Assalamualaikum,
Sunyi sepi blog ni, maklumla bila raya sibuk doplopat jam. Tak dan nak buka blog or FB. Anyhow, belum terlewat lagi rasanya acik (almaklumlah dah jadik mak sedara) nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk semua yang terbaca dan terjalan-jalan kat blog ni.
Tahun ni acik beraya kat rumah mertua di Terengganu, raya kedua cabut balik Perlis. Dah nam bolan tak balik..huhuhu..rindu kat mak la. Compare 2 tahun lepas, raya ni seronot sangat di rumah mertua, bukan apa, sebab kita involve dengan aktiviti persiapan raya kat rumah mertua..Dua tahun lepas tengah ngandung, masuk dapo pon tak seronot pasal loya semalam. Tahun ni seronot pasal boleh mengemas rumah n menyiapkan ketupat dan dapat jugak merasa lemang yang sedap daripada suami kakak ipar aku.
Dan macam biasa raya kat Perlis memang la seronot pasal jumpa semua adik beradik yang berenam ni. Susah sungguh nak kumpulkan kami enam bersaudara ni serentak, hari raya je la jadi medan pengumpulan untuk bersoseh-soseh.
Inas macam biasa duit raya untuk tahun kedua ni almost RM600..waalupun tak banyak, tapi compare ngan auntie cik dulu, tak pernah cecah dua ratus pon..huhuhuh....InsyaAllah akan topup kepada akaun ASB Inas dalm minggu ni jugak. Takut jadik macam raya tahun lepas duit Inas almost 2000 kena kebas dek pemecah rumah. Thank you untuk semua auntie-auntie, uncle-uncle dan tokwan, atuk dan nenek yang kasi duit raye..Yeyy!
Keluarga di Terengganu |
"Gambar dikidnap dari FB Fairuz Saidi-Papanye kepada new born baby boy"
inas ngan cat sama besaq ka? apa2 pon, comey ja dia nak kawan ngan cat.hehe.
ReplyDeletehehehe..tu la pasal..gajah cicak,kucing semua die nak pegang..tapi ngan orang dia takut plak
ReplyDelete