Tuesday, September 27, 2011

I feel tak syiok

Jadik orang gomen tak le sesecured yang disangka.
Ini pun ada rasa tak selamat dan dalam condition bahaya.
adik-adik yang nak masuk gomen sila berhati-hati dalam buat keje.
Silap haribulan jadik kambing hitam.
Leher acik ni dah tak de perisai.
Bukan takut ngan bayang-bayang sendiri
Tapi risau
Kuasa-kuasa besar ni boleh berbuat apa saja

Walauapapun..Acik berserah pada Allah.
jika Acik silap dan jodoh Acik dengan pekerjaan Acik pendek
Acik mintak Allah tolong tunjukkan segera kebenaran dan hikmah
Tapi Acik jugak mintak
Allah tolong jangan uji Acik dengan ujian yang berat-berat
Tak mampu acik lalui....
Amin....

Monday, September 26, 2011

Wanita disamun nekad terjun dari kereta yang bergerak

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Seorang wanita yang disumbat dalam but kereta dengan mata ditutup dan tangan diikat, bertindak nekad terjun dari kenderaan yang bergerak laju di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban di sini kelmarin, untuk menyelamatkan diri daripada dua lelaki yang menculik dan menyamunnya.

Mangsa, Lim Lee Sun, 45, yang membantu kakaknya berniaga di gerai makan berhampiran Pasar Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, telah disamun dan diculik oleh suspek pukul 7 pagi.

Menurut Lee Sun, kejadian berlaku sebaik sahaja dia memberhenti dan mematikan enjin kereta di tempat letak kenderaan berhampiran kedai makan.

Katanya, secara tiba-tiba seorang lelaki bersenjatakan parang meluru masuk ke tempat duduk sebelah pemandu dan mengacukan parang ke arahnya.

"Lelaki terbabit mengarahkan saya bertukar tempat duduk dengannya dan selepas berada di tempat pemandu, dia menyerahkan parang yang dipegang kepada seorang rakannya yang masuk dan duduk di kerusi belakang selepas itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Puchong dekat sini, hari ini.

Lee Sun berkata, penjenayah terbabit membawa dia ke beberapa tempat, termasuk Jalan Kuchai Lama, Taman Sri Sentosa dan Taman OUG sebelum dia dipukul dan disamun semasa berhenti di satu kawasan perindustrian tiga jam kemudian.

"Mereka merampas wang RM2,500 dan barang kemas bernilai kira-kira RM6,000. Pada masa sama, mereka juga membuka tempat duduk belakang dipercayai untuk mencari tangki minyak dan saya mengesyaki mereka mahu membakar kereta dan membunuh saya," katanya.

Lee Sun berkata, dia kemudian disumbat dalam but kereta dan disebabkan takut dibunuh, dia berusaha sedaya upaya membuka ikatan mata serta tangannya sebelum dapat membuka but kereta dengan merosakkan wayar-wayar di situ.

Katanya, melalui but yang dibuka sedikit, dia dapat mengintai keluar dan mendapati masih berasa di kawasan perindustrian tetapi belum berani terjun dari kereta kerana bimbang tiada orang menemuinya.

Menurutnya, peluang sesuai untuk meminta bantuan tiba apabila kereta terbabit tiba di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur ke arah Pusat Beli-belah Mid Valley di sini.

"Tiba di situ, saya berdiri sambil menjerit meminta tolong dan beberapa pemandu kereta lain yang melihat saya terus membunyikan hon dan meminta penjenayah terbabit memberhentikan kenderaan, namun mereka memecut laju.

"Sampai di satu selekoh, saya nekad terjun dari kereta dan bernasib baik apabila pemandu lain berhenti menyelamatkan saya," katanya sambil memberitahu penjenayah terus melarikan diri sebelum meninggalkan keretanya di satu kawasan setelah terlibat dalam kemalangan.

Lee Sun berkata, dia yang mengalami kecederaan di muka, mata, tangan dan kaki akibat dipukul oleh penjenayah serta terjatuh dari kereta dihantar ke hospital oleh orang awam.

Dia yang benarkan keluar hospital semalam, amat bersyukur terselamat dalam kejadian itu dan gembira apabila masih dapat bertemu dengan suami dan anak perempuannya berusia 15 tahun.

Sumber: Utusan Malaysia (26/9/2011)

Thursday, September 22, 2011

Passport Kotor

Too much work to do... tadi baru lepas Problem soving Meeting (PSM) dengan Dato' KSU. Boss aku tak sihat (kesian, dah byk hari demam). So aku masuk meeting ngan immediate boss aku Cik Ina dan juga colleque aku Abzarul. Turn kitorang pukul 3.30ptg.

Fuh..bincang itu ini, bincang pasal pontoon, pasal Resque Centre Sg. Tengi, pasal Tiger Valley, JKPTG Kelantan and then masuk sampai tindakan proaktif Bahagian Pembangunan di dalam pemantauan projek supaya tak berlaku projek yang bermasalah seperti JKPTG Kelantan dan Resque Centre Sg. Tengi. OMG...banyaknya arahan Dato' KSU dikala big boss kami tiada.. Boss, cepat sembuh boss, tak de orang boleh back up kami. Uhuhuhu...

Dan juga sejak dari minggu lepas lagi aku dan PERHILITAN sama-sama rancang untuk lawatan ke oversea..tak jauh manapun Singapore je. InsyaAllah, esok akan ke JB dan lusanya akan ke Singapore untuk melawat Zoo Singapore...lawatan pertama aku ke luar negeri selain Sempadan Thailand (Wang Kelian ngan Satun). harap esok tak de masalah sebab aku all out supaya PERHILITAN dan JPS (Agensi Pelaksana) dapat pergi. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.

Bila fikir balik, adakah aku ikhlas..jawapannya memang tak... Tapi bila dinilai semula, ikhlas atau tidak bukan ukuran..yang penting memang sifat semula jadi aku akan all out perkara sampai ketitisan keringat terakhir untuk makesure perkara tu terjadi..kalo tak terjadi jugak, sekurang-kurangnya aku telah berusaha...
Gigih betul la kan...

So my hubby and my IB, ibu pegi kejap je...InsyaAllah malam Sabtu ibu ade kat rumah, ok. Ibu love u both..

Wednesday, September 21, 2011

Children see, children do

Parenting is a 24 hour a day, 7 days a week job.
Parenting is never ending job.
Children memorize and copy everything for what they saw and heard.



Thinking appropriately...

Wordless Wednesday - Oh serabutnya.

Money is no enough..I need more and more

To settle all my debts

To buy house

To buy car

Going holiday

Eat nice food

Uhuhuhu...
One time i just turn off my mind
close my eyes
try to listen for my heart

"Dream on lah dear...but u did nothing...get off your lazy ass from the chair and start working hard and smart now!"

Thursday, September 8, 2011

Mano..please respect other's religious

I don't know who he is, just in his FB told that his Activities and Interest is "Politician". So i guess he is a politician or at least who interested in politiking. And still this is not the story i want to share with you..I want to share about a picture that he posted, i don't know what was his intention during upload the picture and share it with anyone.

Less talk and let the picture tell everything (these pics i snap from Mr. Mano FB's on 8th Sept. 2011).










Walaupun acik tak faham kenapa tuhan orang Hindu banyak tangan, malah gajah pun jadi tuhan, malah acik pun tak faham kenapa orang hindu tak makan daging lembu, tapi acik tak pernah mempersoalkan atau pun menghina apa kepercayaan mereka. Acik pun tak faham kenapa orang Buddha sembah nenek moyang, sembah berhala yang mereka sendiri bina, tapi acik tetap hormati apa yang mereka percaya. Mereka bukan atheis, bukan pagan, mereka percaya Tuhan, tapi mereka belum menerima hidayah Allah.

Sebab asas kehidupan kita manusia adalah berlandaskan kepercayaan dan rase percaya. Acik percaya Allah Tuhan Acik, Acik sembah Allah, dan acik percaya sifat-sifat Allah yang 20 tu. Malah dengan kepercayaan itu Acik mampu survive dalam hidup. Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran itu kalamullah, tapi yang pasti Islam tu ad-din. Pelengkap segalanya dan puas bila mengamalnya.

Semoga hidayah Allah tiba kepada orang seperti En. Mano.


Wednesday, September 7, 2011

Wawasan 2020-Adakah mimpi menjadi realiti?

Sharing is caring. This articel was copied from Blogger Kerajaan Rakyat.
As a government servant, a lots of things should be revised, review, re-study, re-calculating and whatever the meaning is same as above.
All Malaysians, please work harder and work more!
KerajaanRakyat: Senarionya seolah-olah kembali semula kepada keadaan sebagaimana yang berlaku dalam krisis ekonomi global tahun 2008.  Dalam keadaan di mana permintaan luar semakin menurun, negara Asia hanya boleh bergantung kepada permintaan dalaman untuk menyokong pertumbuhan ekonominya.  Seandainya negara Amerika-Eropah, dan ekonomi dunia mengalami kemelesetan sekali lagi, maka negara-negara Asia terpaksa menjana semula dasar pengembangan fiskal untuk menstabilkan permintaan dalam dan langkah pertumbuhan ekonomi dalam negara.

Agak sukar untuk ekonomi negara kita mengelakkan diri daripada malapetaka ini, lantaran daripada krisis ekonomi global yang mungkin berlaku.  Berdepan dengan ribut ekonomi yang bakal melanda, Kerajaan Najib Razak menaruh harapan terakhirnya pada Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk merangsang pasaran dan pelaburan, agar negara kita kembali kepada landasan menuju ke Wawasan 2020.


Namun demikian, nampaknya Najib terlupa bahawa krisis global bukanlah punca masalah struktur ekonomi negara kita, paling banyak ia sebagai pemangkin yang menyebabkan masalah semakin ketara.  Untuk jangka pendek, belum pasti lagi sama ada ETP mampu menyelamatkan Malaysia dari ribut ini.

Cuma, apa yang pasti, jikapun ekonomi negara kita mampu terselamat daripada krisis kemelesetan dalam tempoh dua tahun ini (seandainya krisis ekonomi global berlaku untuk kali kedua) - dari segi jangka sederhana dan jangka panjang, wawasan Najib untuk mencapai negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, akan ditundakan, malah mungkin untuk had tempoh yang tiada penghujungnya.

Terdapat beberapa rasional untuk kita percaya bahawa "Mitos Najib" mungkin perlu dibubuhkan noktah.  Mungkin sudah tiba masanya mereka yang yakin bahawa "ETP mampu mengubah masa depan" terjaga dari khayalan ini untuk berdepan dengan realiti.

Krisis global perlahankan langkah pertumbuhan

Pertama, krisis ekonomi global pada tahun 2008/09 telah memperlahankan langkah kita untuk merealisasikan Wawasan 2020.  Menurut maklumat dari EPU (Unit Perancang Ekonomi), krisis ekonomi global ini telah mengheret paras Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) kita sebanyak 26% lebih rendah daripada sasaran Wawasan 2020.
Negara
Musim pertama 2011
Musim kedua 2011
Amerika Sykt
2.2%
1.6%
Europah
2.5%
1.7%
Britain
1.6%
0.7%
Jepun
-3.6%
-1.3%
China
9.7%
9.5%
Indonesia
6.5%
6.5%
Hong Kong
7.5%
5.1%
Taiwan
6.5%
4.9%
Korea
4.2%
3.4%
Singapura
9.3%
0.9%
Malaysia
4.9%
4.0%

Selain itu, maklumat rasmi menunjukkan bahawa ekonomi negara kita mencatat pertumbuhan 5.5% setahun secara puratanya, antara tahun 2000 hingga 2008.  Namun seandainya kita memanjangkan setahun lagi, iaitu memasukkan tahun 2009 (tahun di mana ekonomi kita menyusut) dalam perhitungan, maka kita hanya mendapati pertumbuhan ekonomi kita pada purata 4.3% setahun, antara 2001 hingga 2009.

Menurut matlamat ETP yang disasarkan kerajaan Najib, Malaysia perlu mengekalkan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya pada 6% setahun, dan pertumbuhan pelaburan swasta pada 12.8% setahun secara puratanya - agar Malaysia mencapai status sebagai negara berpendapatan tinggi, dengan purata pendapatan tahunan perkapita sejumlah USD 15,341.

Seandainya negara kita terjerat semula ke dalam kemelesetan ekonomi, yang seterusnya mengakibatkan kita gagal mencapai matlamat dalam dua tahun ini - maka ia akan memperlebarkan jurang antara matlamat GDP dengan GDP yang sebenarnya.  Dengan kata lain, ekonomi kita perlu bertumbuh dengan kadar berlipat ganda untuk menghambat langkah wawasan 2020, dalam masa 10 tahun ini.

Ekonomi kita yang kurang kental
Lebih penting, seandainya dibanding dengan negara maju atau negara Asia Tenggara yang lain, kita memerlukan lebih masa untuk meleraikan Contagion Effects yang disebabkan krisis global, lantas langkah pemulihan kita lebih perlahan daripada negara lain.

Misalnya, pertumbuhan ekonomi negara kita memperlihatkan penyusutan pada musim pertama 2009, setelah krisis global tercetus pada tahun 2008.  Kemelesetan ekonomi yang disebabkan penyusutan nilai eksport bukan sahaja memberi kesan terhadap bidang industri yang berorientasikan eksport, malah juga memberi kesan negatif secara tidak langsung terhadap bidang pembuatan, perkhidmatan lain yang memenuhi permintaan dalaman.

Malah, momentum pemulihan ekonomi Malaysia pada tahun 2010 (+7.2%) jauh ketinggalan berbanding dengan negara kecil-kecilan lain yang berorientasikan eksport, misalnya Singapura (+14.5%) dan Taiwan (+10.8%).

Pada dasarnya, ia mencerminkan masalah struktur ekonomi kita yang kurang kental dan kurang fleksibel.  Untuk sekian lama ekonomi negara kita berada pada peringkat rantaian nilai rendah - dengan kebanyakan daripada bidang kita, sama ada pembuatan, pertanian mahupun perkhidmatan, ditunjangi buruh kurang mahir (atau bergaji rendah), yang akhirnya menjejaskan produktiviti dan daya saing negara kita.

Maklumat Rancangan Malaysia ke-10 menunjukkan bahawa produktiviti buruh negara kita hanya berada pada paras 2.4% secara puratanya, antara tahun 2000 hingga 2009 - lebih rendah daripada China (9.1%), India (5%) dan Indonesia (3.4%) pada tempoh yang sama.  Di samping itu, Overall Productivity kita pada tahun 2009 hanya mencecah 12.8%, jauh ketinggalan di belakang Singapura (45.3%), Taiwan (39.2%) dan Korea (32.1%).

Akhirnya, negara kita terperangkap dalam satu dilema, di mana kita gagal bersaing dengan negara ketiga yang lebih rendah kos pembuatannya dari segi rantaian nilai rendah.  Dari segi rantaian nilai tinggi pula, kita ketinggalan di belakang negara seperti Singapura, Hong Kong, Korea dan Taiwan.  Oleh itu, bukan sahaja ekonomi negara kita berada pada tahap yang lembap dalam tempoh 10 tahun ini (dengan purata 4.3%), malah memperlihatkan kurangnya kekentalan dan fleksibeliti sebelum dan selepas krisis ekonomi.

Pertumbuhan nilai tambahan semakin perlahan

Dalam satu laporan berjudul The Global Financial Crisis and the Malaysian Economy: Impact and Responses, yang ditulis bersama pakar ekonomi tempatan Mahani Zainal Abidin dan Rajah Rasiah (gambar bawah), bidang pembuatan negara kita telah memperlihatkan pola menurun sejak zaman 1990-an. Manufacturing value-added growth telah diperlahankan dari 11.6% pada tahun 1990-1995, kepada 5.8% pada tahun 1995-2000, malah menyusut kepada 4.9% pada tahun 2000-2005.

Antaranya, pertumbuhan sektor bukan elektrik dan elektronik, dan sektor jahitan menunjukkan penurunan mendadak antara tahun 2000-2005, malah, sektor elektronik yang merupakan sektor terbesar dalam bidang pembuatan, memperlahankanmanufacturing value-added growth-nya dari 26.8% antara tahun 1990-1995 kepada 0.5% dari tahun 2000-2005.

Ketika krisis ekonomi global pada 2008/09, manufacturing value-added growth bidang pembuatan terperangkap dalam penyusutan, dari -7% pada musim pertama 2008, kepada -14.5% pada musim kedua 2009.  Mahani Zainal Abidin dan Rajah Rasiah menganggap krisis ekonomi global bukan punca utama penyusutan ini, tetapi hanya mempercepatkan penyusutan bidang pembuatan.

Mereka menambah, kita terlalu awal untuk memasuki fasa "deindustrialisation" sebelum bidang pembuatan negara kita memasuki pembuatan bernilai tinggi.

Keadaan ini menyebabkan nisbah bidang pembuatan dalam GDP memperlihatkan trend berkurang, malah purata produktiviti sektor-sektor, termasuk makanan, jahitan, kasut, kayu, perabot, pencetakan, getah, kertas, mineral semula jadi bukan logam, mesin dan peralatan pengangkutan menunjukkan penurunan antara tahun 2000 hingga 2005.  Misalnya, produktiviti buruh sektor elektrik dan elektronik diperlahankan dari 12.4% antara tahun 1990-1995 kepada 1.4% antara tahun 2000-2005.

Pada hakikatnya, terdapat hubungan positif antara nilai tambahan tinggi dengan produktiviti buruh.  Produktiviti negara kita yang rendah mencerminkan realiti bahawa negara kita kekurangan "kekreatifan".  Ia memerlukan kordinasi dari bidang pendidikan.  Namun demikian, ETP yang digerakkan kerajaan Najib lebih memberi tumpuan kepada infrastruktur, daripada latihan dan pembangunan modal insan.

Di samping itu, kekurangan sektor nilai tambahan dan produktiviti yang rendah turut memberi kesan kepada pelaburan swasta.  Selain dipengaruhi economic cycle, pelaburan domestik dan pelaburan asing (FDI) agak merudum untuk tahun-tahun kebelakangan ini, dan ia disebabkan;-

Pertama, pasaran dalam negara menjadi tepu (sama ada terlebih atau terkurang pelaburan), ditambah pula kurangnya nilai tambahan dan produktiviti yang rendah, ekonomi negara terperangkap dalam rantaian nilai rendah, sehingga gagal menerokai bidang baru.  Dalam keadaan ini, pelabur sama ada tempatan mahupun asing mengalih tumpuan mereka ke pasaran lain dalam rantau ini.

Keduanya, bidang ekonomi dimonopoli dan didominasi pelaburan awam dan GLC, sehingga tiada ruang untuk sektor swasta.  Maka mereka yang berdepan dengan fenomena "crowding out", terpaksa memilih untuk meninggalkan pasaran tempatan.

Pelaburan: Lebih banyak mengalir keluar


Misalnya, ketika zaman kegemilangan ekonomi Malaysia antara tahun 1990-1997, kita mencatat purata pertumbuhan ekonomi 9.1% setiap tahun.  Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (CAGR) pelaburan swasta mencatat 16.2% secara purata; sebaliknya, ketika ekonomi kita jatuh merudum, pertumbuhan ekonomi kita hanya mencatat purata pertumbuhan 5.5% setahun antara tahun 2000 hingga 2008, dengan purata pertumbuhan pelaburan swasta 1%, dan purata pertumbuhan pelaburan awam pada 4.9%

Begitu juga dengan FDI antara tahun 2000 hingga 2007, hanya mencatat purata pertumbuhan 1%.  Maklumat UNCTAD menunjukkan bahawa hanya 2.6% pelaburan asing yang masuk ke Malaysia, daripada kesemua pelaburan asing yang masuk ke negara Asia pada tahun 2007.  Pada zaman tahun 1990-an, negara kita pernah mencatat 8%.

Secara perbandingan, negara Asia yang lain mencatat pelaburan asing yang lebih tinggi, misalnya China, India, Taiwan, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam dan sebagainya, dengan peratusan antara 8% hingga 30% dalam tahun 2000-2007.

Pada masa yang sama, antara tahun 2000 hingga September 2009, pengaliran pelaburan tempatan ke luar negeri bertumbuh pada purata kadar 28% setiap tahun.  Dalam tempoh ini, sebanyak RM110.2 bilion pelaburan dialir keluar, 1.7 kali lebih tinggi daripada FDI yang mengalir masuk ke negara kita.

Oleh: Neo Che Hua. 
*Disedut dan diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 2 September 2011.

Sumber:

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum,

Sunyi sepi blog ni, maklumla bila raya sibuk doplopat jam. Tak dan nak buka blog or FB. Anyhow, belum terlewat lagi rasanya acik (almaklumlah dah jadik mak sedara) nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk semua yang terbaca dan terjalan-jalan kat blog ni.

Tahun ni acik beraya kat rumah mertua di Terengganu, raya kedua cabut balik Perlis. Dah nam bolan tak balik..huhuhu..rindu kat mak la. Compare 2 tahun lepas, raya ni seronot sangat di rumah mertua, bukan apa, sebab kita involve dengan aktiviti persiapan raya kat rumah mertua..Dua tahun lepas tengah ngandung, masuk dapo pon tak seronot pasal loya semalam. Tahun ni seronot pasal boleh mengemas rumah n menyiapkan ketupat dan dapat jugak merasa lemang yang sedap daripada suami kakak ipar aku.

Dan macam biasa raya kat Perlis memang la seronot pasal jumpa semua adik beradik yang berenam ni. Susah sungguh nak kumpulkan kami enam bersaudara ni serentak, hari raya je la jadi medan pengumpulan untuk bersoseh-soseh.

Inas macam biasa duit raya untuk tahun kedua ni almost RM600..waalupun tak banyak, tapi compare ngan auntie cik dulu, tak pernah cecah dua ratus pon..huhuhuh....InsyaAllah akan topup kepada akaun ASB Inas dalm minggu ni jugak. Takut jadik macam raya tahun lepas duit Inas almost 2000 kena kebas dek pemecah rumah. Thank you untuk semua auntie-auntie, uncle-uncle dan tokwan, atuk dan nenek yang kasi duit raye..Yeyy!

Keluarga di Terengganu
Inas Bussaina sebelum misi mengutip duit raya


Sempat lagi melawat Pusat Pemuliharaan Gajah on the way balik Perlis



Projek Perhilitan, ni kira macam melawat projek gak la

Keluarga besar kami yang tak berapa besar

Sampai meniarap atas tanah Inas Bussaina nak berkawan dengan cat...cat pon gigih la duk melayan IB


Berita tergembira sekali, dapat anak sedara baru 5 September 2011-Congrats tu my adik ipar
 "Gambar dikidnap dari FB Fairuz Saidi-Papanye kepada new born baby boy"