Sambung daripada artikel sebelum ini.
Agaknya malam semalam 28 tahun lepas mesti mak tak sangka mak akan melahirkan anaknye yang ke-4.
Tengah-tengah malam mak sakit. Tak sempat pegi sepital, akhirnya mak bersalin kat rumah. Mak kata melahirkan anak ke-4 mak tumpah darah. Mujur mak selamat.
Aku tahu perkara ni sebab mak pernah bagitahu ketika mak marahkan anak ke-empat mak yang degil dan taknak dengar cakap mak.
Tepat jam 1.05 minit pagi Khamis, 25 Okt. 1984M bersamaan 29 Muharram 1405H mak melahirkan anak yang ke-empat.
Anak yang paling manja.
Paling lama susu badan..(7 tahun lebih).
Paling perasa dan mudah menangis.
Degil tetapi mudah dipujuk.
Pandai tapi malas belajar.
Debab.
Rambut serupa dengan mak.
Suka tersenyum.
Serba-serbi mak..memang anak mak...
Kecik-kecik dulu dia paling kuat kena marah dan suka bertengkar dengan mak...
Dah besar ni mak suka ajak menyembang...
Gosip dengan mak no. 1...
Mak oh mak....
Akulah anak no. 4 itu.
Syukur aku masih bernafas di fasa kedewasaan ini.
Mak oh mak...
Di hari lahirku ini tiada orang paling ku kenang,
Hanya mak...
Mak oh mak...
Semoga mak bahagia selalu...
Dunia seluruhnya
Akhirat selamanya
Bahagia kedua-duanya mak dan ayah...
Doa kesejahteraan untuk keluarga Mahajido'a Raji dan Md Aris Bin Ismail.
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.