Friday, May 18, 2012

Sujud...sujud...sujud...

Finally, after a long waiting, akhirnya surat panggilan ke "Majlis Penyampaian Amanat Ketua Perkhidmatan Berhubung Urusan Pemangkuan ke PTD Gred M44" telah sampai. Alhamdulillah...penantian yang berbaloi dan berbaloi...

Terima kasih Allah..terima kasih JPA..terima kasih keluarga.

Kenaikan pangkat juga seiring dengan tanggungjawab... Ya Allah jadikanlah kegigihan aku bekerja semasa di M41 menjadikan aku lebih gigih lagi dengan kebertangungjawaban aku di M44.. Ya Allah, jika usahaku di M41 tidak mencukupi untuk balasan pahala Mu, jadikanlah usahaku di M44 membanyakkan lagi keredhaanMu dan memberi pahala besar padaku...

Thanks all....


Monday, May 14, 2012

"Small Job"

Sebulan dua ni, Astro Fox Movie asyik tayang movie Gulliver's Travel je..
Teringat quote Si Gulliver ni...

"There are no small job, there are only small people"

So berbanggalah anda walau apapun pekerjaan anda, janji rezeki yang dapat halal ye.


Habuk dan bersawang

Punya la lama blog ni tak dikunjungi oleh tuannye...hehehe... Rase cam nak update secara brief sahaja la supaya nanti ape2 hal aku boleh refer balik tarikh kejadian yang berlaku ni.

10 April 2012: Confirm miss carriage anak kedua (sedih tapi redha). Memang tumpah darah sampai panik jadinya. Darah penuh dalam bilik air macam drama swasta. Bergegas ke Az-Zahrah dan malam tu jugak Dr. Mashitah buat D&C. Doc bagi cuti 2 minggu.

11 April 2012: Gempa bumi di Acheh, Indonesia sekuat 8.9 skala Ritcher. Amaran tsunami dikeluarkan dan kemudiannya ditarik semula. Aku di tingkat 3 pun rase gegarannye hampir asar tu, bagitahu husband dia tak percaya. Then dia turun ke bawah nak pegi surau tengok ramai yang dah kumpul kat bawah, baru dia percaya.

24 April 2012: Appointment dengan Dr. Mashitah. Doc kata semua kedudukan rahim ok, tisu endometrium dah mula bertumbuh, tak de sisa-sisa discaj yang lama tertinggal...semua ok. Alhamdullillah..Thank you Allah.

25 April 2012: Turun gi KLCC cari Buku Andrew AL Tan, buku pasal Project Management. Aku cadang nak mohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2013 untuk Pegawai Guna Sama. Major Pengurusan Ekonomi (Pengkhususan: Project Management). Tapi buku tu abis and end up aku beli buku lain..Huwaa..buku tu memang sold out di pasaran ke ape.

30 April 2012: Submit ke BPSM permohonan HLP. Dalam Bahagian aku hanya 2 orang sahaja yang mintak aku dan Puan Syita. Puan Syita bukan immediate boss aku, tapi rajin jugak la bincang pasal kerja especially bila time nak mohon projek Rolling Plan. Hmm..terasa peluang aku sedikit tipis memandangkan aku perlu compete dengan senior. Takpelah, kalo ada rezeki InsyaAllah...kalo tak de at least dah ade experiance dan tahun depan aku apply la lagi...

14 Mei 2012: Bila nak naik pangkat ni? Batch 3 bulan sebelum aku dah seronok menikmati tangga gaji baru...Huuu...takpelah..sekali lagi ni semua rezeki..Pasti ada cuma tak tahu cepat atau lambat...InsyaAllah...