Sebenarnya awal bulan Jun itu hari aku dapat surat pertukaran. Tapi tak sempat nak story dalam blog yang serba kekurangan nih. Maklumlah, panda nak datang Malaysia dah..so sangat sibuk walaupun hanya menolong Bahagian lain sajor. Hehehe...aku plak excited wehhh...
On the way pegi parlimen untuk meeting/perjumpaan tak rasmi dengan Menteri, aku tumpang kete big boss. big Boss slow talk je tanya, "Yong, hang nak pegi ke KPT?". Aku pun selamba la jawab, "Pegi la boss, dah orang arahkan saya pegi..saya pegi sajalah.." Padahal dalam hati teramatlah sedih nak meninggalkan NRE.
Gile babe. Dah nak masuk 5 tahun aku kat NRE. Kawan2 satu Bahagian pun dah jadi macam adik-beradik. Of course la aku rasa sangat-sangat sedih. Aku memang puas keje kat Bahagian ni sebab banyak peluang aku dapat untuk menguji kemampuan diri. Boleh buat keputusan sendiri, merancang untuk organisasi dan menyumbang banyak perkara untuk perjalanan organisasi.
Ramai orang kata big boss sayang aku..Ya...aku pun tak nafikan itu dan aku sendiri pun sayang kat boss. Tapi bukan sayang dalam terjemahan "perasaan suka dan cinta", tapi lebih kepada perasaan hormat. Syukur pada Allah sebab aku boleh meneka (membaca) karekter boss dan ada gerak hati yang kuat dan biasanya aku dapat sediakan sesuatu keperluan sebelum boss mintak.
Aku harus akui, big boss juga manusia dan kadangkala terlalu menjengkelkan untuk dilayan semua permintaannya. Tapi, masih dalam prinsip hormat pada orang yang lebih tua, maka perasaan benci dan jelak tu timbul sekejap sahaja dan selepas tugasan siap, keadaan menjadi normal seolah-olah "Boss tak pernah marah aku, dan aku tak pernah ada rasa marah kat boss". Syukur keadaan ini kekal semenjak aku di bawah boss aku ni since 2 Mei 2009 (lepas DPA). Keharmonian itu masih terjaga lagi sampai saat ini.
Aku dikehendaki lapor diri 2 Julai ini di KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) dan masih di Bahagian Pembangunan kat KPT pulak. Sedangkan aku amat ingin membuat Bidang Perolehan dan Kewangan. Tapi tak pe la, mungkin aku pegi dulu dan pelan-pelan kayuh baru cuba apply bidang yang baru.
Cumanya, semalam my immediate boss cuba usahakan agar aku dapat dikekalkan di NRE. Atas perbincangan beliau dengan my big boss, dipersetujui supaya surat rayuan untuk aku kekal di Kementerian ini didraftkan dan dimohon tandatangan KSU. So semalam tandatangan KSU telah diperoleh dan surat pun telah dihantar ke Pejabat KPPA.
Kelakarnya aku kata pada immediate boss, "KSU tak kenal saya la Cik Syita". Rupanya jangkaan/sangkaan aku tidak benar. Datuk KSU kenal dan cam aku, sebab kebetulan minggu lepas aku hadir ke mesyuarat persediaan penempatan panda di Malaysia menggantikan bigg boss. Rupanya daripada situ, Datuk KSU cam aku. Bak kata PA Big Boss "Ada hikmah tau Cik Takdemaknanye (bukan nama sebenar) pegi meeting tu ganti boss". Mana taknye, rasenya berpuluh-puluh meeting KSU dah yang aku hadir, tak de pulak Datuk cam aku, mungkin sebab aku hadir bersama big boss/immediate boss kot time tu. Dengan hanya satu meeting minggu lepas yang aku hadir sorang-sorang, dengan kuasa Allah S.W.T Datuk KSU cam aku dan sudi sign surat rayuan mengekalkan aku di NRE kepada JPA.
Boleh tak nampak perancangan Allah tu super-duper punya teratur dan cukup terancang??? Walau apa pun lapor diri kat KPT 2 Julai ni insyaAllah akan tetap dilaksanakan. Sebab surat rayuan tu baru je sgt hantar dan maklumbalas daripada JPA pun belum dapat lagi. Apa saja takdir yang Allah tulis, aku terima dengan redha. KPT or NRE??? Mana-mana pun boleh. Semoga Allah hantar aku ke tempat yang mana aku mampu menyumbang dengan lebih banyak lagi dan mengumpul pahala banyak2 buat bekalan ke akhirat nanti.
Sedih memang sedih, sedih untuk tinggal kawan-kawan. Selebihnya dayung sudah di tangan, dan tinggal hanya untuk aku mengemudi. Aku pasti lambat laun pasti aku perlu keluar dari comfort zone dan pergi meneroka dunia lain, berjumpa dengan orang lain selain dalam kelompok keselesaan aku sekarang ni.
Ya Allah mudahkanlah urusanku, berkatilah hijrahku...Bahagiakan kawan-kawan dan keluargaku di dunia dan akhirat....Mereka berkorban terlalu banyak untuk ku YaAllah. Semoga pengorbanan mereka terbalas dengan pahala berlipat ganda Ya Allah...Amin...
Benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau.... |
Dicampak ke darat menjadi gunung... |
Kalau tak dapat menjadi pulau atau gunung, sekurang-kurangnya jadilah sepohon pokok untuk sang tempua berteduh... |
No comments:
Post a Comment
Di padang datar dirikan kemah,
Mohon komen dengan berhemah.
Petang-petang main dam,
Komen berimpak negatif akan dipadam.