Friday, October 12, 2012

Belasungkawa..maut itu pasti

Pagi ini tersentak dengan berita tentang pemergian seorang rakan sekolah menengah aku dulu. aku dapat tahu pun lepas tengok status FB rakan-rakan aku. Antara aku ngan arwah, kami memang tidak pernah rapat. Di sekolah dulu aku adalah seorang yang sangat pemalu terutamanya dengan murid lelaki.. Dulu mukaku penuh dengan jerawat batu, jadi tahap keyakinan dan self esteem aku memang sangat2 rendah..so dengan lelaki dan sebahagian perempuan, memang aku tak bercakap.

Arwah bukan sekelas dengan aku..tapi aku kenal arwah..dan dalam FB arwah yang request friend aku. Aku terus approve sebab aku "kenal" arwah. Tiada memori khusus antara aku dan arwah dan sekarang aku rasa amat sedih. Sedih kerana mengenangkan kenapa aku tak pernah menegur arwah atau mengikuti perkembangannya walau dalam FB sahaja.. Menambahkan kesedihanku kerana mengenangkan arwah mempunyai 2 orang anak bersama isterinya sekarang. Isterinya juga adalah budak sekolah aku. 

Allahuakbar...Kau permudahkanlah hidup anak-beranak ini Ya Allah...
Semoga arwah (Fahizul) mendapat "hidup" yang lebih baik di alam barzah dan di akhirat nanti.

Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu..

1 comment:

  1. Salam.. sorry, apa nama penuh fahizul ya..?

    ReplyDelete

Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.

Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.