Sunday, December 25, 2011

Wira yang tak didendang

Lantakla orang nak anggap aku ultra kiasu ke ape..tapi aku tetap mengatakan aku bangga menjadi seorang PTD..and sepatutnya semua orang bangga dengan keje masing2..guru bangga dengan kerjaya guru, kerani bangga dengan kerjaya kerani, jurutera, jurukur, juru andam dan sebagainya..bangga dengan karier masing. Sebab kita semua cari rezeki halal.

Kalo baca dalam blog dan google dalam internet, macam2 penghinaan dilemparkan kepada skim ini, bukan oleh orang luar, bahkan di kalangan penjawat awam sekali pun...Tak de pulak dengar PTD menghina skim DG, J, U dan sebagainya malah cuba melengkapi keperluan mereka.

Ada yang mempertikai PTD ni terdiri daripada pelbagai latar belakang yang bukan management. Macam aku, latar belakang aku teknikal...kononnya tak layak untuk masuk skim PTD..Dangkal dan bodohkan diorang tu, kan? Cube tengok balik dalam skim DG, ada background accountant, ada background engineer, ada background land surveyor pun masuk dalam skim perguruan tu...Tak masuk lagi orang yang skim W (juruaudit) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bukan setakat graduan ekonomi je untuk jadi akauntan, bio-engineering, bio-chemical dan engineer pun ada...

PTD boring2 sambung belajar..bertenggek dua tiga tahun pastu fly overseas sambung study..so same case skim lain macam skim Q(researcher), skim C (pegawai sains) semua sambung belajar sebab galakan ilmu..malah lecturer2 pun diwajibkan mempunyai master dan phd sebagai syarat dalam servis..sekali lagi bodoh piang punyer orang yang menuduh...

Pakai kabel untuk masuk skim ni..ini aku kata fitnah maha dahsyat untuk skim aku..aku bg diri aku sendiri la,,tak dak kabel langsung pun..exam macam biasa, PAC mcm biasa, interview macam biasa..tapi mcmana boleh lepas...lupa ka sapa yang mengatur hidup kita..? Sapa yang tuduh mcm tu dia lupa kat Allah...Allah yang mengatur hidup kita dengan sebijak-bijak peraturan...Dabeliutihech betulla orang yang melemparkan tuduhan macam ni...

PTD cepat nek pangkat...kalo skim PTD seluruh negara hanya lebih kurang 10,000 post, compare dengan engineer dan guru yang bilangannya 300k-400k seluruh negara, memang la naik pangkat cepat sebab kosong pun cepat...bodow punya malaun yang dok tuduh PTD macam ni...aku yang dah lebih 4 tahun ni tak nampak rupa naik pangkat pun...orang gila pangkat mmg gitu..kalo tak naik pangkat pomprang sana pomprang sini..keje sendiri tak jalan....memang dabeliuitihech betul orang gitu....

Jawatan premier dan pengurusan atasan (KSN, KSU, TKSU, KP) diisi oleh PTD..memang pun... tapi cube calculate berapa persen PTD dalam tu?..Dengan SBPA ni kenaikan gaji dorang memang maha dahsyat...tapi bukan di "bolot" oleh PTD semata-mata....skim lain yang berjawatan premier dan pengurusan atasan pun turut menerima manfaat....korang kena ingat gaji korang naik tapi gaji seorang PTD M41 turun di dalam SBPA ni, ok!...untung lagi skim lain berkali ganda dari PTD...lagi ada jugak yang cadang mau jumud jawatan PTD ni...kesian adik2 aku yang join PTD lepas ni....

Bagi aku apa pun skim kita, kerjalah kerana Allah..kalo asyik sibuk mempertikaikan skim lain, sampai bila pun tak selesai....Jadilah wira walaupun wira yang tak didendang...sebab kita wujud atas dunia ni atas kehendak Allah dan punya tugas masing2...kita diberi pilihan...kadang2 pilihan yang kita nak Allah tak bagi sebab He got better plan for you....Terimalah seadanya hidup ini...life must go on...business not as usual anymore....and good luck untuk semua penjawat awam.....
Sentiasa selangkah di hadapan....

No comments:

Post a Comment

Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.

Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.