Saturday, December 24, 2011

End of year 2011

Mengakhiri 2011 dengan begitu banyak outstation..Anggaran claim mileage sekitar RM1600...weird..selalu nak cecah 1000 pun susah..

SBPA hot issue within penjawat awam..most gred 1-54 memang naik biasa-biasa je..tapi jusa dan premier lain kenaikan maha dahsyat...memang sejarah dalam perkhidmatan awam la..tanak la ungkit benda ni..sebab antaranya pada aku tanda2 kiamat..yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin...siapa yang dapat menolak ketentuan Tuhan?..malas memikirkan gaji kerana makin difikir makin besar rasa tak puas hati. Terus je keje sebab untung kita ada keje yang baik compare dengan orang lain...Alhamdulillah atas anugerah kesihatan dan akal fikiran yang baik..

Simpan azam untuk terus menyempurnakan solat lima waktu, membayar zakat pendapatan, berpuasa dan konsistenly beribadat sekualiti mungkin..Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidup aku dan keluargaku keseluruhannya di dunia dan akhirat..Amin...

Paling penting untuk mak dan ayah...harap ranjau sepanjang jalan ini akan berakhir segera...semoga sihat sejahtera..semoga aman bahagia..selamanya..dunia dan akhirat....ampunilah aku sesaat aku lahir di dunia sehingga akhirat sana...

Untuk suamiku..sungguh aku bukan isteri yang sempurna...terima aku seadanya dan sabarlah mendidik aku menjadi isteri yang baik untuk mu.. Aku menjunjung cinta sucimu tulus dari hati...dan aku mendukung maruahmu di pundakku.... dengan takzim dan berluhur hati..hargailah aku selalu....

Untuk Inas..maaf ibu selalu tiada di sisimu...tapi ibu sentiasa rindu dan sayang kamu....kelahiran kamu adalah perkara terbaik sepanjang hidup ibu...melihat kamu membesar adalah saat-saat paling bermakna bagi ibu..i love u..

Untuk ibu dan bapa mertuaku..terima kasih kerana melahir dan membesarkan zuriat terbaik...

Untuk abang, kakak dan adik...carik-carik bulu ayam..lama-lama bercantum jua...

Untuk kawan dan sahabat...hidup tidak memberi apa yang kita mahu..tetapi hidup hanya memberi apa yang kita sanggup terima...

2011-kebaikan dibawa berpanjangan..keburukan ditinggalkan di sini...

Putrajaya i love u...

Sungai Ramal Baru...larger than life

Desa Meringin-will be together on 2013..InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.

Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.