Wednesday, February 26, 2014

Transformasi diri..ke arah menjadi isteri mithali

Mithali ni maksudnya contoh, teladan, role model atau ikutan.
So nampaknya istilah itu tidak padan dengan diri aku atau makna kata sebenarnya aku bukanlah isteri mithali...tali pun tadde...huhuhu...

Sejak akhir-akhir ini aku banyak bermuhasabah diri dan hasilnya aku dapati major kesilapan adalah datang dari kelemahan aku sendiri. Aku sedang perlahan-lahan cuba membaiki kesilapan. Sebagai manusia, sape yang sempurna dan tak pernah ada silap?

Semalam, pegi beli karpet atau permaidani dari kedai Syed Carpet di Nilai. Kedai dia betul-betukl berhadapan ngan walk street Nilai (yang bumbung biru tu). Apa kena mengena karpet dalam ini cerita? Jeng jeng jeng.

Tokey karpet tu pesan kat suami aku bih kurang gini la bunyiknya...
"Tuan, kakak (aku le tu) banyak baik. Nampak macam itu ustazah (poyo beno ko...mentang2 aku beli karpet). Jaga kakak baik-baik juga..."

Hahaha...part yang jaga kakak baik-baik tu aku kelakar. Ko tak tau aku garang kan...

But sedikit sebanyak aku rasa terharu becoz ada jugak orang kata aku baik. Tetibe cam kembang kempis hidung nak nyorok bawah ketiak somi.

Aku seriously aku memang nak sang suami jaga aku baik-baik. Bukan penuh tembolok aku je woi, bagi la kasih sayang, peluk cium...tu paling penting bagi sorang isteri. Sejuta dua juta tiga juta pun, takde yang boleh ganti 5 minit peluk cium sang suami mesra dan ikhlas (till jannah sangattt) pada sang isteri.

Aku nak kongsi satu video clip daripada UKE berkenaan memujuk isteri. Aku pernah kongsi ngan si dia, tapi si dia buat derkk je... Sumpah aku frust woiii. Tapi takpela... mungkin belum masanya lagi...

Jom la tengok....semua yang UKE kata ni memang B.E.T.U.L...romantik la sikit...


Wednesday, February 12, 2014

Super Sedih

Dia dalam OT Hospital Manjung
Sedang bertarung hidup dan mati melahirkan anak
Bapanya di Perlis telah sampai ajal
Super sedih
Tapi dia tabah dan redha
Atas apa saja dugaan Allah
Aku salute
Sebab aku tak mungkin sekuat itu
Mujur sekali suaminya orang baik-baik dan penyayang
Memang selayaknya dia dapat anugerah terbaik dari Allah
Sahabatku ini ibunya meninggal dunia ketika dia masih di Universiti
Dia anak sulung punya 3 lagi adik-adik
Berat tanggungannya lepas ayah tiada lagi
Tiada lain yang ku pohon
Allah tolong bahagiakan dia
Dunia dan akhirat
Amin.

Friday, February 7, 2014

Adakah isteri yang garang adalah isteri yang tidak baik?

Memang pertanyaan ni selalu berlegar dalam minda aku.
Sebab semua kawan-kawan aku yang mengenali aku dan suami kata aku ni isteri garang
Suami pula jenis yang diam dan baik.
Kesimpulannya aku memang garanglah...
Adakah garang tidak baik? Ngeeee...
Sebelum kahwin lagi aku memang dah garang
Tak pernah aku berlakon lemah lembut gemalai gedik bagai
Ini aku
Mulut aku pedas berbisa tapi hati sejuk nan bayu bertiup (kikiki)
Aku garang dan tegas tapi hati aku lembut bagai sutera
Cepat jatuh kasihan
Cepat terusik
Tapi aku jujur dan setia
Marah aku mesti ade sebab
Garang but reasonable
Hari-hari aku berazam jadi isteri yang lemah lembut pada suami
Tapi suara aku macam petir...tu pun dah habis control...abis camno?
 Camno? Camno? Camno?
Menjadi isteri yang garang adalah suatu kesalahankah?
InshaAllah aku berazam untuk improve myself.
Alhamdulillah dikurniakan suami yang penyabar tahap dewa.
Nampak macam suami yang perfect...
Nyatanya tak ada yang sempurna di dunia ini.
Sang suami juga ada kekurangan yang aku maha bersabar dengannya.
 Dan tak perlulah diceritakan di sini...
Cukup aku katakan aku ini cerminan dirinya
Dan dirinya cerminan diriku.
Titik.