaji naik berapa..jusa punya gaji naik berapa) sebab SBPA ke SSM ke...workload aku tetap memberat dari tahun ke tahun... cara fikir aku pun dah macam KPSU..silap-silap mengalahkan SUB..cara fikir nok..bukan pengalaman....

Yang penting seronok kat ofis..apa pun aku tak kisah....keje jalan..orang puas hati..kawan-kawan aku skim G, C, Q, W, J selalu gak marah-marah kat aku..suka hantar emel lewat sangat mintak itu ini...heheheh...tapi marah-marah sayang sebab derang pun selalu lambat gak hantar emel kalo nak mintak aku angkat perubahan skop projek ke, pindah siling projek ke..tepon aku tiap2 5 minit....silap haribulan boley kena heart attack....

Cuma satu je aku nak mintak kat JPA..tak payahlah ada jadual waktu anjal WP1.2.3 tu....aku amek WP3..tapi aku selalu sampai lebih pukul 8.30 pagi..aku harap kalo aku masuk 8.31pg boleh la balik 5.31ptg..jgn la berkira sangat dengan seminit aku tu...uhuhuhu....janji cukup 9 jam...

Lamanya tidak berair mata

Bila teringat balik..lama tak menangis..
Awat plak nak nangis?
Yela..menangis melambangkan hati kita lembut..
Kurang menangis melambangkan hati kita keras...
Yang tu pendapat aku tentang diri aku..tak tau la pendapat orang len cmana.
Boleh rasa iman ni kurang bila kita tengok sesuatu yang menyentuh perasaan pun boleh tak nangis.

Tak nangis pun takpa..paling-paling ada jugak rasa sedih dan sayu...Contoh macam tengok baby kena buang merata-rata.....tengok teraniayanya anak-anak Palestin...dulu2 aku tangkap "basah" jugak la tengok story-story gini..mau berhingus-hingus hidung..punya la sedih..tapi sekarang dah kurang.

Mungkin hati makin gelap..mungkin makin berat dengan dosa...harap-harap dapat memurnikan semula hati dan memperbaiki akhlak.. Mengenangkan dulu betapa teringinnya aku nak ke Tanah Suci Mekah..tapi sekarang hati asyik ingat nak melancong je..London la..Paris la......Bandung la.....da tak simpan niat langsung nak ke sana.

Bila kawan aku merangkap Pembantu Khas Boss aku nak pegi umrah dengan family dia..Ya Allah..aku rasa tersentap..orang yang simpan niat bersungguh2 nak buat perkara elok..InsyaAllah Allah sentiasa memudahkan jalannya...compare keluarga dia ngan keluarga aku, keluarga aku "tampak" lebih ada-ada daripada dia..tapi...why......???? Biarlah aku tak tulis pertanyaan tu kat sini sebab aku rasa semua orang boleh faham.

Allah..kembalikan rahmat dan berkatmu dalam keluarga kami... Ampunkan dan satukan hati-hati kami yang mungkin sedikit sebanyak sebelum ini telah membelakangi perintahMu. Kami orang yang hopeless.. meaningless.. useless tanpa pertolongan dariMu Allah..

Thursday, January 12, 2012

Allah..letihnye keje...

Keje memang meletihkan...letih otak..letih fikiran..badan tak letih sangat.. Ni aku off kejap..melepaskan beban di pundak seketika dengan menulis blog..untuk meluahkan perasaan dan menginsafi diri.

Alhamdulillah aku masih ada job, ada je yang tak de job..tak yah bagi jauh, aku bagi contoh kawan aku Cik Jijah, pegawai kontrak di bahagian aku, dapat dah surat sambung kontrak dari SPA..tuptup tak sampai seminggu dah ditarik balik...kesian dia. Walaubagaimanapun aku doakan semoga Allah bukakan pintu rezeki buat dia seluas-luasnya kalo tidak dalam bidang PTD pun di bidang lain yang lebih baik.

Tu tak cerita lagi pasal officer di Unit KPI, Kementerian aku.. Min dan Pah. Pada pemerhatian aku unit ini digerakkan oleh dua dedicated officer ni..Walopun berstatus kontrak, they are giving so much for this Ministry...kalo pun manusia tak nampak pengorbanan mereka, aku tahu Allah nampak dan pasti Allah ada perancangan paling baik untuk mereka.

Begitu juga jobless-jobless lain semoga Allah bukakan pintu rezeki mereka seluas-luasnya especially yang ikhlas menjalankan tugas.



Ya Allah..
Berikan ikhlas di hatiku
Kuncikan bibirku dari sebarang rungutan
Hentikan hela nafasku dari sebarang keluhan
Redhakan aku dengan apa yang mendatang
Tabahkan aku apabila ranjau sepanjang jalan
Dugaan aku tidak sehebat dugaan orang-orang yang Kau sayang
Kerana kau tahu betapa lemah dan kerdilnya aku

Ya Allah...
Campakkan aku rasa malu dan rendah diri
Bilamana aku merasa aku hebat
Sentuhi aku dengan keyakinan tinggi
Bilamana aku merasa lemah dengan hidup
Aku tidak sehebat Khatijah
Aku tidak sehebat Aisyah
Malah jauh sekali hebatnya aku walau dengan bayi di dalam rahim

Maka dengan kelemahan ini Ya Allah
Bangkitkanlah aku dengan rasa syukur
Bangkitkanlah aku dengan riang gembira
Bangkitkanlah aku dengan wangian yang harum
Bangkitkanlah aku dengan cahaya bersinar indah
Bangkitkanlah aku dengan luasnya titian

Supaya syukurku menggambarkan syurga
Supaya riang gembiraku kerana pahala
Supaya harumanku semerbak bidadari
Supaya cahayaku menerangi barzah
Supaya luasnya titian aku melalui siratul mustaqim
Amin...

-Tamat-