Tuesday, March 13, 2012

Dirang..hukuman kepada masyarakat

Allahuakbar! Tersentuh naluri keibuan aku sebaik mendengar Buletin Utama semalam mengenai mayat rentung yang ditemui di Masai Johor adalah Dirang. Sambil aku memandang anak gadis ku yang berusia 1 tahun 10 bulan sibuk bermain dengan permainannya.."Allah lindungilah anak aku dari kekejaman manusia."

Siapa Dirang?
Bagi yang belum mengetahuinya aku copy kronologi kejadian dari page ini.

Berikut adalah kronologi kejadian:

1 Mac 2012 :
Kira-kira jam 11 pagi - Nurul Nadirah Abdullah 5 tahun mengadu lapar, ibunya, Roselyn Alan memberi wang RM4 bersama sekeping nota tertulis dua bungkus mi segera dan telur RM2 untuk dibeli di kedai di blok bersebelahan di rumah mereka di Blok A, Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru.

12 tengahari, Nurul Nadirah atau panggilan manja Dirang, 5 tahun disedari tidak pulang ke rumah.

Jam 3 petang hari yang sama, ibu Dirang, Roselyn Alan buat laporan polis selepas gagal menemui kanak-kanak itu.

Sebaik menerima laporan, sepasukan polis melancarkan gerakan mencari dan menemui sebelah kasut kuning dipakai Dirang dalam kebun kelapa sawit berhampiran flet.

Sebelah lagi ditemui hampir 500 meter dari situ dengan telur yang dibeli pecah dan mi segera bertaburan.

Tiga suspek terdiri dari dua lelaki dan seorang wanita berusia 30an hingga 40-an ditahan polis pada hari yang sama.

Ketiga suspek turut didapati positif dadah jenis syabu.

Gerakan mencari terus dilakukan polis IPD Seri Alam manakala keluarganya turut mengedarkan 80 poster gambar Dirang dan dipasang di sekitar Bandar Seri Alam.


6 Mac 2012:
Ibupejabat Polis Seri Alam turut memohon bantuan kepakaran Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak Bukit Aman, dan sehingga hari berkenaan, lebih 20 lokasi sudah diperiksa polis.


8 Mac 2012:
Kira-kira jam 9 pagi, polis menemui serpihan rangka manusia dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai.

Rangka manusia yang rentung itu ditemui dalam sebuah lubang oleh orang awam.

Pada hari yang sama juga, polis menahan seorang lagi lelaki iaitu bapa kandung kepada Nurul Nadirah bagi membantu siasatan.

Sejak 1 Mac hingga petang semalam, ibu Dirang tak putus asa meninjau kawasan sekitar dengan harapan dapat menemui anak sulungnya itu.


11 Mac 2012:
DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat mencemar duli melawat keluarga Nurul Nadirah, kira-kira jam 10 pagi.


12 Mac 2012:
Selepas 12 hari dilaporkan hilang, Jabatan Kimia mengesahkan rangka manusia yang ditemui rentung di kawasan kelapa sawit di Nusa Damai milik Nurul Nadirah.

Ia disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Roslan Zainuddin semalam hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit dan sampel diambil dari ibunya.

Lanjutan itu, polis turut mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini ia diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Polis turut mendapatkan lanjutan reman terhadap keempat empat suspek.

Mayat Allahyarham Nurul Nadirah dijangka dituntut keluarganya petang ini untuk dikebumikan.

 
Ada yang sakit jiwa dikalangan kita. Ada yang mentalnya tidak normal. Siapakah mereka? Adakah mereka juga dibesarkan oleh orang yang berfikiran tidak waras. Aku percaya kejadian ini bukan hukuman terhadap keluarga Dirang, sebaliknya hukuman pada masyarakat.
 
Kenapa? Sebab kita tak pernah ambil peduli. Kita tak pernah kenal jiran. Kita tak pernah ambil tahu orang asing di kalangan kita. Malah kita tak peduli pun kalau ada jiran-jiran yang abnormal di kawasan kita. Kerana sikap tidak peduli kita inilah kita dihukum. Kita merestui sebuah persekitaran yang membenarkan anak-anak didik secara salah oleh orang yang kurang waras.
 
Ya Allah tolong lindungi semua kanak-kanak dari mara bahaya dan kekejaman orang dewasa.
 
Khas untuk Allahyarham Dirang, auntie terpesona lihat wajahmu di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen..comel dan anggun. Namun sayang, usia kamu tidak panjang. Allah telah memanggil kamu di sisiNya. Malah kamulah bidadari kecil syurga untuk ibu bapa kamu.
 
Khas untuk keluarga Dirang, kesedihan yang tidak tetanggung terutama untuk si ibu..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Tiada kata-kata lain selain sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Bertabah dan yakinlah bahawa Allah ada perancangan lebih baik terhadap kamu sekeluarga.
 
Al-Fatihah untuk Dirang dan semua kanak-kanak yang senasib dengannya...

Thursday, March 8, 2012

Kuala Lumpur Banjir 2012

7 Mac 2012 - hujan selama 7 jam menyebabkan beberapa tempat di KL banjir..ayakkk..what happen..
8 Mac 2012 - di laman web JPS telah diberikan amaran hujan lebat dan paras sungai telah melebihi  aras amaran di Lembah Kelang.


Gambar-gambar banjir kilat:

Gambar banjir di Kuala Lumpur 7 Mac 2012,antara kawasan terjejas ialah Jalan Pudu, Jalan Istana, Jalan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee dan beberapa kawasan di Ampang terutama Bukit Belacan dan Lembah Jaya dinaiki air sehingga ke paras pinggang akibat hujan lebat tanpa henti sehingga jam 9 malam tadi.




Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, antara jalan yang terjejas teruk dalam kejadian banjir kilat ialah Jalan Travers, Jalan Bangsar-Mahameru, Jalan Silang manakala beberapa kawasan di Ampang termasuk Desa Pahlawan, Hiliran Ampang serta jalan Hulu Langat dinaiki air sehingga ke paras lutut.



Manakala hampir 400 penduduk dari dua kampung di Ampang dipindahkan malam tadi apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air.


Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang semalam turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan.


Dua kampung terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga membabitkan 150 rumah.









Aku pun tak dapat pastikan apa punca banjir kilat ni..nanti kalo ade masa aku tanya counter part aku yang jaga JPS. Untuk mangsa-mangsa banjir..tiada kata-kata lain selain bersabar..hari ini hari anda..hari esok mungkin hari saya...semoga Allah merahmati kita semua.


Hasil Kajian Semula SBPA 2012

Baru lepas dengar ucapan PM mengenai hasil kajian semula SBPA 2012. Memang penuh PICC sampai terpaksa bukak dewan baru + ada yang duduk di tangga. Aku pun dengar cerita kawan sebab aku duduk ofis je sambil tengok tv dengan kawan-kawan opis yang turut sama berdebar-debar nak tunggu pengumuman PM.

Antara point penting yang sempat aku capture adalah:

1. SBPA dibatalkan dan SSM ditambah baik.
2. Penubuhan Suruhanjaya Khas untuk mengkaji secara komprehensif isu-isu Penjawat Awam.
3. Pelarasan Gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks dalam SSM:
    a) Naik 13% - Kumpulan P&P dan Pelaksana (Gred 1-54)
    b) Naik 9% - Gred Utama (JUSA) C, B dan A
    c) Naik 8% - Turus III dan II
    d) Naik 7% - Turus I dan KSN
4. Pelarasan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dari Gaji Matriks kepada Gaji Maksimum
    a) Gred 1-54 - RM80-RM320
    b) JUSA dan Ke Atas - Kekal mengikut SSM dan pelarasan mengikut peratusan.
5. Bantuan Sara Hidup (COLA)
    a) Kawasan B- naik dari RM200 kepada RM250
    b) Kawasan C- naik dari RM100 kepada RM150
6. Insentif-insentif Kritikal, Luar Wilayah dan lain (tak sempat nak dengar) adalah mengikut SSM.
7. Laluan Kerjaya Guru- Naik pangkat secara time based.

Saturday, March 3, 2012

Belajar mendengar dan memahami

Khas untuk suami yang ku sayang

Jika kau lebih mendengar
Tentu kau lebih memahami...
Ikhlaslah menjadi suami
Maka aku sentiasa lebih ikhlas menjadi isteri....