ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
LAILAHAILLALLAH
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM
Alhamdulillah sebulan Ramadhan telah berlalu dengam cemerlang. Namun masih lagi tercalar dengan peristiwa umat Islam di bunuh di Myanmar, pemberontakan di Syria dan juga bedilan-bedilan roket oleh tentera Yahudi laknatullah ke bumi Gaza.
Sungguh pun perayaan Aidilfitri disambut dengan meriah dan bermewah-mewah di tanah air tercinta, masih ramai lagi yang tidak berpeluang merasai sambutan ini dengan meriahnya. Malah ada yang menyambutnya dengan tangisan kerana kehilangan orang yang tersayang di dalam kemalangan jalanraya ataupun akibat dibunuh.
Bagi aku dan keluarga sambutan Aidilfitri ini disambut dalam kesyukuran dan juga harapan kami agar hubungan kekeluargaan ini terus erat dan kekal rahmat dan keredhaan Allah. Semoga ujian yang mendatang dapat ditempuhi dengan penuh kesabaran dan ketenangan.
Semoga ada rezeki bagi kita semua pada tahun depan. Dan berharap akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon Maaf Zahir dan Batin...
Add caption |